Tuesday, 22 May 2012

Biasiswa PTPTN

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Pernahkah rakan Middle Voices terfikir untuk menukarkan pinjaman PTPTN kepada Biasiswa PTPTN



#jom dapatkan yang terbaik...

Sunday, 13 May 2012

PERANCANGAN YAHUDI UNTUK MELAYU

بسم الله الرحمن الرحيم

PERANCANGAN RAPI memusnahkan BANGSA MELAYU ...untuk dibaca oleh MELAYU ISLAM ( tak kira Melayu UMNO, Melayu PAS atau Melayu PKR)

Setiap hari Jabatan Rahsia Amerika Syarikat mencari alasan untuk mencucuk jarumnya di Malaysia, mencari alasan untuk membenarkan tentera proksinya menjajah Malaysia"


Bangsa Melayu akan jadi sasaran selanjutnya selepas Pathan (atau Pashtuns) dan Arab. Giliran ini berdasarkan perancangan menghapuskan sebarang peluang untuk Islam bangun di akhir zaman. Kenapa Kaum Pathan? Kenapa Arab? Sebabnya mereka ini penganut Islam yang tegar. Tidak kurang juga bangsa Melayu.


Berkurun lamanya mereka menjajah dan berusaha untuk menukarkan agama bangsa-bangsa ini, tetapi masih gagal. Malah kaum Pathan di Pakistan dan Afghanistan terus berjuang. Berjuang melepaskan diri dari berbagai bentuk penjajahan, Pakistan agak bernasib baik kerana mengikut kata mereka, tetapi hanya untuk sementara waktu sahaja. Bila mana pemerintah bertukar kepada sistem pemerintahan Islam ataupun pemimpin mereka lebih islamik, segera mereka melebelkannya sebagai "pengganas" dan membuat helah untuk menghancurkannya.

Itu juga yang berlaku kepada negara Arab sekarang. Mana-mana pemimpin yang tidak mengikut telunjuk mereka, akan diancam malah di perangi secara tidak adil. Alasan demi alasan dihamburkan untuk memberi laluan kepada mereka melaksanakan perang. Libya adalah contoh terbaru, selapas ini pastinya Syria pula. Mereka menghasut rakyat bangun memberontak dan segera mereka campur tangan.

Berbagai helah diatur untuk menguasai sepenuhnya negara-negara ini. Malaysia dan Indonesia dalam perhatian mereka setiap masa. Cuma peluang belum terbuka sepenuhnya. Gara-gara hasutan dan gerak kerja ejen-ejen mereka, sudah nampak beberapa insiden yang tak masuk akal. Akan berlaku kacau bilau dan perang saudara setelah hasutan mereka berjaya.

Atas alasan menyelamatkan orang awam, mereka segera campur tangan. Oleh kerana alasan itu adalah pembohongan semata-mata, lebih ramai orang awam yang terbunuh. Lihat sahaja apa yang berlaku di Libya dan Afghanistan.

"MELAYU" BANGSA MISTERI

Untuk orang Melayu (Nusantara keseluruhannya) keadaan agak unik. Bangsa ini sentiasa sahaja terselamat dari ancaman mereka. Telah beberapa kali mereka cuba mencetuskan huru hara tetapi akhirnya terselamat juga atas kehendak Allah. Harus diingat mereka tidak pernah berputus asa.

Ini ADALAH PERANCANGAN YANG AMAT RAPI selama beratus tahun. Setiap perkara yang lengkap dengan segala persediannya, dirancang dengan teliti akan membuahkan hasil walaupun ia adalah kejahatan. Perkara kebaikan yang tidak dirancang dengan baik, kurang persediaannya dan tidak lengkap peralatannya akan gagal. Allah tidak MENGUBAH NASIB SESUATU KAUM SELAGI KAUM ITU TIDAK MENGUBAH NASIB MEREKA. Ini adalah asas kepada Hukum Tarik-Menarik (Law of Attraction).

Di dalam satu hadis Qudsi, Allah Rabbul Izzati ada menyatakan "Aku adalah mengikut SANGKAAN hambaku". Selagi kita berusaha ke arah positif, Tuhan akan membantu kita. Masalahnya di dalam dunia yang dikuasai Iblis melalui syaitan-syaitan manusia sebagai proksi mereka, umat Islam dilekakan dan segala fikiran mereka yang sepatutnya ditujukan kepada harapan yang lebih baik dilalaikan dengan cinta, gaya hidup hippies dan hiburan yang memabukkan. Akibatnya umat Islam semakin tertekan dan tertindas manakala orang-orang kafir terutamanya Yahudi dan penyembah syaitan semakin yakin diri dan positif dengan matlamat mereka. Tetapi semua itu HANYALAH PERANCANGAN MEREKA. Sebenarnya ALLAH LAH YANG MERANCANG DAN MENENTUKAN SEMUANYA. Perancangan Allah lebih sistematik dari perancangan mereka. Satu hari sikap tenang dan yakin diri mereka itu akan bertukar menjadi teramat serabut dan keliru apabila JANJI ALLAH TIBA.

Di dalam dunia yang penuh konflik hari ini,para pengikut penyembah syaitan mahu menguasai dunia dan mengalahkan Allah. Mereka berusaha siang dan malam selama beribu tahun. Mereka berusaha dari segi spiritual dan material. Secara kerohanian dan sains teknologi. Dan hasilnya seperti hari ini, di mana bola bumi seakan dalam genggaman mereka. Tetapi Iblis masih tidak berpuashati. Iblis mahu penyembah-penyembah mereka menghapuskan satu musuh yang amat degil. PADA PERINGKAT TERTINGGI musuh mereka bukanlah Cina Komunis, Korea Utara atau rangkaian pengganas antarabangsa TETAPI ISLAM SUCI YANG DIANUT OLEH MUKMIN BERIMAN. Siapakah pendukung agama Tuhan yang tunggal ini?

Jika anda sedar hakikat misteri ini, terdapat DUA BANGSA TERBESAR YANG MENDUKUNG AGAMA TUHAN INI secara konsisten dan bersungguh-sungguh pada hari ini. Saya katakan dua bangsa ini kerana mereka masih ada kekuatan, negara dan kedaulatan manakala bangsa lain walaupun ada yang memeluk Islam adalah minoriti dan menumpang di negara lain atau tinggal dalam negara mereka yang bermajoritikan agama kafir. Terdapat juga bangsa yang pernah mendaulatkan Islam tetapi hari ini kukunya sudah dicabut dan teramat lemah malah menentang Islam kembali seperti yang terjadi kepada bangsa Turki.

Jika dua bangsa utama ini terhapus dari kamus Islam maka 99 peratus dunia di tangan Iblis mengikut perancangan mereka. Ya, sudah pasti yang pertama bangsa Arab yang masih mendominasi sumber-sumber Islam dan memiliki segala relik dan tempat suci Islam. Maka bangsa inilah yang menjadi sasaran hari demi hari para Satanik ini sehingga hari ini gigi-gigi geraham mereka bagaikan mahu tercabut habis dek penangan Yahudi-Amerika. Selepas target pertama, bersedialah target yang kedua. Siapakah bangsa kedua terbesar yang masih mendukung agama Tuhan ini?


Ia adalah BANGSA MELAYU. Bangsa pemalu yang amat bersopan-santun, jujur dan misteri sikap mereka. Para pengikut Satanik sudah lama memerhatikan bangsa misteri ini. Rantau Nusantara termasuklah Kepulauan Melayu di mana termasuk di dalamnya Indonesia, Malaysia, Brunei, Singapura, Filipina dan juga negara-negara Indochina adalah target terbesar mereka ketika ini tetapi dijalankan secara teramat senyap dan rapi, tidak seperti perancangan mereka terhadap bangsa Arab. Lain karakter sesuatu bangsa, maka lainlah pelan tindakan mereka. Tidak boleh sama kerana jika dibuat secara membuta-tuli, alter rahsia bangsa ini akan bangkit secara tiba-tiba dan Empayar Emperialis sekuat British pun tidak dapat menahan gelombangnya seperti yang terjadi ketika Malayan Union. Sebab itu konsep Divide and Rule amat penting di wilayah ini.

Orang Melayu tidak menghalau British keluar dari Tanah Melayu dengan senapang dan parang tetapi dengan alter terahsia ini. Illuminati amat berjaga-jaga dengan rantau ini. Anda tahu, setiap hari Jabatan Rahsia Amerika Syarikat mencari alasan untuk mencucuk jarumnya di Malaysia untuk membenarkan tentera proksinya menjajah Malaysia sebagaimana yang terjadi di Iraq dan Afghanistan tetapi ada saja masalah yang timbul dan melambatkan perancangan mereka.

Karakter bangsa Arab yang tidak mampu mengawal emosi, panas baran, berpuak-puak dan sukakan harta kekayaan amat senang dijinakkan oleh Illuminati (mewakili kaum penyembah Iblis) dan Yahudi. Pisahkan mereka dari Islam, dan mereka kembali menjadi bangsa hina zaman Jahiliyah dahulu. Amat senang formula ini. Tetapi formula ini tidak boleh semudahnya dipakai terhadap bangsa Melayu yang misteri ini.

Bangsa Melayu bersifat pendiam, sensitif, jujur, menghormati orang luar (sehingga jika nak bercakap dengan Cina atau India pun terpaksa di'slang'kan bahasanya sendiri), banyak memendam rasa, amat kuat kefahaman kerohanian mereka dan mereka juga kreatif. Anda boleh membaca buku The Malay Dilemma karya Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai asas untuk mempelajari karakter bangsa misteri ini. Pakar-pakar strategi Illuminati pun sukar hendak membaca karakter bangsa spiritual ini sama seperti bangsa Yahudi.

Saya bukan hendak melebih-lebihkan bangsa ini sebagai sasaran Illuminati tetapi hanya bangsa ini serta bangsa Arablah yang diharap mempertahankan agama Islam di muka bumi ini. Anda boleh fikirkan sendiri. Jika perkara semudah ini pun kita tidak nampak, apatah lagi perancangan tahap sulit Commitee 300 atau Pelan Tindakan Rahsia yang saban tahun dibincangkan di Bohemian Groove dapat difahami?Fikir...fikir. Jadi jaga-jaga bangsa MELAYU ISLAM! Perancangan Illuminati terhadap anda amat rahsia dan sulit sama seperti sifat anda yang pendiam dan pemalu. Tidak terbuka seperti bangsa-bangsa lain termasuk bangsa Arab yang semakin tidak memahami Islam yang dibawa oleh satu-satunya Nabi dari kalangan mereka, Muhammad yang mulia.

Ini adalah amat menarik, tetapi apakah yang terjadi terhadap bangsa lain yang hebat dan berkuasa seperti Cina, Jepun atau bangsa Amerika serta Eropah? Apakah ada perancangan juga terhadap mereka berdasarkan karakter seperti yang dikatakan tadi?

Bangsa Cina, Amerika dll semuanya adalah 'Pawn of The Game' Iblis dan "The Hidden Hand'.Semuanya menjadi bahan mentah dan hamba tanpa disedari oleh mereka. Memang mereka hebat, rajin dan tangkas mencari kesenangan dunia , tetapi ingat! Wang dan kekayaan dunia adalah dicelah-celah jari kaki para penyembah agama Iblis. Sekatan Ekonomi adalah 'codename' bagi salah satu senjata 'The Hidden Hand' ini. Tanpa disedari bangsa-bangsa ini menjadi bahan mentah dan bekerja sebagai mesin-mesin penjana wang bagi 'The Hidden Hand'. Mengapa Negara Cina dapat ditakluk oleh faham Komunis? Siapakah pemimpin-pemimpin Komunis Cina? Mereka adalah pengikut Illuminati yang TEGAR. Mereka sudah di'mindcontrol' secara terancang. Mereka sanggup membunuh rakyat mereka sendiri yang menentang fahaman mereka.

Apakah komunis?Komunis adalah ideologi ciptaan 'The Hidden Hand' sama seperti Liberalisme,Fasisme dan Nazisme. Kitab ajaran komunis 'Das Kapital' dan 'The Communist Manifesto' sarat dengan perancangan Illuminati dan Freemasonry. Dan 'patsies' dan mangsanya yang menjadi bahan ujikaji adalah rakyat Rusia dan Cina yang berjiran. Mengapa? Kerana mereka mempunyai bilangan penduduk teramai sekali di dunia.

Dua bangsa ini, Cina dan Caucasian Eropah berkongsi sifat yang sama; rajin,kuat usahanya, pandai mencari wang (tapi bukan menguasai wang sebagaimana Yahudi), pandai membuat kerja dan barangan serta berminat mempelajari kerohanian (bukan pandai memahami dan mendalaminya seperti bangsa Melayu). Kita boleh lihat pola ini berdasarkan sejarah, bangsa Cina sebelum menganut agama Buddha adalah kaum yang bersifat animisme seperti kaum Eropah Pagan. Ada yang menganut agama Hindu tetapi agama ini kurang popular.

Terdapat juga cendekiawan Cina yang mencari-cari Tuhan seperti Lao Tse.Tao adalah kata yang diwakilkan oleh beliau sebagai Tuhan.Tetapi apabila agama Buddha tersebar dari India,maka penambahan rakyat Cina yang memeluk agama ini meningkat begitu drastik sekali. Buddha menjadi agama yang dominan di Tanah Besar Cina.Cina tidak pernah menjadi bangsa yang ditakluki keseluruhannya kecuali serangan-serangan dari Monggol dan pengaruh Imperalisme Barat.Sama seperti Caucasian Eropah, sebelum agama Kristian muncul mereka menganut dewa-dewi masing-masing, malah ada yang mengambil dewa-dewi bangsa Mesir dan Sumeria untuk diubahsuaikan dan disesuaikan dengan budaya mereka.

Apabila agama Kristian muncul mereka pun beramai-ramai memeluk agama tersebut di mana kerajaan Rom selaku kuasa besar ketika itu amat memainkan peranan. Caucasian Eropah sebenarnya adalah patsies yang paling malang sekali dalam sejarah dominasi para pengikut penyembah syaitan.

SINGA-PURA (Pulau Singa)

Pemimpin-pemimpin Singapura adalah hamba Dajal Illuminati. Mereka sudah sekian lama bekerja untuk pihak The Hidden Hand. Musuh mereka adalah MELAYU ISLAM yang teramat degil untuk ditundukkan. Rancangan mereka untuk memusnahkan Melayu pada 13 mei 1969 (angka 13 dan 69 mempunyai maksud khas bagi sihir Gematria Yahudi) gagal akibat proksi mereka dari kalangan orang Cina  di sini masih gerun dan trauma dengan mistik aneh Melayu seperti parang terbang dan alter amok yang tiba-tiba meresap ke dalam setiap pemuda Melayu ketika itu (rujuk Datuk Harun Idris dan pasukan misteri dari Sg. Manik). Jadi plan secara halus telah dilaksanakan seperti memcahbelahkan Melayu, menjauhkan Melayu dari Islam dan merosakkan moral Melayu.

Yahudi teramat senang dengan Cina Singapura terutama keturunan Lee yang sekian lama menjilat kaki tuan mereka dari kalangan Yahudi dan Illuminati penyembah Iblis (keturunan Lee adalah salah satu keluarga elit Illuminati penyembah Iblis). Lain pula halnya dengan Melayu yang teramat degil malah benci pula dengan Yahudi Zionis. Sila lihat pola ini: Israel yang kecil di tengah-tengah negara2 Arab dan Singapura yang kecil di tengah-tengah negara-negara Melayu.


Gambar: Changi Navy Bay Singapura...Luaskah perairan Singapura yang memerlukan kapal perang dan jet perjuang yang begitu banyak? siapa yang melatih tentera mereka? Cuba tanya untuk apa ini semua? Bersediakah kita?....

PS:
ISLAM ADALAH MY WAY OF LIFE
MELAYU ITU BANGSAKU
MALAYSIA ITU NEGARAKU


Saturday, 12 May 2012

1,000 mahasiswa wakili 18 universiti tunjuk sokongan kepada PM

Sebahagian 1,000 Kumpulan Rakan Siswa Malaysia (KARISMA) dari 18 Universiti seluruh Malaysia berhimpun pada Program Seminar Keamanan Untuk Negara 'Suara Mahasiswa 1Malaysia' dan menyerahkan Deklarasi Aman kepada Perdana Menteri di Dataran Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia di Putrajaya, semalam.

PUTRAJAYA 10 Mei - Seramai 1,000 mahasiswa daripada Kumpulan Rakan Siswa Malaysia (Karisma) mewakili 18 universiti seluruh negara hari ini menyerahkan deklarasi aman kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menunjukkan sokongan penuh mahasiswa terhadap kerajaan.

Penyelaras Deklarasi Aman Karisma, Muhamad Mukhlis Maghribi berkata, deklarasi itu bagi menepis dakwaan pelbagai pihak yang melabelkan mahasiswa propembangkang.

Beliau menegaskan, majoriti mahasiswa tidak menyokong pembangkang sebaliknya berdiri teguh bersama kepimpinan Perdana Menteri.

Katanya, lima perkara diketengahkan dalam deklarasi itu iaitu menyokong dan bersama kepimpinan Perdana Menteri, menolak segala bentuk kekacauan, provokasi dan demonstrasi yang menggugat keamanan negara dan menjadikan mahasiswa golongan yang bebas.

"Memastikan penyebaran fakta yang tepat dan berasas agar tidak timbul kekeliruan di kalangan rakyat serta memastikan isu moral dan salah laku bebas ditangani secara menyeluruh," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan deklarasi tersebut kepada wakil Perdana Menteri, Datuk Mohamed Suffian Awang.

Terdahulu, kumpulan mahasiswa tersebut menghadiri Seminar Keamanan untuk Negara bertajuk "Suara Mahasiswa 1Malaysia".

Mereka kemudiannya mengadakan perhimpunan aman bagi membantah perhimpunan Bersih 3.0 dan menentang isu Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender (LGBT) di Dataran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di sini hari ini.

Kumpulan tersebut kemudiannya menuju ke bangunan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menyerahkan sijil penghargaan kepada wakil Polis Diraja Malaysia, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Salleh Mat Rasid dan wakil SPR, Timbalan Setiausahanya, Datuk Nordin Che Ngah.

Menurut Muhamad Mukhlis, seluruh mahasiswa yang enyokong perhimpunan tersebut sebenarnya sudah tidak tahan dengan sikap pembangkang yang selalu menggunakan mahasiswa untuk menyebarkan agenda masing-masing.

"Kami datang ke sini kerana sudah jelik, bosan dan marah dengan demonstrasi yang diadakan untuk menggugat keamanan negara di mana mahasiswa dijadikan alat untuk menjayakannya.

"Apa yang mereka lakukan langsung tidak membantu sebaliknya mereka tidur di Dataran Merdeka, merosakkan harta benda awam, kalung bunga pada potret pemimpin dan sebagainya yang menunjukkan rendahnya tahap intelektual mahasiswa kita," katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

VC UiTM; Saya akan jumpa @MPPUiTMShahAlam

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Middle Voices ingin mengulas lanjut berkenaan entri MPP UiTM Gagal Sampaikan Suara Pelajar UiTM yang ditulis oleh rakan penulis Middle Voices; Siswa UiTM sendiri.

Menurut siswa UiTM, entri tersebut ditulis adalah untuk menguji tahap sensitifnya MPP UiTM ketika berhadapan dengan isu-isu sensitif yang melibatkan universiti dan mahasiswa UiTM, mahupun organisasi perwakilan itu sendiri.

"Tujuan penulisan saya tidaklah untuk mengkritik MPP secara membabi buta, tetapi lebih kepada menguji tahap sensitifnya MPP UiTM bila ada isu yang menyentuh imej universiti, dan pelajar UiTM. Termasuk dengan MPP itu sendiri." - Siswa UiTM

Ujarnya lagi,

"MPP sepatutnya menyampaikan suara pelajar UiTM di dalam setiap isu yang melibatkan imej universiti dan sebarang isu-isu sensitif yang menyentuh sensitiviti UiTM sebagai universiti tolong melayu. Namun, tindakan mendiamkan diri atau memberi alasan untuk tidak mengulas lanjut tentang isu berbangkit hanya akan memburukkan lagi imej UiTM."

"Isu Khalid Ismath, sepatutnya MPP harus keluarkan kenyataan bahawa Khalid bukanlah mewakili suara pelajar UiTM, namun kegagalan Farid, YDP MPP berbuat demikian telah mengundang malu kepada pelajar UiTM dan khasnya pelajar Fakulti Undang undang yang sedikit sebanyak terjejas sampai wujudnya Waris Wawasan dan bangkitnya Penuntut Undang-undang untuk menyatakan pendirian mereka sendiri demi untuk menepis malu kerana nama fakulti terpampang di dada akhbar. Jika begitu baik tak perlu ada MPP kalau mahasiswa perlu bercakap demi pihak mereka sendiri."

"Saya tak nafikan MPP juga seorang pelajar dan bukannya saya nak tuding jari tak tentu pasal. Ada yang tanya, kenapa saya tak tuding jari pada HEP? kenapa nak tuding jari pada HEP, come onlah..HEP bukan badan yang dilantik untuk mewakili pelajar. Takkanlah HEP pulak yang nak buat press conference menyampaikan suara pelajar UiTM? Apa tugas MPP jika HEP yang akan sampaikan suara pelajar? jadi itulah rasionalnya saya persoalkan kegagalan MPP berbuat demikian."

"Kalau ikutkan, malu MPP dengan entri saya hanya sedikit atas kesilapan mereka sendiri berbanding malu pelajar UiTM, staff UiTM, serta penuntut undang undang UiTM yang terbeban akibat MPP yang diam membisu. Kalau betul MPP sudah berbincang dengan VC tentang pendirian mereka, kenapa VC boleh kata "saya akan berjumpa dengan wakil @MPPUitmShahAlam untuk mendengar pendirian mereka, Insya-Allah..". Ini bermakna mereka belum berjumpa VC untuk berbincang berkenaan isu kampus yang melibatkan Khalid Ismath. Jadi salah ke jika saya persoal mana kredibiliti MPP yang memegang amanah dan kepercayaan saya dan 50,000 mahasiswa UiTM yang mengundi mereka??"

Sebelum itu, Naib Canselor UiTM, Dato' Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar yang pernah ditanya oleh siswa UiTM melalui laman sosial twitter @siswazontengah akan pendapat beliau terhadap entri tersebut dan beliau menjawab akan mengaturkan satu perjumpaan dengan majlis perwakilan itu untuk mendengar pendirian mereka.

Dato' Sahol yang menjawab pertanyaan siswa UiTM

Prologue: Middle Voices ingin mengajak semua mahasiswa untuk berfikiran lebih matang tanpa sebarang prejudis. Hal ini kerana, mahasiswa yang menentukan untuk menilainya daripada pandangan yang positif ataupun negatif.

Pada pandangan SS sendiri, entri yang ditulis siswa UiTM hanyalah satu teguran atau peringatan mesra sebagai pemilih kepada perwakilan yang diberi mandat untuk menjalankan tugas badan eksekutif pelajar itu.

Jika kita lihat dari aspek yang lain, ianya sama seperti kita, mahasiswa yang mengkritik kepimpinan kerajaan pada hari ini yang mana kita akan mengkritik kerajaan dimana sahaja jika kerajaan mengabaikan tuntutan kita dan tidak mentadbir negara dengan baik. Malah kita bersetuju bahawa mengkritik kerajaan itu hak kita kerana kita yang mengundi mereka.

Secara pulangannya, tidaklah menjadi satu kesalahan jika siswa UiTM mempersoalkan tindakan MPP UiTM yang berdiam diri atau memberi komen 'play safe' seperti yang dinyatakan siswa UiTM sedangkan imej universiti ketika itu tercalar tanpa sesiapapun daripada perwakilan itu bangkit membersihkan nama baik UiTM.

Surat Perlantikan Executive Caretaker
Selain itu, mahasiswa juga boleh merujuk kepada surat perlantikan semula MPP UiTM sebagai Executive Caretaker yang mana dinyatakan pada perenggan empat (4) oleh Naib Canselor UiTM;

"Semoga dengan perlantikan ini, saudara/i akan menjalankan tanggungajawab yang diamanahkan dengan baik dan bersama-sama menjalankan tugas demi kepentingan pelajar dan juga universiti."

Jelas melalui perenggan tersebut bahawa tugas MPP bukan sahaja demi kepentinagn pelajar malah universiti yang sekaligus mewajarkan MPP untuk mewakilkan suara mahasiswa UiTM di dalam menjaga nama baik UiTM untuk kepentingan bersama.

Oleh yang demikian, seharusnya mahasiswa melihat entri tersebut dari sudut yang positif dan tidak menganggap entri tersebut sebagai provokasi sedangkan ianya merupakan suara mahasiswa UiTM sendiri.

Selain itu, mengulas kepada komen entri tersebut;

"kalau saudari rasa mpp gagal menyampaikan isi hati pelajar, saya cadangkan saudari sendiri bertanding untuk menjadi mpp pada penggal hadapan. buktikan kata-kata saudari." - Anonymous

Dari pandangan Safira Safri pula, sangatlah tidak molek jika mahasiswa memberikan cadangan seperti ini seolah MPP itu tidak boleh ditegur ataupun dikritik; atau adakah perlu untuk UiTM membuka kerusi umum agar wujud satu badan yang boleh menegur majlis perwakilan itu secara terus seperti di universiti yang lain? Adakah itu lebih baik daripada teguran itu disampaikan oleh mahasiswa sendiri?

Sebaik itu, Middle Voices ingin mengajak mahasiswa dan mahasiswa UiTM khasnya untuk memberikan pertimbangan yang baik terhadap isu-isu yang diutarakan agar tidak disalah tafsir hanya kerana pencampuran emosi yang menjejaskan pertimbangan yang tertib.

Diharapkan dengan ulasan ini dapat menjernihkan semula pandangan mahasiswa terhadap isu yang dibangkitkan agar mahasiswa dapat berkongsi pendapat secara ilmiah, santun dan berpekerti selain memerli atau menggunakan kata kata kesat yang akhirnya tidak memberikan sebarang keuntungan kepada sesiapapun.

#MPP UiTM sudah cukup bagus dengan penjagaan kebajikan mahasiswa, namun badan eksekutif ini akan lebih berfungsi jika mereka memaksimumkan mandat dan fungsi mereka sebagai wakil kepada mahasiswa. Selamat bermuzakarah...

Demonstrasi Jalanan Petanda Qiamat

Kegananasan BERSIH 3.0, Islam semakin hanyut...

APABILA MUNCULNYA PEJUANG ISLAM BERDEMONSTRASI DI JALANAN PETANDA DUNIA HAMPIR QIAMAT

Terdapat isyarat Hadith menyatakan bahawa salah satu tanda dunia hampir kiamat ialah apabila adanya pejuang Islam yang menyuarakan perjuangan mereka dengan cara tunjuk perasaan atau demonstrasi.

HADITH yang di maksudkan ialah Nabi bersabda yang bermaksud :

"Akan muncul nanti tiga perkara (buruk) sebagai tanda dunia hampir kiamat."

1) Tempat makmur (masjid) telah lengang dan tempat lengang (pasar dan tempat hiburan) telah makmur (di kunjungi ramai).

2) Orang berjuang dan berjihad secara tunjuk perasaan (demonstrasi).

3) Seorang menggesel amanah saperti unta menggesel badannya di pokok kayu. (Riwayat At Tabrani dalam Al Kabir).

Hadis ini menceritakan bahawa pada akhir zaman akan ada di kalangan umat Islam yang berjuang, mereka menyatakan dan menzahirkan tuntutan dan tentangan terhadap pihak tertentu melalui tunjuk perasaan atau demonstrasi.Perkara ini telah dan sedang pun berlaku di merata pelusuk dunia termasok di negara kita.

Allaamah Mufti Brunei ada menyebut dalam himpunan fatwanya bilangan 30 halaman 164 berkata:

“Salah satu perkara yang timbul sekarang ini di kalangan orang Islam ialah mereka mengikut cara Eropah atau cara orang Barat ia itu mereka berarak di jalanan dengan meninggikan suara dan menjerit menzahirkan tuntutan mereka, dengan beriktiqad bahawa cara itu adalah jihad. Sedangkan Nabi S.A.W telah mengkhabarkan bahawa perbuatan berjuang cara berarak di jalanan dan memekik itu sebagai mengikut cara orang jahiliah yang bukan Islam.”

Sabda Nabi S.A.W. lagi yang maksud nya : “Sesungguh nya Allah benci kepada orang yang keji dan membuat perkara yang keji dan memekik mekik di jalanan.” ( Riwayat Ibnu Abi Dunya dari Jabir )

Kita lihat bahawa semangat kebangkitan Islam telah begitu ketara di seluruh dunia.Ini satu perkembangan yang baik. Ini mungkin menandakan bahawa umat Islam sudah mula cinta pada Islam dan tidak rela lagi melihat Islam itu diapa-apakan.

Mungkin juga umat Islam sedunia telah mula memahami akan maksud ayat Al QuranMaksudnya: “Tidak sekali-kali akan redha kaum Yahudi dan Nasrani itu kepada engkau (ya Muhammad ) selagi engkau tidak ikut cara hidup mereka.”(surah Al-Baqarah: 120)

Semangat kebangkitan Islam juga telah mengakibatkan umat Islam sedunia membuat perkara-perkara yang tidak ada dan tidak diajar di dalam Islam.Semangat ini telah mendorong umat Islam berdemonstrasi dan menunjuk perasaan. Silap saja langkah pihak tertentu keluarlah umat Islam dengan sepanduk-sepanduk dan slogan-slogan. Berkumandanglah suara-suara mengutuk pihak yang mereka tidak puas hati dengan.

Demonstrasi dimeriahkan pula dengan sorak-sorai, pekik jerit, kutuk megutuk dan maki hamun. Menyebabkan suasana jadi gawat. Mereka yang mengaku pejuang Islam melakukan demonstrasi jalanan, merusuh, mengganggu orang ramai dan merosakkan harta benda individu dan awam, membakar lilin cara yahudi, mogok lapar ikut yahudi (tetapi berselindung mengatakan mogok puasa), memakai baju hitam atau kuning. Dan bermacam macam bentuk tunjuk perasaan.

Apa yang para ‘demonstrasi’ ini telah lupa ialah, demonstrasi dan tunjuk perasaan yang mereka lagang itu bukanlah dari Islam tetapi adalah dari budaya syaitan (toghut). Islam tidak ada mengajar demonstrasi dalam bentuk yang sebegitu. Kalau ada, apakah garis panduan nya mengikut Islam? Di sinilah lemahnya kita. Dari satu segi kita marahkan perbuatan toghut tetapi dari segi yang lain kita pula yang mengamalkan dan mempopularkan apa yang dianjurkan toghut selama ini.


#Buatlah pertimbangan dengan akal, hati dan iman, Insya Allah kebenaran akan dimiliki anda...