Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat hati
Dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
Sejarah silam tiada maknanya
Sekiranya bangsa tercinta terpinggir
Dipersenda dan dilupakan
Bukan kecil langkah wira bangsa
Para pejuang kemerdekaan
Bagi menegakkan kemuliaan
Dan darjat bangsa
Selangkah bererti mara
Mengharung sejuta dugaan
Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita
Tugas kita bukan kecil
Kerana mengisi kemerdekaan
Rupanya lebih sukar dari bermandi
Keringat dan darah menuntutnya
Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
Kalau bangsaku asyik mengia
Dan menidakkan,
Mengangguk dan membenarkan,
Kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri
Bukan kecil tugas kita
Meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
Kerana rupanya selain memerdekakan,
Mengisi kemerdekaan jauh lebih sengsara
Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
Bukankah sejak zaman berzaman
Mereka menjadi pelaut, pengembara
Malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap
Menjadi pedagang dan peniaga
Selain menjadi ulama dan ilmuwan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
Samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau
Yang tidak mengenal erti takut dan kematian?
Tugas kita belum selesai rupanya
Bagi memartabat dan memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
Bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya
Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
Kerana masa depan belum menjanjikan syurga
Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa
Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah
Dapat membina mercu tanda
Bangsanya yang berjaya.
- Tun Dr. Mahathir Mohamad (Malam Puisi Utusan, 4 Mei 1996)
Menurut Razali lagi, Jeff Oi (DAP Jelutong) di dalam ucapannya pernah berkata "we must make sure christian become official religion in Malaysia and we make sure that the next Prime Minister is christian." selain menyatakan bahawa DAP paling membenci orang Islam, Melayu dan Raja-raja Melayu.
Sumber: Majlis Keselamatan Negara
Rakan Middle Voices sekalian, salahkah kita rasa curiga demi untuk menyelamatkan bangsa dan agama? Salahkah jika kita berjaga-jaga dengan pembongkaran kearah pemusnahan Islam di Malaysia atau kita hanya perlu berdiam diri?! Adakah kita perlu berdiam diri? Adakah kita perlu berdiam diri?! atau kita perlu berdemonstrasi untuk melihat lebih banyak darah yang mengalir? atau lebih banyak pintu pintu rezeki ditutup dek bencana besar hasil daripada rusuhan yang kalanya baik tapi caranya membawa padah besar? anak kecil jua tahu rasa kacau dan takut kerana matanya menangis.
Tidakkah cukup dengan corong corong laungan azan yang dulunya menyelinap keluar membangkitkan seribu ummat bersolat subuh tetapi hari ini corong corong itu telah masuk ke ruang solat untuk menghormati mereka yang bencikan Islam ini. Tidakkah ini merupakan langkah pertama untuk menguji sensitiviti agama dalam kalangan Melayu Islam di Malaysia?
Tidakkah cukup dengan ayat-ayat suci Al-Quran yang dimainkan sambil gelak ketawa oleh awak awak si kafir zimmi? Adakah mereka ini selayaknya diberi hak untuk membaca ayat ayat suci Al-Quran sedangkan ayat itu dipolitikkan dan dipermainkan hanya untuk memperlihatkan yang mereka itu kononnya prihatin kepada ummat islam di Malaysia?
Bukankah anda melihat bahawa peranan PAS yang cantik sebagai Parti Islam yang memperjuangkan Islam sebenar di Malaysia hari ini tidak lagi bertindak sedemikian? Bukankah faktor Anwar Ibrahim cukup penting di dalam melibralisasikan PAS dan meletakkan kuncu kuncunya untuk menguasai parti Islam itu untuk memecahbelahkan orang Melayu?
Adakah ini tidak cukup untuk membangkitkan kita orang Islam dan Melayu untuk bersatu? Adakah ini tidak cukup membuktikan yang Islam di Malaysia sedang terancam? Adakah ini hanya boleh di panggil tilikan yang tidak punya hak untuk dihebahkan? Berfikirlah....takkanlah runtuhnya Melayu Islam nanti baru hendak mencari kudrat untuk bangkit dan bersatu?
Masa semakin suntuk kerana masa semakin dekat dan dekat itu terlalu cepat.
Islam is the way of life....
Melayu itu bangsaku...
Malaysia itu negaraku....
#Hanya sekadar berpesan pesan sebelum tiadanya waktu untuk berpesan...sambil menunggukan hari esok untuk melihat Melayu Islam bangun berpegang tangan dan bersatu menentang penjajahan...
Melayu memang lupa daratan... PAS UMNO semua ranap kepala otak tak fikir...semua gila kuasa..tunggu saje hilang kuasa nanti..! tak mustahil kristianisasi akan berleluasa jika PAS dikuasai Anwar dan UMNO tidak mendapat kepercayaan lg..benteng terakhir melayu ialah UNMO.....!!
ReplyDeleteBetol ke ni? Razali ni siapa?
ReplyDeletemasalahnya adakah kita negara ISLAM???
ReplyDelete