Monday, 27 February 2012

Satu-satunya Masalah Di Malaysia Ini ialah...

SAYA amat tertarik membaca tulisan Syed Akbar Ali dalam blognya OutSyed The Box bertajukThe One & Only Problem In Malaysia atau Satu-satunya Masalah di Malaysia Ini.

Topiknya lari sama sekali dari politik. Ia berkaitan dengan realiti hidup seharian di Malaysia. Ia berkaitan dengan sikap dan etika kerja. Ia berkaitan dengan bagaimana anda, sama ada kakitangan kerajaan, pelajar, mahasiswa, peniaga, orang makan gaji melayan orang lain atau berusaha untuk memperbaiki diri sendiri.

Kononnya, orang Melayu itu bersopan-santun, beragama, berilmu? Jika itulah amalannya maka tiadalah masalah yang akan berlaku di kalangan orang kita sekarang atau dalam sistem jabatan kerajaan.

Seperti biasa tulisan Syed Akbar banyak mengondem sikap orang Melayu, namun seperti beliau mempunyai nawaitu yang baik dan murni. Walaupun pedas didengar tapi itulah hakikatnya, yang semua orang Melayu harus menerimanya --- untuk kebaikan mereka.

Syed Akbar yang juga penulis buku Malaysia and The Club of Doom (Malaysia dan Kelab Kemusnahan), menyimpulkan orang Melayu masih gagal bersaing sepenuhnya. Kita harus mencari jalan segera bagi membolehkan mereka bersaing, katanya.

Modal, pendidikan universiti, projek, kontrak, peluang niaga dan lain-lain terlalu banyak. Namun apa yang kita banyak tiada ialah etika kerja dan sikap. Itu sahaja bahagian yang kita hilang.

Beliau dalam entri bertarikh 18 September itu memberikan banyak contoh-contoh peribadi beliau dan dari rakan-rakan mengenai soal sikap dan etika kerja ini.

Satu petikan dalam pra-kata blog itu, Syed Akbar menulis: ''Para lulusan universiti kita langsung tidak boleh menulis ayat yang betul - dalam semua bahasa. Dan tolong lupakanlah pasal kemahiran Inggeris mereka. Jika kerajaan dan GLC tidak mengambil mereka bekerja, maka banyaklah lulusan bumiputera ini tidak akan bekerja. Mereka akan menganggur.

''Perkara yang sama tidak berlaku kepada lulusan bukan-bumiputera kita. Bukan bumiputera yang lulus dari UKM atau UM boleh terus mendapat kerja sehingga ke luar negara di Hong Kong, Australia, UK, New Zealand, Singapura dan di mana-mana. Mereka baca bukan teks yang sama, diajar oleh pensyarah yang sama dan makan pun makanan yang sama di kampus. Tapi apa yang membezakan mereka?''

Itu ialah soal sikap yang tidak mahu berubah. Sikap sambil lewa, yang tidak mahu mengambil peluang tiga, empat, lima tahun di menara gading untuk memperbaiki diri dan kemahiran diri. Tahu-tahu dah keluar --- adalah ijazah, tapi penampilan diri dan keyakinan diri, macam mana?

Begitu juga dengan soal etika kerja. Ia lebih rumit lagi kerana ia membabitkan kepada soal sistem. Jika etika kerja tidak sempurna ia bukan membabitkan satu jabatan itu sahaja, tapi keseluruhan sistem negara akan dinilai.

Saya tertarik mengambil contoh mengenai soal etika kerja dan sikap yang disiarkan oleh ruangan surat pembaca Utusan Malaysia, Forum semalam (5 Oktober di muka 12).

Ia bertajuk Dua bulan sia-sia tunggu ujian darah. Penulis itu yang hanya mahu dikenali sebagai Kecewa: Pesakit Hyperthyroidism Seri Iskandar, Perak menceritakan mengenai masalahnya ketika berharap dengan kakitangan di Hospital Seri Manjung, Perak.

Saya percaya dengan tersiarnya surat itu semalam, pastinya sudah riuh satu hospital. Pengarahnya sudah tentu akan lari ke sana ke mari, telefon sana-sini, kerana mahu siapkan jawapan balas. Ia adalah kerana kisah hospitalnya sudah keluar paper. Tapi bagi kita, terutamanya rakyat marhaen itulah realitinya di mana-mana sekali pun di negara ini.
Berbalik kepada kisah di Hospital Seri Manjung itu tadi, pada 9 Ogos 2010, pesakit Kecewa telah pergi membuat ujian darah. Sampel diambil dan tunggu temu janji berikutnya iaitu pada 18 Ogos 2010 (7 hari menunggu untuk dapatkan keputusan darah). Pada 18 Ogos 10 pagi bulan puasa, dia pergi ke tempat yang sepatutnya. Tapi doktor bertugas berkata ujian darah tidak dilakukan lagi? Borang makmal tidak lengkap? Dan tiada tandatangan pakar?

Oklah, pesakit pun akur dengan kata-kata doktor itu dan pergi menghantar borang ujian ke bahagian makmal. Makmal kata, tak perlu ambil darah baru kerana darah yang diambil pada 9 Ogos masih boleh digunakan untuk ujian. Kaunter makmal mengarahkan dia masukkan saja borang tandatangan pakar dalam bakul borang di kaunter (tanpa ada sebarang cop pengesahan).

Pada 22 September 2010, 10 pagi (sebulan 4 hari dari tarikh 18 Ogos), dia pergi lagi untuk temu janji. Malangnya dia dimaklumkan oleh doktor bertugas ujian darah (masih) tidak siap.

Menurut surat itu, doktor menelefon bahagian makmal bertanya sebab-sebab ujian tidak dilakukan. Makmal memaklumkan sample darah sudah expired kerana sudah lama (pada temu janji 18 Ogos makmal kata darah masih elok untuk ujian).

''Lantas doktor ingin mengatur supaya darah saya diambil sekali lagi. Saya katakan kepada doktor, tidak perlulah kerana saya sudah menunggu berbulan. Saya tinggal jauh. Seandainya perkara itu berulang lagi, maka sia-sia lagi saya ke hospital itu."
Tahniah di atas ketegasan pesakit itu. Bukan main ikut semberono arahan doktor itu.

Dalam surat itu, pesakit Kecewa mencatatkan masalahnya (yang mungkin tiada siapa kisah dan peduli): ''Untuk ke hospital, suami saya perlu memohon cuti. Jadi, dua hari cuti suami saya sia-sia. Dua kali juga saya terpaksa pergi ke hospital untuk memeriksa keputusan darah yang sia-sia. Dua hari juga anak saya ponteng ke sekolah kerana tiada penjaga yang boleh mengambil anak saya di sekolah kerana saya berada di hospital."

Itu hanyalah satu contoh daripada banyak lagi. Seseorang yang lama duduk di negara luar, misalnya di negara bertamadun sikit seperti di negara orang putih atau di Jepun akan mengalami trauma sebaik sahaja menjejakkan kaki di KLIA, atau ketika berada di atas jalan raya atau berurusan di mana-mana kaunter - kerana sikap kita yang terlalu teruk. Itu tidak lagi menaiki teksi yang fiilnya hanya Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah sahaja yang maha mengetahuinya.

Oleh itu, tuan-tuan sekelian, tidak hairanlah lalu-lintas di Kuala Lumpur sesak tiap-tiap hari. Salah satu penyumbangnya ialah kerana sistem penyampaian di pejabat-pejabat kerajaan yang menyebabkan pelanggannya terpaksa lari ke sana ke mari untuk menyelesaikan satu urusan yang mudah.

Berbalik kepada tulisan Syed Akbar pula, beliau juga menulis mengenai masalah yang sama dalam tulisannya yang bertajuk mengenai masalah di Malaysia itu.

Begini kisahnya: ''Seorang rakan ke Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk mendaftarkan sebuah persatuan baru. Mereka memintanya isu borang itu dan ini, cop dan sain itu dan ini, kepilkan fotostat IC dan macam-macam lagilah.
''Kemudian dia diarahkan masukkan permohonan itu ke dalam kotak di kaunter di pejabat itu. Tiada 'pengesahan penerimaan' dan lain-lain. Apabila ditanya untuk pengesahan, seorang kakitangan 'yang tidak boleh diganggu' berjalan ke kaunter dan berkata, 'ini ialah sistem baru, tiada pengesahan diperlukan, kami akan hantar surat. Saudara boleh pulang sekarang.'

''Dia pun balik dan tunggu selama dua bulan. Tiada apa-apa berlaku. Dia pun pergi semula ke ROS untuk bertanya apa dah jadi. Orang yang sama iaitu kakitangan 'yang tidak boleh diganggu' itu berkata mereka tiada rekod menerima permohonannya.

''Kawan saya itu mula naik angin dan menjerit-jerit. Mereka pun memintanya 'tolong isi satu set borang lain, buat fotostat lagi, dan pulangkan dan kami janji dua minggu akan siap.' Kawan saya menjerit lagi, 'jadi maksud kamu, kena hilang dulu permohonan itu, saya kena tunggu dua bulan dan merayu-rayu dan sekarang kamu akan proses permohonan saya dalam masa dua minggu?'

Syed Akbar menulis lagi: Jadi inilah apa yang berlaku di atas kaunter di jabatan-jabatan kerajaan kita. Macam mana mahu memperbaikinya? Mengapa tidak ikut saja apa yang dilakukan di Finland, Iceland, Korea Utara, Singapura atau mungkin Ali Rustam di Melaka. Apa susah sangat? Ambil contoh di Melaka atau Singapura mereka boleh selesaikan masalah itu dalam 48 jam sahaja, mengapa tidak ikut saja cara itu? Apa susah sangat?

Banyak lagi jika mahu bercerita mengenai hal-hal seperti ini. Kita terlalu selesa dalam serba-serbi, sebenarnya.

p/s: semua yang dikata oleh penulis amat betul, sekarang ini, hanya diri kita sendiri yang dapat mengubahnya.

sumber: Utusan Malaysia.

Sunday, 26 February 2012

ProM UM; Tarikan Magnet BERKESAN

Assalamualaikum,

Middle Voices tertarik dengan Perancangan Strategik Jentera Pro Mahasiswa Universiti Malaya yang Safira Safri fikirkan merupakan magnet yang punya daya tarikan yang kuat.

Magnet magnet ProM UM ini telah terbukti berjaya mengumpul seramai 2000 orang dalam jangkaannya dan dalam perangkaan SS sendiri jumlah ini sebenarnya lebih banyak/ramai lagi berbanding yang diperjelaskan ProM UM kepada umum.

Safira Safri juga terkesima apabila merujuk blog SARFAMS, yang bermaudukkan ASPIRASI KECUT TELUR: PELANCARAN JENTERA PRO-M DI UM YANG GEMPAK!

"Sinis, tertarik, menarik kau memang da bomm..!"

SARFAMS sebenarnya punya pandangan jauh dengan konklusi yang menyatakan Aspirasi Kecut Tel**, mane tak nya, Safira Safri sendiri terkesima dan bertanya sendiri akan magnet jenis apa yang ProM UM gunakan sehingga berjaya membanjirkan Dataran Dewan Tuanku Canselor, DTC UM?

Namun kesemuanya terjawab apabila debaran scroll down Safira Safri menemukan pembongkaran rahsia yang pecah di blog SARFAMS.

NAH...!! 2000 Mahasiswa Universiti Malaya membanjirkan dan dibanjirkan oleh 70 orang mahasiswa sahaja.



Prologue: Middle Voices ingin mengajak mahasiswa dan Safirah Safri sendiri untuk melihat sendiri permainan fakta nombor yang digunakan oleh jentera ProM UM yang cuba mengelirukan mahasiswa.

Fakta nombor yang besar akan kelihatan dan kedengaran kuat dan utuh sebaik sahaja digembleng masuk ke telinga si pendengarnya dengan harapan pendengar percaya dan penuh berharap si pendengar menutup mata.

Namun apakan daya, telefon bimbit KINI berkamera, ! maka gambar di atas membuktikan permainan tipu yang menggunakan fakta nombor oleh ProM UM.

#Akhirnya, secara konklusi SS terpaksa angkatkan kelima lima jari tangan dan letakkan ke mulut SS kemudian, ketawa dan gelak...!! hahaha...dengan santun agar kelihatan sopan.

Monday, 20 February 2012

benarkah Islam mengalakkan demonstrasi?

Amalan demonstrasi merupakan satu amalan yang baru yang diada-adakan (bid’ah) dalam agama berkaitan hal mu’amalah terhadap pemerintah. Dari itu, berhati-hatilah dengan setiap tindakan yang kita lakukan supaya tidak terjerumus ke dalam ideologi kuffar (Yahudi dan Nashara), kaum jahiliyyah, syi’ah, dan ideologi kelompok khawarij (pemberontak). Kerana Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah berpesan dengan sabdanya:

لَتَتْبَعُنَّ سَنَنَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ شِبْرًا شِبْرًا وَذِرَاعًا بِذِرَاعٍ حَتَّى لَوْ دَخَلُوا جُحْرَ ضَبٍّ تَبِعْتُمُوهُمْ قُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ الْيَهُودُ وَالنَّصَارَى قَالَ فَمَنْ

“Sesungguhnya akan ada dari kalangan kamu (umat Muhammad) yang mengikuti jalan orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga sekiranya mereka masuk ke dalam lubang biawak pun kamu akan mengikutinya.” Kami (para sahabat) bertanya, “Wahai Rasulullah, adakah yang engkau maksudkan itu (jalan) Yahudi dan Nashara?” Beliau menjawab, “Siapa lagi (sekiranya bukan mereka)?” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 22/298, no. 6775)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ

“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia termasuk sebahagian daripada mereka.” (Hadis Riwayat Abu Daud, 11/48, no. 3512. Dinilai hasan oleh Ibnu Hajar dan sahih oleh al-Albani)

Di hadis yang lain, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mengingatkan dengan keras supaya melazimi ketaatan kepada pemerintah dan tidak bertindak menzahirkan sikap kepembangkangan secara umum dengan katanya:

من راى من اميره شيئا فكرهه فليصبر فانه ليس احد يفارق الجماعة شبرا فيموت الا مات ميتة جاهلية

“Sesiapa yang membenci sesuatu dari tindakan amirnya (pemerintah), maka hendaklah dia bersabar, kerana seseorang yang keluar dari ketaatan kepada pemerintah walaupun satu jengkal, sekiranya dia mati, maka matinya adalah seperti matinya kaum jahiliyyah.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 22/51, no. 6610)

Ini adalah kerana orang-orang jahiliyyah itu tidak memiliki pimpinan yang konsisten, tiada pegangan agama yang utuh dan menyatukan, hidup mereka dikenali berpecah-belah serta saling jatuh-menjatuhkan di antara satu dengan yang lain. Ini disebutkan oleh al-Khaththabi dalam al-Uzlah, Imam an-Nawawi dalam Syarah Shahih Muslim, dan Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H) dalam Majmu’ Fatawanya.

Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah menyebutkan:

فَإِنَّ أَهْلَ الْجَاهِلِيَّةِ لَمْ يَكُونُوا يَجْعَلُونَ عَلَيْهِمْ أَئِمَّةً؛ بَلْ كُلُّ طَائِفَةٍ تُغَالِبُ الْأُخْرَى

“Bahawasanya orang-orang jahiliyyah tidak memiliki pemimpin (yang disepakati) yang mentadbir urusan mereka, sebaliknya setiap kelompok saling bermusuhan (menjatuhkan) di antara satu sama lain.” (Majmu’ al-Fatawa, 28/487 - Daar al-Wafaa’)

Pemerintah yang dimaksudkan hadis ini adalah merujuk kepada pemimpin (yang muslim) bagi setiap wilayah atau negara yang didiami oleh umat Islam secara umum dan tidak khusus untuk pemimpin bergelar khalifah di zaman tertentu semata-mata sebagaimana dijelaskan oleh Imam ash-Shan’ani rahimahullah (Wafat: 1182H) dalam Subulus Salam (3/258 - Maktabah Syamilah). 


sumber:
http://an-nawawi.blogspot.com/2010/10/amalan-demonstrasi-bukan-ajaran-islam.html

Sunday, 19 February 2012

Misha Omar Akhiri Zaman Gadis Akhir Tahun Ini


Akhirnya setelah berkali-kali dikhabarkan pernah berkahwin, Misha Omar tampil memperkenalkan bakal suaminya, Firos Ezzwan Rossly, 30 tahun. Firos adalah seorang juruterbang MAS. Misha Omar dan Firos pernah bercinta dan putus beberapa kali dengan Firos sebelum kedua-duanya memutuskan untuk bernikah hujung tahun ini.
tunang suami misha omar
Sama cantik sama padan kan? Memang seperti pinang dibelah dua. Abang Nara suka dengan kata-kata romantis daripada Firos apabila ditanya sama ada susah untuk bercinta dengan wanita yang bernama Misha Omar:-
Mungkin sebab saya bercinta dengan Samihah Omar (nama sebenar Misha), bukan Misha. The artist I adore, the women I love (artis yang saya puja, tetapi wanita yang saya cinta). Saya tak perlu menjadi orang lain, begitu juga dia.
tunang suami misha omar
Jiwang kan? Dan seperti yang anda semua sedia maklum, Misha Omar mempunyai seorang anak angkat bernama Adam yang kini berusia 6 tahun. Firos ternyata tidak ada masalah untuk turut berkongsi kasih sayang Misha Omar dengan anak angkatnya itu.
tunang suami misha omar
Semoga perhubungan Misha Omar dan Firos akan berkekalan bukan sahaja ke jinjang pelamin tetapi sehingga ke akhir hayat. Dan moga-moga cepat menimang anak. Firos dan Misha pun kedua-duanya dah berusia 30 tahun. Sama-sama kita doakan. Kredit berita Kosmo Ahad.

Lim oh Lim

Ini saya petik daripada blog Perdana Hitam...byk isu/cerita2 yang boleh buat kita fikir secara kritos & mendalam...lawatilah ye...

Lim Kit Siang Menghina Orang Melayu Tak Kan Orang PAS Diam Je

Di bawah adalah petikan perbahasan Zulkfli Nordin di Dewan Rakyat baru-baru ini…:- "Mohon mencelah Tuan Yang di-Pertua. 

Yang Berhormat Pasir Mas sedar atau tidak, apabila kita dengar tadi Yang Berhormat Ipoh Timur bercakap seolah-olah beliau lupa apa yang beliau dan parti beliau lakukan yang menyebabkan Ordinan Darurat 1969, peristiwa 13 Mei berlaku. 

LKS dalang peristiwa berdarah! Saya mahu baca semula Yang Berhormat sebab ada di kalangan kita di sini lupa atau buat-buat lupa setelah bersekongkol sekatil dengan DAP parti racist dan cauvinis ini, dia lupa apa yang berlaku. Saya mahu baca semula daripada Laporan MAGERAN, laporan rasmi yang dibentangkan menceritakan tentang peristiwa13 Mei membawa kepada perisytiharan darurat tersebut adalah kerana kebebasan bersuara yang sudah di luar kawalan. Tindakan racist yang melampau dan ini antara tindakan yang didalangi oleh Yang Berhormat Ipoh Timur dan parti beliau pada masa itu. 

Saya mahu baca, biar rakyat dengar semula apa yang mereka kata pada tahun 1969 membawa kepada peristiwa 13 Mei. Slogan yang dibawa pada masa itu ialah ‘Malai si’. ‘Malai si’ ini maknanya “Mati Melayu”. 

Kemudian kita lihat dalam himpunan-himpunan dan perarakan-perarakanyang mereka buat. Ini antara kenyataan yang mereka keluar pada 11 Mei, “Apa polis boleh buat, kita Raja. Buang sama polis Melayu” . Pada 11 Mei di Jalan Bukit Bintang, “Mati Melayu, Kemudian kita lihat dalam himpunan-himpunan dan perarakan yang mereka buat. Ini antara kenyataan yang mereka keluar pada 11 Mei, “Apa polis boleh buat, kita Raja. Buang sama polis Melayu” Pada 11 Mei di Jalan Bukit Bintang, “Mati Melayu,sakai pergi masuk hutan”. 

Pada 11 Mei Jalan Changkat Dollah, “KL sekarang Cina punya”. Pada 12 Mei Jalan Ipoh, Jalan Tunku Abdul Rahman, “Melayu balik kampung, Melayu sekarang tiada kuasa. Sekarang kita Cina sudah control.” 

Di Jalan Khir Kampung Baru, depan orang Melayu ini kenyataan parti YangBerhormat Ipoh Timur, “Melayu keluar! Apa lagi duduk sini, kita hentam lu, sekarang kita sudahada kuasa”. Pada 12 Mei depan Balai Polis Jalan Pudu...“Semua Melayu kasi habis, kasi halau semua polis.” Pada 12 Mei.

Okay nanti kejap lagi. Saya hendak habiskan. Biar dia faham. “Apa ini Melayu, kita sudah perintah dia negeri, ini negeri bukan Melayu punya, mata-mata lancau.” 

Pada 12 Mei Jalan Canvel, “Butuh Melayu, Malai si, pergi mati Melayu.” Pada 12 Mei Jalan Bukit Bintang, “Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu kasi halau semua Melayu.” 

Saya mohon bertanya Yang Berhormat setuju atau tidak dengan cadangan saya supaya Yang Berhormat Ipoh Timur dan part idia berani melakukan transformasi demokrasi yang matang ini. 

Saya cabar Yang Berhormat IpohTimur antara dalang pencetus 13 Mei supaya walk the talk menjadi anak jantan pertama minta maaf kepada rakyat Malaysia atas politik racist dan politik sempit yang dimainkan pada 1969."

Wednesday, 8 February 2012

Saat Akhir Voucher 1 Malaysia : Jom Beli Buku !

sumber : ASPIRASI UKM

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. Pada era modenisasi ini, mahasiswa dan mahasiswi merupakan aset yang paling berharga buat tanah air tercinta ini. Justeru, kerajaan sememangnya mengambil berat akan aset kepada negara ini. Antara usaha kerajaan untuk membantu para mahasiswa dan mahasiswi kini ialah dengan pemberian baucar 1 Malaysia yang telah pun dilancarkan pada awal tahun baru ni. Mahasiswa dan mahasiswi UKM tidak terlepas daripada menerima manfaat ini. Pihak Aspirasi mendahului pemberian ini dengan ucapan ribuan terima kasih kepada seluruh kepimpinan kerajaan kini. Di sini, terdapat cara dan panduan untuk menggunakan baucar tersebut :

(klik pada gambar)


Oleh kerana tempoh penggunaan voucher semakin tamat, kami sertakan senarai kedai buku yang menerima baucar tersebut untuk dijadikan panduan kepada mahasiswa dan mahasiswi bagi membantu mahasiswa dan mahasiswi untuk menggunakan baucar tersebut di tempat yang sepatutnya. Tempat-tempat di bawah adalah antara yang disarankan kerana mudah diterima oleh syarikat dan tidak mengambil masa yang lama untuk diuruskan.




1. Kinokuniya. 


2. Kedai buku Popular. 


3. MPH bookstores. 



4. PTS bookstores. 




Pihak Aspirasi percaya bahawa mahasiswa dan mahasiswi dapat menggunakan baucar tersebut dengan cara yang bermanfaat dan tidak menyalah gunakan baucar tersebut. Sememangnya inilah yang ditunggu tunggu oleh mahasiswa mahasiswi kini untuk membantu mereka dari segi kewangan dan tidak membebankan kesemua pelajar dalam pembelajaran. 



Baru-baru ini pihak Aspirasi ada mendengar khabar bahawa ada sesetengah pihak yang tidak berpuas hati dengan pemberian tersebut kerana dikatakan pelajar membeli buku yang tidak bermanfaat lalu disalahkan kerajaan dan menegaskan kerajaan supaya mengambil tindakan serius. Pada Aspirasi, ini tidak lain dan tidak bukan, hanyalah salah diri sendiri. Usah kita meludah kepada mereka yang sudah berjasa kepada kita hanya kerana tidak sealiran fahaman. Sekian terima kasih. 



TEGUH,SETIA,BERSATU!

Tuesday, 7 February 2012

Middle Voices Dihargai VC UiTM

Assalamualaikum warga bestari mahasiswa zon tengah. Salam 1 Malaysia.

Safira Safri melalui Middle Voices hari ini besyukur kerana isu yang dikemukakan kepada VC UiTM diterima baik dan beliau @datosahol sememangnya seorang Naib Canselor yang baik dan prihatin.

Merujuk kepada beberapa isu yang dikemukakan oleh Middle Voices seperti, "Middle Voices DESAK VC UiTM tidak terpengaruh dengan PELAJAR TAK BERSYUKUR", "MPP UiTM; mengaku "Bz je memanjang"" serta "MPP UiTM Pro Mahasiswa, PENIPU", Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar melalui laman web sosial Twitternya ada menyebut;

"Terima kasih @siswazontengah atas isu yang dikemukakan dan saya sebagai VC sememangnya mengambil berat tentang isu yang dikemukakan.." - @datosahol

Ini bermakna, isu yang dikemukakan bukanlah merupakan suatu isu yang perlu disembunyikan dan dibincangkan di dalam sebuah bilik kedap udara, bunyi dan air sepertinya katak di bawah tempurung yang demikiannya diwar-warkan oleh segelintir mahasiswa yang melatah dengan entri yang berkaitan UiTM.

Lagi,

"saya menghargainya @siswazontengah dan kita semua berjuang sebagai satu pasukan yang mencari kebenaran demi maruah #UiTM selamanya...@datosahol


Menurutnya lagi, usaha murni Middle Voices menyampaikan suara mahasiswa UiTM adalah dihargai di atas tiket perjuangan di dalam satu pasukan yang mencari kebenaran demi maruah UiTM selamanya.

Ini bererti, hasrat murni Middle Voices diterima baik oleh VC UiTM dan sedikitpun tidak menjejaskan nama UiTM, malah baginya usaha ini merupakan satu perjuangan ke arah mencari kebenaran dan menjaga nama dan maruah UiTM selamanya.

Prologue: Demi Alif Ba Ta, Middle Voices ingin mengajak mahasiswa UiTM untuk bersama-sama berganding bahu di dalam meneruskan kelangsungan ilmu dan ketinggian martabat melayu di dalam institusi pendidikan samada di peringkat IPT mahupun di peringkat sekolah.

Sesungguhnya Middle Voices sentiasa prihatin akan isu kampus, dan seperti yang Safira Safri perjelaskan pada entri yang lalu, Middle Voices; Suara Zon Tengah akan sentiasa menyampaikan suara mahasiswa untuk tatapan dan perbincangan secara adil, bijak dan tanpa menggunakan kebuasan emosi.

#Indahnya perbincangan jika bahasanya santun...kerana itu Tradisi nenek moyang ku..

Middle Voices; Suara Zon Tengah

Assalamualaikum...

Ramai antara mereka-mereka yang prihatin meminta agar Safira Safri berhenti untuk berbincang tentang UiTM. Ingin menyimpan pekung di dada tanpa perlu berasa selesa.

Wahai sahabatku siswa dan siswi. Bukanlah niatnya SS untuk campurtangan ke dalam urusan pentadbiran UiTM seperti desakan Adam Adli, Pakatan Rakyat yang mendesak DS Azizan campurtangan dalam urusan pentadbiran KUIN.

Namun, hendaklah diketahui bahawa Middle Voices di anggotai oleh golongan intelek UiTM, USIM, UM, UIA, UPM, UPNM dan UKM sendiri.

Maka tidaklah salah untuk SS bincangkan permaslahatan yang membawa kepada kebaikan. Bukankah kita sesama mahasiswa dan manusia? Adakah membawa kepada bencana jika setiap persoalan dijawab dengan baik dan dibincang dengan sempurna?

Siswa siswi sekalian, jika tidakkan angin bertiup, masakan pula pokok bergoncang? Jika tidak ada tangan yang menyahut, masakan bertepuk sebelah tangan itu berbunyi.

Kesemuanya sudah tersedia, tinggal lagi untuk mahasiswa fikirkan, bicangkan dan jika tidak benar tidak salah untuk mengakuinya.

Masakan kebenaran keluar bergolek jika tiada yang menjoloknya???

Prologue: Mahasiswa bolehlah menghantarkan email kepada SS safirasafri@yahoo.com untuk sebarang maklumat untuk dikongsi bersama Middle Voices.

Selain itu, mahasiswa juga boleh tweet dan follow Middle Voices di Laman Twitter @siswazontgh, manakala laman sosial Facebook, mahasiswa boleh Like page Middle Voices sambil sambil berkongsi idea, pendapat, cadangan dan kritikan.

Middle Voices merupakan tempat untuk mahasiswa zon tengah, seperti Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Teknologi MARA, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dan Universiti Sains Islam Malaysia berkongsi pendapat, berbincang mahupun menyuarakan pandangan dan kritikan.

Tanyakan pada anda, bagaimana saya boleh dapatkan kebenaran andainya tiada tupai yang menebuk lubang?

#Just nice to say thank you...

Monday, 6 February 2012

MPP UiTM; mengaku "Bz je memanjang"

Assalamualaikum.

Semalam seorang exco daripada 52 Exco MPP Universiti Teknologi MARA telah membocorkan rahsia akan organisasi Majlis Perwakilan Pelajar itu. Katanya ketika berbual bersama Safira Safri di ruangan laman sosial facebook apabila ditanya oleh Safira Safri tentang organisasi itu.

"Mcm2 jgk, Bz je memanjang, Huhu" - Exco A

Menurut Exco A, MPP UiTM sibuk memanjang menjaga fakulti, skop tugas MPP, tugas hakiki MPP serta juga cawangan UiTM.


Namun tidak dinyatakan bahawa mereka sibuk menjaga Kebajikan Pelajar UiTM dan tidak di spesifikkan. Safirah Safri ada bertemu dengan beberapa orang pelajar UiTM yang mengaku bahawa MPP tidak menjalankan tugas mereka seperti yang dilakukan MPP yang terdahulu.

Malah katanya,

"MPP juga gagal untuk mengadakan 'Road Tour MPP' ke kolej kediaman yang sering dilaksanakan oleh MPP sebelumnya sebaik sahaja memegang takhta organisasi tertinggi pelajar di kampus itu."

Hubungan antara MPP UiTM dengan Organisasi, Persatuan, Jawatankuasa Perwakilan Kolej juga sedikit janggal ataupun seperti adanya tembok besar cina di antara mereka.

Menurutnya lagi, MPP hanya memilih bulu untuk berurusan dan ada segelintirnya yang bersifat dingin dengan mahasiswa yang telah mengundinya.

Selain itu, seorang daripada exco organisasi penting di dalam UiTM juga turut berkongsi cerita bersama SS, katanya MPP UiTM hanya pandai menganjurkan program dan akhirnya program tersebut akan dikerjakan dan dilaksanakan oleh organisasi tertentu.

MPP juga selalu di jemput untuk menghadiri program yang dianjurkan organisasi tertentu, namun sayangnya kehadiran seorang daripada 52 mereka gagal untuk berbuat demikian.

Selain itu, Voices of Student Leader anjuran MPP UiTM juga dikhabarkan gagal mendapatkan perhatian dan kerjasama pemimpin pelajar UiTM kerana pengurusan/promosi berkenaan program tersebut dijalankan secara drastik sehingga 1/4 sahaja kerusi dewan dipenuhi dan yang selebinya menonton tanpa responsi.

Prologue: Middle Voices yang juga tempat untuk mahasiswa UKM, UiTM, UM, USIM, UIA bersuara bukanlah bertindak untuk mengutuk atau merendahkan MPP UiTM. 

Ternyata jika itu pandangan siswa dan siswi, maka perlulah Safira Safri perjelaskan. Suara untuk mengkritik MPP UiTM sunyi dan tidak mendapat sambutan, maka mereka memohon agar SS mengambil tempat dan memberikan sedikit ruang untuk mereka menyampaikan sedikit rasa dan duka.

Sebenarnya entri sebegina bukanlah berbentuk penganiayaan kepada sesiapa, namun ia lebih kepada mengingatkan nama tertentu akan tanggungjawab tertentu.

Sebagai contoh, MPP, perlulah menjalankan tanggungjawab sebagai wakil pelajar menyampaikan segala suara hati dan naluri pelajar tanpa perlu memilih isu tertentu kerana pembuangan undi itu diterjemahkan atas kepercayaan mereka kepada anda sebelum anda berjaya DISITU.


#MPP yang chat dengan SS, terima kasih. gembira bertemu kamu.

Jawabkan yang ini juga, MPP UiTM Pro Mahasiswa, PENIPU

Middle Voices DESAK VC UiTM tidak terpengaruh dengan PELAJAR TAK BERSYUKUR

Assalamualaikum,

Middle Voices melihat ruangan forum Utusan Malaysia yang bermaudukkan "Jangan kurangkan kemasukan pelajar ke Universiti Teknologi MARA" menjadi satu isu yang membentuk kegelisahan pelajar lepasan diploma samada daripada UiTM sendiri ataupun IPT lain.

SS juga keliru akan tindakan mengurangkan pelajar sedangkan objektif penubuhannya adalah untuk memberikan peluang pengajian orang bumiputera dan melayu untuk belajar disamping mengangkat martabat ilmu dalam kalangan melayu yang berjaya membuahkan hasil pada hari ini.

Buktinya;

"Beliau berkata, kira-kira 500,000 alumni UiTM kini berjawatan tinggi dalam kerajaan dan swasta dan sebagai orang profesional adalah hasil daripada usaha universiti yang ditubuh kerajaan itu." - DS Najib, PM Malaysia. | Sumber: BH Online

Oleh itu, tindakan mengurangkan pelajar jika beralasankan segelintir pelajar UiTM yang tak SELESA dan TAK BERSYUKUR kerana terpaksa berkongsi kelas, fakulti dan kemudahan universiti, maka Middle Voices mendesak VC UiTM, Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar agar tidak terpedaya dengan permintaan segelintir pelajar yang tidak reti bersyukur ini.

Pertikaian akan jumlah pelajar yang ramai adalah tidak berasas dan jika ada yang mempertikaikan, maka SS cadangkan agar yang mempertikai itu memberikan peluangnya kepada yang lebih memerlukan.

Prologue: Middle Voices berharap agar keputusan untuk mengurangkan pengambilan pelajar ke Universiti Teknologi MARA dapat dipertimbangkan semula agar sentiasa harmoni dengan ciri dan imej universiti MELAYU terunggul di peta dunia.

#UiTM di hati ku

Khalid Ismath MENGAKU "Sengaja buat kacau!"

Assalamualaikum semua. Salam Aspirasi.

Safira Safri ingin mahasiswa semua tahu bahawa pengakuan Khalid Ismath ini tidaklah begitu penting kerana Middle Voices percaya bahawa mahasiswa semua boleh menilai akan setiap perbuatan Solidariti Mahasiswa Malaysia, SMM yang hanya membawa suara mereka secara demonstrasi dan menolak etika dan kebudayaan intelek sebagai kumpulan mahasiswa.

Pengakuan pelajar tahun 1, Fakulti Undang-undang UiTM ini SS dapatkan melalui blognya sendiri iaitu Revolusi Habib yang mana entri ini bertarikh 5 Februari 2012 dan dikorbankan kerana Allah oleh cari-lah pada jam waktu malaya 6.57 pm.

Sementara itu, Khalid Ismath merupakan pelajar yang telah banyak memberikan impak dan kesan negativf kepada mahasiswa UiTM di dalam proses memecah belahkan kesatuan pelajar demi mengikut ideologinya yang dikiranya betul.

Sedangkan, atas pertimbangtelitian SS, Khalid Ismath serupa seperti Mak Lampir Adam Adli yang diperkudakan oleh parti politik PKR, PAS dan DAP yang kehausan undi demi untuk mencapai cita-cita membalas dendam kepada Tun Dr. Mahathir sekaligus merampas Putrajaya yang suatu ketika dulu mereka, PR tidak bersetuju akan pembukaan wilayah itu.

JOM kita lihat bersama; "SS tidak pasti samada post ini akan diubah atau dipadamkan oleh tuan empunya blog!"
Gambar-gambar yang SS pamerkan ini merupakan "print screen" daripada blog tersebut. 

"ini bukan provokasi melampau. tapi ini saja nak bikin kacau hahahahah hidup rakyat! musnah istana zalim!" - Khalid Ismath

Kacau! kacau? kacau??

Jelaslah dengan pengakuan ini, mahasiswa harus faham akan sebenarnya ketetapan hati si Khalid Ismath ini hanyalah untuk bikin kacau dan bukanlah untuk mewakili suara mahasiswa.

Selain daripada diperkudakan parti politik pembangkang, Khalid Ismath juga menjadi ikon mahasiswa contoh teladan yang kononnya berani bangkit untuk melawan manusia berperangai haiwan namun, perwatakan islam yang dibawanya bukan sahaja memalukan dirinya malah juga islam kerana penulisannya yang penuh dengan caci makian.

Cuba kita renungkan, peredaran maklumat melalui media digital bergerak begitu pantas sepantas iringan masa, jika pautan penulisan itu ditampalkan dengan tulisan "Babi", "Sial" dan sebagainya sambil perwatakan Islam dipamerkan, maka perubahan minda masyarakat bukan Islam terhadap Islam juga akan bergerak pantas berubah membenci Islam. Mungkin Islam yang indah ini akan dipandang serong hanya kerana si Pemuja DAP ini.

Prologue: Middle Voices tidak berpendapat bahawa setiap pembawakan ideologi manusia itu seharusnya menjadi ikutan seandainya si pembawa ideologi itu bersifat aneh, panas baran, dan yang lebih merbahaya apabila pembawakan ideologi itu hanyalah untuk memusnahkan.

Maka di sinilah pengukuran kebijaksanaan mahasiswa sebagai golongan intelek yang boleh memilih dan menilai ideologi yang mana yang seharusnya menjadi ikutan mahasiswa.

Mahasiswa boleh sahaja untuk memilih ideologi yang bersifat dendam dan kemusnahan malah yang lebih penting kebijaksanaan mahasiswa lebih berkuasa untuk membenarkan mahasiswa memilih ideologi yang lebih mapan dan berterusan dari aspek menambah dan bukan memusnah.

#Teruskan berfikir dan teruskan merenung. Mana yang kita pilih, memusnah atau menambah?


Aman Kampus

Salam perpaduan dan salam ukhwah. 

Zhariff Zaf ingin berkongsi tentang Aman Kampus. 

Program Aman Kampus yang berlangsung dari 6-19 Feb 2012 dianjurkan oleh Alumni dan mahasiswa Aspirasi akan mengadakan jelajah ke seluruh semenanjung tanah air. Aman Kampus akan menjelajah ke 20 buah IPTA dan 5 buah IPTS dan melibatkan lebih 1000 penyertaan mahasiswa.


Program Aman Kampus ini bertujuan bagi memastikan suasana keharmonian dan kedamaian yang sedia ada di kampus sentiasa dipelihara agar penekanan sepenuhnya terhadap kecemerlangan sahsiah diri serta akademik dapat direalisasikan. Ianya juga bagi menyuntik semangat patriotik kepada mahasiswa agar terus memahamisecara rasional terhadap dasar-dasar yang sedang dan akan dilaksanakan oleh kerajaan. Aman Kampus ingin menyediakan sebuah wadah penyampaian maklumat yang tepat, berkesan dan terancang berkaitan penjelasan isu-isu semasa agar dapat member impak terhadap sosiopolitik negara serta pembangunan intelek mahasiswa dan untuk menterjemahkan sokongan majoriti terhadap kepimpinan Perdana Menteri dan negara melalui kutipan tanda tangan mahasiswa serta warga kampus. 

Zhariff Zaf dan Middle Voices ingin mendoakan agar Program Aman Kampus ini berjalan lancar dan mencapai matlamat sebenar. Semoga perjalanan mereka ini diberkati Allah dan dipermudahkan segala urusan.

- Zhariff Zaf

Sunday, 5 February 2012

Mak Lampir; Adam Adli TARIK DS Azizan

Middle Voices ingin menambah sedikit persoalan berkenaan entri Safira Safri yang berjudul; Aziz Bari Terpalit "Buta Undang-undang"

Tapi kali ini SS ingin menarik perhatian mahasiswa untuk menilai golongan siswa kontroversi yang menjadi kekuda lampir seperti mak lampir dalam drama genre seram Indonesia.

Kenapa Adam Adli, SS gelarkan seperti mak lampir?
Kerana apa? kenapa? kenapa? dan kenapa?

Jawapannya kerana, mak lampir ini suka berteriak dan suka menggangu ketenteraman orang kampung dan sama seperti Adam Adli yang suka berteriak dan tiada rasa tanggungjawab kerana memalukan universiti serta mahasiswa UPSI.

Jadi apa kaitannya dengan DS Azizan?

Begini; DS Azizan baru baru ni menggelar Aziz Bari buta undang-undang kerana cuba masuk campur dalam hal pentadbiran universiti, KUIN.

Kemudiannya datanglah mak lampir dengan tuntutan kononnya tindakan DS Azizan tidak menghormati mahasiswa dan curang dengan peraturan Buku Jingga.

Malah mak lampir ini juga turut mengugut DS Azizan dengan ini,



"Tarik balik hukuman terhadap mereka dan sedia pohon maaf terhadap kezaliman ke atas mereka (mahasiswa), atau KUIN dan Ustaz Azizan akan terus dikenang sebagai pemimpin yang tidak bertanggungjawab dan hanya berjanji kosong" - Adam Adli


Sebenarnya mak lampir silap, di dalam ugutannya dia terlupa bahawanya tidak semua mahasiswa selampir Adam Adli.

Mahasiswa faham bahawa peraturan itu perlu ada, maka jika peraturan itu tidak diikut dan setiap kali dituruti digelar tidak bertanggungjawab maka SS kategorikan Adam Adli sebagai lampir yang tak sekolah.

Sedangkan Islam penuh dengan peraturannya! walaupun Islam itu syumul dan mudah. Jadi kalau mudah dan syumul kenapa mesti ada peraturan? Kerana kebebasan mutlak itu bukanlah saranan Islam yang sebenarnya.

Tidak seperti Adam Adli yang meminta kebebasan ni, kebebasan tu seolah ingin hidup tanpa peraturan dan berlagak seperti penentu hala tuju mahasiswa hari ini.

Mungkin juga kedudukan Adam Adli si Lampir ini sama seperti Aziz Bari??

Dijanjikan sesuatau mungkin?? Mungkinkah?

Prologue: Middle Voices tidak dididik untuk menghakimi dan mengadili tindakan Adam Adli, namun penulisan ini hanyalah berbentuk kiasan agar mahasiswa berfikir dengan lebih matang tatkala melihat warna -warna sebenar si pencemar maruah mahasiswa.

Mahasiswa yang sebenar adalah mahasiswa yang berfikir sebelum bertindak dan bertindak selepas berfikir yang kedua-duanya perlulah harmoni dan terlaksana.

SS juga ingin menarik perhatian mahasiswa zon tengah agar sentiasa berdiri teguh dan tidak terpedaya dengan si lampir pemusnah keamanan negara ini.

#Lampir oh lampir... :p

Mahasiswa UKM Bingung; GMUKM Mungkir Janji

Assalamualaikum...

SS sendiri dan mahasiswa UKM kini berdepan dengan masalah hakisan keluhuran kepercayaan dengan Gabungan Mahasiswa UKM yang telah mungkir janji.

Bukan untuk mewujudkan konspirasi tetapi ingin bertanya khabar akan manifesto lumayan pemangkin pembuangan undi bagi kemenangan GMUKM pada Pilihan Raya Kampus yang lalu.

SS terkilan, sebaik hampirnya tiba untuk mereka, GMUKM melaburkan tirai masih tidak kedengaran kegembiraan mahasiswa UKM yang mengharapkan pembuangan undi mereka dapat memberikan keuntungan apabila PERCAYA bahawa yuran pengajian akan DITURUNKAN sebaik GMUKM menaiki takhta UKM pada PRK lalu.

Analogi mudah buat tatapan sahabat UKM;

Dulu = Yuran UKM Naik?



Sekarang????
Mungkin sekarang Yuran UKM lebih murah daripada UiTM.

Prologue: Middle Voices ingin membawa mahasiswa UKM untuk melihat permainan jinak-jinak arnab yang dimainkan oleh GMUKM, seperti arnab, makan sedikit, buang sedikit namun masih diminati kerana comel. 

Tapi, SS bukan nak kata GMUKM comel! itu tidak mungkin. 

GMUKM macam arnab sebab pandai muntahkan janji sekarang lupakan janji dan diminati pula kerana janji mereka sangat manis seperti kicap masin tetapi pedas seperti wasabi.

Maka, penilaian anda sebagai mahasiswa perlu berada di akal, fikirkan dengan matang dan hentikan kepercayaan yang membuli diri anda sendiri.

Mana IPTA dalam Malaysia boleh sesuka suki turunkan yuran hanya dengan desakan pelajar sedangkan subsidi kerajaan telah membanjiri pembayaran yuran pelajar?

UiTM punya yuran pun tak pernah turun harga.

Jadi bezakan dengan bijak, terjemahkan kebijaksanaan anda dengan undi yang BERBALOI.

#SS suka yuran turun tapi SS hampa sebab yuran UKM tak turun pun.



Perutusan Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1433 Hijrah




Assalamu‘alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, 1Ummah; Saudara dan saudari sekalian,

  1. Setinggi kesyukuran penuh kepujian kepada Allah SWT, dengan nikmat dan izin-Nya jua, dapat kita meraikan sambutan Maulidur Rasul pada tanggal 12 Rabiulawal 1433 Hijrah ini bersamaan 5 Februari 2012 Masehi. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW jua ke atas keluarga dan para sahabat Baginda, seterusnya ke atas sekalian Tabiin dan ulama sepanjang zaman.
  2. Sesungguhnya, baginda Rasulullah SAW telah berjaya membawa transformasi murni kepada umat sejagat. Terbukti apabila kegelapan jahiliah telah sirna bila berhadapan dengan sinar risalah nubuwah. Transformasi insani ini lahir daripada kasih sayang dan keperihatinan baginda terhadap kesejahteraan umat sebagaimana yang disebutkan di dalam Al-Quran, surah at-Taubah ayat ke-128 yang bermaksud:

“Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w) yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu dan dia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.”

  1. Menjejaki sirah gemilang ini, kita dapat menyaksikan bagaimana melalui dakwah imaniah yang dibawa, akhirnya memunculkan satu tamadun yang sangat hebat kepada ummah. Maka bertepatan sekali dengan tema “Persefahaman Asas Perpaduan Ummah” yang dipilih untuk tahun ini dalam usaha kita menjayakan agenda transformasi negara.
  2. Persefahaman inilah yang saya utarakan melalui Pergerakan Kesederhanaan Global (GMM) ke seluruh dunia dengan seruan bagi memupuk sifat kesederhanaan dan keseimbangan dalam semua aspek kehidupan manusiawi. Sememangnya, keharmonian dan perpaduan rakyat pelbagai kaum yang kita kecapi pada hari ini, menjadi teladan kepada bangsa-bangsa lain di dunia.
  3. Justeru, di dalam mendahulukan perpaduan, kerajaan sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat. Melalui program Inisiatif Kerajaan, kita telah mewujudkan beberapa produk di bawah jenama 1Malaysia seperti Klinik 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Menu Rakyat 1Malaysia, Amanah Saham 1Malaysia, Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia (KIR1M), Baucar Buku 1Malaysia (BB1M), Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan terbaru Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia). Semua inisiatif ini jelas bertepatan dengan konsep negara Madinah yang telah diasaskan oleh Rasulullah SAW dalam menjaga kebajikan rakyat.
  4. Sempena Maulidur Rasul kali ini, saya dan keluarga berdoa agar Allah SWT memberikan kepada kita semua limpahan taufik dan hidayah-Nya untuk kita memperteguhkan tekad dalam melaksanakan pembangunan negara. Ya Allah, abadilah rahmat dan nikmatMu di bumi bertuah ini; serta sempurnakanlah iltizam kami bagi memperjuangkan agenda ummah dengan segala kesyumulannya serta penuh hikmah. Kepada Mu-lah jua kami memohon kekuatan dan inayah. Amin.


Sekian. Wabillahit Taufik wal Hidayah. Wassalamu ‘alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh.



Saturday, 4 February 2012

Kembali pada Islam; Hassan Ali




Middle Voices ingin menyentuh sedikit Program Jelajah Dr. Hassan Ali.

Pada pendapat SS sendiri, HA merupakan ulamak yang berpendirian tetap. Berjuang untuk Agama, Orang Melayu dan Raja-raja Melayu.

Sedarlah wahai mahasiswa, kembalilah kepada perjuangan sebenar dan bukannya perjuangan merebut Putrajaya.

#PAS hilang panduan dek pemikiran ulamak liberal Kahlid Ibrahim.

Friday, 3 February 2012

MPP UiTM Pro Mahasiswa, PENIPU

Assalamualaikum. 

Hari ni Safira Safri baru sahaja menerima maklumat daripada beberapa orang mahasiswa UiTM Shah Alam berkenaan MMPnya yang bertanding atas tiket bebas/fakulti/HEP dan Aspirasi namun secara underground MPP ini sebenarnya adalah Pro Mahasiswa.

Penipu!

Kotor anggapan SS dengan permainan MPP UiTM Shah Alam ini. Seolah menipu pelajar UiTM yang telah membuang undi dengan penuh kepercayaan.

Hubungan antara MPP UiTM dengan pelajar juga ada gap atau seolah ada tembok besar cina antara mereka. BESAR SANGATKAH PANGKAT MEREKA?

UiTM yang memegang satu level MPP yang tidak memberi masalah kepada universiti selama ini kerana setiap kali Pilihan Raya Kampus dijalankan ia akan terlaksana dengan aman dan sentosa.

Tapi golongan mereka ini telah menjadikan tiket aspirasi sebagai modal kenaikan mereka sebagai MPP.

Lagi;

Pada awal bulan januari mana ketika pelajar UiTM sedang menduduki peperiksaan satu isu baru yang bergolak di dalam UiTM apabila geng geng Khalid Ismath, si pencemar nama UiTM telah merancang untuk membuat demo di Main Gate UiTM Shah Alam.

Namun tindakan bijak Gabungan Pelajar melalui Perbincangan Meja Bulat Persatuan-persatuan Dalaman UiTM telah sebulat suara bersetuju untuk menaikkan banner yang menentang pergerakan untuk berdemonstrasi di UiTM.

Maka daripada status post MPP UiTM Shah Alam ini, Middle Voices terperanjat seolah mereka bukan MPP atau orang yang hanya pandai bercakap mengejar pangkat tetapi tidak pandai menjalankan tugas.

Info yang SS dapat, MPP dijemput untuk perbincangan meja bulat tetapi tiada wakil walaupun seorang daripada 52 orang mereka menghadirkan diri. 

Sekarang, apabila keputusan banner dinaikkan, mereka, MPP kata "Kami pernah ditanya ttg banner2 yg dgantung dlm uitm, presiden tersebut: knp kami tidak thu menahu ttg ini? Apkh jwpannya kami pn xtahu?"

Jawapanya, mereka memang tidak pernah mengambil tahu malah tidak masuk campur dengan urusan mahasiswa UiTM, kalau nak diibaratkan sebebagai pekerja kerajaan, mereka ini macam si pekerja yang makan gaji buta.

Mana kredibiliti mereka sebagai Perwakilan Pelajar? Tidak tahu dijadikan alasan? Maka letak jawatan adalah yang paling baik untuk mereka. MMP UiTM, Middle Voices CABAR untuk letak JAWATAN.

Lainnya,

Info daripada salah seorang pelajar UiTM, 

"Farid Zuhri, YDP Majlis Perwakilan Pelajar UiTM menjadikan Anuar Ibrahim sebagai IDOLANYA"

Meletus kesabaran SS sebaik mendengar khabaran ini, seorang anak kepada Exco Kerajaan Negeri Sembilan, menerima Wang saku, Biasiswa Yayasan Negeri Sembilan akhirnya menggigit jari yang memeberi makan.

Tidakannya kebelakangan ini sedikit membelakangkan pihak universiti, menghadiri forum perbincangan AUKU sebagai panel tetapi tanpa pengetahuan HEP universiti.

Namun sejauhmana kebenarannya anda boleh menilainya. Info yang SS dapat ini adalah daripada seorang sahabat SS masa sekolah dulu.

Prologue: 

Kepada mahasiswa UiTM, pastikan tiada seorangpun penikam belakang berada dalam kalangan anda, pastikan pilihan raya kampu berjalan dengan aman dan tenteram tanpa si pembelot.

Jangan hampakan dan hancurkan penat lelah VC UiTM serta pemimpin yang bertungkus lumus untuk menaikkan kependidikan orang melayu dan bumiputera hanya kerana ketaksuban berpolitik.

#Walaupun SS bukan mahasiswa UiTM, namun objektif penubuhannya amat SS kagumi. UiTM di hatiku.