Monday, 27 February 2012

Satu-satunya Masalah Di Malaysia Ini ialah...

SAYA amat tertarik membaca tulisan Syed Akbar Ali dalam blognya OutSyed The Box bertajukThe One & Only Problem In Malaysia atau Satu-satunya Masalah di Malaysia Ini.

Topiknya lari sama sekali dari politik. Ia berkaitan dengan realiti hidup seharian di Malaysia. Ia berkaitan dengan sikap dan etika kerja. Ia berkaitan dengan bagaimana anda, sama ada kakitangan kerajaan, pelajar, mahasiswa, peniaga, orang makan gaji melayan orang lain atau berusaha untuk memperbaiki diri sendiri.

Kononnya, orang Melayu itu bersopan-santun, beragama, berilmu? Jika itulah amalannya maka tiadalah masalah yang akan berlaku di kalangan orang kita sekarang atau dalam sistem jabatan kerajaan.

Seperti biasa tulisan Syed Akbar banyak mengondem sikap orang Melayu, namun seperti beliau mempunyai nawaitu yang baik dan murni. Walaupun pedas didengar tapi itulah hakikatnya, yang semua orang Melayu harus menerimanya --- untuk kebaikan mereka.

Syed Akbar yang juga penulis buku Malaysia and The Club of Doom (Malaysia dan Kelab Kemusnahan), menyimpulkan orang Melayu masih gagal bersaing sepenuhnya. Kita harus mencari jalan segera bagi membolehkan mereka bersaing, katanya.

Modal, pendidikan universiti, projek, kontrak, peluang niaga dan lain-lain terlalu banyak. Namun apa yang kita banyak tiada ialah etika kerja dan sikap. Itu sahaja bahagian yang kita hilang.

Beliau dalam entri bertarikh 18 September itu memberikan banyak contoh-contoh peribadi beliau dan dari rakan-rakan mengenai soal sikap dan etika kerja ini.

Satu petikan dalam pra-kata blog itu, Syed Akbar menulis: ''Para lulusan universiti kita langsung tidak boleh menulis ayat yang betul - dalam semua bahasa. Dan tolong lupakanlah pasal kemahiran Inggeris mereka. Jika kerajaan dan GLC tidak mengambil mereka bekerja, maka banyaklah lulusan bumiputera ini tidak akan bekerja. Mereka akan menganggur.

''Perkara yang sama tidak berlaku kepada lulusan bukan-bumiputera kita. Bukan bumiputera yang lulus dari UKM atau UM boleh terus mendapat kerja sehingga ke luar negara di Hong Kong, Australia, UK, New Zealand, Singapura dan di mana-mana. Mereka baca bukan teks yang sama, diajar oleh pensyarah yang sama dan makan pun makanan yang sama di kampus. Tapi apa yang membezakan mereka?''

Itu ialah soal sikap yang tidak mahu berubah. Sikap sambil lewa, yang tidak mahu mengambil peluang tiga, empat, lima tahun di menara gading untuk memperbaiki diri dan kemahiran diri. Tahu-tahu dah keluar --- adalah ijazah, tapi penampilan diri dan keyakinan diri, macam mana?

Begitu juga dengan soal etika kerja. Ia lebih rumit lagi kerana ia membabitkan kepada soal sistem. Jika etika kerja tidak sempurna ia bukan membabitkan satu jabatan itu sahaja, tapi keseluruhan sistem negara akan dinilai.

Saya tertarik mengambil contoh mengenai soal etika kerja dan sikap yang disiarkan oleh ruangan surat pembaca Utusan Malaysia, Forum semalam (5 Oktober di muka 12).

Ia bertajuk Dua bulan sia-sia tunggu ujian darah. Penulis itu yang hanya mahu dikenali sebagai Kecewa: Pesakit Hyperthyroidism Seri Iskandar, Perak menceritakan mengenai masalahnya ketika berharap dengan kakitangan di Hospital Seri Manjung, Perak.

Saya percaya dengan tersiarnya surat itu semalam, pastinya sudah riuh satu hospital. Pengarahnya sudah tentu akan lari ke sana ke mari, telefon sana-sini, kerana mahu siapkan jawapan balas. Ia adalah kerana kisah hospitalnya sudah keluar paper. Tapi bagi kita, terutamanya rakyat marhaen itulah realitinya di mana-mana sekali pun di negara ini.
Berbalik kepada kisah di Hospital Seri Manjung itu tadi, pada 9 Ogos 2010, pesakit Kecewa telah pergi membuat ujian darah. Sampel diambil dan tunggu temu janji berikutnya iaitu pada 18 Ogos 2010 (7 hari menunggu untuk dapatkan keputusan darah). Pada 18 Ogos 10 pagi bulan puasa, dia pergi ke tempat yang sepatutnya. Tapi doktor bertugas berkata ujian darah tidak dilakukan lagi? Borang makmal tidak lengkap? Dan tiada tandatangan pakar?

Oklah, pesakit pun akur dengan kata-kata doktor itu dan pergi menghantar borang ujian ke bahagian makmal. Makmal kata, tak perlu ambil darah baru kerana darah yang diambil pada 9 Ogos masih boleh digunakan untuk ujian. Kaunter makmal mengarahkan dia masukkan saja borang tandatangan pakar dalam bakul borang di kaunter (tanpa ada sebarang cop pengesahan).

Pada 22 September 2010, 10 pagi (sebulan 4 hari dari tarikh 18 Ogos), dia pergi lagi untuk temu janji. Malangnya dia dimaklumkan oleh doktor bertugas ujian darah (masih) tidak siap.

Menurut surat itu, doktor menelefon bahagian makmal bertanya sebab-sebab ujian tidak dilakukan. Makmal memaklumkan sample darah sudah expired kerana sudah lama (pada temu janji 18 Ogos makmal kata darah masih elok untuk ujian).

''Lantas doktor ingin mengatur supaya darah saya diambil sekali lagi. Saya katakan kepada doktor, tidak perlulah kerana saya sudah menunggu berbulan. Saya tinggal jauh. Seandainya perkara itu berulang lagi, maka sia-sia lagi saya ke hospital itu."
Tahniah di atas ketegasan pesakit itu. Bukan main ikut semberono arahan doktor itu.

Dalam surat itu, pesakit Kecewa mencatatkan masalahnya (yang mungkin tiada siapa kisah dan peduli): ''Untuk ke hospital, suami saya perlu memohon cuti. Jadi, dua hari cuti suami saya sia-sia. Dua kali juga saya terpaksa pergi ke hospital untuk memeriksa keputusan darah yang sia-sia. Dua hari juga anak saya ponteng ke sekolah kerana tiada penjaga yang boleh mengambil anak saya di sekolah kerana saya berada di hospital."

Itu hanyalah satu contoh daripada banyak lagi. Seseorang yang lama duduk di negara luar, misalnya di negara bertamadun sikit seperti di negara orang putih atau di Jepun akan mengalami trauma sebaik sahaja menjejakkan kaki di KLIA, atau ketika berada di atas jalan raya atau berurusan di mana-mana kaunter - kerana sikap kita yang terlalu teruk. Itu tidak lagi menaiki teksi yang fiilnya hanya Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah sahaja yang maha mengetahuinya.

Oleh itu, tuan-tuan sekelian, tidak hairanlah lalu-lintas di Kuala Lumpur sesak tiap-tiap hari. Salah satu penyumbangnya ialah kerana sistem penyampaian di pejabat-pejabat kerajaan yang menyebabkan pelanggannya terpaksa lari ke sana ke mari untuk menyelesaikan satu urusan yang mudah.

Berbalik kepada tulisan Syed Akbar pula, beliau juga menulis mengenai masalah yang sama dalam tulisannya yang bertajuk mengenai masalah di Malaysia itu.

Begini kisahnya: ''Seorang rakan ke Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk mendaftarkan sebuah persatuan baru. Mereka memintanya isu borang itu dan ini, cop dan sain itu dan ini, kepilkan fotostat IC dan macam-macam lagilah.
''Kemudian dia diarahkan masukkan permohonan itu ke dalam kotak di kaunter di pejabat itu. Tiada 'pengesahan penerimaan' dan lain-lain. Apabila ditanya untuk pengesahan, seorang kakitangan 'yang tidak boleh diganggu' berjalan ke kaunter dan berkata, 'ini ialah sistem baru, tiada pengesahan diperlukan, kami akan hantar surat. Saudara boleh pulang sekarang.'

''Dia pun balik dan tunggu selama dua bulan. Tiada apa-apa berlaku. Dia pun pergi semula ke ROS untuk bertanya apa dah jadi. Orang yang sama iaitu kakitangan 'yang tidak boleh diganggu' itu berkata mereka tiada rekod menerima permohonannya.

''Kawan saya itu mula naik angin dan menjerit-jerit. Mereka pun memintanya 'tolong isi satu set borang lain, buat fotostat lagi, dan pulangkan dan kami janji dua minggu akan siap.' Kawan saya menjerit lagi, 'jadi maksud kamu, kena hilang dulu permohonan itu, saya kena tunggu dua bulan dan merayu-rayu dan sekarang kamu akan proses permohonan saya dalam masa dua minggu?'

Syed Akbar menulis lagi: Jadi inilah apa yang berlaku di atas kaunter di jabatan-jabatan kerajaan kita. Macam mana mahu memperbaikinya? Mengapa tidak ikut saja apa yang dilakukan di Finland, Iceland, Korea Utara, Singapura atau mungkin Ali Rustam di Melaka. Apa susah sangat? Ambil contoh di Melaka atau Singapura mereka boleh selesaikan masalah itu dalam 48 jam sahaja, mengapa tidak ikut saja cara itu? Apa susah sangat?

Banyak lagi jika mahu bercerita mengenai hal-hal seperti ini. Kita terlalu selesa dalam serba-serbi, sebenarnya.

p/s: semua yang dikata oleh penulis amat betul, sekarang ini, hanya diri kita sendiri yang dapat mengubahnya.

sumber: Utusan Malaysia.

Sunday, 26 February 2012

ProM UM; Tarikan Magnet BERKESAN

Assalamualaikum,

Middle Voices tertarik dengan Perancangan Strategik Jentera Pro Mahasiswa Universiti Malaya yang Safira Safri fikirkan merupakan magnet yang punya daya tarikan yang kuat.

Magnet magnet ProM UM ini telah terbukti berjaya mengumpul seramai 2000 orang dalam jangkaannya dan dalam perangkaan SS sendiri jumlah ini sebenarnya lebih banyak/ramai lagi berbanding yang diperjelaskan ProM UM kepada umum.

Safira Safri juga terkesima apabila merujuk blog SARFAMS, yang bermaudukkan ASPIRASI KECUT TELUR: PELANCARAN JENTERA PRO-M DI UM YANG GEMPAK!

"Sinis, tertarik, menarik kau memang da bomm..!"

SARFAMS sebenarnya punya pandangan jauh dengan konklusi yang menyatakan Aspirasi Kecut Tel**, mane tak nya, Safira Safri sendiri terkesima dan bertanya sendiri akan magnet jenis apa yang ProM UM gunakan sehingga berjaya membanjirkan Dataran Dewan Tuanku Canselor, DTC UM?

Namun kesemuanya terjawab apabila debaran scroll down Safira Safri menemukan pembongkaran rahsia yang pecah di blog SARFAMS.

NAH...!! 2000 Mahasiswa Universiti Malaya membanjirkan dan dibanjirkan oleh 70 orang mahasiswa sahaja.



Prologue: Middle Voices ingin mengajak mahasiswa dan Safirah Safri sendiri untuk melihat sendiri permainan fakta nombor yang digunakan oleh jentera ProM UM yang cuba mengelirukan mahasiswa.

Fakta nombor yang besar akan kelihatan dan kedengaran kuat dan utuh sebaik sahaja digembleng masuk ke telinga si pendengarnya dengan harapan pendengar percaya dan penuh berharap si pendengar menutup mata.

Namun apakan daya, telefon bimbit KINI berkamera, ! maka gambar di atas membuktikan permainan tipu yang menggunakan fakta nombor oleh ProM UM.

#Akhirnya, secara konklusi SS terpaksa angkatkan kelima lima jari tangan dan letakkan ke mulut SS kemudian, ketawa dan gelak...!! hahaha...dengan santun agar kelihatan sopan.

Monday, 20 February 2012

benarkah Islam mengalakkan demonstrasi?

Amalan demonstrasi merupakan satu amalan yang baru yang diada-adakan (bid’ah) dalam agama berkaitan hal mu’amalah terhadap pemerintah. Dari itu, berhati-hatilah dengan setiap tindakan yang kita lakukan supaya tidak terjerumus ke dalam ideologi kuffar (Yahudi dan Nashara), kaum jahiliyyah, syi’ah, dan ideologi kelompok khawarij (pemberontak). Kerana Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah berpesan dengan sabdanya:

لَتَتْبَعُنَّ سَنَنَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ شِبْرًا شِبْرًا وَذِرَاعًا بِذِرَاعٍ حَتَّى لَوْ دَخَلُوا جُحْرَ ضَبٍّ تَبِعْتُمُوهُمْ قُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ الْيَهُودُ وَالنَّصَارَى قَالَ فَمَنْ

“Sesungguhnya akan ada dari kalangan kamu (umat Muhammad) yang mengikuti jalan orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga sekiranya mereka masuk ke dalam lubang biawak pun kamu akan mengikutinya.” Kami (para sahabat) bertanya, “Wahai Rasulullah, adakah yang engkau maksudkan itu (jalan) Yahudi dan Nashara?” Beliau menjawab, “Siapa lagi (sekiranya bukan mereka)?” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 22/298, no. 6775)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ

“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia termasuk sebahagian daripada mereka.” (Hadis Riwayat Abu Daud, 11/48, no. 3512. Dinilai hasan oleh Ibnu Hajar dan sahih oleh al-Albani)

Di hadis yang lain, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mengingatkan dengan keras supaya melazimi ketaatan kepada pemerintah dan tidak bertindak menzahirkan sikap kepembangkangan secara umum dengan katanya:

من راى من اميره شيئا فكرهه فليصبر فانه ليس احد يفارق الجماعة شبرا فيموت الا مات ميتة جاهلية

“Sesiapa yang membenci sesuatu dari tindakan amirnya (pemerintah), maka hendaklah dia bersabar, kerana seseorang yang keluar dari ketaatan kepada pemerintah walaupun satu jengkal, sekiranya dia mati, maka matinya adalah seperti matinya kaum jahiliyyah.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 22/51, no. 6610)

Ini adalah kerana orang-orang jahiliyyah itu tidak memiliki pimpinan yang konsisten, tiada pegangan agama yang utuh dan menyatukan, hidup mereka dikenali berpecah-belah serta saling jatuh-menjatuhkan di antara satu dengan yang lain. Ini disebutkan oleh al-Khaththabi dalam al-Uzlah, Imam an-Nawawi dalam Syarah Shahih Muslim, dan Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H) dalam Majmu’ Fatawanya.

Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah menyebutkan:

فَإِنَّ أَهْلَ الْجَاهِلِيَّةِ لَمْ يَكُونُوا يَجْعَلُونَ عَلَيْهِمْ أَئِمَّةً؛ بَلْ كُلُّ طَائِفَةٍ تُغَالِبُ الْأُخْرَى

“Bahawasanya orang-orang jahiliyyah tidak memiliki pemimpin (yang disepakati) yang mentadbir urusan mereka, sebaliknya setiap kelompok saling bermusuhan (menjatuhkan) di antara satu sama lain.” (Majmu’ al-Fatawa, 28/487 - Daar al-Wafaa’)

Pemerintah yang dimaksudkan hadis ini adalah merujuk kepada pemimpin (yang muslim) bagi setiap wilayah atau negara yang didiami oleh umat Islam secara umum dan tidak khusus untuk pemimpin bergelar khalifah di zaman tertentu semata-mata sebagaimana dijelaskan oleh Imam ash-Shan’ani rahimahullah (Wafat: 1182H) dalam Subulus Salam (3/258 - Maktabah Syamilah). 


sumber:
http://an-nawawi.blogspot.com/2010/10/amalan-demonstrasi-bukan-ajaran-islam.html

Sunday, 19 February 2012

Misha Omar Akhiri Zaman Gadis Akhir Tahun Ini


Akhirnya setelah berkali-kali dikhabarkan pernah berkahwin, Misha Omar tampil memperkenalkan bakal suaminya, Firos Ezzwan Rossly, 30 tahun. Firos adalah seorang juruterbang MAS. Misha Omar dan Firos pernah bercinta dan putus beberapa kali dengan Firos sebelum kedua-duanya memutuskan untuk bernikah hujung tahun ini.
tunang suami misha omar
Sama cantik sama padan kan? Memang seperti pinang dibelah dua. Abang Nara suka dengan kata-kata romantis daripada Firos apabila ditanya sama ada susah untuk bercinta dengan wanita yang bernama Misha Omar:-
Mungkin sebab saya bercinta dengan Samihah Omar (nama sebenar Misha), bukan Misha. The artist I adore, the women I love (artis yang saya puja, tetapi wanita yang saya cinta). Saya tak perlu menjadi orang lain, begitu juga dia.
tunang suami misha omar
Jiwang kan? Dan seperti yang anda semua sedia maklum, Misha Omar mempunyai seorang anak angkat bernama Adam yang kini berusia 6 tahun. Firos ternyata tidak ada masalah untuk turut berkongsi kasih sayang Misha Omar dengan anak angkatnya itu.
tunang suami misha omar
Semoga perhubungan Misha Omar dan Firos akan berkekalan bukan sahaja ke jinjang pelamin tetapi sehingga ke akhir hayat. Dan moga-moga cepat menimang anak. Firos dan Misha pun kedua-duanya dah berusia 30 tahun. Sama-sama kita doakan. Kredit berita Kosmo Ahad.

Lim oh Lim

Ini saya petik daripada blog Perdana Hitam...byk isu/cerita2 yang boleh buat kita fikir secara kritos & mendalam...lawatilah ye...

Lim Kit Siang Menghina Orang Melayu Tak Kan Orang PAS Diam Je

Di bawah adalah petikan perbahasan Zulkfli Nordin di Dewan Rakyat baru-baru ini…:- "Mohon mencelah Tuan Yang di-Pertua. 

Yang Berhormat Pasir Mas sedar atau tidak, apabila kita dengar tadi Yang Berhormat Ipoh Timur bercakap seolah-olah beliau lupa apa yang beliau dan parti beliau lakukan yang menyebabkan Ordinan Darurat 1969, peristiwa 13 Mei berlaku. 

LKS dalang peristiwa berdarah! Saya mahu baca semula Yang Berhormat sebab ada di kalangan kita di sini lupa atau buat-buat lupa setelah bersekongkol sekatil dengan DAP parti racist dan cauvinis ini, dia lupa apa yang berlaku. Saya mahu baca semula daripada Laporan MAGERAN, laporan rasmi yang dibentangkan menceritakan tentang peristiwa13 Mei membawa kepada perisytiharan darurat tersebut adalah kerana kebebasan bersuara yang sudah di luar kawalan. Tindakan racist yang melampau dan ini antara tindakan yang didalangi oleh Yang Berhormat Ipoh Timur dan parti beliau pada masa itu. 

Saya mahu baca, biar rakyat dengar semula apa yang mereka kata pada tahun 1969 membawa kepada peristiwa 13 Mei. Slogan yang dibawa pada masa itu ialah ‘Malai si’. ‘Malai si’ ini maknanya “Mati Melayu”. 

Kemudian kita lihat dalam himpunan-himpunan dan perarakan-perarakanyang mereka buat. Ini antara kenyataan yang mereka keluar pada 11 Mei, “Apa polis boleh buat, kita Raja. Buang sama polis Melayu” . Pada 11 Mei di Jalan Bukit Bintang, “Mati Melayu, Kemudian kita lihat dalam himpunan-himpunan dan perarakan yang mereka buat. Ini antara kenyataan yang mereka keluar pada 11 Mei, “Apa polis boleh buat, kita Raja. Buang sama polis Melayu” Pada 11 Mei di Jalan Bukit Bintang, “Mati Melayu,sakai pergi masuk hutan”. 

Pada 11 Mei Jalan Changkat Dollah, “KL sekarang Cina punya”. Pada 12 Mei Jalan Ipoh, Jalan Tunku Abdul Rahman, “Melayu balik kampung, Melayu sekarang tiada kuasa. Sekarang kita Cina sudah control.” 

Di Jalan Khir Kampung Baru, depan orang Melayu ini kenyataan parti YangBerhormat Ipoh Timur, “Melayu keluar! Apa lagi duduk sini, kita hentam lu, sekarang kita sudahada kuasa”. Pada 12 Mei depan Balai Polis Jalan Pudu...“Semua Melayu kasi habis, kasi halau semua polis.” Pada 12 Mei.

Okay nanti kejap lagi. Saya hendak habiskan. Biar dia faham. “Apa ini Melayu, kita sudah perintah dia negeri, ini negeri bukan Melayu punya, mata-mata lancau.” 

Pada 12 Mei Jalan Canvel, “Butuh Melayu, Malai si, pergi mati Melayu.” Pada 12 Mei Jalan Bukit Bintang, “Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu kasi halau semua Melayu.” 

Saya mohon bertanya Yang Berhormat setuju atau tidak dengan cadangan saya supaya Yang Berhormat Ipoh Timur dan part idia berani melakukan transformasi demokrasi yang matang ini. 

Saya cabar Yang Berhormat IpohTimur antara dalang pencetus 13 Mei supaya walk the talk menjadi anak jantan pertama minta maaf kepada rakyat Malaysia atas politik racist dan politik sempit yang dimainkan pada 1969."