Assalamualaikum warga bestari mahasiswa zon tengah. Salam 1 Malaysia.
Safira Safri melalui Middle Voices hari ini besyukur kerana isu yang dikemukakan kepada VC UiTM diterima baik dan beliau @datosahol sememangnya seorang Naib Canselor yang baik dan prihatin.
Merujuk kepada beberapa isu yang dikemukakan oleh Middle Voices seperti, "Middle Voices DESAK VC UiTM tidak terpengaruh dengan PELAJAR TAK BERSYUKUR", "MPP UiTM; mengaku "Bz je memanjang"" serta "MPP UiTM Pro Mahasiswa, PENIPU", Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar melalui laman web sosial Twitternya ada menyebut;
"Terima kasih @siswazontengah atas isu yang dikemukakan dan saya sebagai VC sememangnya mengambil berat tentang isu yang dikemukakan.." - @datosahol
Ini bermakna, isu yang dikemukakan bukanlah merupakan suatu isu yang perlu disembunyikan dan dibincangkan di dalam sebuah bilik kedap udara, bunyi dan air sepertinya katak di bawah tempurung yang demikiannya diwar-warkan oleh segelintir mahasiswa yang melatah dengan entri yang berkaitan UiTM.
Lagi,
"saya menghargainya @siswazontengah dan kita semua berjuang sebagai satu pasukan yang mencari kebenaran demi maruah #UiTM selamanya..."
- @datosahol
Menurutnya lagi, usaha murni Middle Voices menyampaikan suara mahasiswa UiTM adalah dihargai di atas tiket perjuangan di dalam satu pasukan yang mencari kebenaran demi maruah UiTM selamanya.
Ini bererti, hasrat murni Middle Voices diterima baik oleh VC UiTM dan sedikitpun tidak menjejaskan nama UiTM, malah baginya usaha ini merupakan satu perjuangan ke arah mencari kebenaran dan menjaga nama dan maruah UiTM selamanya.
Prologue: Demi Alif Ba Ta, Middle Voices ingin mengajak mahasiswa UiTM untuk bersama-sama berganding bahu di dalam meneruskan kelangsungan ilmu dan ketinggian martabat melayu di dalam institusi pendidikan samada di peringkat IPT mahupun di peringkat sekolah.
Sesungguhnya Middle Voices sentiasa prihatin akan isu kampus, dan seperti yang Safira Safri perjelaskan pada entri yang lalu, Middle Voices; Suara Zon Tengah akan sentiasa menyampaikan suara mahasiswa untuk tatapan dan perbincangan secara adil, bijak dan tanpa menggunakan kebuasan emosi.
#Indahnya perbincangan jika bahasanya santun...kerana itu Tradisi nenek moyang ku..
vc pon sokong ,nampak sangat yang orang dok provoke tu takut~~haha
ReplyDelete