Saturday 13 July 2013

UiTM; Pemimpin Pelajar Sepakat Cadang Kerusi UMUM

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan,

Shah Alam, dekat Universiti Teknologi MARA bakal menyaksikan sebuah perubahan dan pertukaran sejarah apabila universiti melayu terbesar itu diusik, dicuit dengan permintaan beberapa kumpulan mahasiswa yang mencadangkan kerusi umum dipertandingkan di kampus bertuah itu.


Cadangan tersebut di utarakan oleh mahasiswa universiti itu dihadapan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, Prof Dato' Dr. Abdullah Mohamad Said dan disaksikan beberapa pengarah dan pegawai kanan universiti pada program Voice Of Student Leader yang dianjurkan seawal April 2013 yang lalu.

Kerusi UMUM yang dimaksudkan agar dipertandingkan pada pemilihan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar pada Pilihan Raya Kampus akan datang merupakan sebuah keperluan dan tuntutan mahasiswa UiTM sendiri dalam memastikan bahawa suara mereka sampai kepada pihak atasan.

Ketika ditemubual, Pemimpin Pelajar yang hanya ingin dikenali sebagai Faiz memberitahu wakil media bahawa kepimpinan MPP sekarang tanpa kerusi umum dipertandingkan menjadikan mahasiswa universiti itu semakin lemau selain terpaksa tunduk dengan karenah birokrasi pengurusan.

"mahasiswa UiTM perlukan kerusi umum, MPP juga perlukan penambahbaikan dengan adanya kerusi umum dipertandingkan. Sebab sekarang mahasiswa UiTM ni terpaksa tunduk dan lemau...kami terkongkong..MPP pula menjadi perwakilan staff dan pengurusan.....,"

Menurut faiz lagi, "MPP sekarang ni dah sangat selesa dengan kedudukan mereka, tiada siapa yang berani tegur sehinggakan kalau kita, mahasiswa beri cadangan di katakan sebagai tidak bersyukur dengan apa yang ada....malah tinggi diri"

Mengulas lanjut daripada pernyataannya, sekiranya dia sudi memberitahu perwakilan mana yang bertindak mengeluarkan kenyataan tidak bersyukur, Faiz menjawab "MPP Fakulti Undang-undang....," selain terpaksa merahsiakan nama perwakilan tersebut.

Faiz yang kemudiannya ditanya akan kepenggunaan Facebook Naib Canselor yang semakin popular dalam kalangan mahasiswa UiTM untuk berkongsi pandangan dan menyampaikan aduan, dia kemudiannya berkata tegas;

"Naib Canselor, ayahanda tidak tahu, setiap mahasiswa yang mengadu padanya akan dipanggil oleh orang yang diadu ataupun akan dipandang sinis seolah mahasiswa ini tidak layak mengutarakan pandangan dan kritikan,"

"......jadi dengan adanya kerusi umum, MPP akan lebih berfungsi menyampaikan suara pelajar kepada pengurusan... selain sekarang, MPP hanya menjalankan aktiviti yang memberi manfaat pada mereka dan bukan pada pelajar"

Faiz yang merupakan pelajar tahun 2 universiti melayu itu kemudiannya menjawab sinis pertanyaan wakil media Middle Voices berkenaan dengan program yang telah banyak dijalankan oleh MPP namun tidak mendapat sambutan mahasiswa, adakah adil MPP dipersalahkan?

"pernah ke mpp buat program?" sinis jawapannya sambil ketawa senyum simpul.

"memang salah mpp lah, dia (mpp) usaha sedikit..itu tanggungjawab dia...dia dengar pengurusan kata 'ok' dia 'ok'....yang menjadi masalah kepada pelajar... hari ni, malam ni pun tengok sekerat dua kerat je yang hadir..mpp 50 orang hanya mampu menjemput kiraan pelajar dalam 120 orang...nisbahnya seorang mpp 2 orang siswa sahaja...."

Jelas Faiz yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan MPP yang gagal mentadbir badan perwakilan pelajar itu dengan penuh tanggungjawab dan berhemat.

Sebelum itu, program Voice Of Student Leader anjuran MPP UiTM dilaporkan lengang apabila kerusi yang disusun di dalam dewan konvokesyen lama UiTM itu berlebihan lambakan kekosongan.

Mengulas lanjut akan keputusan daripada cadangan tersebut, Abdullah yang mengetuai majlis tersebut mencadangkan semula agar usul tersebut dibicangkan oleh MPP sendiri dengan mahasiswa UiTM melalui penganjuran forum ataupun debat.

Prologue: Persoalannya, sejak April sehingga sekarang MPP masih tidak melaksanakan forum tersebut malah sibuk kesana kemari dengan tital MPP. Apakah pengurusan yang menyuruh agar usul tersebut di lupakan secara perlahan-lahan?

#Suara mahasiswa mati di UiTM kerana MPP nya sendiri....bukan berpuncakan mahasiswanya...

2 comments:

  1. memang MPP tak buat kerja pun...

    ReplyDelete
  2. Usul untuk mewujudkan kerusi umum itu bagus.. Sy sokong.. Cuma kenyataan Faiz bahawa MPP tak buat kerja tu agak keterlaluan.. Sy kenal saudara YDP MPP yg sekarang & yg sebelumnya.. Sy tau mcm mana mereka bersungguh2 buat kerja dan jaga kebajikan pelajar..

    Mmmg wujud segelintir MPP yg tak buat kerja.. Tapi ramai jugak dikalangan mereka yg brsungguh2 mmbantu pelajar. Cuma halangan dri pihak pengurusan yg membantutkan usaha mereka itu..

    Cakap jgn ikut sedap mulut.. ikut nafsu.. Tak ada manusia yg sempurna.. Klo rasa diri hebat sgt.. Bertandinglah masuk MPP.. Baru anda tahu betapa payahnya nak memperjuangkan hak2 mahasiswa lebih2 lagi dalam sbuah universiti yg pro Kerajaan..

    ReplyDelete

Bahasa yang santun itu adalah lebih elok untuk mata yang memandang!