Ini bukan Tradisi kita. Sepanjang menyambut bulan kemerdekaan, ambang dan detik detik ini biasanya dan tradisinya atau adatnya disambut dengan julangan jalur gemilang dengan pekikan Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Namun, MEREKA CEMARI HARI MULIA INI
Namun, MEREKA RUNTUHKAN PERPADUAN KITA
Mari kita pertontonkan pencemar malam merdeka kita. Mereka ini pengkhianat.
Lihatlah betapa bongkaknya mereka. SOMBONG, tatkala kita gembira menyahut jeritan Merdeka! mereka laungkan bersih. Mereka ini sudah melampau.
Ayuh mahasiswa, tunjukkan kebijaksanaan kita. Panjangkan rasa syukur di atas kemerdekaan ini kepada yang maha esa. Tinggalkan pencemar hari mulia.
55 tahun kita mencapai Kemerdekaan esok. Malam ini pastinya ramai yang berhibur menyaksikan percikan bunga api dan sebagainya dimerata rata lokasi yang dikhaskan bagi meraikannya. Namun kita jangan leka dan lupa mengenai ideologi penjajahan bentuk baru yang semakin hari telah semakin membesar dan berjaya menarik ramai anak Malaysia itu sendiri menentang negara Malaysia.
Lagu Kebangsaan dikritik anak bangsa. Bendera Malaysia dikecam anak bangsa. Pemimpin Negara dikecam anak bangsa. Pasukan Keselamatan dikecam anak bangsa.
Malah bermacam macam pekara dikecam anak bangsa Malaysia sendiri akibat hasutan dakyah songsang parti politik yang dambakan kuasa Putrajaya.
Hari ini kita masih lagi aman, esok lusa belum pasti negara Malaysia kita ini aman dan makmur. Rakyat sudah matang, rakyat sudah peka. Jadilah rakyat Malaysia yang bijak dan usah mengikut emosi longkang sepertimana mereka yang suka menghururakan negara.
Salam Kemerdekaan dari saya Papa Gomo buat semua. Dan ingatlah bahawa ideologi penjajah tidak akan padam sebaliknya mereka hanya menunggu masa untuk menjajah kita kembali melalui penjuru yang mungkin tidak terjangka oleh kita.
Salam Perpaduan dan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia ke-55.
Menarik untuk rakan-rakan siswa Middle Voices yang gemar bertwitter, bersempena ulang tahun kemerdekaan ke 55 tahun ini, @TwtUpMerdeka dengan hashtag #Merdeka55 bagi memecahkan rekod dunia serta menempa nama dalam Malaysia Books of Records.
Terdapat 2 kategori:
Kategori A: Perhimpunan pengguna Twitter terbesar di dunia
Kategori B: Jumlah tweet terbanyak dalam tempoh 1jam dengan menggunakan hashtag #Merdeka55
Rekod ini akan berjaya sekiranya berjaya mengumpulkan:
1. 10,000 pengguna Twitter
2. 20,000 tweets dalam masa sejam menggunakan hashtag #Merdeka55
Kebelakangan ini Middle Voices dan rakan-rakan siswa yang lain memerhatikan perkembangan dan gaya lagak Artis Malaysia yang bersunguh-sungguh menyertai parti-parti politik dengan alasan Kembali ke Pangkal Jalan.
Malah, ada yang menjadikan alasan menyertai parti politik untuk mendidik dan mengasuh anak sendiri ke jalan yang benar dan jalan yang diredhai Allah.
Adakah ini merupakan acuan dan lukisan sejarah atau ajaran agama agar mana-mana golongan manusia yang hendak kembali ke jalan Allah perlu menyertai parti-parti politik?
Hilangkah fungsinya pusat-pusat ilmuan, pakar-pakar motivasi serta ulama-ulama popular islam sehingga wujudnya satu kewajipan atau keperluan berparti hanya kerana ingin kembali ke pangkal jalan?
Middle Voices dan rakan siswa hari ini ingin menegur Keras kepada semua Artis Malaysia agar jangan mengelirukan peminat dan mahasiswa demi agenda tersirat dengan menggunakan tiket islam untuk menyertai mana-mana parti politik.
Teguran ini juga Middle Voices tujukan kepada segelintir artis seperti Bob Lokman, Abby Abadi dan juga Hairie Othman yang begitu menonjol dengan tindak tanduk mendekati islam tetapi diwar-warkan melalui cabang-cabang politik sehingga boleh mengelirukan golongan muda, belia dan mahasiswa khasnya.
Kepada Bob Lokman, usaha murni untuk ke jalan Allah atau untuk berdakwah itu akan sentiasa mendapat pujian, tetapi jika Bob Lokman berfikiran bahawa dengan memasuki PAS maka anak Bob Lokman akan dapat pulang ke jalan Allah. Itu seolah mempermainkan islam.
Mahasiswa dan Safira Safri sendiri menolak tindak tanduk artis yang menyertai PAS yang kononnya menyedari kelemahan diri sedangkan banyak lagi cabang perkongsian ilmu agama yang boleh menjurus kepada keperibadian islam dan kependidikan pemantapan aqidah islam.
Begitu juga dengan Pelakon Popular Abby Abadi, Middle Voices atau Safira Safri tidak berniat untuk menulis tentang saudari dengan tujuan mengaibkan, tetapi hanya sekadar memberi teguran dengan pendekatan yang Abby gunakan dalam mendekati Islam.
Tidak salah jika Abby berminat untuk menyertai mana-mana parti politik di Malaysia termasuk Barisan Nasional, DAP dan sebagainya.
Namun pendirian memasuki PAS kerana ingin mendekati islam seolah mengajar remaja, mahasiswa dan golongan belia untuk pulang ke pangkal jalan dengan tiket murni ahli seumur hidup PAS adalah tidak seharusnya diwar-warkan kerana ianya hanya mengelirukan umat islam terutama remaja dan anak kecil yang menjadi ikutan dek pengaruh sebagai seorang Artis Popular.
Begitu juga dengan Hero filem Leftenan Adnan, Hairie Othman yang kini dimaklumkan telah menyertai PAS untuk mendekati Islam yang akhirnya mempunyai agenda tersendiri untuk keuntungan berganda.
Apakah ini yang Artis Malaysia banggakan dengan mendekati Islam? Adakah selepas ini orang cina dan india yang ingin menganuti islam perlu menyertai PAS untuk mengucap kalimah Syahadah?
Apakah yang akan kalian jawab di akhirat kelak tatkala anak muda mengikuti kalian untuk mendekati islam dengan bermegah sebagai ahli PAS seumur hidup? Adakah ini caranya? Adakah kalian benar-benar terdesak untuk sesuap nasi sehingga sanggup menyertai PAS dengan tiket islam hanya untuk mendapatkan keuntungan di setiap corong-corong ceramah anjuran PAS??
Apakah agenda kalian yang sebenar?
Middle Voices ingin menegaskan sekali lagi kepada semua Artis Malaysia agar tidak memperjudikan islam di medan politik dengan publisiti murahan.
Jika anda, Artis Malaysia ingin ke pangkal jalan mengapa tidak mengikuti jejak langkah Ustazah Nurbahyah, Dr Asri, Ustaz Don, Ustaz Azhar Idrus? Adakah mereka ini golongan yang pada awalnya menyampaikan dakwah selepas mewar-warkan keahlian PAS mereka?
Jawapannya ada pada anda sendiri. Jalan anda, anda yang pilih. Tapi, jangan heret kami untuk sertai jalan songsang anda.
Coretan sebelum beredar:
Kepada mahasiswa dan golongan muda belia, Middle Voices nasihatkan agar anda tidak tertipu dengan budaya mendekati islam melalui medan politik yang kononya membendung akhlak dan rohani namun kebelakangan ini goyah dek rakan seperjuangan sendiri kerana nafsu putrajaya lebih berbanding islam itu sendiri.
""PAS patut menerima hakikat bahawa mengubah Malaysia menjadi sebuah negara Islam adalah langkah sia-sia dan tidak akan dapat dicapai. Langkah itu bercanggah dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan." Sehubungan itu, Karpal berharap PAS akan mempertimbangkan pendiriannya mengenai hukum hudud dan negara Islam." - BERNAMA
#Wallahualam Bissawab...sekadar menegur yang termampu dengan jari, sebelum menggunakan hati...
Middle Voices berminat dan tertarik dengan teguran Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, UiTM Dato' Professor Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar kepada mahasiswa universiti itu melalui laman sosial facebooknya beberapa jam yang lalu.
Teguran yang berbentuk nasihat itu seakan disampaikan oleh seorang ayah kepada anak-anaknya dengan penuh harapan agar anaknya (mahasiswa UiTM) tidak melanggar batas pergaulan sehingga tidak menghormati perpaduan kaum, bangsa, agama dan negara.
"Ramai yang mengunakan media twitter,fb dan blog utk membenci dan mencaci. Mencaci sesama agama dan bangsa atas berbeza pendapat dan haluan. Untuk memberi pendapat siapa pun ada hak. Tidak bersetuju boleh kata tidak bersetuju. Tak perlu mencaci. Tidak cerminkan kepintaran minda bila kita gunakan "personal attack" atas komen yang diberi. Tak masuk akal. Dimana perginya "intelligence" kita." ujar Sahol Hamid melalui laman sosial facebooknya yang menjelaskan perbuatan mencaci sesama agama dan bangsa atas berbeza pendapat adalah tidak perlu malah tidak mencerminkan kepintaran.
"Saya mohon anak-anak sekalian sentiasa berhati-hati dan jangan beremosi. Hilang rasional bermakna tak pintar. Jagalah perpaduan antara agama dan bangsa kita dan juga hormatlah dan jaga perpaduan antara bangsa dan agama lain." ujarnya lagi kepada mahasiswa UiTM agar sentiasa berhati-hati dalam memberikan pendapat agar tidak menggunakan cacian kepada atau terhadap seseorang yang mempertontonkan sifat tidak pintar kepada orang lain.
""Org putihke, cokolatke,gelapke bukankah kita semua orang Malaysia" dan "Hidup biar beradab, bukan hidup untuk biadap - Al-Ghazali Bayruni"" ditampalkan bersama teguran itu sebagai nasihat dan pengajaran buat mahasiswa UiTM khasnya.
Prologue: Middle Voices ingin mengajak rakan-rakan mahasiswa untuk mengambil nasihat daripada Naib Canselor UiTM ini sebagai panduan.
Walaupun teguran ini mungkin ditujukan kepada mahasiswanya, namun secara umumnya mahasiswa hari ini memang jelas telah lari daripada nilai estetika sebagai seorang yang berilmu,
Nilai akhlak, bahasa, budi pekerti sahaja sudah rosak. Caci maki kian berleluasa sehingga sudah menjadi terbiasa dan seakan bermaharaja lela dalam kalangan mahasiswa hari ini.
Malah, yang paling membimbangkan, perihal ini seakan menjadi hobi dan kebanggaan mahasiswa hari ini seolah siapa yang mencaci maki di pandang sebagai hero dan diagung agungkan.
Sebagai contoh di UiTM, Saudara Khalid Ismath yang telah digantung pengajiannya sebelum ini mendapat pujian daripada golongan mahasiswa sedangkan yang diperlakukannya adalah lebih buruk bahasanya dibandingkan dirinya sebagai golongan penuntut ilmu dengan penagih dadah dilorong lorong gelap.
Sebagai pedoman, Safira ingin mengajak mahasiswa seluruhnya untuk sama-sama tingkatkan budi pekerti, hasilkan bahasa bermutu tinggi. Insya Allah, harap dijauhkan segala keburukan kata dan keruntuhan akhlak dalam kalangan kita, terutama sekali umat islam dan melayu.
"makcik nak jumpa Dato', dia ada tak?" ujar seorang makcik di sebuah pejabat parlimen. "Dato' takde makcik, dia di Kuala Lumpur, makcik nak jumpa kenapa?" ujar kerani pejabat tersebut yang kemudiannya menyambung kerjanya. "ooo..makcik nak jumpa dato', bila agaknya dia balik ye" ujarnya makcik kepada kerani. "entahlah makcik, dato' busy, dia dekat kementerian sekarang ni" ujar kerani yang menjawab soalan makcik tersebut.
Middle Voices bawakan sambungan daripada entri Ahli Parlimen UMNO Jangan Beri Alasan Sibuk yang lalu berikutan beberapa keciciran maklumat yang rakan Middle Voices serahkan semalam.
Dialog diatas merupakan pengalaman sebenar rakan Middle Voices yang ketika itu berada di pejabat parlimen tersebut yang mana Ahli Parlimennya adalah seorang menteri.
Menurutnya, kejadian yang menghampakan penduduk kampung seperti itu bukan sahaja berlaku sekali, tetapi telah berkali-kali rentetan daripada kesibukan Ahli Parlimen yang gairah menjalankan tugas sebagai menteri di kementeriannya.
Walaupun bantuan daripada pejabat parlimen sampai kepada penduduk, namun kepuasan memilih wakil rakyat sedikit tercemar apabila wakil rakyat berpangkat menteri gagal untuk duduk di pejabat parlimen untuk mendengar rengetan, atau kegembiraan penduduk kampung yang datang untuk berjumpa dengannya samada melalui temujanji kerana temujanji berjumpa wakil rakyat berjawatan menteri seakan mustahil bagi mereka.
"menteri dik, mana ada masa nak duduk kat pejabat ni, kau kene faham tu" kata kerani pejabat parlimen kepada salah seorang rakan Middle Voices.
Jelas, komitmen dan kualiti Ahli Parlimen sebagai seorang menteri benar-benar merosot dan meleset daripada tujuan asal seorang rakyat membuang undi yang memilihnya sebagai wakil rakyat sedangkan kawasan parlimennya akhirnya menjadi kawasan jagaan Setiausaha Sulit, SUS dan pegawai khasnya yang seakan menggantikan wakil rakyat secara mutlak di kawasan.
Middle Voices percaya bahawa kesibukan menteri sedikit sebanyak menggangu fokus seseorang Ahli Parlimen kepada kawasannya sendiri.
"Apabila mulut terkunci, tangan dan jari akan bercakap" inilah yang berlaku apabila YB berpangkat menteri merasakan mereka sebagai seorang diva apabila turun ke kawasan untuk menghadiri majlis-majlis seperti Majlis Berbuka Puasa.
Apakah maksudnya? Diva? Itu tandanya YB berpangkat menteri masih lagi turun bersama rakat dan mereka tidak mengabaikannya?
Biar Safira tunjukkan! mengikut sumber rakan Middle Voices yang lain, Ahli Parlimen yang berpangkat menteri ini masih lagi turun ke kawasan untuk bersama rakyat dan berbuka puasa bersama.
Namun, apa yang berlaku setiap pelusuk meja yang didiami menteri tersebut akan dipelopori oleh Ketua-ketua Cawangan UMNO, Ajk-ajk Bahagian UMNO, dan Jabatan yang tertentu.
Rakyat pula akan duduk di khemah kelas yang berbeza dan tidak berpeluang untuk berbual santai dengan wakil rakyat yang mereka pilih. Ini dinamakan Majlis Berbuka Puasa Pemimpin bersama Rakyat atau Majlis Berbuka Puasa Pemimpin bersama Ketua-Ketua Cawangan UMNO manakala rakyat pula akan menikmati juadah di Majlis Berbuka Puasa Rakyat bersama Rakyat.
Dimana hilangnya wakil rakyat? Apakah perlunya ketua-ketua cawangan yang sudah selalu bersama untuk duduk bersama menteri? bukan itu sahaja, Ahli Dewan Undangan Negeri, ADUN juga turut duduk bersama Ahli Parlimen sedangkan rakyat hanya syok sendiri berbuka puasa dan menerima bantuan bulat-bulat kerana PRU sudah dekat.
[Gambar Hiasan] Majlis Berbuka Puasa Karisma, meriah! Najib sedang menyampaikan sumbangan....
Prologue: Middle Voices menjelaskan, "Apabila mulut terkunci, tangan dan jari akan bercakap" sebenarnya bermaksud mulut yang diam akan tidak bermakna tenang. Akhirnya tangan ini akan bercakap dengan pentejermahan undi pada pilihanraya nanti.
Bukan sebagai ugutan daripada rakyat, jika dipandang secara positif, ianya merupakan peringatan mesra agar ahli parlimen berpangkat menteri tidak mengabaikan kawasan.
Mungkin ada wajarnya untuk dipisahkan secara mutlak badan eksekutif dan legislatif seperti terpisahnya secara mutlak badan kehakiman (judisiari) dengan kedua badan tersebut bagi memastikan wakil rakyat dapat melaksanakan tugas azalinya sebagai Ahli Parlimen atau wakil rakyat.
Mungkin juga menteri ini hanya akan turun ketika waktu berkempen nanti. Apakah layak mereka dinaikkan sekali lagi? Anda? Anda yang pilih.
"Skills win you medals, but attitude wins hearts" -ESPN commentator said of Lee Chong Wei (London, 2012 Olympics)
Begitulah corak dan warna komen yang membanjiri laman-laman sosial facebook dan twitter selepas Wira Tangkis Datuk Lee Chong Wei tewas kepada Lin Dan pada set ke-2 dan ke-3 membawa kepada 1-2.
Sejurus ditewaskan, Datuk Lee Chong Wei yang kecewa memohon maaf melalui laman sosial Twitter @Lee_C_Wei nya dengan dua patah perkataan berbahasa inggeris.
"Im sorry" - Datuk Lee Chong Wei
Namun permohonan maaf daripada Wira Tangkis Malaysia itu di tepis oleh beribu penyokong Malaysia yang menyatakan bahawa dia telah pun Menang di hati rakyat malaysia dan tidak perlu memohon maaf setelah berjuang dan mengharumkan nama Malaysia walaupun hanya berjaya merangkul pingat perak di Temasya Olimpik London.
Apa yang tidak menyenangkan adalah, apabila seorang daripada Ahli Dewan Undangan Negeri, ADUN DAP telah mempolitikkan sokongan dan usaha jitu Datuk Lee Chong Wei di laman sosial twitternya yang mempersoalkan kekalahan Wira Tangkis itu sekaligus mewujudkan satu kebencian kaum cina kepada DAP.
"Lin Dan wins, he played better than Lee Chong AWAY"ujarManoharan Malayalam, ADUN DAP melalui laman twitternya yang sekaligus mengundang kemarahan penggemar dan peminat LCW.
Manoharan yang dicela oleh banyak pihak kerana cuba memolitikkan arena sukan negara termasuk kekalahan Datuk Lee Chong Wei hari ini memohon maaf juga melalui laman sosial yang sama.
"I deeply regret the comments I have made and tender my heartfelt apologies to Dato' Lee Chong Wei and his family." -Mano
Namun, kebencian telah terpupuk dan tertanam apabila dimeriahkan lagi tweet tersebut dengan komen yang menolak maaf Manoharan.
selain itu, "@mmanoADUN how you tried to make sports political, I have no idea. When Malaysia was behind him, you has to make smart ass comments. Crazy" ujar Afandi Oh yang marah dengan tindakan Mano mempolitikkan Temasya Olimpik London sementara yang lainnya menyatakan bahawa sudah terlewat untuk memohon maaf kerana rakyat telah mengetahui sikap sebenar pemimpin Pakatan Rakyat.
Prologue: "Terlajak perahu boleh undur, terlajak kata terus jelah" begitulah padahnya kepada Mano dan DAP yang kini bakal mengalami kemelesetan penyokong.
Kepada Mano, Middle Voices sarankan untuk letak jawatan dan berhenti menjadi manusia kerana gagal bertindak seperti seorang yang mempunyai peri kemanusiaan yang nyatanya berbeza jika dibandingkan dengan Barisan Nasional yang pimpinan YAB Dato' Sri Najib, seperti yang boleh dilihat melalui komennya.
Ahli Parlimen UMNO yang memegang jawatan di dalam kabinet disarankan agar tidak menjadikan jawatan menteri atau timbalan menteri sebagai alasan untuk tidak turun kawasan.
Rakan-rakan Middle Voices yang hari ini menyertai program anjuran sebuah badan bukan kerajaan, NGO menyatakan pemerhatian jelas terhadap corak percaturan sesebuah parlimen yang dipegang oleh ahli parlimen berportfolio menteri atau timbalan menteri adalah sedikit terabai berbanding kawasan parlimen yang dipegang oleh ahli parlimen yang tidak memegang jawatan di dalam kabinet.
Walaubagaimanapun, menurut sumber yang sama, hanya segelintir Ahli Parlimen UMNO yang seolah-olah menjadikan jawatan menteri atau timbalan menteri sebagai alasan untuk tidak dapat bersama rakyat di kawasan pada hujung minggu atau pada hari jumaat seperti ahli parlimen yang lain dek kesibukan kerja sebagai menteri.
Menurut salah seorang rakan Blogger yang merupakan mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia selain menjadi peserta program tersebut, terdapat juga segelintir ahli parlimen yang berjawatan menteri yang tidak pernah naik ke pejabat parlimen kawasan hanya kerana sibuk menjalankan tugas sebagai menteri.
Tambahannya lagi, ini menyebabkan rakyat tidak dapat merasai hubungan mesra seorang pemimpin terhadap penduduk di kawasan kampung kerana jawatan tersebut seolah memberikan jurang antara mereka dengan wakil rakyat pilihan mereka.
"ada juga YB yang berpangkat menteri tidak langsung turun kawasan pada hujung minggu malah hanya turun untuk berbuka puasa sahaja dan urusan-urusan kebajikan rakyat hanya akan diuruskan oleh pegawai khas menteri tersebut atau setiausaha sulitnya." -Mahasiswa IPTA
menurutnya lagi, kebanyakan penduduk kampung yang datang ke Pejabat Parlimen adalah dengan harapan dapat berjumpa dengan Ahli Parlimen yang dipilih, namun kesibukan ahli parlimen terhadap komitmen lain menghampakan pengundi mereka sendiri.
Prologue: Middle Voices melihat kesibukan ahli parlimen yang memegang jawatan di dalam kabinet sebagai satu kelebihan untuk parlimen tersebut. Namun, sekiranya kesibukan sebagai menteri mengurangkan kualiti komitmen kepada kawasan, beberapa cadangan dikeutarakan seperti:
1. Jika kesibukan menjadi alasan, maka sudah tiba masanya untuk Kerajaan membuat transformasi untuk rakyat dengan memisahkan secara mutlak antara badan eksekutif dan badan legislatif (perundangan).
2. Jika seseorang ahli parlimen itu dilantik sebagai menteri, sekurang-kurangnya disyaratkan kepadanya untuk duduk di pejabat parlimennya seperti ahli parlimen yang lain kerana rakyat memilih beliau sebagai wakil rakyat, bukannya wakil kepada wakil rakyat.
Walaubagaimanapun, penambahbaikan kepada cadangan ini amatlah bersesuaian dan bertepatan dengan tajuk gagasan yang dibawa oleh Perdana Menteri iaitu Program Transformasi Kerajaan.
Selain itu, kesan daripada kesibukan menteri ini juga sebenarnya boleh membawa kepada pentejermahan undi penduduk kampung yang semakin merosot dan akhirnya menggembirakan Pakatan Rakyat yang sentiasa mencari peluang terbuka untuk menipu dan memenangi hati penduduk kampung yang masih belum berjaya.
Namun siapa tahu, Pakatan Rakyat yang komited mungkin akan memenangi hati pengundi luar bandar jika ahli parlimen UMNO berjawatan menteri ini tidak komited dan memberi komitmen di kawasan yang dimenanginya.
#UMNO mesti lakukan perubahan untuk PRU 13, atau kerajaan yang berlaku perubahan.
"Tahniah kepada wira tangkis Datuk Lee Chong Wei atas kejayaan meraih pingat perak di sukan Olimpik London. Walaupun tumpas di tangan Lin Dan dengan hanya 2 mata, namun semangat Datuk Lee Chong Wei yang jitu sepanjang tempoh perlawanan telah menyatukan satu Malaysia dan menjadi inspirasi bagi kita semua." - PM, DS Najib.
Begitulah sokongan dan dorongan yang diberikan oleh YAB Dato' Sri Najib Tun Razak melalui laman sosial Twitternya kepada Wira Tangkis, Datuk Lee Chong Wei sebaik sahaja tewas kepada Lin Dan 21-15, 10-21 dan 19-21 di Perlawanan Akhir Perseorangan Badminton pada Temasya Olimpik London.
Prologue: Melalui ucapan beliau, Safira Safri jelas akan keprihatinan YAB PM terhadap arena sukan negara. Malah beliau mengikut sumber, sedang memikirkan tentang apakah yang seharusnya dihadiahkan kepada Wira Tangkis negara yang telah berjuang sehingga ketitisan peluh terakhir sekaligus mengharumkan nama negara walaupun dengan hanya merangkul pingat perak dalam Temasya Olimpik itu.
Kepada Datuk Lee Chong Wei, Middle Voices mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kerana telah mempamerkan semangat kesukanan dan patriotisme yang tinggi berbekalkan usaha yang jitu.