Wednesday, 21 December 2011

Dato' Seri Khaled Nordin BERSALAH?


Salam perpaduan, salam 1Malaysia.

Seperti yang kita sudah sedia maklum, BERITA PANASSS  yang sedang berlaku sekarang adalah isu bendera DSN yang diturunkan oleh sekumpulan mahasiswa minoriti yang KONONNYA memperjuangkan BEBAS pada hari Sabtu yang lepas. 

Kami dari pihak mahasiswa sebenarnya  sangat TIDAK BERPUAS HATI  dengan tindakan mahasiswa minoriti tersebut dan tindakan seorang pemimpin yang terlalu bersikap terbuka kononnya dengan menyokong tindakan keanak-anakan dan tindakan yang langsung tak professional dari pihak diorang nie. 

Dan impaknya, lihatlah sekarang, bukan setakat nama dia tercemar teruk, tak pasal pasal nama Menteri KPT dan nama KPT sendiri tercalit sama. Kalau di beri muka dan member muka sangat macam nie la jadinya...HAMPEH SEMUA!!!!

Sumber; klik sini.

KERANA NILA SETITIK, ROSAK SUSU SEBELANGA.

Dato' Seri Khaled Nordin.
Menteri Pengajian Tinggi Malaysia.

Apa yang Menteri KPT lakukan sehingga namanya turut terpalit tahi? Sampai gambarnya diterbalikkan, dipangkah? THIS IS NONSENSE!!!!!!

“Letakkan diri anda sebagai seorang pemimpin negara yang gambarnya diterbalikkan dan dipangkah sebegitu? Seronok mungkin??????!!!”

Kenapa DS Khaled Nordin berdiam diri pulak berhubung isu nie? Adakah memang sebenarnya DSKN nie memang tak kisah langsung dengan isu yang berlaku?

Sebenarnya,  DSKN TIDAK ADA HAK  untuk campurtangan dalam hal ini kerana perkara ini berlaku di luar kampus dan juga berada dalam luar lingkungan bidang kuasa beliau. Manusia pendengki memang suka memburukkan orang, dan kalau DSKN layan perkara remeh macam nie habislah masa yang beliau ada untuk lakukan tugasnya sebagai Menteri.

Siapa yang menyebabkan perkara kecil ini menjadi satu isu yang besar??!

Untuk pengetahuan korang lah kan, perkara ini tidak akan menjadi besar sekiranya tiada “HERO” yang secara tiba tiba ‘TERBANG’ untuk bersua muka dengan sekumpulan mahasiswa minoriti yang bertindak biadap. “HERO” ini kemudiannya menerima memorandum daripada mahasiswa biadap tersebut.

Persoalannya, mengapa perlu menerima memorandum daripada sebuah persatuan yang tidak diiktiraf??

Tidak mahu tidak, Menteri KPT seharusnya TIDAK DIPERSALAHKAN dalam perkara ini. Kami yang juga merupakan suara mahasiswa memandang dari satu sudut intelektual merasakan tuduhan terhadap Menteri KPT adalah suatu benda yang TIDAK BERASAS dan TIDAK MASUK AKAL.

THIS IS SO NONSENSE!!!

Tuesday, 20 December 2011

GAMIS patut MALU

Dewasa ini kita lihat kemaraan mahasiswa yang menggelarkan diri sebagai Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) diperingkat nasional.Baru-baru ini Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) telah melakukan demonstrasi dihadapan PWTC berbekalkan satu memorandum yang mengemukakan enam tuntutan iaitu :

1) Mansuhkan AUKU : Akta 174 dan Akta 555
2) Bebaskan ilmuan berakademik
3) Bebaskan mahasiswa bersuara
4) Bebaskan mahasiswa mengurus pilihanraya kampus
5) Bebaskan mahasiswa menguruskan tadbir persatuan dan aktiviti
6) Bebaskan mahasiswa berpatisipasi dalam  politik

BEBAS adalah gabungan kumpulan-kumpulan mahasiswa iaitu :

1) Solidariti Mahasiswa Malaysia
2) Legasi Mahasiswa Progresif (LMP)
3) AKSI mahasiswa peduli
4) Mahasiswa Pendidik UPSI
5) Student and Youth Democratic Movement
6) Kumpulan aktivis mahasiswa independent (KAMI)
7) Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS)
8) Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia
9) Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA)
10) Sisters In Movement (SIM)
11) Pro Mahasiswa Nasional
12) Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional
13) Persatuan Mahasiswa Islam UM
14) Persatuan Mahasiswa Islam UPM


Persoalan

1) Jika diperhatikan rata-rata mereka ini adalah orang yang sama sahaja.Menubuhkan pelbagai gerakan haram mahasiswa,namun anggota tetap orang yang sama.Apa yang membezakan antara gerakan ini ialah mereka cuma bertukar pucuk kepimpinan sahaja.Istilah "politics is about number" amat mereka gunakan sebaik-baiknya kerana gabungan gerakan-gerakan haram ini dilihat sebagai banyak sebenarnya mempunyai keahlian sesama mereka sendiri.Buktinya semasa SMM menghantar Memorandum Membantah Undang-Undang Perhimpunan Aman, tidak ramai yang menyertai mereka walaupun promosi yang hebat dilakukan.Lihat gambar dibawah



"Ramai" sungguh

2) Dimanakah Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS) dalam mengetuai gerakan mahasiswa pada hari ini?Adakah GAMIS sudah malap dan adakah GAMIS sudah tidak releven?Kekecewaan ini turut dikongsi oleh mantan pimpinan GAMIS sesi 2007/2009 saudara Dzulkhairi Mohd Nor disini


3) Memandangkan GAMIS sudah tidak dominan lagi,disini boleh dinyatakan bahawa gerakan mahasiswa Islam sudah tunduk pada gerakan mahasiswa Sosialis


4) Lebih malang lagi Pro M UPM juga tidak mengiktiraf GAMIS sebagai sebahagian daripada agen yang menggerakkan gerakan mahasiswa pada hari ini.Sila rujuk sini


mereka "terlupa" GAMIS 

5) Lebih menyedihkan lagi GAMIS sebagai sebuah gerakan yang berdaftar membenarkan gerakan haram yang tidak berdaftar mengetuai gerakan mahasiswa pada hari ini.Jika begitu,BUBAR SAHAJA GAMIS!

P/S : YANG HARAM DIDAHULUKAN,YANG HALAL DIKETEPIKAN

Minta maaf bukannya susah sangat pun AA.

Salam rakan-rakan siswa.

Tahukah anda siapakah Adam Adli Bin Abd Halim? MU terbaca pertanyaan rakan-rakan siswa yang prihatin tertanya-tanya tentang siapakah insan ini sehinggakan dunia alam maya ini mula dibanjiri dengan artikel tentang insan ini. 

Adam? Indah sebenarnya maksud nama ini. Ikutan, Teladan, di samping nama Nabi dalam Islam. Namun sayang, MU tidak merasakan insan seperti ini layak dijadikan ikutan, apatah lagi teladan.
Kenapakah? Siswa ini, bakal pendidik kelak dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kerana telah menurunkan bendera gambar Perdana Menteri yang kemudiannya digantikan dengan bendera kebebasan akademik. Jawapan diterima, itu tindakan di luar kawalan. Sekiranya benar sudah matang, perkara seperti ini TIDAK sepatutnya berlaku.

++++
 



Adakah tindakan-tindakan ini wajar bagi seorang mahasiswa? Wajarkah? Tidak cukup mengetuai demo, bendera Perdana Menteri kita diturunkan seterusnya diganti dengan bendera mereka? 

++++
Terjumpa pula gambar-gambar ini.



Tinggalkan persoalan ini buat kalian.
 
Kata mereka, berhimpunnya mereka adalah untuk menyerahkan memorandum. Tetapi, MU masih mencari rasionalnya menurunkan bendera Perdana Menteri tersebut? Kenapa ya? <buntu>. Syukur insan seperti ini dapat dikesan lebih awal supaya virus-virus nya tidak terus merebak. 

Andai bicara MU ini mungkin sekadar picisan, ingatlah kata-kata ini,

…Waktu kita berdemonstrasi, tak mungkin kita belajar.
…Tak semestinya pandai berdemonstrasi, pandai berpolitik.
…Ibu bapa sanggup berkorban duit beri pelajaran demi masa depan mereka, masa depan masyarakat, masyarakat orang Melayu.
…Esok dah keluar universiti, dah dapat apa yang kita kejar, nak berpolitik, berpolitikla.
…Duit orang lain, kita belanja buat politik? Tak nak la…
-Tun Dr Mahathir Mohamad-

=========

Terbaca juga status FB seorang rakan, mahasiswa di UPSI:

salam... 
Mencelah seketika...
Renungan untuk semua..
UPSI megah dgn kelahiran pendidik yang membentuk perkembangan negara.
Saya dan sahabat UPSI tetap dengan pendirian tidak bersama ideologi Adam Adli. 
Kami sayang UPSI.. kepada bloger2 luar.. hentikan cemuhan keatas UNIVERSITI kami.. kami pelajar biasa yang tidak terlibat dengan Adam Adli tidak patut menerima cercaan yang sama..

p/s: Kepada Adam Adli Bin Abd Halim dan yang berkenaan, tidak salah rasanya kamu memohon maaf bukan sahaja kepada YAB Perdana Menteri bahkan kepada rakan-rakan siswa yang lain khususnya dari UPSI kerana tindakan itu. 

Kepada bakal-bakal pendidik, buktikanlah anda layak menjadi pendidik anak bangsa kita kelak. Tidak selesa rasanya kalau MU sendiri di tempat rakan-rakan khususnya rakan-rakan siswa di UPSI. Betullah, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
 

Friday, 16 December 2011

TAHUN DEPAN SEMUA PELAJAR DAPAT BUKU FREE!!! cakap sape xnk buku free???

Kementerian Pengajian Tinggi ingin memaklumkan pelaksanaan pemberian baucar buku bernilai RM200 yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri semasa Pembentangan Bajet 2012 kepada pelajarIPTA, IPTS, Politeknik, Matrikulasi/Asasi Sains dan pelajar Tingkatan 6,  seperti berikut:

1.Semua pelajar warga negara Malaysia yang berdaftar sebagai pelajar aktif di IPTA, IPTS dan Politeknik mengikuti pengajian pada peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Ph.D,matrikulasi/asasi dan pengajian persediaan termasuk pelajar diTingkatan 6 secara sepenuh masa dan separuh masa di institusi pengajian tinggi dalam negeri pada Januari 2012 layak mendapat baucar buku bernilai RM200.

2.Pengagihan baucar buku kepada pelajar-pelajar dibuat melaluiIPTA, IPTS, Politeknik dan sekolah masing-masing dalam bulanJanuari 2012. Sila hubungi IPT dan sekolah masing-masing untuk untuk mengambil baucar berkenaan.
 
3.Semua IPT telah menyediakan senarai nama pelajar, bersertaNombor Kad Pengenalan dan Nombor Metrik / NomborPendaftaran mereka yang layak. Pelajar perlu memastikan nama, no. kad pengenalan dan cop IPT masing-masing diisikan padasetiap keping baucar yang bernilai RM50.00 setiap keping.

4.Baucar buku boleh ditebus di semua kedai buku yang menyertai program ini dan penyertaan kedai buku adalah terbuka kepada semua.

5.Baucar ini adalah untuk pembelian buku – buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing;

6.Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30 April 2012;

7.Tempoh masa sah laku baucar buku ini adalah selama tiga bulan mulai daripada 1 Januari hingga 31 Mac 2012.

8.Pelajar tidak dibenarkan sama sekali menebus baucar buku ini dengan wang tunai.
 


Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Menteri Pengajian Tinggi

 Disember 2011

PENUBUHAN JAWATANKUASA PINDAAN AUKU


KENYATAAN AKHBAR MENGENAI PENUBUHAN JAWATANKUASA PINDAAN AUKU 1971
.by DATUK SERI HJ. MOHAMED KHALED NORDIN on Monday, 12 December 2011 at 16:56.KENYATAAN AKHBAR

MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA
YB. DATO’ SERI MOHAMED KHALED NORDIN
MENGENAI PENUBUHAN JAWATANKUASA PINDAAN
AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (AUKU) 1971
12 DISEMBER 2011

Kerajaan telah bersetuju untuk meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971. Pindaan ini menekankan dua prinsip iaitu membenarkan mahasiswa terlibat dalam aktiviti dan parti politik di luar kampus. Kedua, ia mengekalkan kampus sebagai entiti yang bebas daripada aktiviti politik kepartian.

Sehubungan dengan itu, Kementerian Pengajian Tinggi telah mengambil tindakan-tindakan yang sewajarnya selaras dengan keputusan kerajaan tersebut dan ini termasuk menubuhkan Jawatankuasa Pindaan AUKU yang diurusetiakan oleh Unit Undang-undang, Kementerian Pengajian Tinggi.

Keahlian jawatankuasa adalah seperti berikut:

1) YBhg. Prof. Dr. Nik Ahmad Kamal bin Nik Mahmod (Pengerusi)
Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia;

2) YBhg. Datuk Prof. Dr. Shamsul Amri bin Baharuddin
Pengarah
Institut Kajian Etnik
Universiti Kebangsaan Malaysia;

3) YBhg. Datuk Prof. Emeritus Dr. Shad Saleem Faruqi
Penasihat Undang-undang
Universiti Teknologi MARA;
4) YBhg. Datuk Prof. Dr. Rohana binti Yusuf
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)
Universiti Malaya;

5) YBhg. Dato’ Wan Azman bin Wan Omar
Pendaftar
Universiti Putra Malaysia;

6) YBrs. Prof. Madya Dr. Sivamurugan Pandian
Timbalan Dekan
(Pengajian Siswazah dan Penyelidikan)
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan;

7) YBhg. Prof. Madya Dr. Hamidin bin Abd. Hamid
Ketua Pegawai Eksekutif
Razak School of Government;

8) YBhg. Prof. Dr. Azali bin Mohamed
Pengarah
Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar
Jabatan Pengajian Tinggi
Kementerian Pengajian Tinggi dan

9) YBhg. Datin Prof. Madya Noor Aziah binti Haji Mohd Awal
Presiden
Persatuan Kakitangan Akademik
Universiti Kebangsaan Malaysia.

10) YBrs. Dr. Seow Ta Wee
Ketua Jabatan Pengurusan Binaan dan Harta Tanah
Fakulti Pengurusan Teknologi, Perniagaan dan Keusahawanan
Universiti Tun Hussein Onn.


TUJUAN JAWATAN KUASA INI DITUBUHKAN

mendapatkan pandangan/maklum balas pemegang taruh, melihat AUKU secara keseluruhan berikutan cadangan meminda Seskyen 15 bagi memastikan seskyen-seksyen lain di dalam AUKU adalah selari dengan cadangan pindaan dan memastikan pindaan AUKU adalah selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan khususnya Perkara 10 mengenai hak-hak bersuara, berpersatuan dan berkumpulan secara aman.

Sehubungan dengan itu, semua universiti melalui para mahasiswa dan ahli-ahli akademik hendaklah mengadakan perbincangan dan keputusan boleh dikemukakan kepada jawatankuasa ini melalui sesi perjumpaan atau penggunaan media sosial.

Difahamkan beberapa sesi perbincangan akan diadakan seperti Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada 18 Disember 2011 manakala MPP Universiti Sains Malaysia (USM) pada 20 Disember 2011 selain meja bulat yang melibatkan YB. Timbalan Menteri Pengajian Tinggi. Dan diharap banyak lagi sesi perbincangan akan dilakukan di universiti.

Draf pindaan AUKU akan disiapkan sebelum akhir bulan Januari 2012 dan dijangka dibentangkan di Mesyuarat Parlimen pada bulan Mac 2012.





Tuesday, 13 December 2011

Karpal Meng'Ia'kan Anwar MELIWAT

Middle Voices hari ini terpanggil sebaik sahaja membaca laporan berita Bernama bertarikh 12 Disember 2011 berkenaan dengan "Pihak Pembelaan Kes Anwar Mempersoalkan Kredibiliti Mohd Saiful".

Sebelum Middle Voices memberikan pendekatan dan maklumat songsang seperti yang membela diri, maka Middle Voices bawakan petikan yang berkenaan daripada laporan tersebut:

“Sukar untuk dipercayai SP1 (Mohd Saiful) yang bertindak seperti sebutir bom yang patuh dengan arahan tertuduh (Anwar) walaupun banyak peluang untuknya keluar dari bilik tidur itu sebelum dakwaan liwat itu dilakukan. Beliau memilih tidak berbuat demikian,” kata Karpal.

Melihat daripada petikan ini, SS dengan pandangan peribadi berfikiran bahawa Karpal sekaligus mengiakan (mengakui) perlakuan anak guamnya itu, yang tertuduh Anwar Ibrahim melakukan seks luar tabie ke atas Mohd Saiful Bukhari.


Rasionalnya?
Perhatikan petikan daripada peguambela Anwar, Karpal mempertikaikan kredibiliti Mohd Saiful yang tidak melarikan diri sebelum dakwaan liwat tetapi sepanjang petikan daripada laporan tersebut tiada dinafikan bahawa kejadian liwat berlaku.

"Beliau memilih tidak berbuat demikian" kata Karpal

Lihat petikan terakhir ini, 'demikian' yang dimaksudkan Karpal ialah Mohd Saiful tidak keluar daripada bilik tersebut walaupun dia punya peluang yang banyak untuk mengelakkan diri daripada kejadian Liwat tersebut.

Sekaligus SS anggarkan bahawa Karpal bersetuju bahawa Mohd Saiful tidak keluar daripada bilik. Kemudian menerima pelawaan Anwar untuk melakukan hubungan seks di luar tabie.

Biarpun kredibiliti Mohd Saiful terjejas akan pertikaian Karpal di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah namun, apa yang penting ialah kelakuan LIWAT Anwar dipersetujui oleh peguambelanya sendiri.

Ini bermakna, Pemimpin yang bakal menggantikan Kepimpinan DS Najib pada hari esok adalah seorang Peliwat, atau penggiat amalan sonsang.

#Middle Voives ingin mengajak mahasiswa di luar sana agar berfikir sejenak.

    Masalah yang dihadapi oleh DS Najib hari ini ialah isu peribadi Isterinya, Rosmah Mansor yang dimainkan oleh pembangkang agar berjaya menarik undi mahasiswa hari ini.

   Masalah yang dihadapi oleh DS Anwar hari ini ialah isu Liwatnya, Video seksnya yang akan dibuktikan oleh mahkamah dalam masa terdekat ini.

Konklusinya: Pilihlah pemimpin dari kalangan yang mana kamu inginkan. Pemimpin yang tidak bermasalah dan hanya isu orang sekelilingnya yang menjadi percaturan ataupun pemimpin yang ternyata akan isu Liwatnya dan kalau ini yang anda pilih, Middle Voices anggarkan anda pun seperti dia.

#SS simpati dengan DS Anwar kerana Karpal tidak sebulu dengannya.

Sumber: Dr. Mim

Monday, 12 December 2011

Izzah Anwar dan Anwar; Anak Beranak Menghina Mahkamah

Middle Voices gemar meletakkan pepatah orang melayu untuk digadingkan dengan dua penama di atas;

"Bapak kencing berdiri, Anak kencing Berlari"

Isunya?

10 Febuari 2011, Anwar dikatakan menghina mahkamah Malaysia ketika berucap di forum “The Future of Democracy in the Islamic World”, anjuran sebuah badan pemikir AS yang berpengkalan di Washington DC, New America Foundation.

"Satu kaki saya di parlimen dan satu kaki lagi di penjara. Saya harus balik ke Malaysia esok dan perlu muncul di mahkamah pada 14 Februari"

"Muncul di mahkamah hanya sebagai satu syarat, sebab semua keputusan telah dirancang. Sekali anda didakwa, anda pasti akan dipenjarakan"

Kata kata yang dilontarkan Anwar ini bukan sahaja ingin mendapatkan simpati Negara Luar tetapi lebih menjurus kepada menghina Institusi Kehakiman Negara Malaysia.

Tuduhan yang menyatakan bahawa semua keputusan mahkamah telah dirancang merupakan satu dilema seorang pesalah yang cuba meraih perhatian orang ramai untuk menagih simpati.

Jelas tuduhan ini menghina sistem kehakiman dan selaku 'bakal pengamal undang undang' SS sendiri mencerca pelakuan Anwar yang bukan sahaja memberikan tanggapan buruk tentang Mahkamah Malaysia terhadap negara luar, malah memburukkan nama Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Kemudiannya?

12 Desember 2011, Nurul Izzah Anwar diminta keluar oleh ASP Steven dan dia nampak tidak berpuas hati kerana polis tidak mahu ada yang membawa elemen BERSIH masuk mahkamah… Seorang ah so pakai baju kuning, jadi Izzah cuba back-up dan akhirnya dia dihalau keluar dari kamar perbicaraan.

Perlakuan Izzah ini jelas cuba menghina Mahkamah dengan mempertahankan ah so yang memakai baju kuning tersebut.

Middle Voices berfikiran bahawa Izzah kononnya cuba mempertahankan ah so tersebut agar kelihatan bahawa dia menang di hati rakyat namun dalam masa yang sama perbuatannya yang membawa masuk sentimen politik ke dalam Mahkamah sekaligus merupakan satu penghinaan terhadap institusi yang mulia itu.

Prologue: Jelas, kedua beranak ini tidak kenal erti menghormati perlembagaan dan peraturan. Ingin membuat seperti dunia ni, Malaysia ini, Mahkamah itu dia yang punya. Pendapat peribadi SS sama, "Padan muka Izzah kene halau". 

Wednesday, 30 November 2011

WAN AZIZAH Baik Letak Jawatan?

Wan Azizah hari ini di desak oleh Ketua Wanita UMNO untuk letak jawatan serta mendesak Anuar Ibrahim untuk meletakkan jawatan daripada Parti Keadilan Rakyat.


Sokong dengan desakan Sharizat agar Anuar Ibrahim letak jawatan memandangkan dia berpotensi untuk melemparkan seribu dendam andai kata mandat diberikan kepadanya kelak. Middle Voice berfikiran bahawa AI hanyalah berharapan untuk menjadi Perdana Menteri secara maya sedangkan realitinyi potensi itu umpama telur dihujung tanduk memandangkan DAP menuntut untuk menjadi Perdana Menteri.

Harapan AI hanyalah tinggal sisa sisa hidup bagi menutup rasa malunya yang suatu ketika dahulu telah dinodai kepimpinan Tun Dr. Mahathir apabila impiannya yang hampir tercapai direntap secara kasar sekaligus tersungkur kedalam penjara atas tuduhan liwat dan sebagainya.

#Silalah beransur wahai AI, desakan Middle Voice.

Sumber: 1 Peluru

Monday, 28 November 2011

Kontrak Sosial Mansuh?


#Inilah yang Middle Voice dapat gambarkan andai kata Kontrak Sosial di musnahkan oleh golongan biaDAP dan gelandangan Pakatan Rakyat.

Sunday, 27 November 2011

DAP Perdana Menteri Malaysia ke-7

Bagi menyempurnakan hajat si balaci biaDAP yang "haDAP sangat nak jadi PM" akhirnya Pakatan Rakyat telah mengecewakan pengikut setianya PAS dengan membenarkan DAP untuk menggantikan kepimpinan BN. 

Ini jelas bila Pakatan, Anuar Ibrahim dengan tegas tidak menyokong usaha untuk meminda perlembagaan bagi membolehkan orang Melayu sahaja dilantik menjadi Perdana Menteri. (malaysia kini)

Maka terbongkarlah muslihat busuk Pakatan untuk menggantikan kepimpinan Islam dengan keturunan Kafir Laknat.


"Osah mek amek eh...dah macamnya pon kau buto tuli laie..." Safira minta maaf.

#Middle Voice bangga kerana PAS telah memilih jalan yang lurus dan tepat bagi calon kepimpinan deligasi yang menggunakan lesen B Full Islam untuk meraih undi. Lepas ni Middle Voice fikir lesen ini akan digantung JPJ. 

Saturday, 26 November 2011

IZZAH Anuar RAKUS


30 Ogos 2010, IZZAH Anuar telah menunjukkan sifat ketidaktamadunannya yang menafikan dan mempersoalkan keistimewaan bangsanya sendiri bagi memenuhi nafsu politik ayahnya yang berniat menarik hati kaum konco konco biaDAPnya agar Impian Ayahnya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang disangkal Tun Dr. Mahathir suatu ketika dahulu tercapai.

IZZAH Anuar yang bertindak mempersoalkan Ketuanan Melayu dengan gairahnya menjemput Perkasa berdebat sebagai propaganda sonsangnya bagi mengaburi mata melayu akan maksud sebenar persoalannya itu sekaligus meraih minat bagi penterjemahan undi india dan cina yang selama ini bermati matian menyerang ketuanan melayu.

Persoalannya dimanakah letaknya minda ‘maturity’ anak gadis yang menerima mandat lembah pantai ini apabila dia dengan jelasnya mengkhianati bangsanya sendiri sekaligus meletakkan satu penghinaan ‘hyperbola’ ke atas melayu.

“Saya dipanggil pengkhianat, dituduh cuba mengelirukan rakyat, tidak matang, buta sejarah dan juga kini dilibatkan dalam siasatan polis kerana dituduh menghasut.” – IZZAH Anuar

Ya. IZZAH Anuar menerima tuduhan bertubi tubi dengan layaknya apabila artikalnya yang di tampal ke dalam blog peribadinya dengan santai mempersoalkan bangsa melayu,

“Siapakah melayu, dan adakah melayu di kecam, di zalimi dalam menjadikannya bangsa AGUNG di Malaysia dengan kedudukan istimewa yang tidak boleh dikongsi oleh warga bukan melayu.” 

Sekali lagi IZZAH Anuar terjelupor dengan kebodohannya sendiri melontarkan soalan sedangkan dia sendiri tidak menafikan bahawa Melayu sudah lama mengongsikan kedudukan istimewa ini bersama kaum lain seperti kenyataan IZZAH Anuar di dalam ruangan yang sama, yang cuba menyalahkan Tun M yang kononnya mengurangkan keistimewaan melayu,

“Kuota kemasukan ke universiti juga sebenarnya sudah diubah pada zaman pentadbiran Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 2003, supaya lebih bersemangat meritokrasi.”

Ini bermakna, MELAYU telah lama berkongsi keistimewaannya dengan kaum lain dan diakui IZZAH Anuar sendiri. Kenyataan ini sekaligus melambangkan kelembapan penerima mandat Lembah Pantai dalam mencerap dan manganalisis fakta atau RAKUS dalam berkata kata dan kononnya ingin membela nasib melayu melalui perdebatan bersama Perkasa.

#IZZAH Anuar harus di kursuskan lagi agar tidak menggulung tikar sendiri sebelum muncul di medan perdebatan.

- Maklumat dipetik terus daripada Blog Nurul IZZAH Anuar.

Friday, 25 November 2011

The Real BERSIH 2.0

Siapakah yang BERSIH lagi suci dan murni? Am-Bega si bogik boyot ini atau?? (Safirah tak niat untuk berkasar)

Ambiega memakai baju kuning yang kononya BERSIH  boleh di tafsirkan dengan seribu persoalan.

Mengapa warna kuning? Kenapa tidak putih yang lebih BERSIH dan SUCI?

Nah.!! nah..!!! nah..!!!!

Ini rupanya gondolan gelombang kegelapan yang cuba membersihkan yang bersih. 

Am-bega secara jelas telah membelakangkan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, malah dia dengan jelas meletakkan dirinya setanding Raja Melayu apabila menggunakan warna kedaulatan Di-Raja. 

Ini satu penghinaan yang di campakkan kepada Institusi Beraja. Seperti ulasan Raja Muda Brunei. (lihat tetimonial)

Ini sudah jelas menunjukkan kebiaDAPan Am-Bega yang kotor dan busuk berbalut nangka kuning.

Persoalan yang lainnya, Am-Bega juga merosakkan ketamadunan bangsa yang secara karmanya perempuan untuk lelaki dan lelaki untuk perempuan.

Prof. Dr. Iskandar Abu Saman, seorang pensyarah Kanan Undang undang, Univeristi Kemboja ketika mengulas mengatakan bahawa Am-Bega merupakan seorang yang menyokong keterbukaan konsep seksualiti atau konsep yang diamalkan ketua pembangkang, Dato' Seri AmbigaNuar Brahim yang menyokong Seksualiti Merdeka.

Selain itu tuntutan bersih yang meminta ketulusan dan menolak Rasuah boleh di kategorikan tidak RELEVAN.

Kerana jelas Rasuah telah dibanteras sejak pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional, melalui kepimpinan Pak Lah dan diteruskan dengan Legasi Dato' Seri Najib melalui NKRA Rasuah yang terbukti memberikan hasil yang memeberangsangkan.

Malah persepsi orang awam dari segi keyakinan usaha kerajaan dalam mencegah Rasuah telah meningkat sehingga 48% berbanding sebelumnya 28%.

Akhir kata, Middle Voice berharap agar Am-Bega di dakwa di atas kesalahannya yang mencetuskan kekacawan ketika hari kejadian BERSIH 2.0.

#Kredibiliti Am-Bega sebagai seorang Peguam memalukan aku tambahan lagi sekongkolnya bersama DSAI.