Saturday 26 November 2011

IZZAH Anuar RAKUS


30 Ogos 2010, IZZAH Anuar telah menunjukkan sifat ketidaktamadunannya yang menafikan dan mempersoalkan keistimewaan bangsanya sendiri bagi memenuhi nafsu politik ayahnya yang berniat menarik hati kaum konco konco biaDAPnya agar Impian Ayahnya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang disangkal Tun Dr. Mahathir suatu ketika dahulu tercapai.

IZZAH Anuar yang bertindak mempersoalkan Ketuanan Melayu dengan gairahnya menjemput Perkasa berdebat sebagai propaganda sonsangnya bagi mengaburi mata melayu akan maksud sebenar persoalannya itu sekaligus meraih minat bagi penterjemahan undi india dan cina yang selama ini bermati matian menyerang ketuanan melayu.

Persoalannya dimanakah letaknya minda ‘maturity’ anak gadis yang menerima mandat lembah pantai ini apabila dia dengan jelasnya mengkhianati bangsanya sendiri sekaligus meletakkan satu penghinaan ‘hyperbola’ ke atas melayu.

“Saya dipanggil pengkhianat, dituduh cuba mengelirukan rakyat, tidak matang, buta sejarah dan juga kini dilibatkan dalam siasatan polis kerana dituduh menghasut.” – IZZAH Anuar

Ya. IZZAH Anuar menerima tuduhan bertubi tubi dengan layaknya apabila artikalnya yang di tampal ke dalam blog peribadinya dengan santai mempersoalkan bangsa melayu,

“Siapakah melayu, dan adakah melayu di kecam, di zalimi dalam menjadikannya bangsa AGUNG di Malaysia dengan kedudukan istimewa yang tidak boleh dikongsi oleh warga bukan melayu.” 

Sekali lagi IZZAH Anuar terjelupor dengan kebodohannya sendiri melontarkan soalan sedangkan dia sendiri tidak menafikan bahawa Melayu sudah lama mengongsikan kedudukan istimewa ini bersama kaum lain seperti kenyataan IZZAH Anuar di dalam ruangan yang sama, yang cuba menyalahkan Tun M yang kononnya mengurangkan keistimewaan melayu,

“Kuota kemasukan ke universiti juga sebenarnya sudah diubah pada zaman pentadbiran Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 2003, supaya lebih bersemangat meritokrasi.”

Ini bermakna, MELAYU telah lama berkongsi keistimewaannya dengan kaum lain dan diakui IZZAH Anuar sendiri. Kenyataan ini sekaligus melambangkan kelembapan penerima mandat Lembah Pantai dalam mencerap dan manganalisis fakta atau RAKUS dalam berkata kata dan kononnya ingin membela nasib melayu melalui perdebatan bersama Perkasa.

#IZZAH Anuar harus di kursuskan lagi agar tidak menggulung tikar sendiri sebelum muncul di medan perdebatan.

- Maklumat dipetik terus daripada Blog Nurul IZZAH Anuar.

No comments:

Post a Comment

Bahasa yang santun itu adalah lebih elok untuk mata yang memandang!