Monday 15 December 2014

Naib Canselor Universiti Malaya Letak Jawatan?

Assalamualaikum.

Hari ini Middle Voices mendapat info bahawa Kumpulan Pelajar UM8 yang berkhemah bak gelandangan di luar pintu pagar Universiti Malaya telah bergerak masuk ke dalam kampus sekaligus mencacatkan pemandangan kampus yang permai dan damai sebelum ini.


Seramai hampir 50 gelandangan ini berjaya menembuskan diri berkhemah di dalam Universiti Malaya tanpa sebarang syarat dan tidak pun diarahkan untuk menutup khemah atau disuruh keluar sedangkan perbuatan ini langsung tidak melambangkan imej mahasiswa UM.


Tambah lagi mereka mengusung gambar Prof. Datuk Dr Rohana Yusof, Timbalan Naib Canselor HEP dan Alumni ke sana ke mari bersama kain rentang bantah AUKU dan bebaskan UM8.

Imej para wanita bertudung litup juga boleh dilihat seolah menjadikan perjuangan demi Fahmi Zainol ini satu tuntutan dan seolah pasti bahawa Fahmi Zainol sedang dizalimi sedangkan mereka sedang menzalimi diri sendiri selain memburukkan imej wanita bertudung labuh.

Wujud difikiran penulis, apakah Fahmi Zainol dan rakannya hanya syok sendiri, ketika mereka merempuh pagar UM pada 27 Oktober lalu, hampir 1000 mahasiswa turun menyaksikan kebodohan mereka.

Hari ini sebaik Fahmi Zainol digantung selama 2 semester, hanya 50 sahaja yang tampil membela dan berkhemah sebagai bantahan kepada keputusan perbicaraan sedangkan tidakpun mereka menghantar rayuan dengan cara yang sepatutnya.

Nampaknya 1000 yang dulu yang ramai itu, mungkin penyokong import, bangla-bangla atau pun penonton aksi-aksi pemusnahan kampus, ataupun hanya ingin memberi peluang kepada Anwar Ibrahim untuk menagih simpati sebelum disumbat ke penjara.

Persoalannya? Dimanakah Naib Canselor Universiti Malaya sekarang? Dimanakah perginya Professor Dato' Dr. Mohd Amin Jalaludin? Mengapa dia berdiam seolah gentar dengan bantahan UM8 ni?

Dimana Pengarah Keselamatan Universiti Malaya yang seharusnya menjaga keamanan dan keselamatan dalam kampus? atau mereka terima arahan Naib Canselor untuk membenarkan pemberontak UM8 berkampung di dalam kampus?

Penulis juga terfikir, apakah Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia tertidur atau tidak mengambil tahu langsung tentang pergerakan pemberontak UM8?

Kesemua nama yang disebut sedang bermain tarik tali, masing masing diam dan buntu tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Maing masing diam dingin dan tidak mengeluarkan apa apa arahan samada ingin mendengar bantahan UM8 atau membersihkan UM dari sampah UM8.

Middle Voices ingin mencadangkan agar mereka bertiga, KSU KPM, Naib Canselor UM dan Pengarah Keselamatan UM letak jawatan kerana gagal menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi di Universiti Malaya sekarang. Harus LETAK JAWATAN!

Perkampungan gelandangan atau sampah UM8 ini perlu diusir segera selain hanya menampakkan kelemahan pentadbiran mentadbir urus perihal masalah dalam kalangan hal ehwal pelajar.

Keputusan atau hukuman yang menggantungkan Fahmi Zainol selama 2 semester sudah cukup tepat dan berbaloi untuk Fahmi Zainol yang seharusnya bersyukur bahawa dia masih berpeluang untuk belajar.

Penghinaan kepada TNC HEPA Universiti Malaya

Thursday 2 January 2014

Siswa4U Saran Kerajaan Kukuh Platform Bersuara Mahasiswa

Putrajaya, keberkesanan kaedah atau platform penyampaian suara mahasiswa kepada pucuk pimpinan negara perlu ditambah baik dalam memastikan mahasiswa menerima maklumat dan info yang tepat berkenaan dasar dan usaha murni kerajaan.

Perkara itu disebut oleh Pengerusi Siswa4U Universiti Teknologi MARA Shah Alam, Saudara Zaharin Haris sebaik selesai menyerahkan memorandum cadangan Penambahbaikan Platform Bersuara Mahasiswa kepada Menteri Pendidikan II, YB Dato' Seri Idris Jusoh dekat bangunan kementerian di sini kelmarin.

"penambahbaikan platform ini perlu diambil bagi memastikan setiap dasar yang diperkenal kerajaan difahami dan tidak disalah anggap oleh mahasiswa," katanya.


Menurut Zaharin, platform bersifat akademik seperti dialog bersama menteri, meja bulat dan soal jawab telah sedia ada dan pernah dijalankan. 

"Walau bagaimanapun, keberkesanan atau jaminan bahawa suara yang dimuktamadkan melalui platform tersebut adalah lebih penting untuk disampaikan kepada pimpinan kerajaan agar diambil kira pandangan mahasiswa sebelum sesuatu dasar diumumkan.

Zaharin ketika menjelaskan kandungan memorandum turut mencadangkan agar kerajaan menambah baik cara penyampaian maklumat kepada rakyat dalam proses menerangkan dasar dengan kedah yang lebih terbuka dan difahami mahasiswa.

"selain itu kerajaan disaran menubuhkan jawatankuasa pengkaji dan memperinci dasar yang akan memberi kesan terus kepada rakyat agar rakyat, utamanya mahasiswa tidak terkejut atau terkesan dengan mendadak akan sebarang perubahan daripada dasar yang diperkenalkan.

Sebelum itu Memorandum tersebut diterima oleh Setiausaha Politik kepada Menteri Pendidikan II, Datuk Abd. Halim Jusoh sebagai mewakili menteri.

Memorandum tersebut secara ringkasnya mencadangkan tiga (3) elemen utama dalam usaha menambahbaik platform bersuara dan menjamin keberkesanan platform bersuara, perbaiki kaedah penyampaian maklumat berkenaan dasar kerajaan serta penubuhan jawatankuasa perinci dasar yang memberi kesan terus kepada rakyat.

#Mahasiswa punya banyak platform, sudahkan anda gunakan sebaiknya dan kesemuanya hingga perlu ke jalanan?