Friday 23 August 2013

Siswa4U; Mahasiswa Sokong Peguam Kalimah Allah

Cyberjaya, Pengerusi Siswa4U, Saudara Hafiz Ariffin melafazkan rasa syukur disamping menarik nafas lega dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak permohonan Gereja Katolik untuk membatalkan rayuan kerajaan berhubung isu kalimah Allah.

"...Alhamdulillah, saya rasa bersyukur dan lega dengan keputusan mahkamah rayuan yang merupakan satu kemenangan untuk ummat islam di Malaysia hari ini.

"saya juga berharap agar isu kalimah Allah ini dapat selesai dengan harmoni dan kita sebagai ummat Islam sama-sama berdoa, supaya perkara ini tidak menjadi semakin keruh dan berterusan," katanya lagi.

Hafiz bercakap demikian kepada wakil media ketika dihubungi semalam. Jelasnya, dia berharap agar isu kalimah Allah dapat diselesaikan secara baik selain meminta agar ummat Islam berdoa bagi memastikan perkara tersebut kembali jernih.

Ulasnya lagi yang menghargai tindakan peguam, dia mengajak rakyat Malaysia utamanya mahasiswa agar berterima kasih disamping memberi sokongan kepada barisan peguam yang mempertahankan kalimah Allah.

"tahniah, terima kasih kepada peguam yang pertahankan kalimah Allah, semoga usaha mereka diberkati dan dirahmati ke hadrat ilahi.

"..semua rakyat Malaysia utamanya mahasiswa harus berterima kasih dan sentiasa beri sokongan pada barisan peguam untuk mengharapkan yang terbaik dalam mempertahankan kalimah Allah.

Sementara itu Saudara Zaharin Haris, Pengerusi Siswa4U Shah Alam turut memberikan sokongan kepada barisan peguam selain bertegas agar umat Islam tidak terlalu gembira dengan keputusan tersebut berikutan rayuan yang bakal didengar 10 September depan.

"...peguam kerajaan dan majlis agama telah buat yang terbaik, namun masih belum boleh terlalu gembira kerana kemenangan sebenar akan diketahui pada 10 september kelak.

Zaharin berkata sedemikian ketika ditemui wakil media pada sesi temuduga bagi program Nusantara Leadership Camp di Cyberview Resort & Spa di Cyberjaya dekat sini semalam.

Semalam Hakim Datuk Seri Abu Samah Nordin yang mengetuai panel 3 hakim mengarahkan rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi, yang membenarkan The Herald menggunakan kalimah 'Allah', didengar pada 10 September ini.

Panel hakim yang turut dianggotai Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Rohana Yusuf itu membuat keputusan berkenaan selepas sebulat suara menolak permohonan Gereja Katolik untuk membatalkan rayuan kerajaan.

Tuesday 13 August 2013

Demonstran Khalid Ismath, Dipelawa Belajar Di USM

Pulau Pinang, dekat Universiti Sains Malaysia hari ini mengesahkan tawaran Pengajian Jarak Jauh, PJJ kepada Khalid Mohd Ismath yang merupakan bekas penuntut di Universiti Teknologi MARA.

Perkara itu disahkan oleh pegawai bertanggungjawab pada Seksyen Pengambilan Pelajar, SPP USM ketika dihubungi wakil media Middle Voices tengahari tadi.

Menurut beliau, Khalid ditawarkan ke program Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan dengan kepujian bagi tempoh pengajian selama 4 tahun dan diminta untuk melaporkan diri pada hari ini.

Walaubagaimanapun, menurutnya sehingga jam 2.30 petang tadi Khalid masih belum mendaftarkan diri di universiti APEX itu berdasarkan daftar kemasukan pelajar baru.

Menurut pegawai daripada pejabat penasihat undang undang USM, pelajar yang digantung oleh mana mana IPTA boleh membuat permohonan kemasukan ke IPTA lain dan perkara itu diakui undang undang di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, mengikut seksyen 15 D subseksyen 5.

Pegawai tersebut yang ditanya akan persoalan oleh sesetengah pihak bahawa pengambilan ini sebagai menutup peluang pelajar yang 'first timer', dia hanya menjawab ringkas;

"...permohonan kepada tawaran ini adalah bagi program pengajian jarak jauh, PJJ, bukan sepenuh masa dan tidak pun menutup peluang orang lain," katanya ketika dihubungi.

Khalid yang sebelum ini menuntut di UiTM telah dikenakan tindakan tatatertib yang membawa hukuman gantung 3 semester sebaik diputuskan oleh panel tatatertib sebagai bersalah kerana mencemarkan nama universiti dengan perbuatannya.


Selain itu, Khalid yang juga timbalan presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia, SMM yang bangkit bersuara bersama kumpulan pro mahasiswa yang giat menentang kerajaan dan pernah mengkalungkan gambar Perdana Menteri dan Menteri Pengajian Tinggi dengan bunga kematian seperti upacara pengkebumian sebagai bentuk menghina.

Menurut sumber, Khalid Ismath juga merupakan penyokong tegar bagi setiap demonstrasi jalanan anjuran parti politik pembangkang selain menyokong penuh perhimpunan BERSIH yang memudaratkan keamanan Malaysia.

Sementara itu, UiTM ketika dihubungi enggan memberikan ulasan berkenaan sama ada Khalid dibuang atau berhenti daripada pengajian selain menjelaskan statusnya sebagai pelajar adalah tidak aktif.

Tuesday 6 August 2013

MPP UiTM Tampil Perjelas Isu Halau dan Syukur

Kuala Lumpur - Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi MARA percaya bahawa wujudnya salah faham dalam konteks pemahaman terhadap pengertian 'syukur' yang cuba disampaikan.

MPP UiTM, Amirfiqri
Perkara itu disebut oleh Penolong Naib Yang Dipertua MPP UiTM, Saudara Muhamad Amirfiqri Bin Samsudin melalui sebuah kenyataan rasmi yang dikirimkan kepada wakil media Middle Voices dekat sini semalam.

Amirfiqri menjelaskan, bahawa pengertian syukur yang dimaksudkan oleh organisasi itu sebenarnya bersifat menghargai sesuatu yang diusahakan disamping melaksanakan penambahbaikan.

"'Bersyukur', yang cuba disampaikan adalah menghargai dengan apa yang telah diusahakan disamping cuba untuk melaksanakan penambahbaikan terhadap usaha-usaha tersebut.

Tambahnya, isu syukur yang menjadi bualan mahasiswa kampus sejak pertengahan Julai lalu bukanlah bermaksud tidak berusaha untuk memperbaiki apa yang ada atau menafikan keperluan yang perlu diperjuangkan.

Dalam kenyataan yang sama bagi menjawab persoalan yang kononnya badan perwakilan pelajar itu enggan dan tidak boleh dikritik, Amirfiqri menerangkan bahawa kepimpinan organisasi itu sentiasa terbuka dan menggalakkan mahasiswa menyalurkan maklumat berkenaan isu kampus dan mahasiswa.

Tambahnya lagi, cadangan dan idea penambahbaikan juga wajar disalurkan bersama aduan atau kritikan agar konsep kebersamaan wujud dalam membawa suara mahasiswa.

"Barisan kepimpinan MPP tidak pernah menghalang mana-mana pihak untuk membuat aduan berkenaan isu kampus mahupun isu mahasiswa.

"Malah, kami menggalakkan agar aduan tersebut disalurkan bersama cadangan mahupun idea penambahbaikan agar konsep kebersamaan dapat kita adaptasi dalam membawa suara mahasiswa," katanya.

Sebelum itu, Majlis Perwakilan Pelajar UiTM dilaporkan Middle Voices sebagai menerima gesaan daripada sekumpulan mahasiswa agar memohon maaf di atas kenyataan Exco Kerjaya dan Hubungan Majikan yang bertindak menghalau mahasiswa UiTM yang tidak bersyukur untuk keluar dari UiTM.

"Jika anda tidak bersyukur menjadi pelajar UiTM, silalah keluar, ramai lagi yang mahukan tempat anda," kenyataan exco tersebut yang disampaikan melalui laman sosial twitter peribadi.

Walaubagaimanapun, kenyataan Maryam Jamadi yang disifatkan sebagai menghalau ternyata meleset daripada maksud sebenar yang ingin disampaikan oleh ahli perwakilan tersebut.

Amirfiqri dalam kirimannya turut mengambil kesempatan untuk memohon maaf bagi pihak kepimpinan badan eksekutif pelajar itu yang menyebabkan perkara tersebut disalah tafsir selain berterima kasih kepada mereka yang memberi perhatian kepada isu tersebut.

"....sempena bulan Ramadhan yang bakal pergi, serta kehadiran Syawal yang dinanti, pihak MPP memohon seribu kemaafan kepada mana-mana pihak kerana menyebabkan isu ini disalah tafsir. 

"...terima kasih kepada semua pihak yang memberi perhatian kepada isu ini, memberi komen yang membina serta sedikit sebanyak memberi sokongan padu kepada barisan kepimpinan MPP untuk terus menerajui suara mahasiswa pada masa akan datang.

Tambahnya lagi, dia berharap agar perjuangan bersama mahasiswa UiTM mendapat rahmat dan diberkati Allah S.W.T sambil sempat memuatkan salam aidilfitri dalam kenyataannya.

“Selamat hari raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.

Prologue: Tahniah diucapkan kepada Majlis Perwakilan Pelajar UiTM yang tampil mengemukakan penjelasan bagi menjernihkan isu syukur yang disalah tafsir rakan media.

Sewajarnya, sikap bertanggungjawab dan berhati-hati dalam mengeluarkan sesuatu kenyataan harus dijadikan contoh kepada semua badan perwakilan pelajar di setiap Institut Pengajian Tinggi, IPT memandangkan mereka merupakan kumpulan yang sentiasa mendapat perhatian media.

Rakan Siswa Zon Tengah mencadangkan agar mana-mana badan perwakilan pelajar melantik seorang daripada dalam kalangan mereka sebagai juru cakap kepada setiap perkara yang menjadi sebutan media bagi mengelakkan kenyataan peribadi sesetengah ahli perwakilan menjadi kenyataan organisasi.

Hal ini berikutan, kenyataan peribadi sesetengah ahli perwakilan daripada mana-mana universiti sering bercanggah dengan kenyataan rasmi yang dikeluarkan organisasi tersebut.

Sebagai menghormati kenyataan balas yang dikirimkan kepada wakil media Middle Voices, rakan penulis Siswa Zon Tengah memohon maaf kepada Majlis Perwakilan Pelajar UiTM, berikutan laporan yang berkemungkinan menggugat kepercayaan mahasiswa kepada organisasi perwakilan itu.

#Tahniah MPP UiTM, rakan media kami gembira dengan perkongsian oleh Saudari MPP, Nor Adibah Rozain ketika sesi diskusi selama 30 minit hasil pelawaannya...

Monday 5 August 2013

Graduan Undang-undang Perlu Kuasai Bahasa Inggeris; Tun Abdul Hamid

KUALA LUMPUR – Graduan undang-undang yang tidak menguasai bahasa Inggeris dengan baik agak sukar untuk bersaing dalam pasaran kerja.

Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad berkata dalam bidang perundangan, bahasa Inggeris bukan sahaja dijadikan keutamaan untuk berkhidmat di pejabat guaman yang besar dan ternama tetapi juga di Pejabat Peguam Negara serta institusi kehakiman.

Katanya penggunaan bahasa itu amat penting terutama apabila berdepan dengan kes yang didengar di mahkamah rayuan dan persekutuan kerana hampir 95 peratus melibatkan bahasa Inggeris.

Dalam mengutamakan bahasa tersebut, Abdul Hamid yang dihubungi Bernama bagaimanapun tidak menolak kepentingan bahasa Melayu dan berkata bahawa mereka yang menguasai kedua-dua bahasa mampu pergi lebih jauh.

Graduan Sarjana Muda Undang-undang UKM
“Dalam realiti hari ini, kita tidak patut terlalu taksub dengan penggunaan bahasa Melayu sehingga tidak memperduli apa akibatnya. Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) akan melakukan satu penganiayaan kepada graduan-graduannya jika IPTA hanya menekankan pembelajaran undang-undang dalam bahasa Melayu sahaja.

“Kita sepatutnya berusaha untuk mengeluarkan graduan undang-undang yang penguasaan bahasa Melayu dan bahasa Inggerisnya sama baik. Di samping itu, pada pandangan saya, pada masa ini, kita juga mengeluarkan terlalu banyak graduan undang-undang dengan cara yang terlau mudah. Ramai di antara mereka yang tidak dapat bersaing di pasaran,” katanya.

Abdul Hamid berkata menerusi pengalamannya selama 40 tahun dalam bidang perundangan, terdapat kumpulan hakim mahkamah tinggi dan sesyen serta pegawai yang ketinggalan dalam bahasa Inggeris dan mereka ‘menjadi dilema’ yang bukan sahaja kepada diri mereka sendiri tetapi juga kepada Jabatan Peguam Negara, mahkamah dan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman.

“Apa yang saya kurang faham ialah, kenapa setelah terdedah setiap hari selama 25 tahun, mereka masih juga tidak dapat memperbaiki prestasi mereka. Adakah institut pengajian tinggi meluluskan mereka dengan begitu mudah?

“Bagi pegawai undang-undang dan peguam bukan Melayu pula, peratusan mereka yang dapat menguasai bahasa Inggeris dan Melayu adalah lebih tinggi daripada pegawai dan peguam Melayu tetapi jika mereka tidak dapat menguasai bahasa Melayu dengan baik, mereka boleh memilih untuk tidak menjadi ‘litigation lawyers’,” katanya.

Menceritakan pengalamannya dalam bidang kehakiman dan perundangan bermula selepas merdeka hingga 2008, Abdul Hamid berkata pada tahun 90-an, beliau antara hakim yang paling banyak menulis penghakiman dalam bahasa Melayu.

“Di mahkamah rendah, hampir kesemua dijalankan dalam bahasa Melayu. Di mahkamah atasan terutama di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan boleh dikatakan 95 peratus dijalankan dalam bahasa Inggeris.

“Keterangan diberi dalam apa juga bahasa yang hendak digunakan oleh saksi. Ianya diterjemahkan ke bahasa Melayu atau Inggeris. Keterangan bahasa Inggeris dicatat tanpa diterjemah ke bahasa Melayu. Semua Hakim dan peguam dianggapkan (sepatutnya) dapat menguasai kedua-dua bahasa itu dengan baik. Sekarang semua keterangan dirakam dengan rakaman video,” katanya.

Tambah Abdul Hamid, penghujahan lisan di mahkamah rendah (Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen) lebih banyak menggunakan bahasa Melayu manakala di mahkamah atasan, hampir semua hujah lisan dijalankan dalam bahasa Inggeris malah dokumen serta penghakiman yang dirujuk adalah dari dalam dan luar negara yang menggunakan bahasa Inggeris.

“Mengenai penulisan alasan penghakiman, di mahkamah-mahkamah rendah, kebanyakan alasan penghakiman ditulis dalam bahasa Melayu. Dalam tahun 90-an, setiap Hakim Mahkamah Tinggi dikehendaki menulis sekurang-kurangnya satu alasan penghakiman dalam bahasa Melayu sebulan.

“Hakim-hakim Melayu dan beberapa orang Hakim bukan Melayu, peringkat lebih muda, tiada masalah melakukannya. Hakim-hakim bukan Melayu yang dilantik daripada kalangan peguam tidak mematuhinya. Pada masa itu, ada beberapa orang di antara kami yang menyahut seruan penggunaan bahasa Melayu, menulis alasan penghakiman yang agak banyak dalam bahasa Melayu.

“Tetapi, saya dapati, jurnal undang-undang kurang berminat untuk melaporkan penghakiman dalam bahasa Melayu. Jika dilaporkan pun, tidak banyak orang yang membacanya. Pada hari ini, kebanyakan hakim-hakim Mahkamah Tinggi yang menulis dalam bahasa Melayu adalah mereka yang kurang selesa menulis dalam bahasa Inggeris.

“Semasa saya di Mahkamah Rayuan pun, saya ada menulis beberapa penghakiman yang penting yang melibatkan percanggahan bidang kuasa mahkamah sivil dan mahkamah syariah, supaya ia juga dapat dibaca oleh hakim-hakim dan pegawai-pegawai mahkamah syariah. Saya tidak tahu sama ada mereka membacanya atau tidak. Tetapi, jika saya hendak menulisnya semula hari ini, saya akan tulis dalam bahasa Inggeris, kerana ia lebih luas dibaca,” katanya.

Menurut sumber, Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan satu-satunya IPTA yang menggunakan Bahasa Melayu ketika kuliah dan syarahan. Walaubagaimanapun, sistem pembelajaran undang-undang di UKM lebih kepada penggunaan dwi bahasa atau bilanguage, iaitu menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Jelas UKM lebih tepat dalam melahirkan graduan undang-undang yang mempunyai penguasaan dalam kedua dua bahasa ini. Ini lebih memberi nilai tambah dan skills kepada graduan undang-undang UKM apabila masuk ke alam pekerjaan.

Sunday 4 August 2013

Halau Pelajar Keluar UiTM; MPP Enggan Mohon Maaf

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan,

Shah Alam dekat Universiti Teknologi MARA, Exco Komunikasi Korporat Majlis Perwakilan Pelajar UiTM, Nazurah Badrul Zaman dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa organisasi itu tidak akan meminta maaf kepada pelajar UiTM berikutan isu MPP menghalau mahasiswa UiTM yang tidak bersyukur.

Kenyataan berkenaan dibuat melalui laman sosial Twitter-nya sebaik isu menghalau pelajar tidak bersyukur menjadi perbualan hangat dalam kalangan mahasiswa kampus melayu itu.


Nazurah menulis "I will not apologize for something that is true," sebagai respon kepada isu yang melibatkan rakan exconya, Maryam Jamadi yang mengeluarkan kenyataan kontroversi.

Kenyataan yang dimaksudkan sebagai bersetuju dengan tindakan menghalau pelajar tidak bersyukur selain menegaskan bahawa dia (MPP) tidak akan meminta maaf kerana bersangkaan bahawa kenyataan Maryam disifatkan sebagai benar.

Sementara itu, beberapa kumpulan mahasiswa yang menyedari akan tindakan Nazurah hari ini mempersoal akan kredibiliti perwakilan itu selain bercadang akan memboikot Pilihan Raya Kampus akan datang kerana kesal memiliki perwakilan Aspirasi yang tidak menghormati pandangan mahasiswa.

Maryam, dua minggu yang lalu dilaporkan telah menghalau mahasiswa UiTM yang tidak bersyukur sebaik mendengar permintaan pemimpin pelajar untuk menuntut kerusi umum pada pemilihan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar akan datang.

Sebelum itu, rakan media Siswa Zon Tengah telah beberapa kali menghubungi mereka untuk mendapatkan kenyataan rasmi daripada Yang Di Pertua MPP UiTM berkenaan isu menghalau pelajar, namun sehingga sekarang kenyataan itu ternyata meleset dan tidak dibalas.

Kronologi:

1. Pemimpin Pelajar UiTM sebulat suara mengusulkan Kerusi Umum dipertandingkan pada pemilihan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, JPP pada Pilihan Raya Kampus akan datang. [Info]

2. Exco Kerjaya dan Hubungan Majikan yang tidak berpuas hati dengan permintaan yang disifatkan tidak bersyukur telah mengeluarkan kenyataan menghalau mahasiswa UiTM. [Info]

3. Kenyataan 'HALAU' menjadi isu dan bualan mahasiswa kampus yang kemudian menuntut permohonan maaf daripada organisasi perwakilan pelajar tersebut.

4. Respon daripada Exco Komunikasi Korporat MPP UiTM, bahawa organisasi perwakilan pelajar itu tidak akan meminta maaf kerana kenyataan Maryam disifatkan sebagai benar.

5. Siswa Zon Tengah menghubungi MPP untuk mendapatkan kenyataan rasmi, dan dijanjikan seberapa segera, namun kenyataan tersebut ternyata meleset kerana tiada jawapan balas berhubung isu menghalau pelajar UiTM.

Prologue: Siswa Zon Tengah berpandangan, bahawa jika sikap MPP yang Precious dan tidak boleh dikritik ini diteruskan, mungkin boleh menjejaskan kepercayaan mahasiswa dalam kampus terhadap organisasi perwakilan itu.

Tambahan lagi, setiap exco mereka begitu ghairah mengeluarkan pandangan daripada kritikan pelajar seolah mereka telah lakukan yang terbaik dalam mewakili suara mahasiswa UiTM, walaupun ia sebenarnya baru bermula.

Persoalannya, jika MPP telah mewakili suara pelajar UiTM dengan baik, mengapa wujudnya gerakan seperti GAMUS, MMP dan yang terkini UiTM Insider?

Mahasiswa Melayu Progressif dalam satu kenyataan pernah bertanya? adakah MPP ini bermaksud Majlis Perwakilan Pentadbiran?

#Tahniah mahasiswa UiTM kerana memiliki MPP yang mewakili suara anda tanpa boleh ditegur dan dikritik...