Thursday, 20 September 2012

Bakal MPP UiTM Diharapkan Tidak Mewarisi Sikap Dingin

Assalamualaikum dan Salam 1 Aspirasi.

Mengulas lanjut akan jangkaan kemenangan Aspirasi dalam Pilihan Raya Kampus di Universiti Teknologi MARA hari ini yang merupakan lombong emas dek kerana Pro Mahasiswa gagal bertapak di universiti itu malah seakan diusir oleh bekas YDP MPP UiTM semalam.

Melihat kepada corak pencalonan JPP, Middle Voices mendapati sebanyak 11 fakulti menang tanpa bertanding kerana tiada pencabar untuk kerusi fakulti yang dipertandingkan. Manakala selebihnya akan bertanding bagi memenuhi 30 kerusi yang lain yang membawa jumlah kepada 52 orang wakil pelajar.

Menurut sumber, kesemua calon yang terpilih merupakan kumpulan mahasiswa yang layak bertanding dan berpengalaman dalam menerajui kepimpinan. Malah ada daripada kalangan mereka yang membawa keputusan cemerlang sebagai bonus bagi menarik pengundi ketika sesi berkempen.

Namun, apa yang ingin diketengahkan bukanlah sahaja kelayakan akademik dan pengalaman sebagai pemimpin pelajar mahupun kemahiran bercakap dan berhujah. Yang jelas, sikap bakal Majlis Perwakilan Pelajar itu adalah lebih penting.

Keperibadian kemas, bijak, dan berilmu tidak memadai jika bakal MPP UiTM ini mempunyai sikap dingin, sombong dan berasa berkuasa dan besar.

Sebelum ini,  rakan Middle Voices pernah dihubungi oleh beberapa mahasiswa UiTM yang terkilan dengan sikap MPP UiTM yang tidak sensitif dengan isu kampus malah bersikap dingin dengan kumpulan mahasiswa yang bernaung dibawah persatuan-persatuan dalaman.

Tidak cukup dengan itu, isu perpaduan dan keamanan kampus juga tidak menarik perhatian bekas MPP terdahulu malah pernah dilabelkan oleh mahasiswa sebagai GAGAL menyampaikan suara pelajar UiTM ketika suasana kampus itu dicemari oleh seorang mahasiswa pro pembangkang, Khalid Ismath.

Rentetan daripada sikap dingin dan tidak ambil peduli atau yang lebih ketara dengan sikap ambil mudah, sekali lagi MPP UiTM dilabel dengan kontranya apabila sikap mereka difikirkan seperti menang dengan tiket Aspirasi tetapi menjiwai Pro Mahasiswa.

Walaubagaimanapun, Middle Voices masih menerima pandangan positif terhadap MPP terdahulu dengan beberapa perubahan yang dibawakan kepada UiTM malah, MPP terdahulu yang dipengerusikan oleh Saudara Farid Zuhri merupakan barisan yang jelas menentang maksiat di dalam kampus dengan mengadakan Kempen Satu Motor Satu Gender yang masih dipromosikan sehingga ke hari ini.

Info:
MPP terdahulu yang dipengerusikan oleh Saudara Muhammad Ridhwan Mat Salleh telah membuktikan usaha mereka dengan terbinanya jejantas di lingkaran jalan raya berhampiran pintu belakang UiTM, Seksyen 7 yang sedikit sebanyak membantu mahasiswa daripada konteks kebajikan sosial.

Prologue: Rakan penulis Middle Voices serta seluruh Mahasiswa Universiti Teknologi MARA berharap agar bakal MPP yang akan diumumkan pada malam nanti merupakan kumpulan pemimpin yang sensitif dari segi kebajikan mahasiswa, isu kemanan dan perpaduan dalam kampus serta progresif dalam membentuk acuan bagi menghasilkan produk mahasiswa yang berkualiti tinggi sesuai dengan falsafah kewibawaan universiti itu.

Middle Voices juga ingin mengucapkan Ribuan Terima Kasih kepada semua bekas MPP UiTM yang pernah berjasa kepada Middle Voices mahupun kepada mahasiswa UiTM. Rakan penulis Middle Voices juga ingin memohon maaf jika penulisan rakan-rakan penulis pernah mengguris hati bekas MPP UiTM dan sekaligus mengucapkan Selamat Maju Jaya.

#Bekas MPP dapat tawaran biasiswa daripada Dato' Sahol jika sambung pelajaran ke peringkat Master/PHD di UiTM...

4 comments:

  1. juga tidak dilupakan pengurangan kadar saman kepada mahsiswa/i UiTM... thank you so much!!!..

    ReplyDelete
  2. bilangan MPP 2012/2013 seramai 50 wakil pelajar lah tuan admin, jelas menunjukkan yang tuan admin peka dengan apa yang terjadi di kampus, bagi saya MPP 2011/2012 telah menjalankan tugas dengan baik tanpa membawa masuk unsur2 politik dari luar baik pembangkang mahupun kerajaan dan sentiasa menjaga kebajikan pelajar uitm dengan membuat pengurangan pembayaran saman kepada mahasiswa/i uitm. ALHAMDULILLAH.

    ReplyDelete
    Replies
    1. MPP UiTM 2011/2012 LEMBAP9:47 am, October 13, 2012

      lol silap bilang je pom...ni mesti MPP sekrg atau mpp cabok 2011/2012 ni..kui3x

      Delete
  3. Nice comment , di harap tugas menjaga UiTM bukan sahaja diletakkan di bahu barisan MPP , kerjasama dan bantuan dari mahasiswa itu sangat penting di samping sokongan padu warga bumiputera dan melayu di tanah Malaysia ini . sama sama mendoakan delegasi MPP tahun ini mampu menjaga UiTM sebaik - baiknya .

    ReplyDelete

Bahasa yang santun itu adalah lebih elok untuk mata yang memandang!