Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,
"makcik nak jumpa Dato', dia ada tak?" ujar seorang makcik di sebuah pejabat parlimen. "Dato' takde makcik, dia di Kuala Lumpur, makcik nak jumpa kenapa?" ujar kerani pejabat tersebut yang kemudiannya menyambung kerjanya. "ooo..makcik nak jumpa dato', bila agaknya dia balik ye" ujarnya makcik kepada kerani. "entahlah makcik, dato' busy, dia dekat kementerian sekarang ni" ujar kerani yang menjawab soalan makcik tersebut.
Middle Voices bawakan sambungan daripada entri Ahli Parlimen UMNO Jangan Beri Alasan Sibuk yang lalu berikutan beberapa keciciran maklumat yang rakan Middle Voices serahkan semalam.
Dialog diatas merupakan pengalaman sebenar rakan Middle Voices yang ketika itu berada di pejabat parlimen tersebut yang mana Ahli Parlimennya adalah seorang menteri.
Menurutnya, kejadian yang menghampakan penduduk kampung seperti itu bukan sahaja berlaku sekali, tetapi telah berkali-kali rentetan daripada kesibukan Ahli Parlimen yang gairah menjalankan tugas sebagai menteri di kementeriannya.
Walaupun bantuan daripada pejabat parlimen sampai kepada penduduk, namun kepuasan memilih wakil rakyat sedikit tercemar apabila wakil rakyat berpangkat menteri gagal untuk duduk di pejabat parlimen untuk mendengar rengetan, atau kegembiraan penduduk kampung yang datang untuk berjumpa dengannya samada melalui temujanji kerana temujanji berjumpa wakil rakyat berjawatan menteri seakan mustahil bagi mereka.
"menteri dik, mana ada masa nak duduk kat pejabat ni, kau kene faham tu" kata kerani pejabat parlimen kepada salah seorang rakan Middle Voices.
Jelas, komitmen dan kualiti Ahli Parlimen sebagai seorang menteri benar-benar merosot dan meleset daripada tujuan asal seorang rakyat membuang undi yang memilihnya sebagai wakil rakyat sedangkan kawasan parlimennya akhirnya menjadi kawasan jagaan Setiausaha Sulit, SUS dan pegawai khasnya yang seakan menggantikan wakil rakyat secara mutlak di kawasan.
Middle Voices percaya bahawa kesibukan menteri sedikit sebanyak menggangu fokus seseorang Ahli Parlimen kepada kawasannya sendiri.
"Apabila mulut terkunci, tangan dan jari akan bercakap" inilah yang berlaku apabila YB berpangkat menteri merasakan mereka sebagai seorang diva apabila turun ke kawasan untuk menghadiri majlis-majlis seperti Majlis Berbuka Puasa.
Apakah maksudnya? Diva? Itu tandanya YB berpangkat menteri masih lagi turun bersama rakat dan mereka tidak mengabaikannya?
Biar Safira tunjukkan! mengikut sumber rakan Middle Voices yang lain, Ahli Parlimen yang berpangkat menteri ini masih lagi turun ke kawasan untuk bersama rakyat dan berbuka puasa bersama.
Namun, apa yang berlaku setiap pelusuk meja yang didiami menteri tersebut akan dipelopori oleh Ketua-ketua Cawangan UMNO, Ajk-ajk Bahagian UMNO, dan Jabatan yang tertentu.
Rakyat pula akan duduk di khemah kelas yang berbeza dan tidak berpeluang untuk berbual santai dengan wakil rakyat yang mereka pilih. Ini dinamakan Majlis Berbuka Puasa Pemimpin bersama Rakyat atau Majlis Berbuka Puasa Pemimpin bersama Ketua-Ketua Cawangan UMNO manakala rakyat pula akan menikmati juadah di Majlis Berbuka Puasa Rakyat bersama Rakyat.
Dimana hilangnya wakil rakyat? Apakah perlunya ketua-ketua cawangan yang sudah selalu bersama untuk duduk bersama menteri? bukan itu sahaja, Ahli Dewan Undangan Negeri, ADUN juga turut duduk bersama Ahli Parlimen sedangkan rakyat hanya syok sendiri berbuka puasa dan menerima bantuan bulat-bulat kerana PRU sudah dekat.
[Gambar Hiasan] Majlis Berbuka Puasa Karisma, meriah! Najib sedang menyampaikan sumbangan.... |
Prologue: Middle Voices menjelaskan, "Apabila mulut terkunci, tangan dan jari akan bercakap" sebenarnya bermaksud mulut yang diam akan tidak bermakna tenang. Akhirnya tangan ini akan bercakap dengan pentejermahan undi pada pilihanraya nanti.
Bukan sebagai ugutan daripada rakyat, jika dipandang secara positif, ianya merupakan peringatan mesra agar ahli parlimen berpangkat menteri tidak mengabaikan kawasan.
Mungkin ada wajarnya untuk dipisahkan secara mutlak badan eksekutif dan legislatif seperti terpisahnya secara mutlak badan kehakiman (judisiari) dengan kedua badan tersebut bagi memastikan wakil rakyat dapat melaksanakan tugas azalinya sebagai Ahli Parlimen atau wakil rakyat.
Mungkin juga menteri ini hanya akan turun ketika waktu berkempen nanti. Apakah layak mereka dinaikkan sekali lagi? Anda? Anda yang pilih.
#Jika hari ini YB sibuk dan tiada masa, Jangan pula luangkan masa untuk bersama rakyat ketika waktu berkempen nanti....
No comments:
Post a Comment
Bahasa yang santun itu adalah lebih elok untuk mata yang memandang!