Thursday, 13 September 2012

Ammar Mengaku Bersalah, Adam Adli kata Tak Salah

Assalamualaikum dan Salam Merdeka Raya.

Middle Voices ingin mengajak mahasiswa untuk berfikir sejenak tentang situasi dan pergolakan sekumpulan mahasiswa yang kononnya ingin menegakkan benang yang basah dengan cuba untuk menarik perhatian media dengan membela nasib Ammar yang dibuang kolej tempoh hari.

Ammar pada awal September telah diputuskan oleh Ketua Eksekutif Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics untuk dibuang kolej serta merta kerana perbuatan yang memalukan dan menghina apabila pengurusan kolej tersebut mendapati Ammar bersalah kerana membuka seluar dan menayangkan punggung ke atas potret Perdana Menteri Malaysia pada Malam Ambang Kemerdekaan di hadapan khalayak ramai.

Kemudian, Ammar yang dinasihatkan oleh ahli keluarganya untuk menyerah diri telah ditahan untuk membantu siasatan dan telah dilepaskan semula tidak sampai 24 jam selepas pihak polis memaklumkan kepada pemberita yang berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan Ammar ketika sisatan dijalankan.

Beberapa hari yang lalu, sekali lagi Ammar menjadi perhatian media apabila Ayah, Ibu dan dirinya sendiri memanggil sidang media ke rumahnya untuk memohon maaf secara terbuka kepada Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Najib Razak serta seluruh rakyat Malaysia.

Ammar yang meminta maaf berkata kepada pemberita;

“Sekiranya dikenakan tindakan undang-undang, saya juga terima dengan reda. Saya menyesal. Saya sedar apa yang saya lakukan ini satu kesilapan. Saya juga berjanji pada diri sendiri, saya tidak akan mengulanginya di masa hadapan,” katanya dengan wajah tenang di hadapan pihak media di rumahnya. 
  
Mengaku perbuatannya itu salah, Ammar bersedia menerima hukuman dengan redha sambil meminta agar tiada pihak yang cuba menyalahkan kedua ibu bapanya kerana dia percaya bahawa perbuatannya itu adalah salahnya sendiri.

“Saya yang bersalah, bukan ayah atau keluarga saya. Tolonglah, jangan salahkan kedua ibu bapa saya," rayu Muhammad Ammar kelmarin dihadapan media dirumahnya.

Sebelum itu, perbuatan Ammar dengan yang lain turut mendapat perhatian Bekas Mufti Perlis, Prof. Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin yang menyifatkan perbuatannya dengan yang lain sebagai buruk perangai dan hodoh akhlaknya sambil menegaskan perbuatan itu tidak boleh diterima oleh sebuah masyarakat bertamadun.

Kini, lain pula ceritanya. Prof. Dr Adam Adli yang merupakan Pengarah Pusat Pelajar Gantungan UPSI (PenUnGGU) ketika menguhubungi Malaysian Insider menyifatkan bahawa tindakan memijak potret Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor bukanlah satu kesalahan dan merupakan tindak balas normal bagi seseorang mahasiswa yang mempunyai kesedaran politik

Kemudiaanya, Gerakan Demokratik Belia dan Mahasiswa (DEMA) tidak merasakan memijak potret Najib dan Rosmah sebagai satu kesalahan dan menentang tindakan kolej Cybernetics membuang pelajarnya itu.

“DEMA merasakan tindakan memijak foto PM dan isterinya bukan satu kesalahan, tetapi tindakan tersebut adalah hanya cara meluahkan ketidakpuasan hati." 

Selain itu, DEMA yang cuba mengalihkan pandangan mahasiswa dengan meletakkan kesalahan Ammar kepada Barisan Nasional.

“Kami percaya tindakan tersebut adalah untuk memberi amaran kepada mahasiswa dan anak muda untuk terus bergiat dalam himpunan aman dan gerakan sosial memandangkan kian makin banyak anak muda tampil ke depan untuk meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap regim Barisan Nasional dan kami mengesa agar pihak kolej menarik balik keputusan tersebut,” kata Setiausaha DEMA kepada Malaysian Insider.

Tidak cukup dengan itu, Pengarah Pelajar Buangan UiTM, (PemBambU) Prof. Dr. Khalid Ismath turut membantah terhadap keputusan Lembaga Disiplin Kolej Cybernatics yang memberikan kata putus untuk mengenakan tindakan buang kolej terhadap Ammar.

Prologue: Middle Voices menyifatkan bahawa tindakan Adam Adli, Khalid Ismath dan sekutunya ini adalah umpama menegakkan benang yang basah.

Hal ini jelas apabila Ammar yang merupakan pelaku mengaku bersalah dan sedar akan perlakuannya itu adalah salah dan tidak bermoral.

Sementra Dr Asri yang merupakan Bekas Mufti Perlis turut mendakwa bahawa apa yang dilakukan Ammar menunjukkan keruntuhan akhlak dan tidak boleh diterima oleh masyarakat yang bertamadun.

"Maka adakah mahasiswa bongkak yang telah dipecat oleh Institut Pengajian Tinggi seperti Adam Adli dan Khalid Ismath layak untuk memberikan pendapat yang menyatakan perbuatan memijak dan membuka seluar untuk menayangkan punggung itu tidak salah?"

Adakah mereka (Adam Adli, Khalid Ismath) tidak sedar bahawa perbuatan mereka yang biadap dan tidak berakhlak yang membawa kepada hukuman gantung pengajian itu merupakan penjelasan bahawa mereka langsung tidak layak untuk memberikan pendapat kerana mereka bukan bergelar mahasiswa dalam tempoh penggantungan.

Mereka juga kelihatannya ingin mengajar mahasiswa cara untuk mengekspresikan perasaan terhadap politik dengan bersetuju bahawa perbuatan menayang punggung adalah normal bagi mahasiswa sedar politik yang seolah mengajar mahasiswa bahawa matlamat menghalalkan cara.

Adakah itu Normal?

Sumber: Rakan Middle Voices, Siswa Universiti Malaya.

Selebihnya Middle Voices serahkan kepada mahasiswa sendiri untuk menilainya. Pelbagai spekulasi dan pendapat dilontarkan demi untuk menegakkan benang yang basah sedangkan yang empunya diri sedar bahawa dia telah melakukan kesalahan.

#Renung-renungkan dan selamat beramal....

2 comments:

Bahasa yang santun itu adalah lebih elok untuk mata yang memandang!