Friday, 8 June 2012

#UiTM; Khalid Akan Adakan Parti Gas Pemedih Mata

Assalamualaikum dan Salam perpaduan. UiTM sentiasa di hatiku.

Siswa UiTM baru sahaja menerima maklumat daripada beberapa orang rakan daripada Fakulti Undang-undang bahawa satu demonstrasi akan dijalankan secara besar-besaran di Bangunan Budisiswa UiTM, HARI INI pada jam 8.30 pagi bagi membela nasib penuntut fakulti itu yang dipanggil untuk menghadiri satu perbicaraan tatatertib.

Mengikut sumber, Khalid Ismath dan Rakan seperjuangannya telah menjemput semua mahasiswa untuk bersama-samanya menghadiri perbicaraan tersebut melalui laman sosial facebooknya. Namun, apa yang tidak enak, apabila jemputan itu disertai dengan ugutan untuk mengadakan Parti Gas Pemedih Mata dan K-Pop sekiranya keputusan Lembaga Tatatertib tidak menyebelahinya.

Middle Voices berharap agar mahasiswa dapat meneliti pertuduhan ke atas dia dengan baik sejurus menyerahkan pertuduhan kepada Panel Lembaga Tatatertib UiTM untuk membuat keputusan samada Khalid bersalah ataupun tidak.

Khalid yang akan didakwa kerana telah membuat ugutan kepada Polis dan mengeluarkan kata-kata yang kurang sopan terhadap kepimpinan negara termasuk tidak hadir ke kuliah disahkan oleh dirinya sendiri akan hadir ke Kamar Perbicaraan mengikut waktu dan masa yang dijadualkan.

Menurut sumber lain pula, WARIS WAWASAN yang dihubungi Siswa UiTM petang tadi memperjelaskan kesediaan mereka untuk turut sama berkumpul pagi ini bagi menyampaikan sokongan kepada Panel pendakwaan agar tindakan wajar dikenakan kepada Khalid yang telah banyak membuat ona dengan memburukkan nama dan imej UiTM.

"Kami dapat maklumat kononnya SMM telah mengerahkan budak-budak dia untuk datang membuat demonstrasi untuk memboikot perbicaraan dan keputusan lembaga tatatertib UiTM. Oleh itu kami juga akan turun bersama-sama untuk melihat gelagat mereka disamping memberikan sokongan padu kepada panel pendakwaan UiTM" ujarnya melalui panggilan telefon.

Sebelum itu, menurut seorang pelajar Fakulti Undang Undang yang enggan memberitahu namanya, Khalid Ismath adalah wajar untuk dikenakan tidakan tatatertib dan harus diberikan hukuman tegas agar menjadi pengajaran kepada semua penuntut di universiti melayu itu.

"sebenarnya dia tak layak dibicarakan, eloknya ambil sahaja tindakan tatatertib atau bagi sahaja hukuman tegas seperti buang universiti supaya bagi pengajaran sikit" katanya.

Selepas ditanya lagi, samada tidakan membuang itu begitu drastik, pelajar tersebut sekali lagi memberikan komennya;

"dia buat demonstrasi tu, tak pergi kelas! itu tandanya dia pun memang taknak belajar, jadi tindakan memalukan nama uitm dengan drastik juga harus selari dengan pembuangan secara drastik" ujarnya dengan tegas sambil mendapat sokongan rakan-rakannya yang berkerumun di Bangunan Budisiswa UiTM Shah Alam.

Siswa UiTM jelas dengan pergolakan dan perancangan untuk menggagalkan perbicaraan ini ataupun untuk mengganggu keamanan perbicaraan ini daripada berjalan dengan lancar.

Seharusnya, mahasiswa bertindak matang dengan menghormati keputusan dan memberi kepercayaan kepada panel tatatertib untuk membuat pertimbang telitian dan justifikasi.

#Jangan benarkan sesiapa sahaja merabakkan keamanan dan perpaduan pelajar UiTM seperti apa yang cuba dilakukan oleh segelintir mereka yang lupa akan falsafah pendidikan di UiTM.

No comments:

Post a Comment

Bahasa yang santun itu adalah lebih elok untuk mata yang memandang!