Wednesday, 12 December 2012

JHEV BANTU VETERAN ATM DENGAN ADANYA WAD VETERAN DI HOSPITAL TENTERA TUANKU MIRZA BERTARAF 'A'

Salah satu langkah bagi memudahkan pesakit veteran ATM untuk mendapatkan perubatan adalah dengan menubuhkan Wad Veteran di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mirza. Keprihatinan terhadap Veteran ATM dalam mendapatkan kemudahan perubatan dan kemasukan ke dalam hospital menjadikan asas usaha kebajikan JHEV. Wad Veteran Angkatan Tentera Malaysia dinamakan Wad Bunga Raya dan ini adalah untuk menempatkan pesakit veteran Angkatan Tentera yang menghidap penyakit kronik dan kurang upaya kekal di wad tersebut.

Langkah ini sesuai dengan tujuan JHEV dalam memastikan kebajikan veteran ATM khususnya dalam bidang perubatan terjamin. Ini adalah perlu untuk veteran ATM mendapat peluang perubatan yang sempurna.

Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM sentiasa mencari ruangan untuk meningkatkan kebajikan veteran ATM. Setiap cadangan untuk memperbaiki lagi servis untuk veteran ATM akan dilaksanakan dengan mengadakan usaha untuk mendapatkan lebih banyak kemudahan bagi veteran ATM.

Wad veteran ATM ini diadakan untuk bukan sahaja untuk memudahkan pesakit veteran ATM tetapi memberi mereka sedikit prioriti dalam mendapatkan rawatan penyakit kronik. Ini adalah juga bertujuan untuk memberi kerapian utama kepada mereka dalam menghargai jasa mereka terhadap negara ini.

Semestinya matlamat utama JHEV adalah untuk menggunakan seluas mungkin ruangan yang ada untuk membantu veteran ATM ini. Kemudahan yang diperuntukkan ini akan dapat memberi tumpuan terperinci masalah kesihatan yang dialami oleh veteran ATM. JHEV dalam usaha ini juga akan menggunakan jentera lain seperti Yayasan Veteran ATM untuk melaksanakan program yang boleh meningkatkan keupayaan JHEV dalam mengadakan peruntukan yang lebih banyak lagi bagi melunaskan matlamat utama JHEV yakni membantu pesara dan veteran UMNO dalam musibah penyakit yang mereka alami. JHEV komited untuk melihat segala ruangan yang ada untuk mendapatkan peruntukan yang lebih besar dalam mengendalikan masalah – masalah kesihatan serta kebajikan veteran ATM.

Melihat penubuhan Wad Veteran ini, tidak dapat tidak JHEV tidak mengabaikan kebajikan ahli veteran ATM dan sebaik mungkin akan bertindak atas keutamaan ahli veteran ATM sendiri. Segala usaha adalah untuk membuktikan kepada veteran ATM bahawa segala jasa dan khidmat bakti mereka tidak dilupakan begitu sahaja. Ini adalah antara bukti yang menunjukkan JHEV sentiasa mencari dan memperbaiki ruangan untuk terus memberi khidmat kepada veteran ATM. Tindakan dan kesungguhan JHEV dalam memberi khidmat sempurna terhadap veteran ATM tidak dapat disanggah lagi. Mereka sentiasa ada untuk memberi pengkhususan kepada kebajikan bekas anggota ATM. Ini adalah langkah yang dapat se tidak-tidak meringankan bebanan warga veteran. Ini juga menunjukkan bahawa ATM sentiasa menghormati mereka yang telah berkhidmat dengan ATM se awal tahun 50an lagi.

Untuk itu khidmat bakti JHEV adalah untuk memastikan warga veteran ATM mendapat sokongan padu dari ATM khususnya dari JHEV yang tidak pernah serik dalam mengusahakan kebaikan bagi warga veteran ATM.


Tuesday, 11 December 2012

#JHEVBANTUVETERAN : VETERAN ATM MENERIMA BANTUAN DARI JABATAN HAL EHWAL VETERAN (JHEV)

Tidak ada pihak yang mampu menyangkal jasa-jasa mereka yang pernah berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia. Jasa mereka yang pada negara sememangnya amat besar. Mereka ibarat tiang seri yang kukuh berzaman dalam mempertahankan negara.

Justeru itu mereka yang pernah berkhidmat atau kini bergelar veteran ATM perlu diberi penelitian yang besar – sebesar pengorbanan mereka pada negara. Ini amat besar ertinya kepada warga ATM dan kehadiran Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM atau JHEV ini membuktikan bahawa pahlawan kita sentiasa terbela nasib mereka kerana jasa dan perjuangan mereka yang tidak pernah luntur dan sentiasa berjuang.

JHEV memberi erti besar kenapa nasib-nasib veteran tertera. Kehadiran JHEV menjadi ukuran betapa penghargaan terhadap wira negara ini berterusan dan sentiasa dalam pengawasan kerajaan Malaysia untuk memastikan JHEV terus dapat bertindak sebagai penyentuh utama bagi membela nasib mereka yang kini bergelar veteran ATM.

Penubuhan JHEV adalah untuk menjadi “one stop center” bagi membantu veteran ATM dalam meneruskan kehidupan selepas bersara dari Angkatan Tentera Malaysia. JHEV memainkan peranan penting untuk membantu veteran ATM dalam semua isu termasuk sosio ekonomi dan bantuan segera yang melibatkan kebajikan mereka.

Sejak memulakan operasi rasmi pada tahun 2001, JHEV mula mengorak langkah menjadi sebuah jabatan yang mengambil sikap khusus untuk membantu bekas-bekas pesara ATM dalam menyediakan ruangan seluas mungkin untuk mereka memulakan hidup di luar kehidupan Angkatan Tentera Malaysia.

JHEV dalam melaksanakan tanggungjawab sedar bahawa perkara khususnya yang perlu dilakukan adalah untuk memastikan kedudukan sosio ekonomi pesara ATM terjamin. Mereka yang mahu mencari ruangan pekerjaan selepas tamat bekerja dengan ATM akan dibantu oleh JHEV. JHEV akan memulakan tugas utama dengan mengemukakan taklimat persediaan persaraan bagi menyiapkan warga ATM yang akan bersara berhadapan dengan cara baru pengurusan kehidupan mereka di luar angkatan tentera. Satu Bahagian di tubuhkan semata-mata untuk tujuan ini. Bahagian Latihan dan Penempatan (BLP) adalah bahagian yang akan memainkan peranan utama untuk menjadi perantara menjodohkan pekerjaan dengan warga veteran ATM di samping menyediakan program-program yang melibatkan penerangan kepada mereka yang melangkah keluar dari ATM dan menjadi veteran ATM. 

Tindakan ini perlu dilakukan sebelum seseorang itu melangkah menjadi veteran ATM serta terbuka kepada kehidupan baru di luar ATM. Usaha pertama adalah melengkapkan mereka dengan penjangkaan hidup di luar ATM agar mereka dapat diresapkan kepada budaya kehidupan baru di luar ATM. Sekiranya dilihat secara kasar JHEV menjadi pintu terakhir sebelum melangkah keluar dari ATM dan bergelar veteran dalam ATM. Peranan ini penting untuk membuktikan bahawa sentuhan JHEV kepada veteran ATM tetap wujud sebagai jabatan yang akan melihat dan membantu mereka di luar ATM.

Monday, 10 December 2012

Ridhwan Tee Abdullah; Pilihan Raya Kampus dan Pemuda UMNO

RIDHUAN TEE ABDULLAH
10 Disember 2012

Selaku bekas pimpinan pelajar, ucapan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang mengatakan kejayaan kumpulan Pro Aspirasi dalam pilihan raya kampus menandakan sokongan orang muda kepada Umno Barisan Nasional agak sukar juga untuk diterima, walaupun ada sedikit fakta.

Sesiapapun yang mempunyai pengalaman memimpin persatuan mahasiswa, pilihan raya kampus bukanlah medan sebenar untuk menguji kekuatan sesebuah parti politik.

Pilihan raya kampus adalah tempat latihan kepimpinan pelajar. Itu pun mereka dikawal oleh Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku). Mereka tidak boleh sewenang-wenangnya bertindak untuk menyuarakan sokongan terhadap sesebuah parti politik, terutamanya pembangkang. Tindakan akan dikenakan. Bermakna, jika pelajar diam, tidak bermakna mereka menyokong Umno Barisan Nasional.

Selain itu, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) belum tentu dapat mengawal ratusan persatuan lain yang bernaung di bawahnya. Persatuan-persatuan ini kadangkala lebih berpengaruh daripada MPP.

Memang tidak dinafikan ada pengaruh parti politik luar seperti Umno dan Pas. Misalnya, Persatuan Mahasiswa Islam (Pengajian Islam), pro Pas. Manakala, Persatuan Mahasiswa (Sastera) pro Umno. Begitu juga dengan persatuan lain yang bersifat lebih ‘lokal’ seperti persatuan fakulti, jabatan, bahasa, anak negeri dan sebagainya. Pada saya, persatuan-persatuan ini sepatutnya yang didekati kerana ia bersifat dalaman, ada sentuhan hati (kefalkutian atau kenegerian) atau down-to-earth.

Namun, seperti saya sebut, menguasai MPP, bukanlah petanda sebenar menguji kekuatan parti. Pengaruh kampus tidaklah sehebat pengaruh ibu bapa dan sekolah yang mendidik mereka sejak kecil. Mereka sudah ada pendirian apabila masuk ke kampus kerana telah dewasa.

Jika ingin memenangi hati mahasiswa, kita hendaklah mulakan dengan memenangi hati ibu bapa atau keluarga pelajar. Begitu juga dengan guru-guru di sekolah. Bukti-bukti menunjukkan anak-anak lebih terpengaruh dengan apa yang berlaku dalam keluarga dan sekolah mereka. Biasanya, ibu bapa (guru) pro Umno (Pas), anak-anak (murid) biasanya sebegitu, walaupun tidak dinafikan sebaliknya ada berlaku.

Sebab itu, kadangkala persepsi atau tindakan pelajar tersebut berubah apabila keluar dari alam kampus. Kerana apa? Saya mohon pemuda Umno mencari jawapannya. Ramai kawan saya dulunya Umno semasa kampus telah menjadi Pas, sebaliknya, Pas menjadi Umno, tetapi tidak ramai. Pelajar Cina usahlah dicerita, kerana sebahagian besarnya ultra kiasu.

Jika pemuda Umno mahu juga masuk ke kampus dan mencari kekuatan sebagai langkah tambahan, apa yang perlu dilakukan ialah untuk memenangi hati mahasiswa (rakyat). Turun ke padang. Dekati mahasiswa dengan ilmu penuh di dada dan akhlak memikat.

Kadangkala apabila berceramah kita sekadar melaungkan hidup Melayu, hidup Umno. Terlalu dogmatik. Pengisian rohani kurang. Jiwa pelajar menjadi kosong. Inilah juga ingatan saya kepada Biro Tata Negara (BTN). Justeru, saya puji bila BTN mula menerbitkan bahan-bahan bersifat ilmiah daripada cendekiawan dan ilmuwan tersohor.

Kedua, Pemuda Umno hendaklah mengurangkan program berhibur dan jaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Banyakkan program yang dapat memenuhi keperluan jasmani dan rohani. Sudah sampai masa kita memikirkan untuk melahirkan leader of character, yang menjadi tagline Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. Saya akan huraikan dalam artikel akan datang. 

Ingatlah, kekuatan pemuda terletak kepada kekuatan akhlak, minda dan strategi mereka. Zaman berlagak dengan kekayaan sudah berakhir. Zaman ini adalah zaman untuk bekerja membangun umat Islam dan parti.

Kenapa hari ini Pemuda Pas lebih mendapat tempat? Kerana orang Pas boleh dikatakan ‘serba boleh’ dan down-to-earth. Walaupun mereka berlatar belakangkan profesional; ceramah mereka berisi, mereka boleh jadi imam, bacaan al-Quran mereka mantap dan berbagai lagi kelebihan.

Contoh, bekas pemimpin Pas atau Presiden Jati, Datuk Dr Hasan Ali. Beliau adalah bidang perancang bandar, tetapi motivator yang baik, bercakap dengan sandaran al-Quran dan hadis. Boleh jadi khatib, imam dan sebagainya. Ciri-ciri inilah yang perlu ada pada Pemuda Umno.

Jangan terlalu berlagak dengan ijazah Oxford dan Cambridge. Universiti ini tidak akan membawa kita ke mana-mana. Begitu juga sifat ghairah untuk menjadi pemimpin bagi mengaut projek-projek kerajaan.

Zaman seperti ini sudah berakhir, rakyat sudah mula buka mata. Jika kita masih tidak sedar, pasti kita akan hancur.

Sumber: Sinar Harian

Prologue: Middle Voices bersetuju dengan tulisan tangan Prof. Ridhwan Tee Abdullah yang menjelaskan situasi sebenar dengan keadaan realiti semasa di kampus.

Secara peribadi, Safira Safri berfikiran bahawa UMNO itu sendiri perjuangannya sudah cukup baik dan meyakinkan, namun sikap orang yang menyambung perjuangannya itu harus diubah.

Hiburan terlalu banyak diterapkan sebagai penarik kepada mahasiswa, sedangkan selalunya kami ini terkesima dengan hiburan yang seakan menjadi sajian kepada mahasiswa di dalam kampus.

Sajaknya, kami yang inginkannya atau mereka yang menyajikan kami itu yang syok sendiri? berfikiran bahawa hiburan boleh menjadi tarikan kepada kami? kemudian mereka sebenarnya sedang silap.

Jika ditanya, mengapa kami masih dalam UMNO jika banyak kelemahan dan hiburan, maka jawapan kami, "siapa yang akan ubah UMNO jika bukan kami" dan "apakah PAS, PKR dan parti pembangkang yang lain punya perjuangan dan pendirian yang cukup meyakinkan seperti UMNO?" malah "apakah dayanya islam dijadikan tiket untuk menarik undi oleh PAS" maka kami tekad, memilih UMNO.

"Jiwa pelajar menjadi kosong" - Ridhwan Tee

Setuju dengan Prof. Ridhwan Tee. Benar, jiwa mahasiswa menjadi kosong kerana kurangnya pengisian rohani. 

Mungkin kami disini akan dipanggil kumpulan yang cuba menentang atau bersekongkol dengan PAS atau pembangkang seperti Saifuddin Abdullah yang lantang memperbetulkan UMNO.

Namun hakikatnya, kami sayangkan UMNO kerana dia... Hati Malaya... kerana dia Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu...

#Saya pilih UMNO untuk Malaysia...

Tuesday, 13 November 2012

Rahmann Setpol; Cerpen Buat MPP UKM

Pro-mahasiswa menguasai sekali lagi Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) untuk sesi 2012-2013. Seakan mengia gelaran kumpulan mereka 'Gabungan Mahasiswa UKM' , kumpulan yang mengaku memperjuangkan suara mahasiswa yang tulen mendapat sokongan 2/3 kerusi dalam pilihanraya kampus (PRK) atau nama rasminya Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar 2012-2013.

Setelah sepenggal PRK ditangguhkan, kali ini kedua-dua pihak; Aspirasi dan GMUKM tampil membawa muka-muka baru yang diangkat sebagai calon-calon 'winable' mereka. Ironinya dalam PRK kali ini kumpulan Aspirasi selaku 'jaguh kolej' mungkin 'terlupa' untuk menyediakan 7 orang calon untuk mencukupkan bilangan calon-calon mereka sekaligus memberikan kemenangan percuma tanpa bertanding kepada kumpulan GMUKM yang bersiap sedia memenangi kerusi sekali lagi pada tahun ini. 

Calon-calon yang 'terlupa disiapkan' termasuk di kerusi-kerusi; 

Umum Tahun 3/4
Fakulti Perubatan Tahun 1/2
Fakulti Sains & Teknologi Tahun 1/2
Fakulti Ekonomi & Pengurusan 3/4
Fakulti Pengajian Islam
Fakulti Pendidikan
Fakulti Farmasi


Ini menyebabkan kumpulan GMUKM semakin yakin dengan persiapan longgar 'kumpulan anak emas pengetua kolej' yang sekadar berharap 'ada sinar di hujung jalan'.

Salah seorang calon Umum 3/4 Mohamad Afiq Ammar Tulus dalam responnya di Malaysiakini, “Secara jujurnya, sedikit sedih bila lima kerusi dah hilang awal. Tapi saya percaya calon lain mampu beri kemenangan yang berpihak pada kami."

Secara analitiknya sememangnya kemenangan GMUKM sudah dapat dijangka oleh penulis sendiri sesuai tamat tempoh bantahan pada hari Penamaan Calon 21 September lalu. Mungkin juga Mohamad Afiq Ammar sendiri dalam nada menginspirasi calon-calon mereka walhal diri sendiri sudah menjangkakan kekalahan teruk pada PRK kali ini.


CCC, PAH minoriti, tidak menyumbang

Kumpulan mahasiswa Cina dan India pula semakin merosot pengaruhnya di bawah naungan kumpulan Aspirasi yang didominasi kumpulan TSB yang ultra-Melayu . Buktinya Chinese Community Council (CCC) dan Pertubuhan Agama Hindu (PAH) UKM gagal mendapat sokongan di kalangan mahasiswa dengan hanya calon siswi Aspirasi berbangsa Cina yang memenangi kerusi. Itu pun di kerusi fakulti tahun 3/4. Ini juga menyaksikan seramai empat orang siswa wakil CCC dan seorang dari PAH ditolak oleh majoriti mahasiswa UKM. 

Bagi penulis sekali imbas, ia nampak lebih kepada sentimen perkauman yang masih gagal dikawal oleh kempen-kempen sepanjang PRK. 

Calon-calon CCC dan PAH kelihatan pada kebanyakan masa berkempen dalam kelompok mereka sendiri termasuk di kelas-kelas dan kawasan umum. Malah, sebuah risalah tertulis " KAMI MINORITI tetapi kami mewakili MAJORITI mahasiswa " seakan-akan mengiakan telahan awal CCC dan PAH tidak mendapat bantuan sokongan penyokong Aspirasi dan bakal ditolak dengan teruk dalam sesi pemilihan kali ini.

Kepada kepimpinan Aspirasi sewajarnya melihat perkara ini amat perlu dibincangkan secara serius jika tidak mahu CCC dan PAH 'melompat parti' dalam pemilihan MPP akan datang. Kepada kepimpinan GMUKM pula harus mengambil kesempatan kemenangan yang dianugerahkan ini untuk lebih toleransi dan berbaik-baik dengan kepimpinan PAH dan CCC demi 'politik nilai' yang dilaung-laung sebelum ini.


CyberTrooper UMNO tidak membantu PRK

Kelibat jentera media maya yang diketuai Tun Faisal bin Ismail yang merupakan Ketua Unit Biro Media Baru UMNO yang mengasaskan MyMahasiswa dan PemikirPolitik.blogspot juga gagal menarik perhatian mahasiswa. Biarpun terdapat beberapa polemik yang ditimbulkan menjelang hari pembuangan undi di UKM, kerja keras daripada jentera cybertrooper yang memfokuskan UKM dan UM masih gagal memberi kesan. 

Polemik-polemik yang ditimbulkan pula didapati sukar difahami khususnya bagi mahasiswa tahun satu yang baru beberapa hari menjengah kampus besar kedua-dua Universiti, mengakibatkan undi tetap dibuang ke kotak calon pro-mahasiswa.

Penulis juga melihat Ops 20/20 yang digagaskan tetapi kemudiannya bocor tak bertampal akhirnya terpaksa dilupakan dan dibakulsampah oleh pengasasnya yang juga bekas aktivis TSB UKM. 

Mungkin ada eloknya pemimpin bergelar Datuk itu kini kembali mengatur dengan 'orang-orang baru' ; bukan 'jentera pencen' yang berpenghuni di JPPel itu..


GMUKM perlu bermuhasabah

Penulis menginsafi firman Allah di dalam surah Al-Nasr (Pertolongan); Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah). Dan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai. Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepada-Nya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat. 

Kepimpinan GMUKM yang rata-rata berimejkan pendokong Islam; ustaz dan ustazah (boleh dikatakan kesemuanya menganggotai ISIUKM- sebuah badan dakwah di UKM) sudah semestinya amat rapat dengan ayat di atas, sewajarnya turut bersama-sama menginsafi bahawa kemenangan yang dikurniakan bukan milik mutlak mereka. Di penghujung ayat Al-Nasr di atas turut mengingatkan bahawa 'ucapkanlah tasbih dan mintalah ampun' buat peringatan semua calon yang memenangi PRK baru-baru ini. 

Kepimpinan GMUKM juga kini wajar berani membawakan suara-suara mahasiswa setelah sepenggal 'bereksperimen' di bawah kepimpinan LT M Ahmad Muzzammil Muhd Hairi dalam kabinet PMUKM sesi 2010-2011. Biarkan nista daripada pihak pentadbiran Universiti ataupun tindak-tanduk kurang senang masyarakat politik di luar sana yang cemburu akan kemenangan kalian kali ini. Datuk-datuk atau datin-datin itu sudah bisa bergaji puluhan ribu sebulan, tidak akan mengerti apa erti 'perjuangan mahasiswa'. 

Seharusnya kalian GMUKM yang memimpin PMUKM sekali lagi penggal ini membuktikan benar kata Pak Ungku Aziz; "Belajar sambil mencabar, pelajaran tidak terjuntai seperti pisang, bangsamu tidak kan maju tanpa pemimpin berpengalaman dan terpelajar" 

Sokongan mahasiswa yang dijelmakan oleh pengundi-pengundi yang juga rakan-rakan mahasiswa kalian wajar diinterpretasi sebagai amanat yang wajib ditunaikan sedaya mungkin. 

Jumlah pungutan yang agak besar di kolej-kolej kediaman bersaiz sederhana seperti di Kolej Aminudin Baki (KAB), Kolej Antarabangsa Ibu Zain (KAIZ) dan Kolej Tun Hussein Onn (KTHO) khususnya bagi kerusi-kerusi Umum wajar dilihat jentera sebagai satu sokongan padu mahasiswa kepada GMUKM. Kepergian kempen-kempen GMUKM di kolej berkapasiti besar iaitu Kolej Pendeta Za'ba(KPZ) dan Kolej Keris Mas (KKM) sebelum ini wajar dinilai semula walaupun kedua-dua kolej juga turut menyumbang undi yang besar kepada kemenangan calon-calon GMUKM.

Di samping itu Kolej Tun Syed Nasir (KTSN) dan Kolej Tun Dr Ismail (KTDI) juga sewajarnya mendapat perhatian yang agak penting oleh kepimpinan GMUKM dan PMUKM selepas ini, apabila terdapat kemerosotan dari segi peratus mengundi calon-calon GMUKM dan peratus keluar mengundi sendiri di kedua-dua kolej besar tersebut.


Aspirasi, GMUKM perlu bersatu

Biarpun agak kontroversi di akhir kalam ini, penulis selaku pemerhati bebas yang baru melangkah ke alam pelajar siswazah kini amat mengharapkan akan ada penyatuan di antara kumpulan Aspirasi dan GMUKM. Biarpun bukan secara ideologi perjuangan di dalam kampus, penulis melihatkan akan perlunya ahli-ahli dan kepimpinan kedua-dua kumpulan untuk bersama-sama mengatur aktiviti luar kampus seperti pertandingan futsal atau paintball di atas kapasiti kumpulan masing-masing.

Memetik kata-kata salah seorang pensyarah kelas penulis yang berjenaka mencadangkan agar kedua-dua jentera kumpulan mengadakan pertandingan memancing di Tasik Fakulti Kejuruteraan UKM, penulis melihat ada benarnya maksud kata-kata pensyarah tersebut yang mengimpikan anak muridnya menolak fahaman sempit dalam berpolitik untuk bersatu menggapai maksud sebenar 'politik nilai'.


Rahmann Setpol

Tarikh : 28 September 2012
Bandar Baru Bangi.

Monday, 12 November 2012

MPP UiTM Diplomatik! Mahasiswa Semakin Terabai

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Sekali lagi Middle Voices ingin menyampaikan kekecewaan mahasiswa Universiti Teknologi MARA apabila badan eksekutif pelajar universiti itu bersifat dingin dan begitu kondusif dengan keadaan sekeliling kampus sehingga gagal mendekati mahasiswa UiTM setelah menerima mandat hampir 2 bulan sebaik Pilihan Raya Kampus itu selesai.

Menurut sumber, MPP UiTM yang telah memulakan tugas resmi pada 28 September lalu masih gagal menemui pembuang undi selain menjalankan program berfokus kepada jalinan hubungan diplomatik antara mereka dengan Jawatankuasa-jawatankuasa Perwakilan Kolej dan Ahli-ahli MPP daripada setiap kampus cawangan.

Terbaru, aktiviti Road Tour Kolej, dan Kursus Pengurusan Organisasi (Esklusif) dalam kalangan MPP setiap cawangan UiTM yang dijalankan di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur sekaligus mencatatkan sejarah berulang kembali apabila jelas pengulangan tradisi MPP 2011/2012 yang gagal medekati mahasiswa sebaik memegang pucuk kepimpinan bermula dengan pembinaan hubungan diplomatik.

Menurut sekumpulan pelajar yang menghubungi rakan Middle Voices, MPP seharusnya mendekati pelajar dengan menganjurkan Salam Ukhwah yang merupakan program tradisi MPP sebelum kepimpinan Farid Zuhri sekaligus mendengar permaslahatan dan keluhan hati mahasiswa daripada pelbagai aspek dan bukannya mengatur pertemuan dengan JPK yang tidak bersifat mendalami permasalahan mahasiswa di universiti itu.

YDP MPP UiTM, Azraful
Soalnya lagi, "Apakah JPK yang ditemui mendekati pelajar dan mendalami setiap permasalahan kumpulan pelajar sehingga mereka disasarkan untuk perjumpaan pertama sebaik MPP dilantik secara resmi?,"

"Apakah mahasiswa UiTM tidak lagi layak untuk dikumpulkan seperti yang berlaku sebelum ini untuk melontarkan suara mereka secara terus kepada MPP melalui program Salam Ukhwah?,"

Tambah mereka lagi apabila ditanya tentang KPO yang dijalankan dan dikategorikan eksklusif mereka menjawab, "MPP buat KPO duduk di hotel dengan suasana yang eksklusif. Adakah kita turun membuang undi supaya mereka boleh duduk disana berhari hari? Apa mereka buat sampai program percuma jumpa pelajar dalam satu perhimpunan tak boleh buat, tapi program kondusif di hotel boleh anjur?,"

Selain tidak berpuas hati dengan kegagalan MPP UiTM mengatur perjumpaan dengan pelajar universiti itu, Middle Voices turut dimaklumkan bahawa satu lagi aktiviti tradisi yang sentiasa dilaksanakan telah ditunda oleh badan eksekutif itu sebaik mencapai kata putus tidak sempat untuk berbuat demikian kerana sibuk.

Lain;

Seorang lagi pelajar yang menghubungi Middle Voices semalam memberitahu bahawa 'Voice Of Student Leader' yang dijadualkan menemui pemimpin-pemimpin pelajar kampus itu pada 17 November ini DITUNDA dengan alasan tidak sempat, sibuk dan kekurangan tenaga penggerak.

"Saya dapat maklumat, Voice Of Student Leader tangguh..jadi saya call YDP MPP, katanya kekurangan tenaga penggerak selain terpaksa mengendalikan MDS bagi kemasukan pelajar baru intake diploma..." ujarnya kepada Middle Voices.

Tambahnya lagi, KPO yang dijalankan hanya untuk menjalin hubungan diplomatik akhirnya telah mengabaikan mahasiswa UiTM yang ketandusan ruang kerana akhir akhir ini kampus itu bukan sahaja menghadapi masalah, malah nyawa sekumpulan mahasiswa di universiti itu hampir diambang maut hanya kerana masalah dan konflik tradisi berkenaan bas Trans Rengit gagal diselesaikan.

Konflik bas UiTM, dan Trans Rengit, GMM ada laporannya.

Seterusnya, apabila ditanya akan tarikh terbaru bagi menganjurkan program Voice Of Student Leader tersebut, pelajar itu hanya menjawab dengan kesal.

"Saya tanya dia, YDP bila boleh? dia kata next semester... baik tak payah buat, last semester punya masalah pun tunda sebab MPP Farid tak buat minit dan tak hantar pada TNC..inikan pula masalah last sem campur sem ini...nak tunda hingga sem depan..Apa ni?," katanya yang berang bercampur kecewa.

Sebelum ini, GPMS UiTM dilaporkan pernah mengatur perjumpaan sulit antara persatuan-persatuan dalaman secara underground untuk mengumpulkan idea bagi menganjurkan program bagi pihak MPP kerana bersetuju bahawa MPP universiti itu lebih mementingkan nilai dan suasana kondusif berbanding berpenat lelah menjalankan tanggungjawab sebagai badan perwakilan pelajar.

Prologue: Middle Voices melihat perihal kelewatan MPP UiTM yang gagal menemui pelajar setelah hampir 2 bulan memegang mandat sebagai satu peristiwa malang bagi mahasiswa UiTM kerana pisang berbuah dua kali.

Setelah mahasiswa UiTM dikecewakan dengan MPP yang memegang mandat percuma pada sesi yang lalu kini muncul pula barisan kepimpinan yang mengikut tradisi dengan mengabaikan atau menangguh-nangguhkan prihal kebajikan pelajar selain mengutamakan perjumpaan yang tidak-tidak.

Nasihat Middle Voices buat MPP UiTM, jalankanlah tugas anda dengan mengutamakan mereka yang mengundi anda, dan bukan mereka yang menjadi pengantara kepada anda kerana mahasiswa UiTM perlukan barisan yang cekap dan bukannya barisan yang 'sibuk' sebagai alasan.

Natijahnya, benar mahasiswa UiTM hanya merasai terabai sedangkan mereka yang diundi sedang enak sejuk menyedut penghawa dingin di corong corong Air Conditioner Hotel tatkala bersidang KPO.

#Barah jangan dibiar sehingga bernanah. Mungkin wajar kiranya, GMM isytihar pergerakan mereka sebagai Pro M UiTM secara resmi selain bergerak secara underground...agar wujud kumpulan penegur MPP UiTM.

Wednesday, 7 November 2012

UiTM; Tanda Putera Batal Tayang

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Shah Alam dekat Universiti Teknologi MARA semalam mengutuskan bahawa tayangan eksklusif filem Tanda Putera arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba tidak akan ditayangkan berikutan arahan daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia, Finas dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, KPKK berkehendak akan sedemikian.

Menurut salah seorang pelajar universiti itu, tayangan ekslusif ini terpaksa dibatalkan dan digantikan dengan diskusi bersama pengarah filem, Shuhaimi Baba pada malam yang sama.

Pelajar itu yang merupakan mahasiswa Fakulti Filem, Teater dan Animasi selain merangkap urusetia yang terlibat dalam anjuran Malam Promosi Filem Tanda Putera turut mejelaskan bahawa tuntutan wang pembelian tiket boleh dibuat pada hari yang sama dan diskusi yang digantikan adalah percuma.

"kepada semua yang telah membeli tiket tayangan Tanda Putera, anda bolehlah membuat tuntutan pulangan wang pembelian tiket di Dewan Sri Budiman pada 8 November ni dan kaunter akan dibuka bermula daripada jam 1 tengahari,"

"Saya bagi pihak urusetia memohon maaf atas segala kesulitan, dan jika anda semua menyokong tayangan filem ini, datanglah beramai-ramai pada malam tersebut kerana akan diadakan diskusi bersama Shuhaimi Baba dan kemasukan adalah percuma," kata pelajar itu yang kesal dengan pembatalan tayangan filem tersebut.

Ketika ditanya akan kerugian, pelajar itu hanya menjawab, "Pesona Pictures akan membayar ganti rugi kepada penganjur,".

Middle Voices sempat menemubual seorang lagi daripada penganjur tayangan tersebut yang menjalankan kerjasama dalam mempromosikan tayangan ekslusif di universiti itu, menurutnya;

"saya amat kecewa dengan pembatalan tayangan Tanda Putera kerana ia merupakan sebuah filem yang berasaskan nilai persahabatan dan tragedi 13 Mei, peristiwa berdarah hanyalah sebahagian daripadanya namun ditakuti pihak yang enggan mempertontonkan sejarah dan fakta sebenar." 

Tambahnya lagi, pembangkang yang takut akan tayangan filem ini sebenarnya memperbodohkan diri mereka kerana jelas akan ketakutan mereka kepada filem yang bernilai ringgit malaysia sepuluh ini kepada mahasiswa UiTM.

"kami mahukan filem ini ditayangkan dan bukan ditangguhkan buat kali kedua," katanya lagi sambil meluahkan rasa tidak berpuas hati kepada pihak yang menghalang tayangan filem ini termasuk Finas dan KPKK.

Sebelum itu, tayangan filem Tanda Putera yang dijadualkan di layar pawagam Malaysia pada 13 September 2012 telah dibatalkan dan dijadualkan akan ke panggung pada ketetapan tarikh 15 November 2012. 

Namun, keputusan terkini daripada Finas dan KPKK menangguhkan tayangan filem tersebut sekali lagi dan menganggarkan tayangannya kepada umum pada tahun hadapan.

Mengikut sumber, filem Tanda Putera yang mengisahkan persahabatan dan pengorbanan dua orang pemimpin yang merupakan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika peristiwa 13 Mei 1969 peristiwa hitam telah mendapat tentangan daripada parti politik pembangkang terutamanya DAP.

Filem tersebut yang berasaskan fakta yang merujuk kepada Laporan Majlis Gerakan Negara, MAGERAN dilaporkan ditakuti DAP dan pembangkang yang lain kerana bakal membogelkan mereka sebagai punca berlakunya rusuhan kaum pada tragedi pertumpahan darah selepas menerima kemenangan besar buat pertama kalinya selepas Pilihan Raya Umum pada waktu itu.

Walaupun PAS dan Keadilan tidak terlibat, namun pembogelan daripada filem itu bakal memberi kesan terhadap pentejermahan undi penyokong mereka sekiranya tayangan itu berjaya menjelaskan peristiwa sebenar kepada umum.

Prologue: Middle Voices melihat bahawa Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan seakan-akan tidak mempunyai pendirian yang tetap kerana menunda tayangan filem ini berkali-kali seolah-olah akur dengan kehendak pembangkang.

Selain itu, Middle Voices juga menganggap bahawa tindakan KPKK yang menangguhkan tayangan filem ini merupakan kesalahan besar KPKK selain daripada penerbitan lagu tema kemerdekaan "Janji Di Tepati" yang gagal diteliti sebelum dimuat naik yang akhirnya mendapat kritikan hebat daripada segenap lapisan masyarakat Malaysia.

Walaubagaimanapun, Middle Voices berharap agar KPKK membuat pertimbangan semula agar tayangan filem bersejarah ini dapat disegerakan agar rahsia kejahatan mereka yang terlibat sebagai punca tragedi hitam itu dapat dibogelkan kepada umum.

#Mahasiswa sokong Tanda Putera...

Friday, 26 October 2012

Tanda Putera Berlayar Di UiTM

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Universiti Teknologi MARA dekat Fakulti Filem, Teater dan Animasi, FiTA akan menganjurkan tayangan filem Tanda Putera dengan kerjasama Pesona Picture Sdn Bhd di Dewan Sri Budiman UiTM Shah Alam seawal 8 November 2012.

Menurut sumber tayangan filem arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba itu bakal menempatkan seramai 1500 penonton yang terdiri daripada kumpulan mahasiswa universiti itu dan kampus cawangan yang lain.

Tambahan lagi, filem yang akan ditayangkan itu mendapat sambutan baik daripada mahasiswa UiTM malah mendapat sokongan daripada pelbagai pihak luar serta persatuan dalaman termasuk Persatuan Waris Adat Perpatih, UiTM (WARIS) yang turut menjalinkan kerjasama bagi mempromosikan tayangan filem eksklusif Tanda Putera.

Tayangan anjuran mahasiswa FiTA itu dianggarkan akan berlangsung mulai pukul 6 petang sehingga pukul 11 malam dengan hanya mengenakan pas kemasukan berharga RM 10 sahaja tambahan pelbagai acara sampingan bakal diadakan seperti cabutan bertuah dengan hadiah utama berupa empat buah telefon bimbit serta sesi tandatangan bersama barisan pelakon dan persembahan daripada para pelajar fakulti itu.

Filem tersebut diwar-warkan media sebagai penceritaan yang menggambarkan kisah persahabatan antara bekas Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein dan Timbalannya Tun Dr Ismail Abdul Rahman memulihkan negara selepas rusuhan kaum 13 Mei 1969.

Sebelum itu, filem ini dijadual akan ditayangkan kepada umum seawal 13 September 2012 namun mendapat tentangan parti politik pembangkang yang bimbang tragedi atau peristiwa sebenar pada 13 Mei 1969 ditonton umum yang kemudiannya ditangguhkan untuk pembaikan semula.

Prologue: Tahniah buat mahasiswa UiTM kerana bakal mencipta sejarah menganjurkan Filem yang penuh dengan tragedi menyingkap sejarah hitam berdarah pada 13 Mei 1969.

Middle Voices berharap agar filem Tanda Putera yang akan dipertontonkan pada 8 November nanti boleh membantu sekumpulan mahasiswa yang gagal mendalami sejarah serta tidak bersifat patriotik dan tak punya semangat cinta akan negara.

Secara peribadi, Safira Safri beranggapan mereka yang takut akan filem ini dipertontonkan sebenarnya ingin menipu rakyat dan tidak mahu perkara sebenar atau tragedi sebenar yang tercatit di dalam Laporan Majlis Gerakan Negara, MAGERAN diketahui umum kerana mereka sebenarnya racist ketika peristiwa itu mencungkil kedamaian Malaysia atas dasar perkauman.

#Kita pertahankan bangsa bukan kerana perkauman, tetapi kerana kita telah lama ditindas dek mereka yang bersifat perkauman...

Sunday, 14 October 2012

YB Halimah Sadique Bidas YB Ampang "Wanita Agenda Negara"

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Middle Voices tertarik dengan sesi Sidang Dewan Rakyat yang gamat seketika apabila YB Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Sadique mengambil tempat ketika sesi perbahasan bagi membincangkan kandungan Bajet 2013 berkaitan dengan Wanita dan Kanak-kanak.

Bertenaga, tegas, cepat dan jelas hujah YB Datuk Halimah Sadique apabila membidas celahan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin yang kian kalinya cuba untuk mempersoal kebolehan kandungan bajet 2013 yang merupakan bajet rakyat yang dibentang oleh Perdana Menteri seminggu yang lalu.

"........kerajaan mengambil berat tentang wanita, wanita dijadikan agenda utama dalam setiap perancangan kerajaan..," jelas Halimah kepada sidang dewan rakyat.


Ihsan klpos.com

#Rumusannya, Adakah Ahli Parlimen pembangkang malas membaca atau cuma ingin kelihatan hebat di dalam sidang? meroyanlah jawabnya di dalam dewan...

Friday, 12 October 2012

UiTM Perak Nafi Kerjasama Parti Politik Pembangkang

Perak, Seri Iskandar dekat Universiti Teknologi MARA malam tadi, Pengarah program gotong royong di Pasir Panjang Segari menafikan pernah menjalankan aktiviti bersama atau dengan kerjasama mana-mana ahli politik pembangkang seperti PAS.

Terdahulu, kelmarin Middle Voices melaporkan sekumpulan mahasiswa yang tidak berpuas hati dengan pengurusan kampus kerana memberi kebenaran kepada sekumpulan pelajar yang dipercayai, ahli Kelab Rekreasi UiTM Seri Iskandar mengadakan aktiviti bersama Lajnah Alam Sekitar Muslimat PAS Perak.

Menurut seorang pelajar kampus itu, aktiviti berbentuk riadah dan gotong royong tersebut dijalankan bersama Parti Politik PAS manakala tetamu yang diundang bersama adalah Ketua Muslimat PAS Perak, Dr Najiha.

Pernyataan sekumpulan mahasiswa kampus Perak itu kemudiannya disangkal sekeras-kerasnya oleh Izzati Alias, Pengarah program gotong royong tersebut yang juga penuntut Fakulti Pengurusan Perniagaan di kampus itu sebaik mendapati terdapat perselisihan faham diantara mahasiswa kampus Perak berkenaan aktiviti yang dijalankan.

Izzati ketika dihubungi rakan penulis Middle Voices menjelaskan bahawa kunjungannya bersama ahli Kelab Alam Sekitar UiTM Perak ke program rekreasi tersebut adalah untuk memenuhi undangan Sahabat Alam Malaysia, SAM dan penyertaan mereka telahpun mendapat kelulusan Bahagian Hal Ehwal Pelajar universiti itu.

"Tujuan program ini adalah untuk membersihkan kawasan pendaratan penyu dan tiada kaitan dengan ahli politik yang sama turut hadir," tegas Izzati yang turut menjelaskan bahawa kedatangan wakil politik adalah diluar kawalan berikutan pihak penganjur iaitu SAM telah menjemput orang ramai untuk turut serta di dalam aktiviti tersebut.

Menurutnya lagi, pihak SAM juga telah menjemput Pengarah Perikanan Negeri Perak namun beliau tidak dapat hadir pada saat-saat akhir.

Menjawab kepada persoalan laporan Middle Voices kelmarin berkenaan status pendaftaran kelab tersebut sebagai sebuah badan pelajar yang ditubuhkan di bawah Seksyen 8(1), Akta Intitusi-Intitusi Pelajaran (Tatatertib) 1976, Izzati menegaskan kelabnya sebagai berdaftar.

"Kelab Alam Sekitar UiTM Perak adalah berdaftar dan penyertaan kami ke program tersebut hanya untuk lawatan dan gotong-royong sahaja seperti yang terkandung di dalam surat undangan daripada SAM." katanya ketika bercakap kepada rakan penulis Middle Voices semalam.

Mengulas lanjut pertanyaan rakan penulis Middle Voices berkenaan cubaan PAS untuk memanipulasikan penyertaan kelabnya melalui laman blog Media Perak yang cuba memuatkaitkan dengan bantahan PAS terhadap Projek Loji Simpanan LNG & Kilang Besi Maegma Steel kelulusan kerajaan negeri, Izzati menjawab;

"Kami sentiasa menyokong pembangunan yang ingin dilaksanakan oleh pihak kerajaan kerana kami percaya pihak kerajaan telah menyelidik sedalam-dalamnya sebelum melakukan pembangunan di kawasan berkenaan,"

"Diharap kenyataan saya ini dapat menjelaskan isu yang berbangkit dan tidak menyalahkan pihak kami serta pihak-pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung," katanya lagi yang kemudian memohon agar penyertaan mereka tidak disalah ertikan selain meminta agar nama baik Rektor UiTM Perak tidak diheret bersama demi menjaga imej baik universiti dan Kampus Seri Iskandar.


Selain itu, Izzati turut memberikan penjelasan pada ruangan komen di blog dan fan page Middle Voices dengan harapan agar kenyataannya tidak menyinggung mana-mana pihak.

Prologue: Middle Voices meneliti percanggahan maklumat yang diterima adalah jelas dan tidak menafikannya. Rakan penulis Middle Voices juga memohon maaf kepada Rektor UiTM Perak sekiranya terdapat percanggahan daripada apa yang diwar-warkan berkenaan aktiviti mahasiswa kampus itu kelmarin.

Walaubagaimanapun, Middle Voices memuji Pengarah progam, Izzati Alias kerana berani dan bersedia tampil menjelaskan perkara yang sebenar sebelum dimanipulasikan oleh mana-mana penglibatan politik seperti cubaan Media PAS Perak yang mengaitkan gambar aktiviti gotong royong tersebut dengan bantahan projek yang diluluskan kerajaan negeri.

Kepada mahasiswa UiTM Seri Iskandar, bersamalah kita mendokong aspirasi kerajaan demi untuk pembangunan negara ke arah Wawasan 2020 dengan pembentukan perpaduan yang mantap dan jitu melalui Gagasan 1 Malaysia.

Diharapkan agar mahasiswa UiTM Perak lebih berhati-hati untuk membuat sebarang bentuk program diluar kampus agar perkara yang sama tidak berulang kembali.

#Jika kita benar, maka kita tidak perlu bimbang, kerana kebenaran itu pasti akan membenarkannya muncul...

Wednesday, 10 October 2012

KDS1M: Mahasiswa UiTM Ucap TQ kepada Najib Razak

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Middle Voices kongsikan klip ucapan Terima Kasih mahasiswa UiTM kepada PM kerana memberi Kad Diskaun Siswa 1Malaysia. "Terima kasih PM"


#Janji Ditepati...

Tuesday, 9 October 2012

Rektor UiTM Perak Gagal Prihatin

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Seri Iskandar, Rektor Universiti Teknologi MARA Perak disarankan dan seharusnya lebih prihatin di dalam memberi kebenaran kepada mahasiswa universiti itu untuk mengadakan program berbentuk rekreasi di luar daripada kawasan kampus itu sekiranya akan melibatkan mana-mana parti politik terutamanya pembangkang.

Middle Voices mendapat maklumat daripada sekumpulan mahasiswa yang tidak berpuas hati dengan pengurusan kampus kerana memberi kebenaran kepada sekumpulan pelajar yang dipercayai, ahli Kelab Rekreasi UiTM Seri Iskandar mengadakan aktiviti bersama Lajnah Alam Sekitar Muslimat PAS Perak.

Menurut seorang pelajar kampus itu, aktiviti berbentuk riadah dan gotong royong tersebut dijalankan bersama Parti Politik PAS manakala tetamu yang diundang bersama adalah Ketua Muslimat PAS Perak, Dr Najiha.

Selain itu menurutnya lagi, aktiviti yang berlangsung pada 6 Oktober lalu di Pasir Panjang Segari sebenarnya lebih kepada tindakan memprotes secara saraf kerana tidak bersetuju dengan keputusan Kerajaan Negeri yang meluluskan Projek Loji Simpanan LNG & Kilang Besi Maegma Steel selain cuba mendekati mahasiswa untuk menonjolkan sifat mereka yang kononnya prihatin terhadap alam sekitar.

Middle Voices sempat menemui seorang pegawai yang terlibat di dalam proses pindaan Akta 174 Pindaan 2012 yang dipinda supaya harmoni dengan pindaan 2012 Akta Universiti dan Kolej Universiti yang telah membenarkan mahasiswa berpolitik.

Menurutnya, pindaan terkini terhadap akta itu hanya membenarkan individu atau mahasiswa itu sendiri untuk berpolitik di luar kampus dan akta itu tidak pula memperuntukkan atau dengan jelas membenarkan persatuan mahasiswa atau badan pelajar yang ditubuhkan di bawah Seksyen 8(1), Akta Intitusi-Intitusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 untuk berkerjasama dengan mana-mana parti politik di dalam penganjuran program tertentu.

Pegawai tersebut yang memberitahu kepada Rakan Penulis Middle Voices kemudiannya meminta pihak Rektor UiTM Seri Iskandar menyiasat sama ada Kelab Rekreasi UiTM Seri Iskandar itu berdaftar atau tidak kepada Bahagian Hal Ehwal Pelajar universiti itu atau bergerak secara haram sejurus mengiakan kewujudan Pro-Pembangkang di kampus tersebut.

Malah, sekiranya terdapat penipuan terhadap kebenaran menyertai program atau aktiviti, pihak Rektor juga seharusnya mengambil tindakan segera atau jika perlu menyeret mereka yang terlibat kepada proses tatatertib kerana khuatir sekiranya dakyah politik dan pembawakan ideologi menentang kerajaan ditanamkan di dalam minda mahasiswa di kampus melayu itu.

Prologue: Middle Voices melihat pendekatan yang digunakan oleh Lajnah Alam Sekitar Muslimat PAS Perak yang mengadakan aktiviti bersama mahasiswa UiTM Seri Iskandar sebagai satu tindakan yang cuba menyampaikan dakyah politik mereka secara perlahan-lahan.

Malah, isu yang diketengahkan seperti memprotes projek pembinaan logi sudah cukup menjelaskan bahawa mereka cuba menyampaikan ideologi mereka kepada mahasiswa terlibat agar bersama mereka untuk menyampaikan rasa tidak bersetuju kepada projek tersebut selain bercita-cita untuk merampas semula kerusi Kerajaan Negeri Perak menjelang PRU13.

Kepada mahasiswa UiTM Seri Iskandar, pastikan anda semua tidak terpedaya dengan ideologi kepimpinan PAS Perak yang ternyata gagal mempamerkan contoh yang baik selain pernah berlaku biadap kepada Raja Muda Perak semasa kemelut perlantikan Menteri Besar yang lalu.

Kata pujangga, "Jangan pula kamu menggigit tangan yang memberi makan" selain selayaknya mengenang jasa kerajaan yang telah sekian lama mempertahankan UiTM daripada disentuh dan dirobek oleh parti pembangkang yang menjadi pak turut kepada DAP yang jelas menentang melayu dan mempersoalkan kedudukan istimewa melayu.

#Mahasiswa UiTM, belajarlah untuk mengenang jasa dan bersyukur kerana orang yang memberi janggal untuk meminta dikenang, selain yang menerima harus faham sendiri...

Friday, 28 September 2012

GMUKM Jangan Sia Siakan Mandat

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan.

Suasana Kampus Universiti Kebangsaan Malaysia kian redha selepas melalui pengambaran Pilihan Raya Kampus yang memenangkan Gabungan Mahasiswa UKM sekaligus membentuk kerajaan dengan memegang mandat, amanah dan kepercayaan mahasiswa UKM.

Middle Voices turut ingin menyampaikan ucapan tahniah kepada Gabungan Mahasiswa UKM yang berjaya merangkul segala beban dan tanggungjawab mahasiswa UKM dan berharap agar dapat menjalankannya dengan baik disamping melunaskan segala janji dan propaganda yang digunakan ketika sesi berkempen.

Sebelum itu, Gabungan Mahasiswa UKM dikatakan terpersong daripada janji dan propaganda mereka apabila GMUKM dan penyokong tegar mereka dilaporkan mengganas di Kolej Burhanuddin Helmi di universiti itu semasa tempoh berkempen yang lalu.

"Mengadakan kerjasama dengan pihak keselamatan UKM bagi mewujudkan persekitaran yang selamat dan harmoni di kawasan UKM" begitulah bunyinya manifesto yang diwar-warkan oleh Presiden GMUKM, namun telah dicabuli apabila mereka sendiri bertindak ganas terhadap pihak keselamatan kampus itu dengan memaksa pihak keselamatan dengan tindakan yang dibilang biadap.


Rentung nilai tambah budi pekerti GMUKM apabila kumpulan mahasiswa penyokong mereka bertindak mencabuli keharmonian kampus yang tidak seperti dijanjikan Presiden GMUKM.

Walaubagaimanapun, GMUKM yang baru sahaja memegang tampuk kepimpinan perwakilan pelajar universiti itu disarankan agar lebih telus dengan mengotakan segala janji dan bukannya melobi janji yang akhirnya dicabuli dengan perbuatan mereka sendiri.

Prologue: Kepada calon Aspirasi, teruskan perjuangan anda kerana kalah hari ini tidak bermakna kalah pada hari esok dan menang hari ini belum bermakna kekal sehingga hari esok.

Walaubagaimanapun, Middle Voices berharap agar tidak wujud sebarang persengketaan diantara jentera Aspirasi Mahasiswa sebaik kecundang di kampus itu kelmarin yang mengamburkan suara suara sumbang termasuk mula menarik diri daripada perjuangan kumpulan mahasiswa Pro Aspirasi.

"Jika bersorak ketika bertanding, mengapa perlu selerak ketika kecundang, jika mengorak ketika kalah jangan bermegah ketika menang" - Safira Safri

#GMUKM jangan sia-siakan kepercayaan mahasiswa UKM. Aspirasi UKM, buktikan keteguhan, kesetiaan, dan kesatuan kerana anda sentiasa Teguh, Setia dan Bersatu...

Thursday, 27 September 2012

Dato' Sri Najib; "Tahniah Calon Yang Menang PRK"

KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar yang memenangi pilihan raya kampus baru-baru ini.

Menyifatkan proses pilihan raya itu sebagai atau manifestasi berhemah, Perdana Menteri berharap para pelajar berkenaan dapat berkhidmat dengan gigih untuk universiti dan negara. 

"Tahniah kepada calon-calon yang menang dalam pilihan raya kampus baru-baru ini. Manifestasi demokrasi yang berhemah. Semoga berkhidmat dengan gigih untuk universiti dan negara," katanya menerusi laman Twitter malam Rabu. 

Pilihan raya kampus sesi 2012/2013, yang diadakan bagi memilih wakil pelajar baharu dengan mandat bertugas selama setahun, menyaksikan penguasaan calon proaspirasi apabila menang di sebahagian besar universiti di negara ini. 

Sementara itu, dalam tweet berasingan hari ini, Perdana Menteri turut menyarankan agar nilai perpaduan dipupuk kepada rakyat pada usia yang masih muda. 

Beliau berkata kecintaan kepada negara akan datang secara semulajadi apabila seseorang itu menghargai keamanan. 

"Pendedahan kepada nilai perpaduan patut dipupuk pada umur amat muda kerana kecintaan kepada negara datang secara semulajadi apabila kita menghargai perpaduan," katanya.

Sumber: BERNAMA

#Tahniah kepada semua calon Aspirasi yang berjaya dipilih oleh mahasiswa, kepada yang kurang bernasib baik, teruskan perjuangan anda...

Tuesday, 25 September 2012

Mahasiswa Boikot Menteri KDN Jika Gagal Kenakan Tindakan Tegas Hina Islam

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan.

Middle Voices hari ini dimaklumkan oleh rakan penulis berkenaan tindakan seorang mahasiswa berbangsa india yang merupakan pelajar di Universiti Selangor, UNISEL menghina Islam melalui status laman sosial facebooknya.

Gapinath Jayarathnam yang berasal daripada Kelang, dilaporkan mengeluarkan status yang jelas menghina islam secara ekstrim dan melampau yang mengaitkan perkataan Allah dan Nabi Muhammad dengan menggambarkan perbuatan lucah kedua-dua perkataan tersebut melalui laman facebooknya yang kini telah dinyahaktifkan serta merta.


"Biadap dan amat kerterlaluan," komen sebahagian mahasiswa selain ada yang benar-benar marah serta melaknat perbuatan Gapinath yang menghina islam secara melampau sekaligus mencabul keharmonian dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Selain itu, seorang lagi mahasiswa turut bersuara dengan menyatakan kemungkinan tragedi berdarah 13 Mei yang digeruni itu akan kembali lagi dek kerana marah dengan perbuatan yang terang terang menghina islam.

"hok nie...nok soh berulang peristiwa 13 mei...kalu ore maroh mula royak ore bekeng....," kata Mohamad Shamsul.

Prologue: Tidak cukup dengan penghinaan islam yang sedang diprotes hebat menjadi hujahan, makian dan bualan apabila filem menghina Nabi Muhammad tersebar di Youtube, kini muncul pula mahasiswa yang begitu berani menyentuh sensitiviti islam dengan penghinaan ekstrim.

Middle Voices melihat perbuatan Gapinath itu merupakan suatu yang sangat biadap dan perlu diawasi dan dikenakan tindakan segera oleh kementerian bertanggungjawab iaitu Kementerian Dalam Negeri.

Dato' Seri Hishammudin yang merupakan Menteri Dalam Negeri kali ini harus mengenakan tindakan tegas dan tanpa maaf terhadap penghina Islam di Malaysia bagi meneruskan keharmonian dan keamanan negara.

Kelembapan dan tolak ansur untuk tidak mendakwa Gapinath dibawah Akta Hasutan 1948 serta merta dan mengenakan hukuman yang tegas sudah tentu membawa kepada keburukan yang lebih besar disamping bersedia diboikot oleh mahasiswa sekiranya gagal berbuat demikian.

Middle Voices juga ingin menyeru seluruh mahasiswa yang sedang sibuk dengan isu Pilihan Raya Kampus agar membuat laporan polis supaya tindakan dan siasatan polis dapat dijalankan sekaligus menyegerakan proses menghumban Gapinath ke muka pengadilan.

#Sekarang Middle Voices melihat bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri atau Internal Security Act, ISA adalah lebih praktikal bagi mengusir manusia jahat seperti Gapinath...

Edikop Bersandiwara Lagi

Assalamualaikum dan Salam 1 Aspirasi.

Pagi ini merupakan pagi yang sedikit berbeza buat semua mahasiswa di seluruh kampus berikutan kerana hari ini merupakan hari membuang undi bagi Pilihan Raya Kampus 2012. Walaubagaimanapun, Middle Voices nasihatkan agar semua rakan siswa bertenang dan hayati apa yang disampaikan oleh sebuah blog awal pagi ini.

EDIKOUP DIPUKUL UNTUK MENDAPATKAN SIMPATI


Tragedi di UM berulang kembali. Kali ini perancangan mereka sangat keji lagi hina!!! Konspirasi Bersih Kampus yang mereka gunakan di UM untuk Pilihanraya Kampus kali ini adalah dengan memukul Presiden Pro-Mahasiswa Nasional sendiri iaitu Edikoup Lakip Sediyanto pada pagi ini. Maklumat MB terima ini adalah daripada orang kanan Pro-Mahasiswa di UM yang mana terpanggil untuk mendedahkan perkara ini kerana tidak sanggup lagi melihat kejahilan yang dilakukan oleh Pro-Mahasiswa ini. Malah Persatuan Mahasiswa Islam juga telah jauh terpesong kerana bersetuju dengan Konspirasi ini.


Edikoup Lakip Sediyanto dikatakan akan membuat report polis pada pagi ini. Difahamkan dia akan mengaitkan report ini sebagai "Konspirasi Ops2020". Mereka akan menyalahkan UMNO sepenuhnya serta mengaitkan pentadbiran HEP, Universiti, Pengerak, Aspirasi Mahasiswa, Jaksa, UMB, Aman Kampus, BTN dan semua pihak yang tidak menyebelahi Pembangkang.


Mari kita lihat wayang yang bakal di mainkan Edikoup Lakip Sediyanto siang nanti. MB yakin dia akan keluar ke khalayak ramai dengan muka-muka yang lembam kemungkinannya. Dan ahli politik pembangkang secara terang-terangan akan datang memberi sokongan. Orang kanan Pro-Mahasiswa yang mengetahui perancangan ini telah merakamkannya. Jika perlu, dia akan dedahkan ke umum. MB telah menyarankan dia untuk menunggu dan bersabar dahulu melihat apa yang bakal di mainkan nanti.

MB menyeru kepada seluruh mahasiswa supaya tidak tertipu dengan permainan Pro-Mahasiswa serta Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) yang kononnya memperjuangkan Islam tetapi tidak menyatakan kebenaran.

"Konspirasi Bersih Kampus Kantoi"


#Mahasiswa Kampus! khabarkan pada mereka mimpi ngeri buat mereka bakal menjelma malam nanti...maka tidak perlu berlakon lagi...

Mahasiswa Zon Tengah; "Jom Turun Mengundi"

Assalamualaikum dan Salam 1 Aspirasi.

Middle Voices ingin mengajak seluruh rakan mahasiswa universiti zon tengah untuk memberikan sokongan kepada Aspirasi Mahasiswa di seluruh kampus zon tengah Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia yang bakal menghadapi Pilihan Raya Kampus seawal jam 8.30 pagi ini.

Semoga sesi membuang undi berjalan dengan aman dan harmoni tanpa sebarang provokasi ataupun tindakan liar daripada mahasiswa berkolar hijau yang senang di gelar Pro-Mahasiswa.

Kepada mahasiswa universiti zon tengah, Jom beramai-ramai kita turun mengundi.


#Your vote is your voice, and be heard. Vote for Aspirasi Mahasiswa...

Monday, 24 September 2012

GMUKM Punyai Perwatakan Matang Dan Sahsiah Terpuji

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan.

Middle Voices kongsikan bersama seluruh rakan-rakan mahasiswa zon tengah untuk memberikan penilaian dan penelitian berkenaan perwatakan matang yang ditonjolkan oleh kumpulan mahasiswa yang diberi nama Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia, GMUKM.


Bergaya dan berperwatakan menarik apabila GMUKM mengenakan kuda kepang mainan sekaligus mempamerkan budaya berpendidikan tinggi dan kematangan dengan sahsiah rupa diri terpuji.


Apakah bezanya anak kecil ini dengan mahasiswa yang berpelajaran? Adakah ini yang dilahirkan di UKM tercinta? Apakah wadah sebenar mahasiswa menunut ilmu? atau belajar lebih baik?



Gigih dan menjadi Kebanggaan bagi mahasiswa GMUKM kerana bagi mereka perhatian mahasiswa adalah lebih penting berbanding apa yang dibahankan untuk menjadi perhatian.

Prologue: Secara kesimpulannya, mahasiswa UKM seharusnya bijak di dalam membuat pilihan. Sesungguhnya memilih itu merupakan hak anda;


"Ya anda punyai hak untuk memilih, namun hak untuk memilih tidak sebegitu penting berbanding akan PENTINGNYA apa yang anda pilih...kerana pilihan anda hari ini, adalah acuan kepada tercoraknya hari esok..." -Safira Safri

Jika anda bertanya? Apakah yang harus anda pilih, maka anda mungkin tidak berjaya untuk membuat pilihan dengan betul. Namun, jika anda lihat apa yang anda harus pilih? maka anda akan tahu sendiri akan apa yang anda pilih.


#Mahasiswa memilih Aspirasi, "Belajar Lebih Baik"...

Saturday, 22 September 2012

Bukti Pro Mahasiswa Cenderung Kepada Pembangkang

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan.


Middle Voices kongsikan bersama seluruh warga kampus berkenaan persoalan yang ditimbulkan oleh kumpulan Pro Mahasiswa yang cuba menafikan bahawa mereka cenderung kepada Pembangkang hanya untuk mengaburi mata mahasiswa agar mereka tidak dipandang serong seperti yang terpalit diwajah wajah pembangkang hari ini.


Pro Mahasiswa memang didalangi oleh parti politik luar seperti DAP, PKR dan PAS. Buktinya dalam banyak kempen dan demo yang diadakan oleh parti parti pembangkang tersebut, maka anggota Pro Mahasiswa akan turut serta. Contohnya dalam demonstrasi BERSIH 3 dan demo PTPTN. 

Sikap Pro Mahasiswa bukanlah mencerminkan wajah mahasiswa yang sebenar. Mereka tidak layak menggunakan nama mahasiswa dan mendakwa mereka mewakili mahasiswa kerana perbuatan dan tingkah laku mereka. Pro  Mahasiswa  telah mengusung mayat dalam pilihan raya kampus pada Januari 2011 di UM (dalam gambar atas), kononnya demokrasi sudah mati di kampus. 

Hakikatnya, bila demokrasi itu telah memenangkan pihak Pro Mahasiswa dalam Majlis Perwakilan Pelajar di UM, UIA dan UKM, apakah sumbangan yang telah diberikan oleh mereka kepada pengundi dan mahasiswa? Tiada program atau impak yang besar dipulangkan balik kepada mahasiswa melainkan hanya demonstrasi dan bantahan politik semata-mata. Mahasiswa dapat baucer buku pun mereka pertikaikan dan memfitnah pula pihak yang memberinya (baca sini).

Majoriti anggota dan kepimpinan Pro Mahasiswa adalah kalangan pelajar yang gagal dan menghadapi masalah dalam akademik. Lihat sahaja kepada Shazni Munir, seorang pelajar UM yang dibuang daripada universiti kerana gagal belajar. Begitu juga dengan Tan Tiong Yih dan Yeong Lee Kee yang digantung semester dan didenda RM200 kerana menipu sijil cuti sakit bagi mengelak mereka menghadiri kursus persiapan calon pemilihan majlis perwakilan pelajar di Universiti Malaya pada Januari 2011. Penipu layak dianggap sebagai mewakili mahasiswa?


Mula mula dahulu turunkan gambar Dato Seri Najib di PWTC, kemudian arak gambar Dato Seri dengan cara ritual agama lain di Dataran Merdeka dan kini ada yang tunjuk punggung pada gambar Dato Seri Najib. Apakah ajaran ini bermula dari mereka yang di atas?

Mahasiswa perlu rasional dalam memilih kepimpinan kampus, apakah mahasiswa ingin memilih calon calon mahasiswa Pro Mahasiswa (pro pembangkang) yang melakukan sikap sikap sebegini :

-Tidur di atas jalan pada jam 2 pagi untuk serah memorandum.
-Panjat pagar universiti semata-mata untuk serah memorandum.
-Rempuh secara ganas cermin kaca klinik untuk mendapatkan ubat. 
-Lelaki dan perempuan tidur dalam satu khemah di Dataran Merdeka untuk tuntut hapus PTPTN.
-Rempuh pintu pejabat HEP di UPM dan UM hingga pecah dan mencederakan dua orang pegawal keselamatan. 
-Membuat ritual yang bertentangan dengan agama terhadap gambar Perdana Menteri dan Menteri Pengajian Tinggi dalam demo mansuh PTPTN. 
-Menggelarkan polis sebagai "anjing" dalam Twitter (baca sini) serta ugut bunuh polis (baca sini).
-Menghina Sultan Johor dalam Twitter (baca sini).
-Bersikap tidak peduli bila Jalur Gemilang dihina dan cuba digantikan dengan bendera republik yang baru (baca sini).
-Berlakon cedera dan hampir hampir mati untuk menarik simpati daripada rakyat. Kemudian mengajak rakyat menuduh pihak lain sebagai jahat (baca sini).


#Kita punyai hak untuk memilih, namun hak untuk memilih tidak sebegitu penting berbanding akan Pentingnya apa yang kita pilih...kerana pilihan kita hari ini, adalah acuan kepada tercoraknya hari esok...

Friday, 21 September 2012

Pro M USIM Takut Goyah Tiru Gaya James Bond 007 Bentang Kertas Siasatan Kepada Umum

Assalamualaikum dan Salam 1 Aspirasi.

Mengukur kehangatan bahang Pilihan Raya Kampus di Universiti Sains Islam Malaysia, USIM yang semakin hampir seolah membisikkan kepada Admin tentang kegerunan dan kegoyahan kumpulan Pro Mahasiswa di universiti itu yang hari ini berlagak seakan berlakon filem The USIM's James Bond 007.

Muhammad Abduh yang merupakan pelakon utama yang memegang watak Daniel Craig semalam dilaporkan membentangkan kertas siasatannya kepada umum sebaik selesai dengan tugasannya yang mencungkil rahsia seorang gadis USIM bernama Nur Amina Firdaus.

Merujuk kepada hasil siasatan tersebut, Abduh yang membentangkannya dengan provokasi mendatar menjelaskan kepada umum bahawa kemunculan Nur Amina Firdaus seperti penuh dengan muslihat bagi menggagalkan Pro Mahasiswa yang menapak di universiti itu.

Menurutnya lagi, berkemungkinan Amina yang sering kali membawa isu keamanan di USIM merupakan tuan empunya blog USIM Di Hatiku yang semakin rancak membincangkan perihal kampus dengan pelbagai perkongsian dan pencerahan maklumat.

Hari ini lebih kurang jam 8 malam tadi, pelakon utama filem The USIM's James Bond 007 (Abduh) itu sekali lagi membentangkan kertas siasatan susulan kepada umum bagi mencungkil kaitan Amina dengan Blog USIM Di Hatiku yang semakin popular dalam kalangan mahasiswa USIM.

Bimbang dengan populariti dan penghebahan maklumat yang mungkin menggugat kedudukan Pro Mahasiswa USIM, Abduh melalui kertas siasatan susulannya mendedahkan pembabitan blog USIM Di Hatiku dengan blog Blogger Aspirasi dan blog Blogger UMNO yang kononnya merupakan hak milik tertuduh Amina yang disiasat Abduh.

Menurut kertas siasatan itu lagi, Abduh yang sedar akan pengaruh Aman Kampus yang mendapat sokongan ribuan mahasiswa ketika membentangkannya kepada umum sempat menyuarakan kerisauannya agar blog USIM Di Hatiku tidak mempunyai kaitan dengan kumpulan Aman Kampus tersebut kerana khuatir akan meranapkan harapan Pro Mahasiswa USIM untuk menakluki Pilihan Raya Kampus USIM yang semakin hampir.

"harap2 bukan Aman Kampus USIM" keluhan Abduh di dalam kertas siasatannya kepada umum.

Prologue: Middle Voices melihat perlakuan Abduh yang begitu anti kepada UMNO sekaligus mewujudkan satu persoalan yang sedang bermain di minda Admin seolah Abduh merupakan peminat rahsia atau secara senyap kepada Anwar Ibrahim.

Perwatakannya yang berani seperti hero filem James Bond (Daniel Craig) menjelaskan lagi bahawa Abduh merupakan kumpulan anti Aspirasi Mahasiswa sehingga takut dengan kehadiran blog USIM Di Hatiku yang mempunyai kaitan rapat dengan blog seperti GERAKAN 13 dan SARFAMS sehingga mewujudkan keperluan untuk Abduh membuat siasatan terperinci bagi membongkar rahsia blog itu yang kononnya dimiliki oleh Nur Amina Firdaus.

Admin berfikiran bahawa Abduh mengambil tindakan membuat siasatan terperinci terhadap Amina yang muncul dengan isu keamanan adalah kerana khuatir dengan kedudukan Pro Mahasiswa yang sering dikenali sebagai kumpulan pembuat kacau dan anti-keamanan atau kaki demonstrasi.

Oleh kerana Pilihan Raya Kampus semakin dekat, Abduh dan Pro Mahasiswa yang lainnya seakan terdesak dan terpaksa mencari jalan bagi mengaitkan Amina dengan UMNO agar dapat meraih sokongan mahasiswa USIM setelah kumpulan mereka Pro Mahasiswa dilebel sebagai 'Kaki Gadoh' atau kumpulan mahasiswa pemberontak yang sering memelihara huru hara. 

#Psstt...!!! Admin percaya bahawa Middle Voices berkemungkinan disiasat Daniel Craig (Abduh) dan dibentangkan dalam kertas siasatannya kelak kepada umum..