Assalamualaikum dan Salam 1 Aspirasi.
Mengukur kehangatan bahang Pilihan Raya Kampus di Universiti Sains Islam Malaysia, USIM yang semakin hampir seolah membisikkan kepada Admin tentang kegerunan dan kegoyahan kumpulan Pro Mahasiswa di universiti itu yang hari ini berlagak seakan berlakon filem The USIM's James Bond 007.
Muhammad Abduh yang merupakan pelakon utama yang memegang watak Daniel Craig semalam dilaporkan membentangkan kertas siasatannya kepada umum sebaik selesai dengan tugasannya yang mencungkil rahsia seorang gadis USIM bernama Nur Amina Firdaus.
Merujuk kepada hasil siasatan tersebut, Abduh yang membentangkannya dengan provokasi mendatar menjelaskan kepada umum bahawa kemunculan Nur Amina Firdaus seperti penuh dengan muslihat bagi menggagalkan Pro Mahasiswa yang menapak di universiti itu.
Menurutnya lagi, berkemungkinan Amina yang sering kali membawa isu keamanan di USIM merupakan tuan empunya blog USIM Di Hatiku yang semakin rancak membincangkan perihal kampus dengan pelbagai perkongsian dan pencerahan maklumat.
Hari ini lebih kurang jam 8 malam tadi, pelakon utama filem The USIM's James Bond 007 (Abduh) itu sekali lagi membentangkan kertas siasatan susulan kepada umum bagi mencungkil kaitan Amina dengan Blog USIM Di Hatiku yang semakin popular dalam kalangan mahasiswa USIM.
Bimbang dengan populariti dan penghebahan maklumat yang mungkin menggugat kedudukan Pro Mahasiswa USIM, Abduh melalui kertas siasatan susulannya mendedahkan pembabitan blog USIM Di Hatiku dengan blog Blogger Aspirasi dan blog Blogger UMNO yang kononnya merupakan hak milik tertuduh Amina yang disiasat Abduh.
Menurut kertas siasatan itu lagi, Abduh yang sedar akan pengaruh Aman Kampus yang mendapat sokongan ribuan mahasiswa ketika membentangkannya kepada umum sempat menyuarakan kerisauannya agar blog USIM Di Hatiku tidak mempunyai kaitan dengan kumpulan Aman Kampus tersebut kerana khuatir akan meranapkan harapan Pro Mahasiswa USIM untuk menakluki Pilihan Raya Kampus USIM yang semakin hampir.
"harap2 bukan Aman Kampus USIM" keluhan Abduh di dalam kertas siasatannya kepada umum.
Prologue: Middle Voices melihat perlakuan Abduh yang begitu anti kepada UMNO sekaligus mewujudkan satu persoalan yang sedang bermain di minda Admin seolah Abduh merupakan peminat rahsia atau secara senyap kepada Anwar Ibrahim.
Perwatakannya yang berani seperti hero filem James Bond (Daniel Craig) menjelaskan lagi bahawa Abduh merupakan kumpulan anti Aspirasi Mahasiswa sehingga takut dengan kehadiran blog USIM Di Hatiku yang mempunyai kaitan rapat dengan blog seperti GERAKAN 13 dan SARFAMS sehingga mewujudkan keperluan untuk Abduh membuat siasatan terperinci bagi membongkar rahsia blog itu yang kononnya dimiliki oleh Nur Amina Firdaus.
Admin berfikiran bahawa Abduh mengambil tindakan membuat siasatan terperinci terhadap Amina yang muncul dengan isu keamanan adalah kerana khuatir dengan kedudukan Pro Mahasiswa yang sering dikenali sebagai kumpulan pembuat kacau dan anti-keamanan atau kaki demonstrasi.
Oleh kerana Pilihan Raya Kampus semakin dekat, Abduh dan Pro Mahasiswa yang lainnya seakan terdesak dan terpaksa mencari jalan bagi mengaitkan Amina dengan UMNO agar dapat meraih sokongan mahasiswa USIM setelah kumpulan mereka Pro Mahasiswa dilebel sebagai 'Kaki Gadoh' atau kumpulan mahasiswa pemberontak yang sering memelihara huru hara.
#Psstt...!!! Admin percaya bahawa Middle Voices berkemungkinan disiasat Daniel Craig (Abduh) dan dibentangkan dalam kertas siasatannya kelak kepada umum..
No comments:
Post a Comment
Bahasa yang santun itu adalah lebih elok untuk mata yang memandang!