Showing posts with label parti politik di luar kampus. Show all posts
Showing posts with label parti politik di luar kampus. Show all posts

Tuesday, 7 August 2012

Ahli Parlimen UMNO Jangan Beri Alasan Sibuk

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Ahli Parlimen UMNO yang memegang jawatan di dalam kabinet disarankan agar tidak menjadikan jawatan menteri atau timbalan menteri sebagai alasan untuk tidak turun kawasan.

Rakan-rakan Middle Voices yang hari ini menyertai program anjuran sebuah badan bukan kerajaan, NGO menyatakan pemerhatian jelas terhadap corak percaturan sesebuah parlimen yang dipegang oleh ahli parlimen berportfolio menteri atau timbalan menteri adalah sedikit terabai berbanding kawasan parlimen yang dipegang oleh ahli parlimen yang tidak memegang jawatan di dalam kabinet.

Walaubagaimanapun, menurut sumber yang sama, hanya segelintir Ahli Parlimen UMNO yang seolah-olah menjadikan jawatan menteri atau timbalan menteri sebagai alasan untuk tidak dapat bersama rakyat di kawasan pada hujung minggu atau pada hari jumaat seperti ahli parlimen yang lain dek kesibukan kerja sebagai menteri.

Menurut salah seorang rakan Blogger yang merupakan mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia selain menjadi peserta program tersebut, terdapat juga segelintir ahli parlimen yang berjawatan menteri yang tidak pernah naik ke pejabat parlimen kawasan hanya kerana sibuk menjalankan tugas sebagai menteri.

Tambahannya lagi, ini menyebabkan rakyat tidak dapat merasai hubungan mesra seorang pemimpin terhadap penduduk di kawasan kampung kerana jawatan tersebut seolah memberikan jurang antara mereka dengan wakil rakyat pilihan mereka.

"ada juga YB yang berpangkat menteri tidak langsung turun kawasan pada hujung minggu malah hanya turun untuk berbuka puasa sahaja dan urusan-urusan kebajikan rakyat hanya akan diuruskan oleh pegawai khas menteri tersebut atau setiausaha sulitnya." -Mahasiswa IPTA

menurutnya lagi, kebanyakan penduduk kampung yang datang ke Pejabat Parlimen adalah dengan harapan dapat berjumpa dengan Ahli Parlimen yang dipilih, namun kesibukan ahli parlimen terhadap komitmen lain menghampakan pengundi mereka sendiri.

Prologue: Middle Voices melihat kesibukan ahli parlimen yang memegang jawatan di dalam kabinet sebagai satu kelebihan untuk parlimen tersebut. Namun, sekiranya kesibukan sebagai menteri mengurangkan kualiti komitmen kepada kawasan, beberapa cadangan dikeutarakan seperti:

1. Jika kesibukan menjadi alasan, maka sudah tiba masanya untuk Kerajaan membuat transformasi untuk rakyat dengan memisahkan secara mutlak antara badan eksekutif dan badan legislatif (perundangan).

2. Jika seseorang ahli parlimen itu dilantik sebagai menteri, sekurang-kurangnya disyaratkan kepadanya untuk duduk di pejabat parlimennya seperti ahli parlimen yang lain kerana rakyat memilih beliau sebagai wakil rakyat, bukannya wakil kepada wakil rakyat.

Walaubagaimanapun, penambahbaikan kepada cadangan ini amatlah bersesuaian dan bertepatan dengan tajuk gagasan yang dibawa oleh Perdana Menteri iaitu Program Transformasi Kerajaan.

Selain itu, kesan daripada kesibukan menteri ini juga sebenarnya boleh membawa kepada pentejermahan undi penduduk kampung yang semakin merosot dan akhirnya menggembirakan Pakatan Rakyat yang sentiasa mencari peluang terbuka untuk menipu dan memenangi hati penduduk kampung yang masih belum berjaya.

Namun siapa tahu, Pakatan Rakyat yang komited mungkin akan memenangi hati pengundi luar bandar jika ahli parlimen UMNO berjawatan menteri ini tidak komited dan memberi komitmen di kawasan yang dimenanginya.

#UMNO mesti lakukan perubahan untuk PRU 13, atau kerajaan yang berlaku perubahan.

Monday, 11 June 2012

UMNO Campur Tangan Jawatankuasa Tatatertib #UiTM Dengan Akta 174 Yang Zalim


Khalid Ismath di pentas PKR.

Seperti dijangka, hukuman penggantungan tiga semester yang dikenakan ke atas Khalid Ismath akan disambut dengan skrip biasa oleh penyokong-penyokong Anwar Ibrahim. Mereka akan menyalahkan UMNO walaupun sudah terang-terang mereka sendiri yang melakukan kesalahan.

Seperti yang tersebar luas sebelum ini, Khalid Ismath menghadapi tiga pertuduhan berbeza yang semuanya berpunca daripada dirinya sendiri. Lihat di bawah.

Klik imej untuk paparan lebih jelas| Surat pertuduhan ke atas Khalid Ismath.

Klik imej untuk paparan lebih jelas| Surat pertuduhan ke atas Khalid Ismath.

Klik imej untuk paparan lebih jelas| Surat pertuduhan ke atas Khalid Ismath.

Justeru apabila jurucakap Pro-Mahasiswa Nasional, Edikoup Lakip Sediyanto, mengeluarkan kenyataannya bahawa hukuman yang dikenakan oleh jawatankuasa tatatertib UiTM ke atas Khalid Ismath sebagai usaha terancang UMNO untuk menghapuskan suara mahasiswa pro-Anwar di UiTM, maka SB fikir ia satu lagi perang persepsi terbaru kumpulan mahasiswa tersebut untuk memburukkan parti keramat orang Melayu itu.

Tiga soalan mudah kepada tukang cakap Pro-Mahasiswa Nasional, Saudara Edikoup. Siapa yang arahkan Khalid ponteng kuliah, tutorial, ujian, kuiz sehingga dihalang mengambil peperiksaan? UMNO atau dirinya sendiri?

Siapa yang arahkan Khalid berdemonstrasi pada 14 April 2012 dan berkhemah di Dataran Merdeka? UMNO atau PKR? Berdemo sahaja tak apa lagi, tapi sampai terpekik terlolong memaki hamun pemimpin negara dengan biadap dan berkhemah tanpa kebenaran di tempat awam, itu pun masih dianggap hak asasi dan kebebasan bersuarakah?

Siapa yang arahkan Khalid keluarkan ugutan bunuh ke atas anggota polis Malaysia di dinding Facebooknya? UMNO jugakah?

Jika semua kesalahan ini dianggap mulia dan dipandang tinggi oleh Pro-Mahasiswa Nasional, maka memang ada yang tak kenalah dengan mereka ini.

Bagi SB, yang salah tetap salah. Jika ia sudah termaktub dalam perlembagaan maka kita kena hormat. Sesiapa pun yang buat salah di negara yang berperlembagaan seperti Malaysia ini tidak boleh terlepas daripada dikenakan tindakan undang-undang termasuk Khalid Ismath sendiri.

Jadi terima sahajalah keputusan tatatertib itu. 

SB : Jika marahkan UMNO sekali pun, salurkanlah secara betul dan bijaksana. Barulah layak digelar mahasiswa!

Sumber: Gerakan 13

Prologue: Artikel ini Safira Safri dapatkan melalui blog Gerakan 13, yang memperlihatkan kecetekan persepsi mahasiswa di dalam menilai sesuatu perkara secara sempit yang akhirnya meletakkan sesuatu kesalahan pada orang lain atau khasnya Kerajaan Barisan Nasional atau parti komponen terbesarnya UMNO.

Middle Voices jelas akan pembawakan artikel ini, namun soalan yang dikemukakan sebenarnya adalah kurang tepat kerana hanya bermain dikelompok pemikiran mahasiswa dan tidak diperluaskan lagi agar mahasiswa jelas akan siapa itu Khalid Ismath.

Soalan yang harus ditanya oleh Gerakan 13 adalah:


Siapakah yang memberi jaminan dan saraan khidmat guaman sekiranya Khalid Ismath didakwa atau difitnah kononnya?

Siapakah yang menjadi tulang belakang pergerakan Khalid Ismath yakni memberi dana kepadanya untuk mengadakan pelbagai jenis demonstrasi serta segala perhimpunan mahasiswa?

Andai soalan ini dijawab sempurna tanpa kepala dan otak yang berat kepada ingin menyalahkan UMNO, nescaya mahasiswa dapat melihat akan apakah permainan dan timbal balik atau keuntungan yang Khalid Ismath dapat daripada setiap yang dilakukan.

Adakah untuk melihat Islam berkembang maju? TIDAK! kerana Khalid tidak langsung membawa imej islam kerana dia sentiasa emosi dalam berjihad jika usahanya ditafsir sebagai jihad.

Adakah untuk membebaskan mahasiswa daripada dakyah politik kotor? TIDAK! kerana Khalid merupakan nadi pergerakan mahasiswa yang digunakan oleh Anwar Ibrahim, Guan Eng dan Ambiga dalam menyampaikan maksud Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya.

Adakah permainan ini cukup bersih dan adakah mahasiswa tertarik dengan permainannya? Dan soalan yang terakhir, dimanakah nilai nilai murni dan rohani seseorang mahasiswa seandainya kata-katanya hanya dibelenggu emosi, kejian manusia dan makian kepada orang yang lebih tua, malah menghina dan menjatuhkan air muka pemimpin negara? Adakah ini ajaran Islam?

#Mahasiswa yang akan tentukan...

Saturday, 9 June 2012

BENARKAH KHALID ISMATH PANDAI BERSYUKUR?




KHALID Mohd. Ismath, baru berusia 22 tahun, pelajar tahun 2 pengajian ijazah undang-undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam. Dalam YouTube, suaranya garing dan kasar. Ada ala-ala suara Anwar Ibrahim.

Budak berasal dari Klang ini cukup menyanjung tinggi S. Ambiga. Ambiga baginya ialah idolanya. Ambiga ialah penyelamat kumpulan mahasiswa.

Jika mendengar ucapannya dalam YouTube, UMNO dan Barisan Nasional ialah parti yang terlalu zalim dan maha zalim buatnya. Kerajaan sekarang terlalu buruk bagi pandangannya. Dia yang masih belajar ialah pelajar di sebuah universiti yang menerimanya masuk atas dasar dia seorang Bumiputera.

Universiti itu hanya menerima yuran RM500 semester, satu-satunya universiti yang mengambil yuran pengajian yang terendah di negara ini. Yang lain semuanya percuma. PTPTN hanyalah wang kocek sara hidup untuk lain-lain hal sepanjang semester pengajian.


Dalam YouTube juga, Khalid menggambarkan dia adalah hero kepada kaum mahasiswa. Semua yang berlaku dalam kampus dan negara ini salah belaka. Hanya dia sahaja yang betul. Hanya Ambiga sahaja yang betul. Hanya Anwar Ibrahim sahaja yang menjadi pujaan hatinya.

UiTM yang mengasuhnya cukup tidak adil, haknya kononnya dicabul. Itulah kata-katanya yang dipetik dalam laman sesawang itu ketika menjadi wakil solidariti mahasiswa Malaysia semasa berucap di majlis pelancaran ABU (Asal Bukan UMNO) di Markas Tarbiyah Pas di Taman Melewar, Kuala Lumpur, tidak lama dulu.

Khalid kononnya mendakwa bergerak secara bebas atas nama Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami). Namun dia tidaklah independen, dia sebenarnya ialah kader yang dilahirkan oleh parti pembangkang.

Jika mahu ditakrifkan apa itu anti-establishment, maka Khalid inilah anti-establishment. Semua baginya tidak betul, kecuali dia sahaja yang betul.

Sudah tentu Lim Guan Eng terlalu teruja dengan Khalid. Guan Eng dikatakan turun padang pada jam 2.30 pagi bagi memberi sokongan moral kepada Khalid dan rakan-rakannya, yang rata-rata Melayu, berkhemah di Dataran Merdeka itu. Guan Eng bukan sahaja bangga kerana Khalid anak Melayu, tetapi juga pelajar UiTM, sebuah institusi yang cuba dirobek-robek oleh mereka.

Terus terang saya katakan, saya amat bersimpati dengan Khalid. Dia mewakili mahasiswa yang sudah terjebak terlalu jauh dalam perjuangan peribadi Anwar Ibrahim dan DAP. Pas pula hanyalah Pak Turut yang tiada tujuan.

Guan Eng, Anwar dan Ambiga telah menggunakan mereka ini demi kepentingan peribadi masing-masing. Khalid nampaknya sudah terjebak jauh. Untuk berpatah balik, nampaknya terlalu sukar baginya. Maka alang-alang menyeluk pekasam, biarlah sampai ke pangkal lengan.

UiTM yang sepanjang tempoh lebih 40 tahun melahirkan anak-anak Melayu yang berjaya - hasil perjuangan UMNO yang dianggap zalim oleh Khalid - kini sudah mula melahirkan seorang insan yang sungguh tidak bersyukur seperti Khalid.

Namun, Khalid sebenarnya hanyalah segelintir. Terlalu ramai lagi bekas-bekas pelajar UiTM, yang diterapkan dengan lagu keramat Anak Kecil Main Api di zaman rebungnya, tidak akan melupakan pengorbanan yang dicurahkan kepada mereka semua oleh institusi itu.

Mereka semua bersyukur dengan apa yang mereka kecapi hari ini. Khalid hanya baru belajar bertatih dalam dunia sebenar, tetapi telah memilih satu persimpangan yang dianggapnya betul, tapi melencong.

Wahai, Khalid Mohd. Ismath. Cara perjuangan kamu sebenarnya terlalu angkuh. Suara kamu berbunyi bongkak dan takabur. Butir-butir kata yang diberikan kamu dalam YouTube itu terlalu dangkal. Kamu menganggap kamulah pelajar yang paling hebat di negara ini.

Bukan tujuan tulisan ini untuk mengangkat kamu. Tapi untuk dijadikan pengajaran kepada yang lain supaya kita harus bersyukur dengan nikmat yang telah dicurahkan kepada kita semua di bumi bertuah ini. Selagi hayat ini dikandung badan, selagi itulah, insya-Allah, orang seperti Khalid akan terus mendapat pembelaan. Selagi itulah tempatnya untuk menuntut ilmu di UiTM, institusi pengajian tinggi keramat orang Melayu ini akan terjamin.

Ingatlah Khalid, negara kita kini terlalu aman damai hasil perjuangan para pemimpin terdahulu dan semasa. Sejak negara di ambang kemerdekaan dan selepas mencapai kemerdekaan corak negara ini banyak dimainkan oleh para pejuang itu sehinggalah kestabilan dibentuk selepas peristiwa 13 Mei 1969.
Kini rakyat seperti saudara boleh bergerak bebas mencari rezeki atau ilmu.
Boleh ke masjid atau surau atau ke mana-mana sahaja berbanding dengan sesetengah negara lain di muka bumi ini.

Nikmat keselesaan hidup yang kita kecapi selama ini hendaklah kita gandakan dengan ibadat kepada Allah SWT sebagai tanda syukur kepada-Nya, kerana dibimbangi nikmat yang kita kecapi selama ini berkemungkinan akan ditarik balik oleh-Nya.

Manusia yang disayangi Allah ialah manusia beriman yang sentiasa bersyukur kepada-Nya.
Negara sudah aman dan maju, sebab itulah DAP, Pas, dan PKR sentiasa meracuni pemikiran saudara Khalid supaya membenci apa yang ada ini untuk kepentingan politik peribadi mereka.

Tapi sayang seribu kali sayang, Khalid sudah tersasar jauh. Pelajaran saudara pun tidak cemerlang. Hanya mampu memperoleh mata purata 2.3 dalam CGPA semester 2.
Amat sukar untuk saudara berpatah balik.

Sumber: Zaini Hassan

Sunday, 5 February 2012

Mak Lampir; Adam Adli TARIK DS Azizan

Middle Voices ingin menambah sedikit persoalan berkenaan entri Safira Safri yang berjudul; Aziz Bari Terpalit "Buta Undang-undang"

Tapi kali ini SS ingin menarik perhatian mahasiswa untuk menilai golongan siswa kontroversi yang menjadi kekuda lampir seperti mak lampir dalam drama genre seram Indonesia.

Kenapa Adam Adli, SS gelarkan seperti mak lampir?
Kerana apa? kenapa? kenapa? dan kenapa?

Jawapannya kerana, mak lampir ini suka berteriak dan suka menggangu ketenteraman orang kampung dan sama seperti Adam Adli yang suka berteriak dan tiada rasa tanggungjawab kerana memalukan universiti serta mahasiswa UPSI.

Jadi apa kaitannya dengan DS Azizan?

Begini; DS Azizan baru baru ni menggelar Aziz Bari buta undang-undang kerana cuba masuk campur dalam hal pentadbiran universiti, KUIN.

Kemudiannya datanglah mak lampir dengan tuntutan kononnya tindakan DS Azizan tidak menghormati mahasiswa dan curang dengan peraturan Buku Jingga.

Malah mak lampir ini juga turut mengugut DS Azizan dengan ini,



"Tarik balik hukuman terhadap mereka dan sedia pohon maaf terhadap kezaliman ke atas mereka (mahasiswa), atau KUIN dan Ustaz Azizan akan terus dikenang sebagai pemimpin yang tidak bertanggungjawab dan hanya berjanji kosong" - Adam Adli


Sebenarnya mak lampir silap, di dalam ugutannya dia terlupa bahawanya tidak semua mahasiswa selampir Adam Adli.

Mahasiswa faham bahawa peraturan itu perlu ada, maka jika peraturan itu tidak diikut dan setiap kali dituruti digelar tidak bertanggungjawab maka SS kategorikan Adam Adli sebagai lampir yang tak sekolah.

Sedangkan Islam penuh dengan peraturannya! walaupun Islam itu syumul dan mudah. Jadi kalau mudah dan syumul kenapa mesti ada peraturan? Kerana kebebasan mutlak itu bukanlah saranan Islam yang sebenarnya.

Tidak seperti Adam Adli yang meminta kebebasan ni, kebebasan tu seolah ingin hidup tanpa peraturan dan berlagak seperti penentu hala tuju mahasiswa hari ini.

Mungkin juga kedudukan Adam Adli si Lampir ini sama seperti Aziz Bari??

Dijanjikan sesuatau mungkin?? Mungkinkah?

Prologue: Middle Voices tidak dididik untuk menghakimi dan mengadili tindakan Adam Adli, namun penulisan ini hanyalah berbentuk kiasan agar mahasiswa berfikir dengan lebih matang tatkala melihat warna -warna sebenar si pencemar maruah mahasiswa.

Mahasiswa yang sebenar adalah mahasiswa yang berfikir sebelum bertindak dan bertindak selepas berfikir yang kedua-duanya perlulah harmoni dan terlaksana.

SS juga ingin menarik perhatian mahasiswa zon tengah agar sentiasa berdiri teguh dan tidak terpedaya dengan si lampir pemusnah keamanan negara ini.

#Lampir oh lampir... :p

Saturday, 4 February 2012

Kembali pada Islam; Hassan Ali




Middle Voices ingin menyentuh sedikit Program Jelajah Dr. Hassan Ali.

Pada pendapat SS sendiri, HA merupakan ulamak yang berpendirian tetap. Berjuang untuk Agama, Orang Melayu dan Raja-raja Melayu.

Sedarlah wahai mahasiswa, kembalilah kepada perjuangan sebenar dan bukannya perjuangan merebut Putrajaya.

#PAS hilang panduan dek pemikiran ulamak liberal Kahlid Ibrahim.

Saturday, 28 January 2012

Aziz Bari Terpalit "Buta Undang-undang"

Assalamualaikum...

Buta Undang-undang?
Siapakah si buta undang undang ini.

Nah! maka Safira Safri katakan, Terpalit di wajah Prof. Dr. Aziz Bari sebagai seorang pakar undang-undang yang BUTA undang undang.

Middle Voices tak cakap, Safira Safri pun tak cakap.

Siapa cakap?

DS Azizan, Menteri Besar Kedah.

"Azizan turut menyifatkan Aziz “buta undang-undang” dan tidak bersikap seperti tokoh akademik. “Macam mana beliau (Aziz) suruh saya campur tangan dalam hal pentadbiran universiti? Yang kedua perkara ini sudah dibawa ke mahkamah...jadi buat apa nak bising, tunggu sahaja kes bermula." - Al-Ahkam

Di sini, Middle Voices ingin meminta mahasiswa agar berfikir dengan lebih luas.

Seorang pakar undang-undang di beri gelaran buta undang-undang. Kenapa? Mengapa? dan bagaimana?

Al-Ahkam ada jawapannya.

Mari kita berfikir bersama, seorang pakar menjadi buta? adakah mereka, pakar ini buta secara tiba tiba? adakah pakar ini menerima apa-apa habuan untuk menjadi buta seketika? belajar setinggi menara gading akhirnya menjadi seorang yang buta, seolah tidak tahu apa apa.

Atau,
Pakar ini dijanjikan pangkat oleh mereka yang mengejar pangkat, maka Middle Voices anggarkan pengejar pangkat ini sebagai Anwar Ibrahim.

Kenapa? Kerana ini;

"Menteri Besar Kedah ini mengulas desakan Aziz semalam agar Pakatan Rakyat mengambil tindakan tegas terhadap beliau kerana mengambil tindakan ke atas lima mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (KUIN) menggunakan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) tahun lepas." - Al-Ahkam

Persoalannya, apakah kaitan seorang pakar undang-undang dengan sebuah parti politik pembangkang? perlukah campur tangan pakar ini? 

Mungkin kerana Anwar Ibrahim dijangka akan menjadi Perdana Menteri yang akan menggantikan DS Najib sebentar lagi menjadikan Pakar ini BUTA seketika.

Mungkin kerana Anwar Ibrahim dijangka akan menjadi Perdana Menteri yang akan menggantikan DS Najib sebentar lagi menjanjikan Pakar Buta ini Pangkat dan Jawatan dengan gaji ribuan Ringgit.

Mungkin kerana Anwar Ibrahim dijangka akan menjadi Perdana Menteri yang akan menggantikan DS Najib sebentar lagi menjanjikan Pakar ini untuk menggantikan Peguam Negara.

Adakah ini benar? Kalau tidak mengapa pakar ini bertindak seperti BUTA.

Lagi;


Prologue: Sejauh mana butanya Dr Aziz bari? Anda, mahasiswa pasti boleh berfikir dengan lebih matang. Seorang pakar tidak tahu prosedur, seorang pakar tidak bersifat sebagai pendidik? kenapa? fikir fikirkanlah...

#adakalanya matlamat menghalalkan cara...



Sunday, 1 January 2012

PEMBAWAKAN ISLAM; Mahasiswa Tidak Serius

Middle Voices ingin mengulas sedikit tindakan segelintir mahasiswa yang menyebarkan Video Fitnah terhadap kepimpinan tertinggi Malaysia iaitu DS Najib.

Terkejut Safirah Safri, SS apabila melihat video yang dikongsikan oleh seorang rakan facebook pada awal pagi tadi yang secara jelas ingin memburukkan lagi keadaan malah perpaduan sesama islam dan melayu.


Paparan di atas menunjukkan seorang mahasiswa Islam yang juga merupakan seorang mahasiswa telah menyebarkan link video "Baru Kena Sikit Kata Najib" di dalam laman sosial Facebooknya seperti video di bawah.






Pada pandangan SS, video ini merupakan fitnah. Fitnah yang pertama disebarkan oleh mahasiswa dan yang paling besar buat seorang pemimpin pada hari pertama pada tahun baru 2012.

Tindakan ini bukan sahaja memalukan diri sendiri malah SS beranggapan mahasiswa yang menyebarkan video ini tidak serius dalam pembawakan dan pegangan islam kerana perbuatan menyebarkan fitnah ini jelas memalukan dan mempersendakan Islam.


Seronok dan gembira terpalit di wall mahasiswa ini dengan sepotong ayat, "terima kasih PM utk suprise 2012." yang jelas kononnya memerli Perdana Menteri dan sekaligus menuduh PM sebagai dalang kepada tindakan Polis atau FRU yang mengambil tindakan tegas kepada mahasiswa di dalam video di atas.

Mengikut akal fikiran SS sendiri pembawakan video ini jelas ingin menjejaskan karier politik DS Najib sebagai ketua Barisan Nasional dan Presiden UMNO secara khusus kerana video yang ditampalkan bersama gambar penjenayah tersebut di ambil daripada klip ucapan ketika Persidangan UMNO di PWTC.


Mahasiswa Nafi Ada Kaitan Isu Politik


Unjuran daripada video di atas ada beberapa komen yang menarik untuk SS kongsikan bersama Middle Voices. Komen yang pertama berbunyi:

"Mak bapak berabis duit antar ank msk u suh blajar korang kecoh berpolitik... Masa depan gelap lgi x tau mana hala tuju belajar je la baik2 politik2 ni biar da ada kerjaya tetap baru citer.. Yeahhh!!!!" - KhAi Vonyos

Komen balas daripada penybar link video di atas:

"jap2..firstly..part mane yg ko rase isu mahasiswa upsi yg kne pukul dgn polis nie ISU POLITIK?? adakah dorg nie join mana2 parti politik?? ceciter sket..adakah dgn berhimpun secara aman terus dilabelkn sbg berpolitik?? mahasiswa yg bijak bukan sahaja belajar dlm bilik kuliah tapi belajar dengn keadaan sekeliling..klu x buata apa sedara zamri jd MPP..xgitu?" Muhamad Saad Al Waqas

Dan seorang lagi menyampok dan berkongsi video yang lain.....




"video ni maybe lebih sesuai utk dikongsikan, kita lihat dan renungkan..
http://www.youtube.com/watch?v=mvwn1TVX8m8. amaran sudah diberi.. tp amaran dilanggar, keluar perkataan Barua UMNO dan sbgnya.. polis dan FRU dicabar, klinik dipecahkan.. entahlah.. bagus berjuang utk mahasiswa tp biar kena caranya.." - Meor Iszwan







Nah...video di atas jelas menunjukkan bahawa benar terdapatnya pencampuran politik di dalam demonstrasi yang di adakan di perkarangan UPSI semalam. Inilah yang cuba di tegakkan oleh mahasiswa di atas iaitu "menegakkan benang yang basah dan cuba bersuluh di tempat yang terang".

SS berfikiran bahawa pembawakan Mahasiswa ini tidak tetap dan tidak berpendirian. Satu pemikiran tidak adil yang dapat SS kongsikan kerana perwatakan yang cuba menutup kebenaran ditonjolkan dengan begitu baik umpama wan maimunah sedang berlakon filem.

Prologue: 

Midde Voices ingin mengajak semua mahasiswa zon tengah untuk berfikir sejenak, bertaaruf dan bermuzakarah dengan apa yang cuba disampaikan oleh mahasiswa hari ini.

SS juga merupakan seorang mahasiswa, namun ini tidak bermakna SS menyokong tindakan minoriti mahasiswa yang cuba menghuru harakan pegangan dan keteguhan perpaduan Islam dan Melayu hanya kerana dicucuk oleh orang berkepentingan yang SS rasakan mahasiswa faham akan maksud SS disini. 

Tindakan memaki hamun pemimin dan menyebarkan fitnah terhadap pemimpin untuk kepentingan mahasiswa bukanlah satu tindakan yang baik. Nilailah video di atas dengan akal yang waras dan bijak. 

SS beranggapan bahawa mahasiswa bukan sekadar tidak matang malah tidak serius dalam membawa dan berpegang kepada tali agama Islam kerana apabila isu rasuah, zina dan maksiat dimainkan media, maka mahasiswa akan berlonggok terpekik terlolong ingin membanteras maksiat tersebut. Pujian untuk itu.

Namun apabila maksiat fitnah ini digunakan sebagai medium untuk memenuhi hasrat mahasiswa, maka maksiat ini tidak dilihat jelas sedangkan ia merupakan maksiat yang lebih keji daripada menyentap nyawa seorang manusia.

Kembalilah kepada jalan Allah, dan ingatlah apa yang disyorkan oleh rasullullah. Janganlah mahasiswa lupa akan pesanan ini:


Demikian juga firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik. “Bukanlah tergolong daripada orang mukmin yang suka mencela, mengutuk dan mengeji. Dan bukan pula mereka yang berlidah kotor.” (an-Nahl: 25)

Daripada ayat-ayat al-Quran serta beberapa hadis yang dipaparkan jelas membuktikan bahawa Islam melarang umatnya mencarut dan memaki hamun sesama Muslim.

Ini kerana kerja-kerja mencarut adalah kegiatan dan perbuatan syaitan dan kenyataan yang mengatakan bahawa Islam tidak melarang umatnya mencarut adalah kenyataan beserta syaitan dan tidak benar. Mohon perlindungan Allah s.w.t daripada sifat yang buruk.


Nasihat daripada seorang mahasiswa untuk mahasiswa agar mahasiswa tidak lupa akan batas batas mengekspresikan ideologi masing masing sehingga lupa akan anjuran Islam dan larangan Islam.

#Soalan mudah daripada rakan facebook SS;

Siapa tahu, FRU mana yang tak pukul orang?

Wednesday, 21 December 2011

Dato' Seri Khaled Nordin BERSALAH?


Salam perpaduan, salam 1Malaysia.

Seperti yang kita sudah sedia maklum, BERITA PANASSS  yang sedang berlaku sekarang adalah isu bendera DSN yang diturunkan oleh sekumpulan mahasiswa minoriti yang KONONNYA memperjuangkan BEBAS pada hari Sabtu yang lepas. 

Kami dari pihak mahasiswa sebenarnya  sangat TIDAK BERPUAS HATI  dengan tindakan mahasiswa minoriti tersebut dan tindakan seorang pemimpin yang terlalu bersikap terbuka kononnya dengan menyokong tindakan keanak-anakan dan tindakan yang langsung tak professional dari pihak diorang nie. 

Dan impaknya, lihatlah sekarang, bukan setakat nama dia tercemar teruk, tak pasal pasal nama Menteri KPT dan nama KPT sendiri tercalit sama. Kalau di beri muka dan member muka sangat macam nie la jadinya...HAMPEH SEMUA!!!!

Sumber; klik sini.

KERANA NILA SETITIK, ROSAK SUSU SEBELANGA.

Dato' Seri Khaled Nordin.
Menteri Pengajian Tinggi Malaysia.

Apa yang Menteri KPT lakukan sehingga namanya turut terpalit tahi? Sampai gambarnya diterbalikkan, dipangkah? THIS IS NONSENSE!!!!!!

“Letakkan diri anda sebagai seorang pemimpin negara yang gambarnya diterbalikkan dan dipangkah sebegitu? Seronok mungkin??????!!!”

Kenapa DS Khaled Nordin berdiam diri pulak berhubung isu nie? Adakah memang sebenarnya DSKN nie memang tak kisah langsung dengan isu yang berlaku?

Sebenarnya,  DSKN TIDAK ADA HAK  untuk campurtangan dalam hal ini kerana perkara ini berlaku di luar kampus dan juga berada dalam luar lingkungan bidang kuasa beliau. Manusia pendengki memang suka memburukkan orang, dan kalau DSKN layan perkara remeh macam nie habislah masa yang beliau ada untuk lakukan tugasnya sebagai Menteri.

Siapa yang menyebabkan perkara kecil ini menjadi satu isu yang besar??!

Untuk pengetahuan korang lah kan, perkara ini tidak akan menjadi besar sekiranya tiada “HERO” yang secara tiba tiba ‘TERBANG’ untuk bersua muka dengan sekumpulan mahasiswa minoriti yang bertindak biadap. “HERO” ini kemudiannya menerima memorandum daripada mahasiswa biadap tersebut.

Persoalannya, mengapa perlu menerima memorandum daripada sebuah persatuan yang tidak diiktiraf??

Tidak mahu tidak, Menteri KPT seharusnya TIDAK DIPERSALAHKAN dalam perkara ini. Kami yang juga merupakan suara mahasiswa memandang dari satu sudut intelektual merasakan tuduhan terhadap Menteri KPT adalah suatu benda yang TIDAK BERASAS dan TIDAK MASUK AKAL.

THIS IS SO NONSENSE!!!

Tuesday, 20 December 2011

Minta maaf bukannya susah sangat pun AA.

Salam rakan-rakan siswa.

Tahukah anda siapakah Adam Adli Bin Abd Halim? MU terbaca pertanyaan rakan-rakan siswa yang prihatin tertanya-tanya tentang siapakah insan ini sehinggakan dunia alam maya ini mula dibanjiri dengan artikel tentang insan ini. 

Adam? Indah sebenarnya maksud nama ini. Ikutan, Teladan, di samping nama Nabi dalam Islam. Namun sayang, MU tidak merasakan insan seperti ini layak dijadikan ikutan, apatah lagi teladan.
Kenapakah? Siswa ini, bakal pendidik kelak dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kerana telah menurunkan bendera gambar Perdana Menteri yang kemudiannya digantikan dengan bendera kebebasan akademik. Jawapan diterima, itu tindakan di luar kawalan. Sekiranya benar sudah matang, perkara seperti ini TIDAK sepatutnya berlaku.

++++
 



Adakah tindakan-tindakan ini wajar bagi seorang mahasiswa? Wajarkah? Tidak cukup mengetuai demo, bendera Perdana Menteri kita diturunkan seterusnya diganti dengan bendera mereka? 

++++
Terjumpa pula gambar-gambar ini.



Tinggalkan persoalan ini buat kalian.
 
Kata mereka, berhimpunnya mereka adalah untuk menyerahkan memorandum. Tetapi, MU masih mencari rasionalnya menurunkan bendera Perdana Menteri tersebut? Kenapa ya? <buntu>. Syukur insan seperti ini dapat dikesan lebih awal supaya virus-virus nya tidak terus merebak. 

Andai bicara MU ini mungkin sekadar picisan, ingatlah kata-kata ini,

…Waktu kita berdemonstrasi, tak mungkin kita belajar.
…Tak semestinya pandai berdemonstrasi, pandai berpolitik.
…Ibu bapa sanggup berkorban duit beri pelajaran demi masa depan mereka, masa depan masyarakat, masyarakat orang Melayu.
…Esok dah keluar universiti, dah dapat apa yang kita kejar, nak berpolitik, berpolitikla.
…Duit orang lain, kita belanja buat politik? Tak nak la…
-Tun Dr Mahathir Mohamad-

=========

Terbaca juga status FB seorang rakan, mahasiswa di UPSI:

salam... 
Mencelah seketika...
Renungan untuk semua..
UPSI megah dgn kelahiran pendidik yang membentuk perkembangan negara.
Saya dan sahabat UPSI tetap dengan pendirian tidak bersama ideologi Adam Adli. 
Kami sayang UPSI.. kepada bloger2 luar.. hentikan cemuhan keatas UNIVERSITI kami.. kami pelajar biasa yang tidak terlibat dengan Adam Adli tidak patut menerima cercaan yang sama..

p/s: Kepada Adam Adli Bin Abd Halim dan yang berkenaan, tidak salah rasanya kamu memohon maaf bukan sahaja kepada YAB Perdana Menteri bahkan kepada rakan-rakan siswa yang lain khususnya dari UPSI kerana tindakan itu. 

Kepada bakal-bakal pendidik, buktikanlah anda layak menjadi pendidik anak bangsa kita kelak. Tidak selesa rasanya kalau MU sendiri di tempat rakan-rakan khususnya rakan-rakan siswa di UPSI. Betullah, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
 

Friday, 16 December 2011

PENUBUHAN JAWATANKUASA PINDAAN AUKU


KENYATAAN AKHBAR MENGENAI PENUBUHAN JAWATANKUASA PINDAAN AUKU 1971
.by DATUK SERI HJ. MOHAMED KHALED NORDIN on Monday, 12 December 2011 at 16:56.KENYATAAN AKHBAR

MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA
YB. DATO’ SERI MOHAMED KHALED NORDIN
MENGENAI PENUBUHAN JAWATANKUASA PINDAAN
AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (AUKU) 1971
12 DISEMBER 2011

Kerajaan telah bersetuju untuk meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971. Pindaan ini menekankan dua prinsip iaitu membenarkan mahasiswa terlibat dalam aktiviti dan parti politik di luar kampus. Kedua, ia mengekalkan kampus sebagai entiti yang bebas daripada aktiviti politik kepartian.

Sehubungan dengan itu, Kementerian Pengajian Tinggi telah mengambil tindakan-tindakan yang sewajarnya selaras dengan keputusan kerajaan tersebut dan ini termasuk menubuhkan Jawatankuasa Pindaan AUKU yang diurusetiakan oleh Unit Undang-undang, Kementerian Pengajian Tinggi.

Keahlian jawatankuasa adalah seperti berikut:

1) YBhg. Prof. Dr. Nik Ahmad Kamal bin Nik Mahmod (Pengerusi)
Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia;

2) YBhg. Datuk Prof. Dr. Shamsul Amri bin Baharuddin
Pengarah
Institut Kajian Etnik
Universiti Kebangsaan Malaysia;

3) YBhg. Datuk Prof. Emeritus Dr. Shad Saleem Faruqi
Penasihat Undang-undang
Universiti Teknologi MARA;
4) YBhg. Datuk Prof. Dr. Rohana binti Yusuf
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)
Universiti Malaya;

5) YBhg. Dato’ Wan Azman bin Wan Omar
Pendaftar
Universiti Putra Malaysia;

6) YBrs. Prof. Madya Dr. Sivamurugan Pandian
Timbalan Dekan
(Pengajian Siswazah dan Penyelidikan)
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan;

7) YBhg. Prof. Madya Dr. Hamidin bin Abd. Hamid
Ketua Pegawai Eksekutif
Razak School of Government;

8) YBhg. Prof. Dr. Azali bin Mohamed
Pengarah
Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar
Jabatan Pengajian Tinggi
Kementerian Pengajian Tinggi dan

9) YBhg. Datin Prof. Madya Noor Aziah binti Haji Mohd Awal
Presiden
Persatuan Kakitangan Akademik
Universiti Kebangsaan Malaysia.

10) YBrs. Dr. Seow Ta Wee
Ketua Jabatan Pengurusan Binaan dan Harta Tanah
Fakulti Pengurusan Teknologi, Perniagaan dan Keusahawanan
Universiti Tun Hussein Onn.


TUJUAN JAWATAN KUASA INI DITUBUHKAN

mendapatkan pandangan/maklum balas pemegang taruh, melihat AUKU secara keseluruhan berikutan cadangan meminda Seskyen 15 bagi memastikan seskyen-seksyen lain di dalam AUKU adalah selari dengan cadangan pindaan dan memastikan pindaan AUKU adalah selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan khususnya Perkara 10 mengenai hak-hak bersuara, berpersatuan dan berkumpulan secara aman.

Sehubungan dengan itu, semua universiti melalui para mahasiswa dan ahli-ahli akademik hendaklah mengadakan perbincangan dan keputusan boleh dikemukakan kepada jawatankuasa ini melalui sesi perjumpaan atau penggunaan media sosial.

Difahamkan beberapa sesi perbincangan akan diadakan seperti Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada 18 Disember 2011 manakala MPP Universiti Sains Malaysia (USM) pada 20 Disember 2011 selain meja bulat yang melibatkan YB. Timbalan Menteri Pengajian Tinggi. Dan diharap banyak lagi sesi perbincangan akan dilakukan di universiti.

Draf pindaan AUKU akan disiapkan sebelum akhir bulan Januari 2012 dan dijangka dibentangkan di Mesyuarat Parlimen pada bulan Mac 2012.