Wednesday 31 July 2013

UKM Sahkan Tiada Syiah Dalam Kampus

SHAH ALAM – Timbalan Naib Canselor Hal-ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dato’ Ir. Dr. Othman A. Karim mengesahkan tiada pelajar institusi itu terlibat ajaran Syiah.
TNC HEPA, UKM

Katanya, perkara itu berdasarkan daripada semakan secara terperinci yang dilakukan pihak universiti itu.

“UKM telah buat semakan lanjut dengan pihak berkenaan dan didapati tiada pelajar UKM terlibat berhubung isu Penyebaran Fahaman Syiah di kampus,” katanya pada kenyataan.

Bagaimanapun katanya, pemantauan ketat ke atas pelajar tetap dijalankan bagi elak pelajar terlibat.

“Dalam pada masa sama, UKM sentiasa pantau dan pastikan pelajar UKM tidak terlibat fahaman Syiah ini serta penularan fahaman ini dari luar kepada pelajar UKM,” ujarnya.

Terdahulu, Pensyarah di Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Izhar Ariff Mohd Kashim mendakwa faktor penyebaran ajaran Syiah di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) adalah berpunca daripada kehadiran pelajar luar terutama dari Timur Tengah terutama dari Iraq dan Iran.

Menurut Izhar Ariff, pelajar terbabit dipercayai bawa ajaran itu dari negara asal dan cuba menyebarkannya di kalangan pelajar tempatan.

Sumber: My Mahasiswa

4 comments:

  1. Tu students.. lecturer macam mana?

    ReplyDelete
  2. mcm kona yor.org kmpg raso eh.kuk yor banggo lak ai

    ReplyDelete
  3. aku pelik...kalau lah ada student berfahaman syiah dan student tu dari kecik dia dah berfahaman syiah (melalui keturunan) pihak atasan nak buat apa? nak paksa dia masuk aswj? nak berhentikan dia daripada belajar? boleh bagi penjelasan x..

    ReplyDelete
  4. aku rasa ni lah masalahnya. dia org blh masuk belajar kat negara kita. tp last2 cuba sebar agama dia org. yg budak2 kita ni lak ada yg bodoh termakan dakwah sesat dia org tuh. ada lak yg bawak ideologi penyatuan mazhab konon2 nak satukan sunni dan syiah. tu lagi mengarot. kalau mazhab yg empat tu aku blh terima lg tp syiah yg dah terang benderang sesat tuh ko nak satukan buat apa lg? x cukup lg dengan pengajaran dari syria?

    ReplyDelete

Bahasa yang santun itu adalah lebih elok untuk mata yang memandang!