Mohd Faris, duduk daripada kiri. |
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.
Shah Alam, semalam Sukarelawan Siswa4U Universiti Selangor memberitahu pemberita akan kekecewaan mahasiswa kampus itu kerana kegagalan mengurus tadbir ke atas UNISEL oleh Kerajaan Negeri Selangor.
"Kami telah dijanjikan oleh Kerajaan Selangor pendidikan percuma, namun apa yang kami lalui adalah kenaikan bayaran yuran akibat daripada kerugian yang ditanggung oleh pengurusan UNISEL" - Mohd Faris, Mahasiswa UNISEL.
Mohd Faris yang turut serta di dalam sidang media anjuran Sukarelawan Siswa4U Universiti Teknologi MARA bercakap demikian kerana tidak berpuas hati dengan janji kosong Kerajaan Selangor untuk memberikan pendidikan percuma sedangkan yuran di UNISEL semakin meningkat.
Menurut Faris, Kerajaan Selangor telah mencampuri urusan pentadbiran UNISEL hingga melibatkan kerugian berjumlah RM 38.76 Juta. Malah, Infrastruktur UNISEL seperti dewan dan bilik kuliah berada dalam keadaan daif dan tidak dibaik pulih.
"Mahasiswa turut dipaksa untuk belajar di dalam kondisi yang tidak selesa disebabkan pihak unviersiti tidak menyelenggara penghawa dingin yang tidak berfungsi akibat daripada kekurangan peruntukan daripada Kerajaan Negeri,"
"....mengecewakan lagi, mahasiswa terpaksa menyewa di luar universiti akibat daripada pelan untuk menambah bilangan kolej kediaman terpaksa dihentikan, juga akibat daripada Kerajaan Negeri yang tidak memberikan peruntukan,"
Tambah Faris lagi, kenaikan yuran pendaftaran dan pengguguran kursus yang tidak masuk akal menjelaskan bahawa Tan Sri Khalid mengamalkan sikap lepas tangan dalam mentadbir urus UNISEL.
Jelasnya lagi, "Sekiranya urus tadbir sebuah Universiti ini pun sudah gagal, apatah lagi apabila diberikan peluang untuk mengurus tadbir kesemua universiti di Malaysia,".
Faris bersama beberapa mahasiswa UNISEL kemudiannya memberitahu pemberita akan sokongan mereka kepada Kerajaan Barisan Nasional dan berharap agar Barisan Nasional kembali mengambil alih negeri Selangor agar kebajikan mahasiswa UNISEL dapat dijaga dengan lebih baik.
Tegas Faris, mahasiswa UNISEL tidak lagi percaya dengan segala penipuan dan janji manis Tan Sri Khalid berkenaan dengan pemberian pendidikan percuma yang dicanangkan Kerajaan Selangor selama ini.
Sebelum itu, sidang media bersama Sukarelawan Siswa4U UiTM ini berjaya menghimpunkan lebih 50 orang mahasiswa di Intekma Resort termasuk mahasiswa daripada, Management and Science Universiti, MSU dan Universiti Tenaga Nasional, UniTeN.
Selanjutnya berkenaan sidang media Sukarelawan Siswa4U UiTM, Utusan Malaysia ada laporannya.
Dulu mahasiswa tuntut hapuskan PTPTN tapi sebenarnya yuran U mesti dibayar juga.
ReplyDeleteKan lebih baik jika mahasiswa tuntut hapuskan YURAN U supaya pembelajaran percuma hingga dapat PHD.
Siapa yg tak cukup fikiran ?