Monday, 27 August 2012

Sahol Hamid; Mencaci Tak Cermin Kepintaran

Assalamualaikum dan Salam Syawal.

Middle Voices berminat dan tertarik dengan teguran Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, UiTM Dato' Professor Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar kepada mahasiswa universiti itu melalui laman sosial facebooknya beberapa jam yang lalu.

Teguran yang berbentuk nasihat itu seakan disampaikan oleh seorang ayah kepada anak-anaknya dengan penuh harapan agar anaknya (mahasiswa UiTM) tidak melanggar batas pergaulan sehingga tidak menghormati perpaduan kaum, bangsa, agama dan negara.

"Ramai yang mengunakan media twitter,fb dan blog utk membenci dan mencaci. Mencaci sesama agama dan bangsa atas berbeza pendapat dan haluan. Untuk memberi pendapat siapa pun ada hak. Tidak bersetuju boleh kata tidak bersetuju. Tak perlu mencaci. Tidak cerminkan kepintaran minda bila kita gunakan "personal attack" atas komen yang diberi. Tak masuk akal. Dimana perginya "intelligence" kita." ujar Sahol Hamid melalui laman sosial facebooknya yang menjelaskan perbuatan mencaci sesama agama dan bangsa atas berbeza pendapat adalah tidak perlu malah tidak mencerminkan kepintaran.

"Saya mohon anak-anak sekalian sentiasa berhati-hati dan jangan beremosi. Hilang rasional bermakna tak pintar. Jagalah perpaduan antara agama dan bangsa kita dan juga hormatlah dan jaga perpaduan antara bangsa dan agama lain." ujarnya lagi kepada mahasiswa UiTM agar sentiasa berhati-hati dalam memberikan pendapat agar tidak menggunakan cacian kepada atau terhadap seseorang yang mempertontonkan sifat tidak pintar kepada orang lain.

""Org putihke, cokolatke,gelapke bukankah kita semua orang Malaysia" dan "Hidup biar beradab, bukan hidup untuk biadap - Al-Ghazali Bayruni"" ditampalkan bersama teguran itu sebagai nasihat dan pengajaran buat mahasiswa UiTM khasnya.



Prologue: Middle Voices ingin mengajak rakan-rakan mahasiswa untuk mengambil nasihat daripada Naib Canselor UiTM ini sebagai panduan.

Walaupun teguran ini mungkin ditujukan kepada mahasiswanya, namun secara umumnya mahasiswa hari ini memang jelas telah lari daripada nilai estetika sebagai seorang yang berilmu,

Nilai akhlak, bahasa, budi pekerti sahaja sudah rosak. Caci maki kian berleluasa sehingga sudah menjadi terbiasa dan seakan bermaharaja lela dalam kalangan mahasiswa hari ini.

Malah, yang paling membimbangkan, perihal ini seakan menjadi hobi dan kebanggaan mahasiswa hari ini seolah siapa yang mencaci maki di pandang sebagai hero dan diagung agungkan.

Sebagai contoh di UiTM, Saudara Khalid Ismath yang telah digantung pengajiannya sebelum ini mendapat pujian daripada golongan mahasiswa sedangkan yang diperlakukannya adalah lebih buruk bahasanya dibandingkan dirinya sebagai golongan penuntut ilmu dengan penagih dadah dilorong lorong gelap.

Sebagai pedoman, Safira ingin mengajak mahasiswa seluruhnya untuk sama-sama tingkatkan budi pekerti, hasilkan bahasa bermutu tinggi. Insya Allah, harap dijauhkan segala keburukan kata dan keruntuhan akhlak dalam kalangan kita, terutama sekali umat islam dan melayu.

#Hidup biar beradap, bukan hidup untuk biadap...

No comments:

Post a Comment

Bahasa yang santun itu adalah lebih elok untuk mata yang memandang!