Thursday, 2 February 2012

Usim Oh Usim


Insyaallah PRK dh nk start….err PRK ni pilihan raya kampus…klu dulu  ada banyk isu jadi time PRK ni…pecah pintu kaca, kepala babi, calon kena ‘sorok’….fuh kuat betul siswa kita ni politik…tapi akademik camna bro oiii…ok x…

K, kat Malaysia ni ada 20 IPTA and Universiti Sains Islam Malaysia(USIM) is one of it..so x leh avoid la dari PRK ni kan..just PRK kat USIM ni x la sepanas u lain..maybe sbb bru kot…ehem USIM ada gak pergolakan politik…just x de student yg brani enough nk ‘surface’kan..

K sistem undi kat USIM ni atas tiket INDIVIDU…bkan PARTISAN…so there should be no ASPIRASI or PRO-M in the house..HEP dibantu sekumpulan jentera(student) act as SPR(Suruhanjaya Pilihan Raya).diorang ni yg setup semua event yg kait ngan PRK cam rapat umum, manifesto, pengundian…and diorang pakai sistem E-UNDI...simple kan..

Slalu time nk PRK ni msti ada tngn2 gatal yg nak try ‘stir’ keharmonian PRK USIM ni…diorg ckp E-UNDI ni x telus…brainwash calon bg sokong HEP…mcm2 la…cam biasa that’s all is just propaganda nk bg student x ska HEP…euww klise siot..

Kem calon bkn nk brainwash bang oii..just nk expose and asah ckit2 bakat bakal bdk2 yg nk btanding ni..ajar camna team work...2 je...


k stay positive and keep smiling... :)

Monday, 30 January 2012

USIM SEDIAKAN ZON BELAJAR DENGAN WIFI UNTUK MAHASISWA

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengambil langkah proaktif untuk menambah kemudahan bagi penuntutnya dengan mewujudkan Zon Belajar 24 Jam yang dilengkapi dengan perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar (WiFi) di kampusnya di Nilai baru-baru ini.

Naib Canselor USIM, Profesor Dato’ Dr. Muhamad Muda berkata, zon terletak di Pusat Komersial USIM itu diwujudkan bagi memudahkan penuntut mengulang kaji pelajaran dengan kemudahan Internet berkelajuan tinggi.

"Ruang khas atau Zon Belajar 24 Jam ini merupakan cadangan sekumpulan penuntut yang mengikuti Kursus Asas Keusahawanan Siswa (KAKS) USIM.

"Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada penuntut yang memberi cadangan bernas seperti ini dan kami amat mengalu-alukan sebarang idea baik yang mampu dimanfaatkan seluruh mahasiswa khususnya ke arah meningkatkan kecemerlangan akademik," katanya pada majlis pelancaran zon tersebut baru-baru ini.

Jelasnya, zon berkenaan yang mampu memuatkan 60 penuntut pada satu masa mula beroperasi pada 4 November lalu.

Beliau juga memberitahu kapasiti kelajuan wifi akan ditingkatkan dari 48 megabait sesaat (Mbps) pada waktu ini kepada 100 Mbps.

"Pada masa akan datang menerusi peruntukan yang ada, pihak universiti akan menambah bilangan kerusi dan meja serta mewujudkan kios makanan dan minuman ringan bagi memudahkan mahasiswa mengulangkaji pelajaran mereka di sini," ujarnya.

Inisiatif tersebut berjaya dilaksanakan setelah beberapa siri perbincangan dijalankan melibatkan Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti (JPPF), Pusat Pembangunan Keusahawanan Siswa (PPKS), Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), Bahagian Pengajian Pra-Siswazah (BPPS) serta Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

Sumber- Utusan Malaysia

p/s: diharap mahasiswa USIM dapat memanfaatkan lagi kemudahan yang ada dan seterusnya meningkatkan mutu pencapaian akademik.

Saturday, 28 January 2012

Aziz Bari Terpalit "Buta Undang-undang"

Assalamualaikum...

Buta Undang-undang?
Siapakah si buta undang undang ini.

Nah! maka Safira Safri katakan, Terpalit di wajah Prof. Dr. Aziz Bari sebagai seorang pakar undang-undang yang BUTA undang undang.

Middle Voices tak cakap, Safira Safri pun tak cakap.

Siapa cakap?

DS Azizan, Menteri Besar Kedah.

"Azizan turut menyifatkan Aziz “buta undang-undang” dan tidak bersikap seperti tokoh akademik. “Macam mana beliau (Aziz) suruh saya campur tangan dalam hal pentadbiran universiti? Yang kedua perkara ini sudah dibawa ke mahkamah...jadi buat apa nak bising, tunggu sahaja kes bermula." - Al-Ahkam

Di sini, Middle Voices ingin meminta mahasiswa agar berfikir dengan lebih luas.

Seorang pakar undang-undang di beri gelaran buta undang-undang. Kenapa? Mengapa? dan bagaimana?

Al-Ahkam ada jawapannya.

Mari kita berfikir bersama, seorang pakar menjadi buta? adakah mereka, pakar ini buta secara tiba tiba? adakah pakar ini menerima apa-apa habuan untuk menjadi buta seketika? belajar setinggi menara gading akhirnya menjadi seorang yang buta, seolah tidak tahu apa apa.

Atau,
Pakar ini dijanjikan pangkat oleh mereka yang mengejar pangkat, maka Middle Voices anggarkan pengejar pangkat ini sebagai Anwar Ibrahim.

Kenapa? Kerana ini;

"Menteri Besar Kedah ini mengulas desakan Aziz semalam agar Pakatan Rakyat mengambil tindakan tegas terhadap beliau kerana mengambil tindakan ke atas lima mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (KUIN) menggunakan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) tahun lepas." - Al-Ahkam

Persoalannya, apakah kaitan seorang pakar undang-undang dengan sebuah parti politik pembangkang? perlukah campur tangan pakar ini? 

Mungkin kerana Anwar Ibrahim dijangka akan menjadi Perdana Menteri yang akan menggantikan DS Najib sebentar lagi menjadikan Pakar ini BUTA seketika.

Mungkin kerana Anwar Ibrahim dijangka akan menjadi Perdana Menteri yang akan menggantikan DS Najib sebentar lagi menjanjikan Pakar Buta ini Pangkat dan Jawatan dengan gaji ribuan Ringgit.

Mungkin kerana Anwar Ibrahim dijangka akan menjadi Perdana Menteri yang akan menggantikan DS Najib sebentar lagi menjanjikan Pakar ini untuk menggantikan Peguam Negara.

Adakah ini benar? Kalau tidak mengapa pakar ini bertindak seperti BUTA.

Lagi;


Prologue: Sejauh mana butanya Dr Aziz bari? Anda, mahasiswa pasti boleh berfikir dengan lebih matang. Seorang pakar tidak tahu prosedur, seorang pakar tidak bersifat sebagai pendidik? kenapa? fikir fikirkanlah...

#adakalanya matlamat menghalalkan cara...



Thursday, 26 January 2012

SMM Mangsa Terbaru Misi Pakatan Rakyat...??

SMM yang sebelum ini dikatakan sebuah organisasi mahasiswa yang menyebelahi atao pro pembangkang, namun kini salah satu blog pro pembangkang, teranungkite.blogspot.com mengatakan bahawa SMM adalah sebaliiknya.

TK mengatakan bahawa SMM adalah tali barut UMNO(boleh dibaca lanjut di http://bicara-minda-siswa-merdeka.blogspot.com/) .

Mengapa ini semua berlaku, adakah setelah habis madu SMM diperah, kini setelah hanya tinggal sepah, mereka dibuang sebegitu Sahaja?


agak sukar bagi pihak ana untuk memahami apakah realiti di sebalik semua ini. Atau adakah ini hanyalah satu lagi retorik pembankang dalam usaha menawan putrajaya? Nampak benar mereka mengamal dasar 'MATLAMAT MENGHALALKAN CARA'.

Bagi mereka yang di luar sana yang mempunyai maklumat yang lebih detail dan terperinci, ana sangat mengalu-alukan anda untuk mengkomen, di bawah ini. Samada sekadar pandangan mahupun cemuhan atau penerangan, ana tetap mengalu-alukan..
salam maulidur rasul ana ucapkan pada semua... wassalam..

Sunday, 22 January 2012

Mahasiswa Dah Gila

Safira Safri in da house. Thanks to Mahasiswa Utara.

Mahasiswa dah gila. Tidak pandai dan berpura pandai. Tidak matang dan berlakon matang tambah macho. Bukan hero nak jadi hero. 

Nah! Seksyen 506 Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 2 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. Atas rasional ini maka SS katakan mahasiswa sudah gila. 

Wahai mahasiswa, saya tahu anda cendekiawan, anda golongan intelektual, anda golongan bijak pandai, anda golongan pemikir, tapi adalah tidak layak atau SS gelarkan gila+sewel jika anda bertindak mengugut seseorang dengan apacara sekalipun tanpa niat atau dengan niat melalui Facebook, surat atau percakapan atau gurauan sekalipun.

Apatah lagi UGUTAN terhadap PERDANA MENTERI MALAYSIA. 

Maka anda adalah mahasiswa yang gila kerana telah pun berbuat demikian.

Prologue: Middle Voices pandang serius akan apa yang telah dilakukan seorang wanita yang ditahan kerana mengugut PM melalui lama sosial Facebook baru baru ini. 

Nasihat daripada Safira sendiri, andaikata kita, mahasiswa hendak perjuangkan hak dan kebebasan bersuara, dan isu kematangan menjadi halangan maka tunjukanlah kematangan itu agar ianya tidak dijadikan alasan untuk tidak membenarkan anda bersuara. 

Sebagai mahasiswa, bertindaklah dengan bijak, menggunakan kata kesat, mengugut dan memaki bukan lah satu penyelesaian yang baik.

Tidaklah kamu bahagia juga akan jika kamu memaki orang dan hanyalah sedikit kepuasan daripada memaki itu yang puasnya tidak akan pernah puas.

#Kalau marah dengan sesiapa sekalipun, buka undang undang dulu sebelum buat apa apa pernyataan...sebab kalau dah tersabit, Padan Muka!