Monday 12 November 2012

MPP UiTM Diplomatik! Mahasiswa Semakin Terabai

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Sekali lagi Middle Voices ingin menyampaikan kekecewaan mahasiswa Universiti Teknologi MARA apabila badan eksekutif pelajar universiti itu bersifat dingin dan begitu kondusif dengan keadaan sekeliling kampus sehingga gagal mendekati mahasiswa UiTM setelah menerima mandat hampir 2 bulan sebaik Pilihan Raya Kampus itu selesai.

Menurut sumber, MPP UiTM yang telah memulakan tugas resmi pada 28 September lalu masih gagal menemui pembuang undi selain menjalankan program berfokus kepada jalinan hubungan diplomatik antara mereka dengan Jawatankuasa-jawatankuasa Perwakilan Kolej dan Ahli-ahli MPP daripada setiap kampus cawangan.

Terbaru, aktiviti Road Tour Kolej, dan Kursus Pengurusan Organisasi (Esklusif) dalam kalangan MPP setiap cawangan UiTM yang dijalankan di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur sekaligus mencatatkan sejarah berulang kembali apabila jelas pengulangan tradisi MPP 2011/2012 yang gagal medekati mahasiswa sebaik memegang pucuk kepimpinan bermula dengan pembinaan hubungan diplomatik.

Menurut sekumpulan pelajar yang menghubungi rakan Middle Voices, MPP seharusnya mendekati pelajar dengan menganjurkan Salam Ukhwah yang merupakan program tradisi MPP sebelum kepimpinan Farid Zuhri sekaligus mendengar permaslahatan dan keluhan hati mahasiswa daripada pelbagai aspek dan bukannya mengatur pertemuan dengan JPK yang tidak bersifat mendalami permasalahan mahasiswa di universiti itu.

YDP MPP UiTM, Azraful
Soalnya lagi, "Apakah JPK yang ditemui mendekati pelajar dan mendalami setiap permasalahan kumpulan pelajar sehingga mereka disasarkan untuk perjumpaan pertama sebaik MPP dilantik secara resmi?,"

"Apakah mahasiswa UiTM tidak lagi layak untuk dikumpulkan seperti yang berlaku sebelum ini untuk melontarkan suara mereka secara terus kepada MPP melalui program Salam Ukhwah?,"

Tambah mereka lagi apabila ditanya tentang KPO yang dijalankan dan dikategorikan eksklusif mereka menjawab, "MPP buat KPO duduk di hotel dengan suasana yang eksklusif. Adakah kita turun membuang undi supaya mereka boleh duduk disana berhari hari? Apa mereka buat sampai program percuma jumpa pelajar dalam satu perhimpunan tak boleh buat, tapi program kondusif di hotel boleh anjur?,"

Selain tidak berpuas hati dengan kegagalan MPP UiTM mengatur perjumpaan dengan pelajar universiti itu, Middle Voices turut dimaklumkan bahawa satu lagi aktiviti tradisi yang sentiasa dilaksanakan telah ditunda oleh badan eksekutif itu sebaik mencapai kata putus tidak sempat untuk berbuat demikian kerana sibuk.

Lain;

Seorang lagi pelajar yang menghubungi Middle Voices semalam memberitahu bahawa 'Voice Of Student Leader' yang dijadualkan menemui pemimpin-pemimpin pelajar kampus itu pada 17 November ini DITUNDA dengan alasan tidak sempat, sibuk dan kekurangan tenaga penggerak.

"Saya dapat maklumat, Voice Of Student Leader tangguh..jadi saya call YDP MPP, katanya kekurangan tenaga penggerak selain terpaksa mengendalikan MDS bagi kemasukan pelajar baru intake diploma..." ujarnya kepada Middle Voices.

Tambahnya lagi, KPO yang dijalankan hanya untuk menjalin hubungan diplomatik akhirnya telah mengabaikan mahasiswa UiTM yang ketandusan ruang kerana akhir akhir ini kampus itu bukan sahaja menghadapi masalah, malah nyawa sekumpulan mahasiswa di universiti itu hampir diambang maut hanya kerana masalah dan konflik tradisi berkenaan bas Trans Rengit gagal diselesaikan.

Konflik bas UiTM, dan Trans Rengit, GMM ada laporannya.

Seterusnya, apabila ditanya akan tarikh terbaru bagi menganjurkan program Voice Of Student Leader tersebut, pelajar itu hanya menjawab dengan kesal.

"Saya tanya dia, YDP bila boleh? dia kata next semester... baik tak payah buat, last semester punya masalah pun tunda sebab MPP Farid tak buat minit dan tak hantar pada TNC..inikan pula masalah last sem campur sem ini...nak tunda hingga sem depan..Apa ni?," katanya yang berang bercampur kecewa.

Sebelum ini, GPMS UiTM dilaporkan pernah mengatur perjumpaan sulit antara persatuan-persatuan dalaman secara underground untuk mengumpulkan idea bagi menganjurkan program bagi pihak MPP kerana bersetuju bahawa MPP universiti itu lebih mementingkan nilai dan suasana kondusif berbanding berpenat lelah menjalankan tanggungjawab sebagai badan perwakilan pelajar.

Prologue: Middle Voices melihat perihal kelewatan MPP UiTM yang gagal menemui pelajar setelah hampir 2 bulan memegang mandat sebagai satu peristiwa malang bagi mahasiswa UiTM kerana pisang berbuah dua kali.

Setelah mahasiswa UiTM dikecewakan dengan MPP yang memegang mandat percuma pada sesi yang lalu kini muncul pula barisan kepimpinan yang mengikut tradisi dengan mengabaikan atau menangguh-nangguhkan prihal kebajikan pelajar selain mengutamakan perjumpaan yang tidak-tidak.

Nasihat Middle Voices buat MPP UiTM, jalankanlah tugas anda dengan mengutamakan mereka yang mengundi anda, dan bukan mereka yang menjadi pengantara kepada anda kerana mahasiswa UiTM perlukan barisan yang cekap dan bukannya barisan yang 'sibuk' sebagai alasan.

Natijahnya, benar mahasiswa UiTM hanya merasai terabai sedangkan mereka yang diundi sedang enak sejuk menyedut penghawa dingin di corong corong Air Conditioner Hotel tatkala bersidang KPO.

#Barah jangan dibiar sehingga bernanah. Mungkin wajar kiranya, GMM isytihar pergerakan mereka sebagai Pro M UiTM secara resmi selain bergerak secara underground...agar wujud kumpulan penegur MPP UiTM.

9 comments:

  1. Inilah MPP...jika kami mahasiswa menegur,jawapan yg sama.."mereka MPP..ade keistimewaan"..jika Voice of Student Leader yg senang ni pon susah nak buat,apatah lagi untuk menjaga mahasiswa...

    ReplyDelete
  2. Rase macam tipu je gpms jmpe semua prsatuan dlman tu, yg ajk jmpe tu MPP jgak, berita tipu ni
    Sape kate voice of stdent leader senang.. Dlu aq tgk kwan mpp aq sesi lepas dh mcm putus asa nk wat tp ats tgjwb dpt gak dlksanakan walaupun lewat.. Biar la mpp bru ni buat keje korang ptut tolong bukan kutuk.. Sampai bile nk maju

    ReplyDelete
    Replies
    1. "VOSL lg releven lah bro..dr FB.. ko ingat ape? VC pun xreti nk jwb seseparuh soalan...senyap tanpa respon..tengok sendiri lah!! klu VOSL, soalan direct malah xmencemarkan nama uitm...org luar pun x tau..malah ada interaksi 2 hala....antara pengurusan dgn yg bertanya..!!!

      Lagi nk kata payah nk kumpulkan org kanan uitm...klu dh TNC setuju nk turun...xknalah semua ketua unit xnk turun..klu VC trun..even tnc pun akan turun..xkan ketua2 unit lg besar kepala kot sampai xnk turun??? ha pa cerita?? nk bohong kata payah pon agaklah...pro tu percuma xpayah bayar hotel beribu2 untuk buat KPO...."

      Susah sangat ke Voice Of Student Leader tu??

      Delete
    2. gila semua ni. manifesto sekadar kata².

      Delete
  3. lain org lain gayanya, lain kumpulan lain caranya, usahlah dibanding2kan yg lama dgn yg baru, yg lalu dgn yg kini, secara tidak lgsg ini menunjukkan yg mereka2 ini seperti tidak layak. Kebanyakkan mereka telah dipilih dengan penuh keyakinan untuk menggalas tanggungjawab yg berat ini. Berilah mereka masa, mungkin yg pertamanya mereka masih menyelami hati budi masing2 dlm kalangan mereka, kemudian para pengundi mereka difakulti yg harus didahulukan dan sbgnya. Oleh itu, apa2 pun yg berlaku harus disokong mereka2 ini, dan saya merasakan MV bertindak agak berani kerana menegur mereka, kemudiannya, apa yg saya lihat, adakah VOSEL ini masih relevan, kerana kepimpinan tertinggi UiTM kini bersikap lebih terbuka, kemudian MPP dan kbnykkn prstuan mmpunyai lman2 sosial yg mudah didekati, dan pada saya sgla peluang berkenaan boleh digunakan dgn sepenuhnya. VOSEL, melibatkan ramai pengurusan kanan UiTM, dan untuk mengumpulkan mereka pada sesuatu masa agaklah payah seperti sebelum2 ini, jadi, cadangan saya kepada pihak MPP 12/13, mungkin boleh menjalankan satu survey yg pernah dibuat oleh MPP lepas di puncak alam/puncak perdana, kerana dgn langkah seperti itu ia agak menjimatkan masa dan ruang, dan segala permaslahan diterima secara menyeluruh. Nasihat saya kepada mereka yg "benar2" mempunyai permasalahan ini, tuan2/puan2 yg hebat ini sememangnya adalah seorang yg berkepimpinan dan bijak, jadi, gunakan mana2 saluran yg betul dan dengarkan terus segala jenis masalah itu kepada pihak yg bertanggungjawab. Tidak perlulah nak "dikenali" sekiranya kita ikhlas untuk menjalankan tanggungjawab. -AMHAB-

    ReplyDelete
    Replies
    1. VOSL lg releven lah bro..dr FB.. ko ingat ape? VC pun xreti nk jwb seseparuh soalan...senyap tanpa respon..tengok sendiri lah!! klu VOSL, soalan direct malah xmencemarkan nama uitm...org luar pun x tau..malah ada interaksi 2 hala....antara pengurusan dgn yg bertanya..!!!

      Lagi nk kata payah nk kumpulkan org kanan uitm...klu dh TNC setuju nk turun...xknalah semua ketua unit xnk turun..klu VC trun..even tnc pun akan turun..xkan ketua2 unit lg besar kepala kot sampai xnk turun??? ha pa cerita?? nk bohong kata payah pon agaklah...pro tu percuma xpayah bayar hotel beribu2 untuk buat KPO....

      Delete
  4. yup betol...MMP ade kuasa dan keistimewaan...tapi kuasa dan keistimewaan itu pon datang dari mandat yang diberikan...kenapa tidak setelah mendapat mandat tersebut...buatlah sehabis baik...kenapa MPP uitm tidak se agresif university-univerity lain di seluruh malaysia..ramai yang tidak tahu...ade Majlis Perwakilan lain yang betul2 sudah banyak membantu Uitm..tapi kebanyakan ahlinya di anak tirikan.....

    ReplyDelete
  5. Voice Of Student Leader (VOSL) merupakan satu medium secara terus diantara pemimpin-pemimpin dalam UiTM dengan semua Pegawai Kanan UiTM yang dipengerusikan oleh VC atau TNC.

    Modalnya adalah untuk memberi ruang kepada pelajar berinteraksi secara terus kepada VC atau TNC untuk membincangkan segala macam masalah di UiTM termasuk skop akademik, kebajikan dan lain2...

    Jadi jika program yang berbentuk kebajikan ini yang ditunda tunda dan program diplomatik yang diutamkan. jelas menunjukkan bahawa mereka MPP tidak komited dengan janji menjaga kebajikan pelajar uitm.

    Sayang kerana VOSL tangguh sedangkan berlunggok lunggok masalah dalam UiTM. FB VC sahaja tidak sesuai untuk beberapa perkara yang menjadikannya sbg terhad kepada pelajar untuk menyampaikan masalah mereka kepada pengurusan. Mohon MPP UiTM dan BHEP pertimbang semula..

    ReplyDelete
  6. easier said than done. takkan sebab aduan segelintir kumpulan tidak didengar, anda menyatakan yang MPP tidak mmbantu pelajar secara general. man up, pergi jumpa depan-depan dan sampaikan aduan. bukan soksek antara sendiri2 dan mngata belakang sedangkan anda sendiri tidak membantu untu bekerjasama selain menaip madah2 penuh hasutan.

    FB, email, message, lecturer, peti cadangan, dekan, pgawai2, semua tu boleh mendengar aduan pelajar, kenapa letakkan semua atas pundak mpp? kpo dijalankan di mana pun nak dijadikan topik untuk dikaitkan dan dijadikan perencah madah ni?

    kalau nak kata MPP gagal mendekati pelajar, kenapa pelajar sendiri tak berusaha dekati MPP? takkan nak tunggu wat satu event besar semata2 untuk bincang? anytime pon boleh berjumpa diorang sekiranya tiada aral. manja, ingin disuap semuanya!

    tntang masalah bas rengit, tak semua benda boleh dislesaikan dalam masa yang singkat. procedure, aspk2 lain, perbelanjaan dan laen2 perlu diambil kira, tindakan dan keputusan rasional perlu untuk kebaikan jangka panjang. fikirlah! jangan hanya lihat dari satu sudut saja, lihat dari 359 sudut yang lain!

    sedangkan SMF dan persatuan dalaman sendiri sibuk, apatah lagi MPP yang menjaga bukan hanya fakulti masing2 malah uitm seMalaysia? bangkitlah hai golongan yang tidak ingin memahami tapi ingin difahami. jadi manusia yang bersyukur. bangkit, jumpa sendiri dngan MPP fakulti masing2, bincang permasalahan anda. surely they will try their very best to cater your problem. kalau anda sendiri atau segelintir kumpulan yang merasakan terabai, jumpa mereka. uitm ni besar! if u want people to know, tell. they are not psychic. but they ar the bravest antara kita, mereka sanggup pikul amanah yang besar.

    so, y not stop mengadu, dan start mmbantu?

    ReplyDelete

Bahasa yang santun itu adalah lebih elok untuk mata yang memandang!