Sunday, 6 May 2012

Khalid Ismath Temui Jalan Buntu

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.


Middle Voices mendapat maklumat yang menyatakan bahawa Khalid Mohd Ismath, pemburuk nama Universiti Teknologi MARA atau yang lebih dikenali sebagai Naib Presiden kepada persatuan yang menerima dana daripada Pembangkang hari ini telah ditangkap dan dibawa ke Balai Polis Pudu untuk disoal siasat.

Namun, apa yang lebih memeranjatkan Safira Safri apabila informer Middle Voices melaporkan bahawa, Khalid Ismath tidak ditangkap atau yang lebih jelas, dia telah menyerah diri sebaik menerima jalan buntu kerana sedar akan kesilapannya yang mengeluarkan kata-kata hasutan dan kemudiannya ditahan di bawah Seksyen 28 A Kanun Tatacara Jenayah dan di bawa ke Pusat Tahanan untuk disoal siasat.

Khalid Ismath menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Cheras sebelum ditahan polis sambil berpelukan dengan IBUnya yang dikatakan sakit akibat USUS Pecah pada BERSIH 3.0 yang lalu.  


Sebelum itu, Khalid Ismath sehari selepas Peristiwa Rusuhan BERSIH 3.0 pernah membuat kenyataan bersetuju untuk membunuh semua polis seperti yang dipaparkan di dalam entri Khalid Ismath; Peguam sentiasa bersama...

"Saya setuju jika semua Polis dibunuh" ujar Perosak Bangsa, Khalid Ismath

Prologue: Safira Safri melalui Middle Voices bersetuju jika pihak polis menahan Khalid Ismath dan mendakwanya secepat mungkin tanpa perlu melengah lengahkan masa agar dapat memberi pengajaran kepada mahasiswa yang lain agar tidak bertindak kurang ajar dan mencabul Rukun Negara dengan menghina kedaulatan undang undang.

#Rukun Negara yang ke 4 adalah Kedaulatan Undang Undang manakala yang ke 5 adalah Kesopanan dan Kesusilaan. Maka bukakan mata dan amalkan terus terapkan....

Pelajar UiTM BANGKIT Menentang Khalid Ismath

Assalamualaikum dan Salam 1 UiTM.

Shah Alam, 4 Mei 2012 merupakan satu titik permulaan kebangkitan mahasiswa UiTM melalui Gabungan Persatuan-persatuan dan Kelab Dalaman universiti itu yang ingin dikenali sebagai Waris Wawasan.



Waris Wawasan yang mewakili suara hampir 100,000 mahasiswa UiTM jelas akan imej universiti itu yang selama ini dipergunakan oleh seorang pelajar Sarjana Muda Undang undang tahun ke-2 UiTM yang bernama Khalid Mohd Ismath yang juga merupakan Naib Presiden sebuah persatuan haram yang dinaungi oleh Pihak Pembangkang iaitu Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipenden (K.A.M.I).

Kronologi Gerakan Waris Wawasan

 1. Tepat jam 8.30 pagi di Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin, satu memorandum diserahkan kepada Y. Bhg Dato' Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar, Naib Canselor UiTM bagi menggesa Universiti Teknologi MARA untuk mengambil tindakan tatatertib terhadap Khalid Ismath. Memorandum tersebut telah pun berjaya diserahkan kepada Naib Canselor UiTM.




2. Tepat 9 pagi di bangunan yang sama satu sidang media telah dibuat bagi menyatakan hasrat sebenar penghantaran memorandum kepada Naib Canselor UiTM, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dengan tujuan untuk menggesa tindakan tatatertib terhadap Khalid Ismath yang telah memburukkan imej universiti, membantah memorandum persefahaman (MoU) antara Kerajaan Negeri Selangor dengan Khalid Ismath yang selama ini menerima bantuan kewangan daripada duit rakyat Selangor, dan Saranan teguran tegas terhadap tindakan pemimpin pembangkang yang bertentangan dengan kedaulatan undang undang negara dan saranan penubuhan Suruhanjaya Pencabulan Rukun Negara.


3. Tepat jam 10.30 pagi di Bangunan Kerajaan Negeri Selangor, Memorandum Bantahan Bantuan Kewangan Kerajaan Negeri Selangor Kepada Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipenden (K.A.M.I) telah berjaya diserahkan kepada Y. Bhg. Datuk Mohd Khusrin Munawi, Setiausaha Kerajaan Negeri selangor melalui pegawai khas beliau yang diwakilkan.


4. Tepat jam  11 pagi di hadapan Istana Mestika, Shah Alam, Memorandum Saranan Teguran Tegas Terhadap Tindakan Pemimpin Pembangkang Yang Bertentangan Dengan Kedaulatan Undang Undang Negara dan Saranan Penubuhan Suruhanjaya Pencabulan Rukun Negara telah berjaya diserahkan kepada DYMM Sultan Selangor melalui Pegawai Khas Istana kepada DYMM Sultan Selangor.


5. Tepat jam 2 petang sebaik sahaja menunaikan solat jumaat, Gerakan Waris Wawasan sekali lagi telah berjaya menyerahkan memorandum yang sama kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong untuk  Saranan Teguran Tegas Terhadap Tindakan Pemimpin Pembangkang Yang Bertentangan Dengan Kedaulatan Undang Undang Negara dan Saranan Penubuhan Suruhanjaya Pencabulan Rukun Negara melalui Datuk Pengelola Bijaya Di Raja di Istana Negara selepas dipersetujui oleh ASP Shahar yang merupakan Pegawai Polis yang menjaga keselamatan istana dengan membenarkan seorang wakil daripada gerakan untuk naik masuk ke Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu di Istana Negara untuk menyerahkan memorandum saranan.

Waris Wawasan Diperkarangan Istana Negara untuk pemeriksaan Keselamatan oleh ASP Shahar
sebelum dibenarkan masuk ke Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja Raja Melayu
Tahniah diucapkan kepada Waris Wawasan kerana telah berjaya menyerahkan kesemua memorandum tuntutan kepada penama yang ditujukan. Middle Voices memuji tindakan kalian yang bangkit untuk menjaga nama baik universiti selain menangkis suara songsang Khalid Ismath yang mencalarkan imej dan reputasi UiTM sebagai sebuah Universiti Bumiputra Terbesar Di Malaysia. 

Namun satu persoalan yang wujud di fikiran Safira Safri adalah, dimanakah Majlis Perwakilan Pelajar, MPP UiTM yang merupakan Badan Eksekutif univesiti itu yang seharusnya berperanan mewakili suara pelajar UiTM?

#Tepuk dada tanya diri sendiri apakah aku sudah menjalankan tanggungjawab yang diberi??

Saturday, 5 May 2012

BERSIH 3.0: Antara Ketinggian Akhlak atau Keracunan Minda

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Bismillahirrahmanirrahim... "Ya Allah, berikan petunjuk mu dan hidayah mu kepada mata mata mereka yang melihat kezaliman dan kemungkaran ini. Tunjukkanlah kebenaran kepada hati hati mereka. Amin"

Bersama ini Middle Voices bawakan gambaran sebenar berkenaan Kronologi BERSIH 3.0 yang diadakan pada 28 April 2012 yang lalu. Pastikan anda memerhatikan tindakan perusuh BERSIH 3.0 yang melampaui batas batas keamanan dan mencabul keharmonian Rukun Negara.



Apa yang terjadi dan apa yang anda telah lihat merupakan sesuatu yang amat memalukan. Seorang wartawan akhirnya mengherdik seorang betina yang biaDAP dan kurang ajar. 

"Get out of this country....." betina jalang BERSIH 3.0

"Saya boleh cakap bahasa melayu, saya orang Islam, saya tinggal disini dan isteri saya orang Malaysia, jangan BIADAP sangat. Saya buat kerja!!" Ujar seorang wartawan kepada betina jalang BERSIH 3.0

Adakah ini yang kita mahukan. Adakah ini yang difikirkan BERSIH?

Laporan daripada Media Pembangkang:

Pendemonstran telah menterbalikkan kereta polis dan menyerangnya kerana pihak polis telah bertindak kejam dan telah melanggar pendemonstran yang tidak bersalah.

Bukti daripada Video:

Seorang demi seorang telah naik ke atas bumbung kereta polis yang sedang bergerak perlahan dan menendang cermin hadapan kereta polis sehingga terbabas di bahu jalan dan akhirnya mereka menterbalikkan kenderaan polis tersebut.

Adakah video ini menipu? atau ianya merupakan Fitnah?

Serbuan beramai ramai secara gorila terhadap  barisan hadapan polis pengaman? Adakah ini yang dikatakan perhimpunan AMAN??

Kehadiran polis sebagai jentera yang memastikan keselamatan pendemonstran dan penyelamat kepada keamanan di terima buruk oleh pendemonstran. Bas dan kereta polis dibaling dengan botol. "POLIS SIAL" kata mereka.

Adakah ini budaya rakyat Malaysia? Adakah kita gembira melihat kemusnahan hanya demi untuk memastikan kemahuan kita didengari  sedangkan ianya langsung tidak releven?

Inilah tanda kerosakan akhlak dan kebodohan manusia yang bergelar rakyat Malaysia yang ingin melihat kejatuhan negara sendiri. Butakan mata jika anda lupa akan bencana yang menimpa rakyat Mesir, Libya, Palestin, Iraq, dan Syria.

Fikirkanlah kerana wajah divideo ini tidak akan menipu anda selagi anda sayangkan negara Malaysia. Bangunlah menentang kemurkaan sebelum bala tuhan menimpa anda kerana anda merupakan salah seorang yang menyumbang kepada bencana dan kemurkaan tuhan.

#Benar atau tidak adalah tidak penting kerana yang lebih penting adalah bagaimana anda menerima kebenaran....

UiTM Timbang Buang Khalid Ismath


SHAH ALAM 4 Mei - Universiti Teknologi Mara (UiTM) menimbang untuk mengambil tindakan tatatertib termasuk membuang pelajarnya, Khalid Mohd. Ismath sekiranya didapati terlibat mengugut mahu membunuh semua anggota polis melalui kenyataan dalam akaun Facebook miliknya.

Naib Canselornya, Prof. Datuk Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar berkata, tindakan tersebut merupakan antara dalam perhatian pihaknya memandangkan apa yang dilakukan oleh Khalid itu melanggar undang-undang negara selain mencemarkan nama serta imej UiTM.

Beliau berkata, selain dikatakan membuat ugutan tersebut, Khalid yang juga pelajar tahun dua Fakulti Undang-Undang UiTM, dikatakan turut terlibat dengan demonstrasi Bersih 3.0 yang menyebabkan tercetusnya insiden keganasan.

"Ketika ini, kes ugutan berkenaan masih lagi dalam siasatan polis dan kita masih tunggu hasil siasatan itu. Pada masa yang sama, UiTM sendiri sedang mengumpul data dan maklumat kukuh mengenai tindakan Khalid itu.

"Sekiranya dia terlibat dan melanggar undang-undang negara serta peraturan universiti, kita boleh gunakan Akta 174 iaitu Akta Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap dia termasuklah tindakan menyingkirkannya dari UiTM," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima memorandum daripada Kamal Maarof Abd. Jamal, wakil Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Pelajar UiTM yang dikenali sebagai Waris Wawasan.

Pengerusi Waris Wawasan, Mohd. Noraizat Norazam pula berkata, pihaknya mengemukakan memorandum berkenaan bagi meminta pihak pengurusan UiTM mengambil tindakan tegas terhadap Khalid yang menjatuhkan maruah dan imej para pelajar universiti itu dengan mencabar undang-undang negara.

Selain menuntut tindakan tegas terhadap Khalid kata beliau, pihaknya turut mengemukakan memorandum kepada kerajaan negeri agar menghentikan pemberian dana serta sokongan kepada sebuah pertubuhan haram yang dipimpin Khalid.

"Pertubuhan haram itu tidak berdaftar dengan UiTM dan bukan pertubuhan yang mewakili pelajar UiTM," ujarnya.

Bulan lalu, Khalid yang merupakan Naib Pengerusi pertubuhan haram itu telah mengeluarkan kenyataan: "Saya setuju jika semua polis dibunuh. Kerana begini caranya mereka melayan rakyat. Jadi setiap kali demo, tidak ada rundingan dengan polis lagi. Lawan tetap lawan."

Khalid yang menjadikan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai idola, mengeluarkan kenyataan itu sehari selepas dia terlibat dalam perhimpunan Bersih 3.0.


Friday, 4 May 2012

Status pelajar UiTM selepas siasatan


SHAH ALAM: Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM), Prof Datuk Dr Sahol Hamid Abu Bakar berkata status sama ada Khalid Mohd Ismath akan dibuang atau tidak kerana mengugut mahu membunuh polis akan ditentukan selepas polis selesai melakukan siasatan terhadap pelajar itu.
Sambil menyifatkan tindakan pelajar tahun dua Fakulti Undang-Undang itu mencemar imej UiTM, beliau berkata pusat pengajian tinggi itu boleh menggunakan Akta 174 yang tertakluk di bawah Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976.
“Berdasarkan akta ini, kita boleh pecat atau singkir Khalid. UiTM juga akan kumpul data dan bukti kukuh mengenai kelakuan yang bertentangan dengan pusat pengajian ini. Jadi, kita tunggu hasil siasatan polis sebab pihak berkuasa sedang cari dia sekarang ini.
“Berdasarkan laporan yang dibuat, memang kita lihat Khalid melakukan perkara yang bertentangan dengan undang-undang yang termaktub. Jadi, kita lihat apa tindakan selepas ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menerima memorandum bantahan daripada Gabungan Persatuan Mahasiswa UiTM (Waris Wawasan) di Bangunan Canselori di sini hari ini.
Memorandum itu diserahkan oleh Pengerusi Waris Wawasan, Mohd Noraizat Norazam.
Ketika ditanya mengenai dakwaan bahawa Khalid sudah banyak kali gagal hadir kelas, beliau mengarahkan Bahagian hal Ehwal Pelajar (HEP) untuk menyiasat perkara itu.
Ujar beliau, perjuangan yang cuba dibawa Khalid tidak mendapat sokongan kira-kira 200,000 pelajar pusat pengajian itu, kerana ia mempunyai pelbagai unsur yang boleh memudaratkan keharmonian negara.
Noraizat yang ditemui turut menggesa kerajaan negeri untuk menghentikan pemberian dana serta sokongan kepada Kumpulan Aktivis
Mahasiswa Indipenden (Kami) dengan Khalid sebagai naib pengerusinya.
Kami pertubuhan haram
“Kami adalah pertubuhan haram dan tidak berdaftar dengan UiTM. Kami juga bukanlah pertubuhan yang mewakili pelajar UiTM. Dana yang diberi kerajaan negeri itu ialah duit rakyat dan ia tidak harus diberikan sewenang-wenangnya,” katanya.
Baru-baru ini, Khalid mengeluarkan kenyataan di laman sosial facebook berbunyi “Saya setuju jika semua polis dibunuh. Kerana begini caranya mereka melayan rakyat. Jadi setiap kali demo, tidak ada rundingan dengan polis lagi. Lawan tetap lawan”.
Kenyataan terbabit dikeluarkan sehari selepas perhimpunan Bersih 3.0 di ibu kota Sabtu lalu.
Waris Wawasan turut menyerahkan memorandum berkenaan kepada Yang Dipertuan Agong di Istana Negara dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Sementara itu, kumpulan mahasiswa terbabit turut menyerahkan memorandum kepada kerajaan negeri Selangor yang membantah sebarang bantuan kewangan disalurkan kepada Kami.
Memorandum itu diterima oleh penolong setiausaha cawangan biasiswa dan pelajaran, Nurul Faizah Hamzah.
Menerusi memorandum itu, kumpulan mahasiswa tersebut menuntut kerajaan negeri memenuhi dua tuntutan iaitu menamat dan membatalkan sebarang memorandum persefahaman Kami kerana ia bukan sebuah persatuan yang sah berdaftar.
Mereka juga mahu kerajaan negeri menghentikan sebarang tajaan dan penyaluran dana kepada Kami.
Selain penyerahan kepada kerajaan negeri, mereka juga turut menghantar memorandum kepada pihak istana.