Perak, Seri Iskandar dekat Universiti Teknologi MARA malam tadi, Pengarah program gotong royong di Pasir Panjang Segari menafikan pernah menjalankan aktiviti bersama atau dengan kerjasama mana-mana ahli politik pembangkang seperti PAS.
Terdahulu, kelmarin Middle Voices melaporkan sekumpulan mahasiswa yang tidak berpuas hati dengan pengurusan kampus kerana memberi kebenaran kepada sekumpulan pelajar yang dipercayai, ahli Kelab Rekreasi UiTM Seri Iskandar mengadakan aktiviti bersama Lajnah Alam Sekitar Muslimat PAS Perak.
Menurut seorang pelajar kampus itu, aktiviti berbentuk riadah dan gotong royong tersebut dijalankan bersama Parti Politik PAS manakala tetamu yang diundang bersama adalah Ketua Muslimat PAS Perak, Dr Najiha.
Pernyataan sekumpulan mahasiswa kampus Perak itu kemudiannya disangkal sekeras-kerasnya oleh Izzati Alias, Pengarah program gotong royong tersebut yang juga penuntut Fakulti Pengurusan Perniagaan di kampus itu sebaik mendapati terdapat perselisihan faham diantara mahasiswa kampus Perak berkenaan aktiviti yang dijalankan.
Izzati ketika dihubungi rakan penulis Middle Voices menjelaskan bahawa kunjungannya bersama ahli Kelab Alam Sekitar UiTM Perak ke program rekreasi tersebut adalah untuk memenuhi undangan Sahabat Alam Malaysia, SAM dan penyertaan mereka telahpun mendapat kelulusan Bahagian Hal Ehwal Pelajar universiti itu.
"Tujuan program ini adalah untuk membersihkan kawasan pendaratan penyu dan tiada kaitan dengan ahli politik yang sama turut hadir," tegas Izzati yang turut menjelaskan bahawa kedatangan wakil politik adalah diluar kawalan berikutan pihak penganjur iaitu SAM telah menjemput orang ramai untuk turut serta di dalam aktiviti tersebut.
Menurutnya lagi, pihak SAM juga telah menjemput Pengarah Perikanan Negeri Perak namun beliau tidak dapat hadir pada saat-saat akhir.
Menjawab kepada persoalan laporan Middle Voices kelmarin berkenaan status pendaftaran kelab tersebut sebagai sebuah badan pelajar yang ditubuhkan di bawah Seksyen 8(1), Akta Intitusi-Intitusi Pelajaran (Tatatertib) 1976, Izzati menegaskan kelabnya sebagai berdaftar.
"Kelab Alam Sekitar UiTM Perak adalah berdaftar dan penyertaan kami ke program tersebut hanya untuk lawatan dan gotong-royong sahaja seperti yang terkandung di dalam surat undangan daripada SAM." katanya ketika bercakap kepada rakan penulis Middle Voices semalam.
Mengulas lanjut pertanyaan rakan penulis Middle Voices berkenaan cubaan PAS untuk memanipulasikan penyertaan kelabnya melalui laman blog Media Perak yang cuba memuatkaitkan dengan bantahan PAS terhadap Projek Loji Simpanan LNG & Kilang Besi Maegma Steel kelulusan kerajaan negeri, Izzati menjawab;
"Kami sentiasa menyokong pembangunan yang ingin dilaksanakan oleh pihak kerajaan kerana kami percaya pihak kerajaan telah menyelidik sedalam-dalamnya sebelum melakukan pembangunan di kawasan berkenaan,"
"Diharap kenyataan saya ini dapat menjelaskan isu yang berbangkit dan tidak menyalahkan pihak kami serta pihak-pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung," katanya lagi yang kemudian memohon agar penyertaan mereka tidak disalah ertikan selain meminta agar nama baik Rektor UiTM Perak tidak diheret bersama demi menjaga imej baik universiti dan Kampus Seri Iskandar.
Selain itu, Izzati turut memberikan penjelasan pada ruangan komen di blog dan fan page Middle Voices dengan harapan agar kenyataannya tidak menyinggung mana-mana pihak.
Prologue: Middle Voices meneliti percanggahan maklumat yang diterima adalah jelas dan tidak menafikannya. Rakan penulis Middle Voices juga memohon maaf kepada Rektor UiTM Perak sekiranya terdapat percanggahan daripada apa yang diwar-warkan berkenaan aktiviti mahasiswa kampus itu kelmarin.
Walaubagaimanapun, Middle Voices memuji Pengarah progam, Izzati Alias kerana berani dan bersedia tampil menjelaskan perkara yang sebenar sebelum dimanipulasikan oleh mana-mana penglibatan politik seperti cubaan Media PAS Perak yang mengaitkan gambar aktiviti gotong royong tersebut dengan bantahan projek yang diluluskan kerajaan negeri.
Kepada mahasiswa UiTM Seri Iskandar, bersamalah kita mendokong aspirasi kerajaan demi untuk pembangunan negara ke arah Wawasan 2020 dengan pembentukan perpaduan yang mantap dan jitu melalui Gagasan 1 Malaysia.
Diharapkan agar mahasiswa UiTM Perak lebih berhati-hati untuk membuat sebarang bentuk program diluar kampus agar perkara yang sama tidak berulang kembali.
Diharapkan agar mahasiswa UiTM Perak lebih berhati-hati untuk membuat sebarang bentuk program diluar kampus agar perkara yang sama tidak berulang kembali.
#Jika kita benar, maka kita tidak perlu bimbang, kerana kebenaran itu pasti akan membenarkannya muncul...
Pertama sekali, saya nak perkenalkan saya dari Mediaperak.
ReplyDeleteAda banyak kekeliruan dan salah faham disini.
1. Mediaperak bukan media Pas atau media pembangkang. Kalau baca Mediaperak, semua kami sapu. Yang betul kami sokong, yang salah kami tentang. Malah, parti-parti pembangkang lebih marah kepada kami berbanding BN.
2. SAM menjemput semua media untuk hadir bersama tapi yang datang cuma dari Mediaperak.
3. Projek gotong royong itu dihebahkan secara terbuka dalam FB Save Teluk Rubiah. Sapa-sapa pun boleh datang. Kehadiran Ketua Muslimat Pas, Dr. Najihah bukan diundang tapi dia datang tanpa dijemput. Dia juga tidak dijemput untuk berucap...tapi dia sendiri yang minta mikrofon. Saya ada video tapi sayang, saya tak rakam ucapan dia sebab saya sendiri pun menyampah. Saya ada rakam semua ucapan, tapi bila dia minta berucap..saya terus stop merakam. Bukan pelajar saja yang tak selesa, kami pun tak selesa. Lebih teruk lepas berucap dia terus hilang.
Yang ni memang tak boleh nak dielakkan sebab orang politik akan cuba mengambil kesempatan. Bukan dikalangan pembangkang saja, dari BN pun sama saja.
3. Bantahan terhadap projek LNG dan kilang besi bukan dari PAS. Ia datang dari SAM dan kami di Mediaperak menyokong SAM. Malah kami menyokong SAM dalam isu Vale di Teluk Rubiah.
Kalau nak kata penentangan porjek tersebut dari PAS, itu hipokrit. Masa Pakatan Rakyat memerintah dulu pun, mereka mencadangkan supaya Vale dibuat di Tanjung Hantu. Masa tu kami protes jugak. Kalau sekarang PAS menentang projek LNG...itu hipokrit.
3. UiTM sepatutnya berbangga kerana mempunyai pelajar macam Izzati (saya pun tak kenal yang mana satu). Apa yang SAM telah buat ialah mendedahkan pelajar kepada isu persekitaran dan apabila pelajar boleh berfikir secara matang, itu satu kejayaan.
Tima kasih.
Matsamankati
Mediaperak.com
Cait media perak... xngaku media pas..kesian pas.. keh3x
DeleteTolong buktikan mediaperak media Pas!. Malah baru-baru ini kami disaman RM1 juta oleh pemimpin DAP.
DeletePAS dan Dr Najiha ilang lepas bg ucpan...nampk sgt ada agenda politik..kononya nk bersihkn pantai....tp sebnrnya nk turt ambil peluang bantah projek logi....
ReplyDeleteBukan Pas dan Dr. Najiha saja..Dr. Zambry Kadir pun teruk macam tu juga.
Delete