1) Mansuhkan AUKU : Akta 174 dan Akta 555
2) Bebaskan ilmuan berakademik
3) Bebaskan mahasiswa bersuara
4) Bebaskan mahasiswa mengurus pilihanraya kampus
5) Bebaskan mahasiswa menguruskan tadbir persatuan dan aktiviti
6) Bebaskan mahasiswa berpatisipasi dalam politik
BEBAS adalah gabungan kumpulan-kumpulan mahasiswa iaitu :
1) Solidariti Mahasiswa Malaysia
2) Legasi Mahasiswa Progresif (LMP)
3) AKSI mahasiswa peduli
4) Mahasiswa Pendidik UPSI
5) Student and Youth Democratic Movement
6) Kumpulan aktivis mahasiswa independent (KAMI)
7) Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS)
8) Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia
9) Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA)
10) Sisters In Movement (SIM)
11) Pro Mahasiswa Nasional
12) Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional
13) Persatuan Mahasiswa Islam UM
14) Persatuan Mahasiswa Islam UPM
Persoalan
1) Jika diperhatikan rata-rata mereka ini adalah orang yang sama sahaja.Menubuhkan pelbagai gerakan haram mahasiswa,namun anggota tetap orang yang sama.Apa yang membezakan antara gerakan ini ialah mereka cuma bertukar pucuk kepimpinan sahaja.Istilah "politics is about number" amat mereka gunakan sebaik-baiknya kerana gabungan gerakan-gerakan haram ini dilihat sebagai banyak sebenarnya mempunyai keahlian sesama mereka sendiri.Buktinya semasa SMM menghantar Memorandum Membantah Undang-Undang Perhimpunan Aman, tidak ramai yang menyertai mereka walaupun promosi yang hebat dilakukan.Lihat gambar dibawah
"Ramai" sungguh
2) Dimanakah Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS) dalam mengetuai gerakan mahasiswa pada hari ini?Adakah GAMIS sudah malap dan adakah GAMIS sudah tidak releven?Kekecewaan ini turut dikongsi oleh mantan pimpinan GAMIS sesi 2007/2009 saudara Dzulkhairi Mohd Nor disini
3) Memandangkan GAMIS sudah tidak dominan lagi,disini boleh dinyatakan bahawa gerakan mahasiswa Islam sudah tunduk pada gerakan mahasiswa Sosialis
4) Lebih malang lagi Pro M UPM juga tidak mengiktiraf GAMIS sebagai sebahagian daripada agen yang menggerakkan gerakan mahasiswa pada hari ini.Sila rujuk sini
mereka "terlupa" GAMIS
5) Lebih menyedihkan lagi GAMIS sebagai sebuah gerakan yang berdaftar membenarkan gerakan haram yang tidak berdaftar mengetuai gerakan mahasiswa pada hari ini.Jika begitu,BUBAR SAHAJA GAMIS!
P/S : YANG HARAM DIDAHULUKAN,YANG HALAL DIKETEPIKAN
GAMIS juga sudah menjadi seperti PAS. Bila dah duduk semeja dengan PKR dan DAP, PAS sudah jadi lemah, terpaksa ikut dan menurut dan patuh pada DAP. Begitu juga dengan GAMIS bila dah mengikut Gerakan Mahasiswa, ia terpaksa akur dengan Solidariti Mahasiswa yang dinaungi oleh PKR dan DAP. Apa nak kata lagi???Itulah standard barisan yang bakal menganti perjuangan PAS.
ReplyDelete