Showing posts with label Janji Ditepati. Show all posts
Showing posts with label Janji Ditepati. Show all posts

Monday, 6 May 2013

Mahasiswa UNISEL Gembira; Bakal Terima Pendidikan Percuma

Assalamualaikum dan Salam perpaduan,

Keputusan resmi Pilihan Raya Umum ke 13 di Negeri Selangor oleh Suruhanjaya Pilihan Raya menunjukkan kemenangan besar Pakatan Rakyat dengan majoriti 2/3 kerusi Dewan Undangan Negeri daripada jumlah keseluruhan sebanyak 56 kerusi DUN. 

Pakatan Rakyat diumumkan telah berjaya memenangi 44 kerusi manakala Barisan Nasional hanya berpuas hati dengan kemenangan 12 kerusi DUN di negeri itu. Menurut SPR, PAS dan DAP memegang jumlah kerusi yang sama sebanyak 15 manakala PKR menang sebanyak 14 kerusi DUN sahaja.

Kemenangan Pakatan Rakyat yang berjaya membentuk Kerajaan Negeri Selangor dengan majoriti 2/3 kerusi DUN merupakan suatu berita gembira buat seluruh mahasiswa Universiti Selangor kerana bakal dihidangkan dengan yuran percuma, elaun sara hidup serta penghapusan hutang PTPTN.

Wakil media Middle Voices ketika menghubungi salah seorang mahasiswa universiti itu diberitahu;

"Saya gembira dan sangat bersyukur...akhirnya Pakatan Rakyat berjaya menubuhkan kerajaan negeri dengan 2/3 kerusi DUN, lagi-lagi mereka menjanjikan pendidikan percuma termasuk memberikan elaun sara hidup serta melunaskan hutang PTPTN mahasiswa UNISEL... Insya Allah," 

katanya yang gembira dengan pengumuman keputusan pilihanraya umum bagi DUN negeri Selangor. Mahasiswa tersebut yang hanya ingin dikenali sebagai Azrul turut mengambil peluang untuk mengucapkan tahniah kepada Pakatan Rakyat.

"....tahniah kepada Pakatan Rakyat kerana berjaya mempertahankan Selangor sekali lagi," katanya lagi.

Prologue: Middle Voices berharap agar kemenangan 2/3 kerusi DUN Negeri Selangor oleh Pakatan Rakyat digunakan sebaik mungkin dalam mentadbir urus negeri dan mahasiswa di Universiti Selangor.

Janji Pakatan Rakyat bolehlah diaplikasikan atau lebih tepat ditunaikan terlebih dahulu di Universiti Selangor bagi meyakinkan rakyat bahawa manifesto Pakatan Rakyat bukanlah hanya satu janji manis yang ditabur hanya ketika pilihan raya dan menjadi kurap sebaik berjaya menakluki sesebuah kerusi.

Kepada mahasiswa UNISEL, tahniah kerana anda bakal terima pendidikan percuma daripada kerajaan negeri yang sekaligus mencipta dan melakar sejarah sebagai universiti pertama di Malaysia menerima pendidikan percuma secara total selepas Universiti Teknologi MARA.

#Pendidikan percuma merupakan hak mahasiswa UNISEL, tunaikan janji manismu...

Saturday, 6 April 2013

Kerajaan Berjaya Pupuk Masyarakat Penyayang

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Middle Voices hari ini percaya bahawa sesebuah kumpulan masyarakat yang prihatin adalah daripada kalangan mereka yang penyayang.

Sebuah kajian daripada Professor Lawrence D. Bobo, W. E. B. Du Bois Professor of the Social Sciences di Universiti Harvard berkenaan (Race; ethnicity; politics; social inequality) bangsa, etnik, politik dan ketidaksamaan sosial telah membuktikan kesinambungan antara kerajaan dan masyarakat kepada pembentukan masyarakat yang penyayang.

Menurut Prof. Lawrence; "Daripada sesebuah organisasi politik yang mendidik masyarakat supaya saling prihatin dan bantu membantu boleh melahirkan sifat kasih dan sayang antara kumpulan masyarakat yang terlibat...termasuk dalam menerapkan setiap aspek kemasyarakatan dan tanggungjawab sosial seperti membasmi kemiskinan dan menghulurkan bantuan,"

Perkara ini telah terbukti melalui isu-isu antarabangsa berkenaan campur tangan kuasa asing tehadap negara-negara tertentu seperti Palestin di Gaza, Iraq, Libya, Mesir, Vietnam dan lain-lain. Kesemua masyarakat di negara yang disebut mengalami gelombang pertumpahan darah dan kekurangan bantuan perubatan dan kemanusiaan.

Namun, kuasa sesebuah organisasi politik dari mana-mana negara yang prihatin telah mewujudkan satu kesedaran untuk membantu dalam kalangan masyarakat negara terlibat untuk bangkit menjadi sukarelawan dalam memberikan serba sedikit sumbangan tenaga, wang dan masa.

Contohnya Malaysia; dari pandangan antarabangsa kepada sudut sosio politik dan kemanusiaan, Malaysia tergolong daripada sebuah negara politik yang prihatin dengan tragedi Mavi Marmara, Bantuan Ubat-ubatan ke Gaza, sumbangan serta penerimaan terhadap pelarian penghapusan etnik Rohingya yang datang ke Malaysia.

Malah, pembabitan pucuk pimpinan tertinggi negara, iaitu YAB Dato' Sri Najib Razak juga telah berjaya menarik sokongan masyarakat antarabangsa melalui lawatan rasminya ke Gaza yang jelas membentuk kesedaran yang mendesak agar masyarakat bertegas menamatkan kepungan tidak berperikemanusiaan di Gaza.

Perkara ini dibuktikan lagi apabila Lembaga Amanah, Institusi Antarabangsa Al-Quds, Yusuf Al-Qadrawi menghantar sepucuk surat kepada Perdana Menteri yang menyatakan sokongannya terhadap lawatan kemanusiaan Najib Razak ke Gaza.

Ulasannya dalam surat tersebut yang difakskan kepada Bernama;

"Ia petanda jelas tentang betapa mendesaknya dilaksanakan tindakaan tegas demi menamatkan kepungan tidak berperi kemanusiaan, tidak saja di Semenanjung Gaza tetapi juga di Tebing Barat dan Baitulmaqdis yang dijajah," - Yusuf Al-Qadrawi 

Kembali kepada tajuk asal, secara rumusnya kajian daripada Prof. Lawrence boleh dikaitkan dengan keadaan di dalam Malaysia sendiri. 

Walaupun Malaysia baru sahaja mengalami peristiwa pahit dengan kemasukan pengganas ketenteraan Kiram III, atau Kesultanan Sulu di Sabah yang memakan jiwa wira negara, namun kesinambungan kerajaan terhadap masyarakat berjaya mewujudkan kesedaran sosial dan kasih sayang terhadap wira negara dan keluarga mangsa.

Buktinya, hasutan Tian Chua daripada Pakatan Pembangkang yang kononnya menuduh kematian wira negara di Lahad Datu sebagai sandiwara kerajaan, telah mendapat tentangan hebat dalam kalangan masyarakat penduduk di Malaysia.

Malah, lagu-laguan "Sabah nak hilang" yang dinyanyikan oleh Ketua Pakatan Pembangkang, Anwar Ibrahim yang menyindir-nyindir kematian dan usaha wira negara telah mewujudkan pertanyaan masyarakat akan mengapa mereka gembira sedang masyarakat sedang bersedih.

Akhirnya, dengan keprihatinan kerajaan, sambutan hari wira negara berjaya mempamerkan kasih sayang masyarakat terhadap pejuang yang memelihara keamanan sehingga ketitisan darah terakhir.

Faktanya yang berjaya Middle Voices kumpulkan; 
1. Kutipan Tabung Wira Lahad Datu melambung tinggi oleh kumpulan tertentu, mahasiswa serta masyarakat setempat sekaligus menggambarkan keprihatinan kerajaan, rakyat Malaysia termasuk NGO-NGO, badan-badan tertentu yang terlibat seperti Media Prima, Maybank sebagai penyumbang kepada kutipan;
2. Segerombolan NGO, mahasiswa dan masyarakat Malaysia di merata tempat termasuk sudut pelusuk semenanjung dan sarawak serta sabah berkumpul dan berhimpun secara aman bagi memperingati jasa dan pengorbanan wira negara pada Hari Polis ke 206 pada 25 Mac 2013 yang lalu; dan
3. Pada hari yang sama, seramai lebih 2800 mahasiswa Universiti Teknologi MARA menyambut baik hari polis dengan menghadiri Malam Memperingati Pahlawan dan Wira Negara bertempat di Shah Alam, dekat Dewan Agong Tuanku Canselor dengan menonton filem persahabatan antara tokoh hebat, Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Ismail dalam filem Tanda Putera.
Kembali kepada realiti semasa, bagaimana kajian Prof. Lawrence boleh dikaitkan dengan kehidupan harian masyarakat di Malaysia, Middle Voices ingin mencadangkan agar mahasiswa meluangkan sedikit masa untuk menonton filem pendek yand ditampal dibawah yang bertajuk 'Jiran Saya';


Prologue: "Bila tengok diorang seronok, saya pun tumpang seronok," inilah faktor yang berjaya memupuk kasih sayang antara masyarakat di Malaysia melalui tanggungjawab sosial sesebuah badan politik atau kerajaan yang jelas meringankan beban mereka yang memerlukan.

Safira Safri ingin mengungkap perkataan terakhir yang disebut melalui filem tersebut; "bantuan yang kecil di mata kita, besar untuk mereka," mungkin ungkapan ini hanya sekadar hiasan bagi memaniskan sebuah terbitan filem pendek, namun hakikatnya ia adalah ia.

Middle Voices ingin mengajak mahasiswa untuk terus rasional terhadap setiap bantuan yang dihulurkan kerajaan kepada rakyat. Baucar Buku 1 Malaysia, Bantuan Rumah 1 Malaysia dan banyak lagi hanyalah sedikit malah tidak juga lumayan, namun sekurangnya sampai ke tangan mereka yang memerlukan malah amat bermakna buat mereka.


#Siswa zon tengah, janji ditepati adalah jauh lebih bernas daripada manifesto bukan janji, telitilah...

Wednesday, 7 November 2012

UiTM; Tanda Putera Batal Tayang

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Shah Alam dekat Universiti Teknologi MARA semalam mengutuskan bahawa tayangan eksklusif filem Tanda Putera arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba tidak akan ditayangkan berikutan arahan daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia, Finas dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, KPKK berkehendak akan sedemikian.

Menurut salah seorang pelajar universiti itu, tayangan ekslusif ini terpaksa dibatalkan dan digantikan dengan diskusi bersama pengarah filem, Shuhaimi Baba pada malam yang sama.

Pelajar itu yang merupakan mahasiswa Fakulti Filem, Teater dan Animasi selain merangkap urusetia yang terlibat dalam anjuran Malam Promosi Filem Tanda Putera turut mejelaskan bahawa tuntutan wang pembelian tiket boleh dibuat pada hari yang sama dan diskusi yang digantikan adalah percuma.

"kepada semua yang telah membeli tiket tayangan Tanda Putera, anda bolehlah membuat tuntutan pulangan wang pembelian tiket di Dewan Sri Budiman pada 8 November ni dan kaunter akan dibuka bermula daripada jam 1 tengahari,"

"Saya bagi pihak urusetia memohon maaf atas segala kesulitan, dan jika anda semua menyokong tayangan filem ini, datanglah beramai-ramai pada malam tersebut kerana akan diadakan diskusi bersama Shuhaimi Baba dan kemasukan adalah percuma," kata pelajar itu yang kesal dengan pembatalan tayangan filem tersebut.

Ketika ditanya akan kerugian, pelajar itu hanya menjawab, "Pesona Pictures akan membayar ganti rugi kepada penganjur,".

Middle Voices sempat menemubual seorang lagi daripada penganjur tayangan tersebut yang menjalankan kerjasama dalam mempromosikan tayangan ekslusif di universiti itu, menurutnya;

"saya amat kecewa dengan pembatalan tayangan Tanda Putera kerana ia merupakan sebuah filem yang berasaskan nilai persahabatan dan tragedi 13 Mei, peristiwa berdarah hanyalah sebahagian daripadanya namun ditakuti pihak yang enggan mempertontonkan sejarah dan fakta sebenar." 

Tambahnya lagi, pembangkang yang takut akan tayangan filem ini sebenarnya memperbodohkan diri mereka kerana jelas akan ketakutan mereka kepada filem yang bernilai ringgit malaysia sepuluh ini kepada mahasiswa UiTM.

"kami mahukan filem ini ditayangkan dan bukan ditangguhkan buat kali kedua," katanya lagi sambil meluahkan rasa tidak berpuas hati kepada pihak yang menghalang tayangan filem ini termasuk Finas dan KPKK.

Sebelum itu, tayangan filem Tanda Putera yang dijadualkan di layar pawagam Malaysia pada 13 September 2012 telah dibatalkan dan dijadualkan akan ke panggung pada ketetapan tarikh 15 November 2012. 

Namun, keputusan terkini daripada Finas dan KPKK menangguhkan tayangan filem tersebut sekali lagi dan menganggarkan tayangannya kepada umum pada tahun hadapan.

Mengikut sumber, filem Tanda Putera yang mengisahkan persahabatan dan pengorbanan dua orang pemimpin yang merupakan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika peristiwa 13 Mei 1969 peristiwa hitam telah mendapat tentangan daripada parti politik pembangkang terutamanya DAP.

Filem tersebut yang berasaskan fakta yang merujuk kepada Laporan Majlis Gerakan Negara, MAGERAN dilaporkan ditakuti DAP dan pembangkang yang lain kerana bakal membogelkan mereka sebagai punca berlakunya rusuhan kaum pada tragedi pertumpahan darah selepas menerima kemenangan besar buat pertama kalinya selepas Pilihan Raya Umum pada waktu itu.

Walaupun PAS dan Keadilan tidak terlibat, namun pembogelan daripada filem itu bakal memberi kesan terhadap pentejermahan undi penyokong mereka sekiranya tayangan itu berjaya menjelaskan peristiwa sebenar kepada umum.

Prologue: Middle Voices melihat bahawa Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan seakan-akan tidak mempunyai pendirian yang tetap kerana menunda tayangan filem ini berkali-kali seolah-olah akur dengan kehendak pembangkang.

Selain itu, Middle Voices juga menganggap bahawa tindakan KPKK yang menangguhkan tayangan filem ini merupakan kesalahan besar KPKK selain daripada penerbitan lagu tema kemerdekaan "Janji Di Tepati" yang gagal diteliti sebelum dimuat naik yang akhirnya mendapat kritikan hebat daripada segenap lapisan masyarakat Malaysia.

Walaubagaimanapun, Middle Voices berharap agar KPKK membuat pertimbangan semula agar tayangan filem bersejarah ini dapat disegerakan agar rahsia kejahatan mereka yang terlibat sebagai punca tragedi hitam itu dapat dibogelkan kepada umum.

#Mahasiswa sokong Tanda Putera...

Wednesday, 10 October 2012

KDS1M: Mahasiswa UiTM Ucap TQ kepada Najib Razak

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Middle Voices kongsikan klip ucapan Terima Kasih mahasiswa UiTM kepada PM kerana memberi Kad Diskaun Siswa 1Malaysia. "Terima kasih PM"


#Janji Ditepati...

Wednesday, 19 September 2012

Pro Mahasiswa UiTM Demam Kerana PRK UiTM Dijangka Aman Harmoni

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan.

Middle Voices kongsikan ulasan YDP MPP UiTM Shah Alam yang sedikit sebanyak akan mengguris hati dan medemamkan sekumpulan pelajar yang menggelar diri mereka sebagai Pro Mahasiswa UiTM.

"Calon promahasiswa tidak ada tempat di UiTM", begitulah sedikit sebanyak ulasan yang diberikan oleh Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi MARA 2011/2012, Saudara Mohd. Farid Zuhri Ismail kepada Utusan Malaysia hari ini.

Selain itu, farid turut menyatakan bahawa pelajar UiTM sentiasa dan akan sentiasa menyokong segala aspirasi pihak pengurusan universiti malah berterima kasih kepada kerajaan kerana menyediakan tempat pengajian kepada mereka.

"Ketiadaan calon pro mahasiswa pada pilihan raya kampus UiTM bukan kerana pihak pengurusan tidak membenarkan mereka bertanding tetapi kerana tidak ada pelajar di universiti ini yang ingin hendak menyokong Pro Mahasiswa di universiti ini"

Katanya lagi, "Sekiranya ada sekali pun pihak pro mahasiswa yang mahu bertanding, mereka tahu kehadiran mereka pasti tidak akan diterima oleh pelajar UiTM,".

Selain itu, Pilihan Raya Kampus di UiTM dijangkakan berlangsung dalam keadaan yang aman dan harmoni berikutan tiada kumpulan Pro Mahasiswa yang akan bertindak liar dan tidak terkawal seperti yang berlaku di Institut Pengajian Tinggi Awam, IPTA yang lain berikutan penerimaan yang menolak keberadaan Pro Mahasiswa di universiti melayu itu.


Sebelum itu, pilihan raya kampus di IPTA lain pernah mencatatkan sejarah apabila kumpulan Pro Mahasiswa bertindak liar dengan membawa masuk mayat yang dikafankan serta memecahkan pintu kaca bangunan pentadbiran universiti akibat berang dengan pentadbiran yang kononnya tidak mendengar suara rengetan mereka.

Pro Mahasiswa juga mengikut sumber merupakan kumpulan pelajar yang menggunakan tiket islam melalui pergerakan persatuan-persatuan mereka demi untuk menarik sokongan kumpulan pelajar yang lain. Namun, sifat kumpulan Pro Mahasiswa yang keterlaluan sehingga bertindak biadap kepada Timbalan Naib Canselor mereka seperti yang berlaku baru-baru ini di UKM jelas memupuk bibit bibit benci mahasiswa kepada kumpulan mereka.

#Mahasiswa UiTM, Moh kita turun mengundi calon Aspirasi UiTM...

Thursday, 13 September 2012

Keamanan atau Demonstrasi? Mahasiswa Bijak Memilih

Assalamualaikum dan Salam Merdeka Raya.

Sejak kebelakangan ini pergerakan Pro Mahasiswa Pembangkang sering menggunakan tiket berjuang untuk mahasiswa melalui kaedah berdemonstrasi.

Berkumpul, berhujah, dan kemudian mencaci pemimpin dan mempamerkan sifat anti-kerajaan sehingga sanggup mengenepikan nilai-nilai kemanusiaan termasuk mencabuli Rukun Negara yang banyak berjasa sehingga membentuk Malaysia yang aman dan sejahtera.

Oleh yang demikian, sudah tiba masanya untuk mahasiswa pilih. Keamanan yang diusahakan dengan cara yang baik, atau keamanan yang dimahukan dengan cara yang tidak baik. Maka anda ialah penentunya. Jom save Pro-M, vote Pro Aspirasi.


Middle Voices ingin mengajak semua pengguna Facebook dan rakan-rakan pembaca Middle Voices untuk menggunakan tag seperti ini di profile picture anda.


Credits to Siswa Utara dan Gerakan 13

#Mahasiswa bijak memilih....

UM in The Top 200 Now - The Star

PETALING JAYA: Universiti Malaya (UM) is the only Malaysian institution that has made it to the top 200 of the QS World University Rankings 2012/3 for the second consecutive year. It moved up 11 places to 156 this year compared to 167 in 2011 and 207 in 2010.

Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Univer-siti Teknologi Malaysia (UTM), the International Islamic University Malaysia and Universiti Teknologi Mara have all improved in the rankings while Universiti Putra Malaysia dropped slightly. (see table)

Congratulating UM, Higher Education Minister Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin said he believed that this was a direct outcome of a Cabinet's decision for the university to be chosen as the key player in international rankings.

“A special monetary incentive was accorded to UM with the specific objective that it should be among the 100 best universities in the world by 2015. The fruit of that initiative is showing now,” he said in an interview.

Mohamed Khaled said that although a more detailed scrutiny of the criteria used was needed, the ranking results generally showed that the focus and resources invested by the research universities were paying off.

Intelligence Unit head Ben Sowter for QS Quacquarelli Symonds Ltd, which conducts and compiles the annual World University Rankings, said 2,586 institutions were considered this year.

“The six indicators - academic peer review, employer reputation review, international faculty ratio, international student ratio, student faculty ratio, and citations per faculty and overall weightings - are the same,” he added.

Sowter said UM was the best-performing Malaysian university in both the academic and employer reputation surveys, making it the global top 200 in both.

“It also improved its faculty/student ratio relative to its international peers, contributing to its improved position,” he said.

The biggest climb, said Sowter, among Malaysian institutions was by UTM, which re-entered the top 400 after slipping down last year.

UM vice-chancellor Prof Tan Sri Dr Ghauth Jasmon said it continued to push for higher quality research and publications in the past year through its High Impact Research projects with the special funding.

“It is clear that UM's greatest gain has been in its total citations, which was our main weakness before this,” he added.

UTM vice-chancellor Prof Datuk Dr Zaini Ujang said it had undergone a massive transformation since 2009 by focusing on graduate studies.

The Massachusetts Institute of Technology topped the QS World University Rankings this year followed by Cambridge University and Harvard University.

Sumber: The Star

Wednesday, 5 September 2012

Mahathir Bin Mohamad; "Tak Akan Melayu Hilang Di Dunia"

Assalamualaikum dan Salam Merdeka Raya.

Middle Voices tertarik dengan tulisan nota daripada bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Bin Mohamad berkenaan "Tak akan Melayu hilang di dunia" seperti yang dibawah:

1. Kata Hang Tuah “Tak akan Melayu hilang di dunia.” Dapatkah kata-kata keramat ini menentu yang Melayu tak akan hilang di dunia?

2. Di Singapura kerana tidak ada lagi sekolah Melayu dan bahasa penghantar di sekolah-sekolah di Republik itu ialah Inggeris dan China; segala urusan rasmi dan tidak rasmi menggunakan Bahasa Ingggeris atau China, maka orang Melayu sudah pun tidak menggunakan Bahasa Melayu. Mereka menggunakan Bahasa Inggeris walaupun semasa bercakap dengan anak pinak, keluarga dan kawan-kawan Melayu.

3. Budaya, adat istiadat Melayu juga terhakis. Yang tinggal hanyalah agama Islam mereka.

4. KeMelayuan mereka sudah tinggal separuh. Kita boleh ramal yang hakisan keMelayuan mereka akan berterusan sehingga akan hilanglah Melayu di Singapura.

5. Di sebelah utara pula kita dapati orang keturunan Melayu yang tidak dapat bertutur kata dalam Bahasa Melayu. Mereka Islam dan bangsa rasmi mereka ialah Thai. Maka hilanglah juga Melayu disitu.

6. Tetapi di Malaysia juga kehilangan Melayu sedang berlaku. Ada anak muda Melayu yang tidak lagi ingin dikenali sebagai orang Melayu. Mereka orang Malaysia. Ada pula yang hanya akui mereka orang Islam dan tidak perlu dikaitkan diri mereka dengan kaum Melayu.

7. Tetapi yang akan menghilangkan Melayu di dunia ialah dakwaan bahawa sesiapa yang bercakap berkenaan dengan bangsa Melayu, mereka akan dituduh “racist”. Oleh itu orang Melayu sudah tidak lagi berani menyebut perkataan Melayu kerana tidak mahu dituduh “racist”.

8. Kasihan Hang Tuah. Besar kemungkinan kata-katanya tidak lagi akan menjadi kenyataan. Demikianlah apabila kita bergantung kepada kata-kata hikmat untuk nasib kita, akhirnya akan hilang hikmatnya.

#Ditulis oleh: Dr Mahathir Bin Mohamad, Rabu, 5 September 2012 pada jam 1.58 pm.

Thursday, 30 August 2012

#Merdeka55 Semarakkan Twitter Anda Dengan Merdeka! Merdeka! @TwtUpMerdeka

Salam Perpaduan dan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia ke-55.

Menarik untuk rakan-rakan siswa Middle Voices yang gemar bertwitter, bersempena ulang tahun kemerdekaan ke 55 tahun ini, @TwtUpMerdeka dengan hashtag #Merdeka55 bagi memecahkan rekod dunia serta menempa nama dalam Malaysia Books of Records.

Terdapat 2 kategori:

Kategori A: Perhimpunan pengguna Twitter terbesar di dunia
Kategori B: Jumlah tweet terbanyak dalam tempoh 1jam dengan menggunakan hashtag #Merdeka55

Rekod ini akan berjaya sekiranya berjaya mengumpulkan:
1. 10,000 pengguna Twitter
2. 20,000 tweets dalam masa sejam menggunakan hashtag #Merdeka55

Kategori A (Berhimpun + Bertweet)
31 Ogos 2012, 8.00 Malam
Stadium Nasional Bukit Jalil

Kategori B
31 Ogos 2012, 8.15 – 9.15 Malam
Di mana sahaja anda berada

Apa tunggu lagi? Untuk mendaftar, sila klik isi borang pendaftaran di laman TwtUpMerdeka (Klik Sini). Untuk maklumat lanjut, boleh follow @TwtUpMerdeka atau like fan page 55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati. Sebarang persoalan juga boleh diemailkan kepada twtupmerdeka@gmail.com

Apa lagi, daftarlah sekarang & hebahkan dengan tekan butang Like dibawah...

#SiswaMerdeka...