Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.
Middle Voices hari ini percaya bahawa sesebuah kumpulan masyarakat yang prihatin adalah daripada kalangan mereka yang penyayang.
Sebuah kajian daripada Professor Lawrence D. Bobo, W. E. B. Du Bois Professor of the Social Sciences di Universiti Harvard berkenaan (Race; ethnicity; politics; social inequality) bangsa, etnik, politik dan ketidaksamaan sosial telah membuktikan kesinambungan antara kerajaan dan masyarakat kepada pembentukan masyarakat yang penyayang.
Menurut Prof. Lawrence; "Daripada sesebuah organisasi politik yang mendidik masyarakat supaya saling prihatin dan bantu membantu boleh melahirkan sifat kasih dan sayang antara kumpulan masyarakat yang terlibat...termasuk dalam menerapkan setiap aspek kemasyarakatan dan tanggungjawab sosial seperti membasmi kemiskinan dan menghulurkan bantuan,"
Perkara ini telah terbukti melalui isu-isu antarabangsa berkenaan campur tangan kuasa asing tehadap negara-negara tertentu seperti Palestin di Gaza, Iraq, Libya, Mesir, Vietnam dan lain-lain. Kesemua masyarakat di negara yang disebut mengalami gelombang pertumpahan darah dan kekurangan bantuan perubatan dan kemanusiaan.
Namun, kuasa sesebuah organisasi politik dari mana-mana negara yang prihatin telah mewujudkan satu kesedaran untuk membantu dalam kalangan masyarakat negara terlibat untuk bangkit menjadi sukarelawan dalam memberikan serba sedikit sumbangan tenaga, wang dan masa.
Contohnya Malaysia; dari pandangan antarabangsa kepada sudut sosio politik dan kemanusiaan, Malaysia tergolong daripada sebuah negara politik yang prihatin dengan tragedi Mavi Marmara, Bantuan Ubat-ubatan ke Gaza, sumbangan serta penerimaan terhadap pelarian penghapusan etnik Rohingya yang datang ke Malaysia.
Malah, pembabitan pucuk pimpinan tertinggi negara, iaitu YAB Dato' Sri Najib Razak juga telah berjaya menarik sokongan masyarakat antarabangsa melalui lawatan rasminya ke Gaza yang jelas membentuk kesedaran yang mendesak agar masyarakat bertegas menamatkan kepungan tidak berperikemanusiaan di Gaza.
Perkara ini dibuktikan lagi apabila Lembaga Amanah, Institusi Antarabangsa Al-Quds, Yusuf Al-Qadrawi menghantar sepucuk surat kepada Perdana Menteri yang menyatakan sokongannya terhadap lawatan kemanusiaan Najib Razak ke Gaza.
Ulasannya dalam surat tersebut yang difakskan kepada Bernama;
"Ia petanda jelas tentang betapa mendesaknya dilaksanakan tindakaan tegas demi menamatkan kepungan tidak berperi kemanusiaan, tidak saja di Semenanjung Gaza tetapi juga di Tebing Barat dan Baitulmaqdis yang dijajah," - Yusuf Al-Qadrawi
Kembali kepada tajuk asal, secara rumusnya kajian daripada Prof. Lawrence boleh dikaitkan dengan keadaan di dalam Malaysia sendiri.
Walaupun Malaysia baru sahaja mengalami peristiwa pahit dengan kemasukan pengganas ketenteraan Kiram III, atau Kesultanan Sulu di Sabah yang memakan jiwa wira negara, namun kesinambungan kerajaan terhadap masyarakat berjaya mewujudkan kesedaran sosial dan kasih sayang terhadap wira negara dan keluarga mangsa.
Buktinya, hasutan Tian Chua daripada Pakatan Pembangkang yang kononnya menuduh kematian wira negara di Lahad Datu sebagai sandiwara kerajaan, telah mendapat tentangan hebat dalam kalangan masyarakat penduduk di Malaysia.
Malah, lagu-laguan "Sabah nak hilang" yang dinyanyikan oleh Ketua Pakatan Pembangkang, Anwar Ibrahim yang menyindir-nyindir kematian dan usaha wira negara telah mewujudkan pertanyaan masyarakat akan mengapa mereka gembira sedang masyarakat sedang bersedih.
Akhirnya, dengan keprihatinan kerajaan, sambutan hari wira negara berjaya mempamerkan kasih sayang masyarakat terhadap pejuang yang memelihara keamanan sehingga ketitisan darah terakhir.
Faktanya yang berjaya Middle Voices kumpulkan;
1. Kutipan Tabung Wira Lahad Datu melambung tinggi oleh kumpulan tertentu, mahasiswa serta masyarakat setempat sekaligus menggambarkan keprihatinan kerajaan, rakyat Malaysia termasuk NGO-NGO, badan-badan tertentu yang terlibat seperti Media Prima, Maybank sebagai penyumbang kepada kutipan;
2. Segerombolan NGO, mahasiswa dan masyarakat Malaysia di merata tempat termasuk sudut pelusuk semenanjung dan sarawak serta sabah berkumpul dan berhimpun secara aman bagi memperingati jasa dan pengorbanan wira negara pada Hari Polis ke 206 pada 25 Mac 2013 yang lalu; dan
3. Pada hari yang sama, seramai lebih 2800 mahasiswa Universiti Teknologi MARA menyambut baik hari polis dengan menghadiri Malam Memperingati Pahlawan dan Wira Negara bertempat di Shah Alam, dekat Dewan Agong Tuanku Canselor dengan menonton filem persahabatan antara tokoh hebat, Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Ismail dalam filem Tanda Putera.
Kembali kepada realiti semasa, bagaimana kajian Prof. Lawrence boleh dikaitkan dengan kehidupan harian masyarakat di Malaysia, Middle Voices ingin mencadangkan agar mahasiswa meluangkan sedikit masa untuk menonton filem pendek yand ditampal dibawah yang bertajuk 'Jiran Saya';
Prologue: "Bila tengok diorang seronok, saya pun tumpang seronok," inilah faktor yang berjaya memupuk kasih sayang antara masyarakat di Malaysia melalui tanggungjawab sosial sesebuah badan politik atau kerajaan yang jelas meringankan beban mereka yang memerlukan.
Safira Safri ingin mengungkap perkataan terakhir yang disebut melalui filem tersebut; "bantuan yang kecil di mata kita, besar untuk mereka," mungkin ungkapan ini hanya sekadar hiasan bagi memaniskan sebuah terbitan filem pendek, namun hakikatnya ia adalah ia.
Middle Voices ingin mengajak mahasiswa untuk terus rasional terhadap setiap bantuan yang dihulurkan kerajaan kepada rakyat. Baucar Buku 1 Malaysia, Bantuan Rumah 1 Malaysia dan banyak lagi hanyalah sedikit malah tidak juga lumayan, namun sekurangnya sampai ke tangan mereka yang memerlukan malah amat bermakna buat mereka.
#Siswa zon tengah, janji ditepati adalah jauh lebih bernas daripada manifesto bukan janji, telitilah...
No comments:
Post a Comment
Bahasa yang santun itu adalah lebih elok untuk mata yang memandang!