Wednesday, 29 August 2012

Cina, India Jika Berniat Menganut Islam Boleh Contohi Artis Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Aidilfitri.

Kebelakangan ini Middle Voices dan rakan-rakan siswa yang lain memerhatikan perkembangan dan gaya lagak Artis Malaysia yang bersunguh-sungguh menyertai parti-parti politik dengan alasan Kembali ke Pangkal Jalan.

Malah, ada yang menjadikan alasan menyertai parti politik untuk mendidik dan mengasuh anak sendiri ke jalan yang benar dan jalan yang diredhai Allah.

Adakah ini merupakan acuan dan lukisan sejarah atau ajaran agama agar mana-mana golongan manusia yang hendak kembali ke jalan Allah perlu menyertai parti-parti politik?

Hilangkah fungsinya pusat-pusat ilmuan, pakar-pakar motivasi serta ulama-ulama popular islam sehingga wujudnya satu kewajipan atau keperluan berparti hanya kerana ingin kembali ke pangkal jalan?

Middle Voices dan rakan siswa hari ini ingin menegur Keras kepada semua Artis Malaysia agar jangan mengelirukan peminat dan mahasiswa demi agenda tersirat dengan menggunakan tiket islam untuk menyertai mana-mana parti politik.

Teguran ini juga Middle Voices tujukan kepada segelintir artis seperti Bob Lokman, Abby Abadi dan juga Hairie Othman yang begitu menonjol dengan tindak tanduk mendekati islam tetapi diwar-warkan melalui cabang-cabang politik sehingga boleh mengelirukan golongan muda, belia dan mahasiswa khasnya.


Kepada Bob Lokman, usaha murni untuk ke jalan Allah atau untuk berdakwah itu akan sentiasa mendapat pujian, tetapi jika Bob Lokman berfikiran bahawa dengan memasuki PAS maka anak Bob Lokman akan dapat pulang ke jalan Allah. Itu seolah mempermainkan islam.

Mahasiswa dan Safira Safri sendiri menolak tindak tanduk artis yang menyertai PAS yang kononnya menyedari kelemahan diri sedangkan banyak lagi cabang perkongsian ilmu agama yang boleh menjurus kepada keperibadian islam dan kependidikan pemantapan aqidah islam.


Begitu juga dengan Pelakon Popular Abby Abadi, Middle Voices atau Safira Safri tidak berniat untuk menulis tentang saudari dengan tujuan mengaibkan, tetapi hanya sekadar memberi teguran dengan pendekatan yang Abby gunakan dalam mendekati Islam.

Tidak salah jika Abby berminat untuk menyertai mana-mana parti politik di Malaysia termasuk Barisan Nasional, DAP dan sebagainya.

Namun pendirian memasuki PAS kerana ingin mendekati islam seolah mengajar remaja, mahasiswa dan golongan belia untuk pulang ke pangkal jalan dengan tiket murni ahli seumur hidup PAS adalah tidak seharusnya diwar-warkan kerana ianya hanya mengelirukan umat islam terutama remaja dan anak kecil yang menjadi ikutan dek pengaruh sebagai seorang Artis Popular.


Begitu juga dengan Hero filem Leftenan Adnan, Hairie Othman yang kini dimaklumkan telah menyertai PAS untuk mendekati Islam yang akhirnya mempunyai agenda tersendiri untuk keuntungan berganda.

Apakah ini yang Artis Malaysia banggakan dengan mendekati Islam? Adakah selepas ini orang cina dan india yang ingin menganuti islam perlu menyertai PAS untuk mengucap kalimah Syahadah?

Apakah yang akan kalian jawab di akhirat kelak tatkala anak muda mengikuti kalian untuk mendekati islam dengan bermegah sebagai ahli PAS seumur hidup? Adakah ini caranya? Adakah kalian benar-benar terdesak untuk sesuap nasi sehingga sanggup menyertai PAS dengan tiket islam hanya untuk mendapatkan keuntungan di setiap corong-corong ceramah anjuran PAS??

Apakah agenda kalian yang sebenar?

Middle Voices ingin menegaskan sekali lagi kepada semua Artis Malaysia agar tidak memperjudikan islam di medan politik dengan publisiti murahan.

Jika anda, Artis Malaysia ingin ke pangkal jalan mengapa tidak mengikuti jejak langkah Ustazah Nurbahyah, Dr Asri, Ustaz Don, Ustaz Azhar Idrus? Adakah mereka ini golongan yang pada awalnya menyampaikan dakwah selepas mewar-warkan keahlian PAS mereka?

Jawapannya ada pada anda sendiri. Jalan anda, anda yang pilih. Tapi, jangan heret kami untuk sertai jalan songsang anda.

Coretan sebelum beredar:

Kepada mahasiswa dan golongan muda belia, Middle Voices nasihatkan agar anda tidak tertipu dengan budaya mendekati islam melalui medan politik yang kononya membendung akhlak dan rohani namun kebelakangan ini goyah dek rakan seperjuangan sendiri kerana nafsu putrajaya lebih berbanding islam itu sendiri.

""PAS patut menerima hakikat bahawa mengubah Malaysia menjadi sebuah negara Islam adalah langkah sia-sia dan tidak akan dapat dicapai. Langkah itu bercanggah dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan." Sehubungan itu, Karpal berharap PAS akan mempertimbangkan pendiriannya mengenai hukum hudud dan negara Islam." - BERNAMA

#Wallahualam Bissawab...sekadar menegur yang termampu dengan jari, sebelum menggunakan hati...

2 comments:

  1. oh patutlah.. belum menggunakan hati. berubah itu sudah baik, tetapi memilih jalan politik dan bukan politik, itu hak mereka. ada ramai lagi artis berubah yang tak masuk politik, tetapi tidak diwar-warkan sebab takde beri kesan besar kepada masyarakat umum, media, dan pemerintah. bersangka baik lah kawan.. ada artis join tabligh, berhenti senyap sunyi kerana hijrah.. seperti azmil mustapha dan lain2.. cuma bila ada kesedaran agama, maka dari situlah kita dan juga mereka akan berkata-kata.

    ReplyDelete
  2. bro..islam tak pernah ajar matlamat menghalalkan cara!!

    ReplyDelete

Bahasa yang santun itu adalah lebih elok untuk mata yang memandang!