Assalamualaikum dan Salam 1 UiTM. "UiTM sentiasa di hatiku".
Middle Voices hari ini ingin menyampaikan rasa kecewa Mahasiswa Univerisiti Teknologi MARA akan kesepian dan kegagalan Majlis Perwakilan Pelajar atau MPP UiTM yang telah dilantik semula sebagai pemangku bagi badan eksekutif pelajar itu ataupun yang lebih dikenali sebagai Executive Care Taker.
Secara resminya, badan eksekutif pelajar ini seharusnya berfungsi sebagai pemudah cara, penyampai atau wakil kepada pelajar ataupun dalam bahasa mudahnya, badan ini akan berfungsi sebagai kaki dan tangan pelajar, malah suara pelajar di dalam menyampaikan dan menyelesaikan sebarang isu-isu berbangkit di dalam ataupun luar kampus yang melibatkan penuntut di UiTM.
Dari aspek perundangan, Majlis Perwakilan Pelajar atau ringkasannya MPP merupakan badan perwakilan pelajar yang utama di Universiti Teknologi MARA yang diwujudkan mengikut peruntukan Seksyen 7 Bahagian 3 Undang-Undang Malaysia Akta 174 Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976.
Namun, kebangkitan siswa UiTM hari ini melalui Middle Voices adalah kerana berasa terpanggil untuk mencari jawapan kepada persoalan yang dikemukakan oleh Saudari Safira Safri, rakan penulis Middle Voices yang secara sepontan mengutarakannya di dalam entri
Middle Voices: Pelajar UiTM BANGKIT Menentang Khalid Ismath.
"Namun satu persoalan yang wujud di fikiran Safira Safri adalah, dimanakah Majlis Perwakilan Pelajar, MPP UiTM yang merupakan Badan Eksekutif univesiti itu yang seharusnya berperanan mewakili suara pelajar UiTM?." - Safira Safri
Persoalan ini sebenarnya timbul bukan sahaja di fikiran rakan penulis Middle Voices (Safira Safri) tetapi ianya turut bermain di minda Siswa UiTM dan seluruhnya.
Sudah cukup seminggu isu berkenaan seorang mahasiswa UiTM, Khalid Ismath yang telah mengugut dan bersetuju untuk membunuh semua Polis tersebar luas di Malaysia. Keadaan kampus juga sedikit tergugat apabila berita berkenaan ugutan ini menjadi tajuk dan pebincangan utama media tempatan.
Selang beberapa hari kemudian, bangkit pula sekumpulan mahasiswa daripada Gabungan Persatuan-persatuan dan Kelab Dalaman UiTM yang ingin dikenali sebagai Waris Wawasan menentang Khalid Ismath yang dikatakan memburukkan dan mencalarkan imej universiti itu sekaligus menjatuhkan reputasi UiTM sebagai universiti bumiputra terbesar di Malaysia.
Perkara yang sama berlaku ketika ini.
Sekali lagi Siswa UiTM ingin mengulang kepada persoalan sebentar tadi. Mengapa Waris Wawasan? Dimanakah Majlis Perwakilan Pelajar, MPP UiTM yang merupakan Badan Eksekutif universiti yang seharusnya berperanan mewakili suara pelajar UiTM?
Oleh yang demikian, Siswa UiTM telah merujuk ke Laman Sosial Facebook Majlis Perwakilan Pelajar UiTM untuk mendapatkan sedikit maklum balas kepada persoalan ini. Apa yang siswa dapati, seorang mahasiswa UiTM telah pun membangkitkan isu tersebut kepada admin facebook tersebut.
Soalan yang diutarakan oleh seorang mahasiswa UiTM;
"apa komen mengenai WARIS yg menghantar memorandum utk mebuang khalid dr uitm?"
Jawapan Yang Di Pertua MPP UiTM;
"maaf saudara haziq, saya tak boleh ulas lanjut berkenaan dia kerana dia masih dibawah siasatan polis. walaubagaimanapun, apa-apa keputusan di peringkat universiti akan ditentukan oleh pihak pengurusan uitm dengan budi bicaranya. secara peribadi saya rasa ada tindakannya tidak wajar dilakukan oleh seorang yang bergelar mahasiswa, namun saya berharap dia dan keluarganya bersabar dengan dugaan yang diterimanya."
"saya berpendapat, setiap orang punyai hak untuk mengutarakan pandangan. jika WARIS merasakan saudara khalid memberikan imej yang tidak baik pada uitm dan ingin kan khalid dibuang atas sebab-sebab tertentu, WARIS punyai hak tersebut. contohnya sama juga seperti saudara tidak setuju dengan tindakan WARIS dan menghantar memorandum untuk tidak bersetuju dengan tindakan WARIS, saudara punyai hak untuk berbuat demikian. wajarkah dia dibuang kerana itu, saya menyerahkannya pada pihak pengurusan uitm untuk bertindak."
Jawapan yang diberikan jelas mempamerkan sifat professionalnya sebagai seorang pemimpin mahasiswa. Namun, adakah dia, YDP MPP UiTM menjawab bagi pihak mahasiswa UiTM sehingga perlunya kebangkitan gabungan lain seperti Waris Wawasan untuk mewakilkan suara pelajar UiTM keseluruhannya?
"Saya perlu buat kenyataan disini bahawa saudara Khalid Ismath yang penuh mukanya di dada-dada akhbar hari ini bukanlah seorang pemimpin pelajar di Fakulti Undang Undang, UiTM. Beliau bertindak atas kapasiti sendiri dan tidak mewakili kami terutama pelajar pelajar Law di UiTM. Diharapkan akhbar-akhbar tidak menyebut nama fakulti dan UiTM ini kerana secara tidak langsung mencalarkan nama kami. Tidak adil kerana dia seorang, kami menanggung MALU." - Sharmaine Fairuz
Adakah pernyataan ini menjelaskan bahawa jawapan Farid Zuhri tidak cukup lengkap untuk mewakili suara mahasiswa Fakulti Undang Undang?
Adakah cukup, Farid Zuhri yang memegang mandat sebagai YDP MPP memberi jawapan 'play safe' atau jawapan yang paling selamat atau dengan memberi pandangan peribadi untuk mengeluarkan dirinya daripada memberi sebarang komen atau pendapat sedangkan dia bertanggungjawab menyampaikan dan mewakilkan suara mahasiswa UiTM.
Adakah sikap professional YDP MPP sudah cukup untuk menjuarai hati mahasiswa UiTM yang kecewa dengan tindakan Khalid Ismath yang mencalarkan imej UiTM?
Apakah jawapan sebenar Farid Zuhri terhadap tindakan Khalid Ismath yang nyata telah mencalarkan imej UiTM?
Apakah, apakah dan apakah? atau mahasiswa UiTM sebenarnya telah tersalah pilih ketika pilihanraya kampus yang lepas?
Siswa UiTM telah menemui sahabat dan rakan rakan yang lain dan mereka menyuarakan perkara yang sama. "Kecewa dengan MPP yang langsung tidak main peranan dalam menjaga nama baik UiTM" ujar rakan siswa.
Adakah barisan kepimpinan itu lupa akan titik peluh mahasiswa yang turun ke fakulti untuk membuang undi yang hari ini meletakkan mereka ditempat mereka sekarang.
Adakah mereka lupa peranan mereka sebagai kaki, tangan dan mulut kepada mahasiswa UiTM?
Adakalanya mereka memang terlupa. Memang mereka terlupa. Siswa UiTM yakin bahawa siswa tidak berbicara sendiri kerana siswa sendiri merupakan pelajar UiTM.
Oleh yang demikian, Siswa memohon dengan peringatan mesra kepada kumpulan perwakilan pelajar UiTM untuk bangkit atas nama mahasiswa UiTM untuk menjawab segala isu yang diketengahkan oleh media hari ini. Siswa cabar YDP MPP dan keseluruhan barisan kepimpinan itu agar menjalankan tugas dan peranan mereka yang memegang tanggungjawab, amanah dan kepercayaan mahasiswa UiTM untuk menyampaikan suara kami, warga UiTM.
#Tanggungjawab itu satu amanah, jalankanlah tanggungjawab itu agar amanah terpelihara. UiTM sentiasa di hati ku.