Friday 16 December 2011

PENUBUHAN JAWATANKUASA PINDAAN AUKU


KENYATAAN AKHBAR MENGENAI PENUBUHAN JAWATANKUASA PINDAAN AUKU 1971
.by DATUK SERI HJ. MOHAMED KHALED NORDIN on Monday, 12 December 2011 at 16:56.KENYATAAN AKHBAR

MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA
YB. DATO’ SERI MOHAMED KHALED NORDIN
MENGENAI PENUBUHAN JAWATANKUASA PINDAAN
AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (AUKU) 1971
12 DISEMBER 2011

Kerajaan telah bersetuju untuk meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971. Pindaan ini menekankan dua prinsip iaitu membenarkan mahasiswa terlibat dalam aktiviti dan parti politik di luar kampus. Kedua, ia mengekalkan kampus sebagai entiti yang bebas daripada aktiviti politik kepartian.

Sehubungan dengan itu, Kementerian Pengajian Tinggi telah mengambil tindakan-tindakan yang sewajarnya selaras dengan keputusan kerajaan tersebut dan ini termasuk menubuhkan Jawatankuasa Pindaan AUKU yang diurusetiakan oleh Unit Undang-undang, Kementerian Pengajian Tinggi.

Keahlian jawatankuasa adalah seperti berikut:

1) YBhg. Prof. Dr. Nik Ahmad Kamal bin Nik Mahmod (Pengerusi)
Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia;

2) YBhg. Datuk Prof. Dr. Shamsul Amri bin Baharuddin
Pengarah
Institut Kajian Etnik
Universiti Kebangsaan Malaysia;

3) YBhg. Datuk Prof. Emeritus Dr. Shad Saleem Faruqi
Penasihat Undang-undang
Universiti Teknologi MARA;
4) YBhg. Datuk Prof. Dr. Rohana binti Yusuf
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)
Universiti Malaya;

5) YBhg. Dato’ Wan Azman bin Wan Omar
Pendaftar
Universiti Putra Malaysia;

6) YBrs. Prof. Madya Dr. Sivamurugan Pandian
Timbalan Dekan
(Pengajian Siswazah dan Penyelidikan)
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan;

7) YBhg. Prof. Madya Dr. Hamidin bin Abd. Hamid
Ketua Pegawai Eksekutif
Razak School of Government;

8) YBhg. Prof. Dr. Azali bin Mohamed
Pengarah
Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar
Jabatan Pengajian Tinggi
Kementerian Pengajian Tinggi dan

9) YBhg. Datin Prof. Madya Noor Aziah binti Haji Mohd Awal
Presiden
Persatuan Kakitangan Akademik
Universiti Kebangsaan Malaysia.

10) YBrs. Dr. Seow Ta Wee
Ketua Jabatan Pengurusan Binaan dan Harta Tanah
Fakulti Pengurusan Teknologi, Perniagaan dan Keusahawanan
Universiti Tun Hussein Onn.


TUJUAN JAWATAN KUASA INI DITUBUHKAN

mendapatkan pandangan/maklum balas pemegang taruh, melihat AUKU secara keseluruhan berikutan cadangan meminda Seskyen 15 bagi memastikan seskyen-seksyen lain di dalam AUKU adalah selari dengan cadangan pindaan dan memastikan pindaan AUKU adalah selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan khususnya Perkara 10 mengenai hak-hak bersuara, berpersatuan dan berkumpulan secara aman.

Sehubungan dengan itu, semua universiti melalui para mahasiswa dan ahli-ahli akademik hendaklah mengadakan perbincangan dan keputusan boleh dikemukakan kepada jawatankuasa ini melalui sesi perjumpaan atau penggunaan media sosial.

Difahamkan beberapa sesi perbincangan akan diadakan seperti Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada 18 Disember 2011 manakala MPP Universiti Sains Malaysia (USM) pada 20 Disember 2011 selain meja bulat yang melibatkan YB. Timbalan Menteri Pengajian Tinggi. Dan diharap banyak lagi sesi perbincangan akan dilakukan di universiti.

Draf pindaan AUKU akan disiapkan sebelum akhir bulan Januari 2012 dan dijangka dibentangkan di Mesyuarat Parlimen pada bulan Mac 2012.





No comments:

Post a Comment

Bahasa yang santun itu adalah lebih elok untuk mata yang memandang!