Tuesday 22 May 2012

Biasiswa PTPTN

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Pernahkah rakan Middle Voices terfikir untuk menukarkan pinjaman PTPTN kepada Biasiswa PTPTN



#jom dapatkan yang terbaik...

Sunday 13 May 2012

PERANCANGAN YAHUDI UNTUK MELAYU

بسم الله الرحمن الرحيم

PERANCANGAN RAPI memusnahkan BANGSA MELAYU ...untuk dibaca oleh MELAYU ISLAM ( tak kira Melayu UMNO, Melayu PAS atau Melayu PKR)

Setiap hari Jabatan Rahsia Amerika Syarikat mencari alasan untuk mencucuk jarumnya di Malaysia, mencari alasan untuk membenarkan tentera proksinya menjajah Malaysia"


Bangsa Melayu akan jadi sasaran selanjutnya selepas Pathan (atau Pashtuns) dan Arab. Giliran ini berdasarkan perancangan menghapuskan sebarang peluang untuk Islam bangun di akhir zaman. Kenapa Kaum Pathan? Kenapa Arab? Sebabnya mereka ini penganut Islam yang tegar. Tidak kurang juga bangsa Melayu.


Berkurun lamanya mereka menjajah dan berusaha untuk menukarkan agama bangsa-bangsa ini, tetapi masih gagal. Malah kaum Pathan di Pakistan dan Afghanistan terus berjuang. Berjuang melepaskan diri dari berbagai bentuk penjajahan, Pakistan agak bernasib baik kerana mengikut kata mereka, tetapi hanya untuk sementara waktu sahaja. Bila mana pemerintah bertukar kepada sistem pemerintahan Islam ataupun pemimpin mereka lebih islamik, segera mereka melebelkannya sebagai "pengganas" dan membuat helah untuk menghancurkannya.

Itu juga yang berlaku kepada negara Arab sekarang. Mana-mana pemimpin yang tidak mengikut telunjuk mereka, akan diancam malah di perangi secara tidak adil. Alasan demi alasan dihamburkan untuk memberi laluan kepada mereka melaksanakan perang. Libya adalah contoh terbaru, selapas ini pastinya Syria pula. Mereka menghasut rakyat bangun memberontak dan segera mereka campur tangan.

Berbagai helah diatur untuk menguasai sepenuhnya negara-negara ini. Malaysia dan Indonesia dalam perhatian mereka setiap masa. Cuma peluang belum terbuka sepenuhnya. Gara-gara hasutan dan gerak kerja ejen-ejen mereka, sudah nampak beberapa insiden yang tak masuk akal. Akan berlaku kacau bilau dan perang saudara setelah hasutan mereka berjaya.

Atas alasan menyelamatkan orang awam, mereka segera campur tangan. Oleh kerana alasan itu adalah pembohongan semata-mata, lebih ramai orang awam yang terbunuh. Lihat sahaja apa yang berlaku di Libya dan Afghanistan.

"MELAYU" BANGSA MISTERI

Untuk orang Melayu (Nusantara keseluruhannya) keadaan agak unik. Bangsa ini sentiasa sahaja terselamat dari ancaman mereka. Telah beberapa kali mereka cuba mencetuskan huru hara tetapi akhirnya terselamat juga atas kehendak Allah. Harus diingat mereka tidak pernah berputus asa.

Ini ADALAH PERANCANGAN YANG AMAT RAPI selama beratus tahun. Setiap perkara yang lengkap dengan segala persediannya, dirancang dengan teliti akan membuahkan hasil walaupun ia adalah kejahatan. Perkara kebaikan yang tidak dirancang dengan baik, kurang persediaannya dan tidak lengkap peralatannya akan gagal. Allah tidak MENGUBAH NASIB SESUATU KAUM SELAGI KAUM ITU TIDAK MENGUBAH NASIB MEREKA. Ini adalah asas kepada Hukum Tarik-Menarik (Law of Attraction).

Di dalam satu hadis Qudsi, Allah Rabbul Izzati ada menyatakan "Aku adalah mengikut SANGKAAN hambaku". Selagi kita berusaha ke arah positif, Tuhan akan membantu kita. Masalahnya di dalam dunia yang dikuasai Iblis melalui syaitan-syaitan manusia sebagai proksi mereka, umat Islam dilekakan dan segala fikiran mereka yang sepatutnya ditujukan kepada harapan yang lebih baik dilalaikan dengan cinta, gaya hidup hippies dan hiburan yang memabukkan. Akibatnya umat Islam semakin tertekan dan tertindas manakala orang-orang kafir terutamanya Yahudi dan penyembah syaitan semakin yakin diri dan positif dengan matlamat mereka. Tetapi semua itu HANYALAH PERANCANGAN MEREKA. Sebenarnya ALLAH LAH YANG MERANCANG DAN MENENTUKAN SEMUANYA. Perancangan Allah lebih sistematik dari perancangan mereka. Satu hari sikap tenang dan yakin diri mereka itu akan bertukar menjadi teramat serabut dan keliru apabila JANJI ALLAH TIBA.

Di dalam dunia yang penuh konflik hari ini,para pengikut penyembah syaitan mahu menguasai dunia dan mengalahkan Allah. Mereka berusaha siang dan malam selama beribu tahun. Mereka berusaha dari segi spiritual dan material. Secara kerohanian dan sains teknologi. Dan hasilnya seperti hari ini, di mana bola bumi seakan dalam genggaman mereka. Tetapi Iblis masih tidak berpuashati. Iblis mahu penyembah-penyembah mereka menghapuskan satu musuh yang amat degil. PADA PERINGKAT TERTINGGI musuh mereka bukanlah Cina Komunis, Korea Utara atau rangkaian pengganas antarabangsa TETAPI ISLAM SUCI YANG DIANUT OLEH MUKMIN BERIMAN. Siapakah pendukung agama Tuhan yang tunggal ini?

Jika anda sedar hakikat misteri ini, terdapat DUA BANGSA TERBESAR YANG MENDUKUNG AGAMA TUHAN INI secara konsisten dan bersungguh-sungguh pada hari ini. Saya katakan dua bangsa ini kerana mereka masih ada kekuatan, negara dan kedaulatan manakala bangsa lain walaupun ada yang memeluk Islam adalah minoriti dan menumpang di negara lain atau tinggal dalam negara mereka yang bermajoritikan agama kafir. Terdapat juga bangsa yang pernah mendaulatkan Islam tetapi hari ini kukunya sudah dicabut dan teramat lemah malah menentang Islam kembali seperti yang terjadi kepada bangsa Turki.

Jika dua bangsa utama ini terhapus dari kamus Islam maka 99 peratus dunia di tangan Iblis mengikut perancangan mereka. Ya, sudah pasti yang pertama bangsa Arab yang masih mendominasi sumber-sumber Islam dan memiliki segala relik dan tempat suci Islam. Maka bangsa inilah yang menjadi sasaran hari demi hari para Satanik ini sehingga hari ini gigi-gigi geraham mereka bagaikan mahu tercabut habis dek penangan Yahudi-Amerika. Selepas target pertama, bersedialah target yang kedua. Siapakah bangsa kedua terbesar yang masih mendukung agama Tuhan ini?


Ia adalah BANGSA MELAYU. Bangsa pemalu yang amat bersopan-santun, jujur dan misteri sikap mereka. Para pengikut Satanik sudah lama memerhatikan bangsa misteri ini. Rantau Nusantara termasuklah Kepulauan Melayu di mana termasuk di dalamnya Indonesia, Malaysia, Brunei, Singapura, Filipina dan juga negara-negara Indochina adalah target terbesar mereka ketika ini tetapi dijalankan secara teramat senyap dan rapi, tidak seperti perancangan mereka terhadap bangsa Arab. Lain karakter sesuatu bangsa, maka lainlah pelan tindakan mereka. Tidak boleh sama kerana jika dibuat secara membuta-tuli, alter rahsia bangsa ini akan bangkit secara tiba-tiba dan Empayar Emperialis sekuat British pun tidak dapat menahan gelombangnya seperti yang terjadi ketika Malayan Union. Sebab itu konsep Divide and Rule amat penting di wilayah ini.

Orang Melayu tidak menghalau British keluar dari Tanah Melayu dengan senapang dan parang tetapi dengan alter terahsia ini. Illuminati amat berjaga-jaga dengan rantau ini. Anda tahu, setiap hari Jabatan Rahsia Amerika Syarikat mencari alasan untuk mencucuk jarumnya di Malaysia untuk membenarkan tentera proksinya menjajah Malaysia sebagaimana yang terjadi di Iraq dan Afghanistan tetapi ada saja masalah yang timbul dan melambatkan perancangan mereka.

Karakter bangsa Arab yang tidak mampu mengawal emosi, panas baran, berpuak-puak dan sukakan harta kekayaan amat senang dijinakkan oleh Illuminati (mewakili kaum penyembah Iblis) dan Yahudi. Pisahkan mereka dari Islam, dan mereka kembali menjadi bangsa hina zaman Jahiliyah dahulu. Amat senang formula ini. Tetapi formula ini tidak boleh semudahnya dipakai terhadap bangsa Melayu yang misteri ini.

Bangsa Melayu bersifat pendiam, sensitif, jujur, menghormati orang luar (sehingga jika nak bercakap dengan Cina atau India pun terpaksa di'slang'kan bahasanya sendiri), banyak memendam rasa, amat kuat kefahaman kerohanian mereka dan mereka juga kreatif. Anda boleh membaca buku The Malay Dilemma karya Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai asas untuk mempelajari karakter bangsa misteri ini. Pakar-pakar strategi Illuminati pun sukar hendak membaca karakter bangsa spiritual ini sama seperti bangsa Yahudi.

Saya bukan hendak melebih-lebihkan bangsa ini sebagai sasaran Illuminati tetapi hanya bangsa ini serta bangsa Arablah yang diharap mempertahankan agama Islam di muka bumi ini. Anda boleh fikirkan sendiri. Jika perkara semudah ini pun kita tidak nampak, apatah lagi perancangan tahap sulit Commitee 300 atau Pelan Tindakan Rahsia yang saban tahun dibincangkan di Bohemian Groove dapat difahami?Fikir...fikir. Jadi jaga-jaga bangsa MELAYU ISLAM! Perancangan Illuminati terhadap anda amat rahsia dan sulit sama seperti sifat anda yang pendiam dan pemalu. Tidak terbuka seperti bangsa-bangsa lain termasuk bangsa Arab yang semakin tidak memahami Islam yang dibawa oleh satu-satunya Nabi dari kalangan mereka, Muhammad yang mulia.

Ini adalah amat menarik, tetapi apakah yang terjadi terhadap bangsa lain yang hebat dan berkuasa seperti Cina, Jepun atau bangsa Amerika serta Eropah? Apakah ada perancangan juga terhadap mereka berdasarkan karakter seperti yang dikatakan tadi?

Bangsa Cina, Amerika dll semuanya adalah 'Pawn of The Game' Iblis dan "The Hidden Hand'.Semuanya menjadi bahan mentah dan hamba tanpa disedari oleh mereka. Memang mereka hebat, rajin dan tangkas mencari kesenangan dunia , tetapi ingat! Wang dan kekayaan dunia adalah dicelah-celah jari kaki para penyembah agama Iblis. Sekatan Ekonomi adalah 'codename' bagi salah satu senjata 'The Hidden Hand' ini. Tanpa disedari bangsa-bangsa ini menjadi bahan mentah dan bekerja sebagai mesin-mesin penjana wang bagi 'The Hidden Hand'. Mengapa Negara Cina dapat ditakluk oleh faham Komunis? Siapakah pemimpin-pemimpin Komunis Cina? Mereka adalah pengikut Illuminati yang TEGAR. Mereka sudah di'mindcontrol' secara terancang. Mereka sanggup membunuh rakyat mereka sendiri yang menentang fahaman mereka.

Apakah komunis?Komunis adalah ideologi ciptaan 'The Hidden Hand' sama seperti Liberalisme,Fasisme dan Nazisme. Kitab ajaran komunis 'Das Kapital' dan 'The Communist Manifesto' sarat dengan perancangan Illuminati dan Freemasonry. Dan 'patsies' dan mangsanya yang menjadi bahan ujikaji adalah rakyat Rusia dan Cina yang berjiran. Mengapa? Kerana mereka mempunyai bilangan penduduk teramai sekali di dunia.

Dua bangsa ini, Cina dan Caucasian Eropah berkongsi sifat yang sama; rajin,kuat usahanya, pandai mencari wang (tapi bukan menguasai wang sebagaimana Yahudi), pandai membuat kerja dan barangan serta berminat mempelajari kerohanian (bukan pandai memahami dan mendalaminya seperti bangsa Melayu). Kita boleh lihat pola ini berdasarkan sejarah, bangsa Cina sebelum menganut agama Buddha adalah kaum yang bersifat animisme seperti kaum Eropah Pagan. Ada yang menganut agama Hindu tetapi agama ini kurang popular.

Terdapat juga cendekiawan Cina yang mencari-cari Tuhan seperti Lao Tse.Tao adalah kata yang diwakilkan oleh beliau sebagai Tuhan.Tetapi apabila agama Buddha tersebar dari India,maka penambahan rakyat Cina yang memeluk agama ini meningkat begitu drastik sekali. Buddha menjadi agama yang dominan di Tanah Besar Cina.Cina tidak pernah menjadi bangsa yang ditakluki keseluruhannya kecuali serangan-serangan dari Monggol dan pengaruh Imperalisme Barat.Sama seperti Caucasian Eropah, sebelum agama Kristian muncul mereka menganut dewa-dewi masing-masing, malah ada yang mengambil dewa-dewi bangsa Mesir dan Sumeria untuk diubahsuaikan dan disesuaikan dengan budaya mereka.

Apabila agama Kristian muncul mereka pun beramai-ramai memeluk agama tersebut di mana kerajaan Rom selaku kuasa besar ketika itu amat memainkan peranan. Caucasian Eropah sebenarnya adalah patsies yang paling malang sekali dalam sejarah dominasi para pengikut penyembah syaitan.

SINGA-PURA (Pulau Singa)

Pemimpin-pemimpin Singapura adalah hamba Dajal Illuminati. Mereka sudah sekian lama bekerja untuk pihak The Hidden Hand. Musuh mereka adalah MELAYU ISLAM yang teramat degil untuk ditundukkan. Rancangan mereka untuk memusnahkan Melayu pada 13 mei 1969 (angka 13 dan 69 mempunyai maksud khas bagi sihir Gematria Yahudi) gagal akibat proksi mereka dari kalangan orang Cina  di sini masih gerun dan trauma dengan mistik aneh Melayu seperti parang terbang dan alter amok yang tiba-tiba meresap ke dalam setiap pemuda Melayu ketika itu (rujuk Datuk Harun Idris dan pasukan misteri dari Sg. Manik). Jadi plan secara halus telah dilaksanakan seperti memcahbelahkan Melayu, menjauhkan Melayu dari Islam dan merosakkan moral Melayu.

Yahudi teramat senang dengan Cina Singapura terutama keturunan Lee yang sekian lama menjilat kaki tuan mereka dari kalangan Yahudi dan Illuminati penyembah Iblis (keturunan Lee adalah salah satu keluarga elit Illuminati penyembah Iblis). Lain pula halnya dengan Melayu yang teramat degil malah benci pula dengan Yahudi Zionis. Sila lihat pola ini: Israel yang kecil di tengah-tengah negara2 Arab dan Singapura yang kecil di tengah-tengah negara-negara Melayu.


Gambar: Changi Navy Bay Singapura...Luaskah perairan Singapura yang memerlukan kapal perang dan jet perjuang yang begitu banyak? siapa yang melatih tentera mereka? Cuba tanya untuk apa ini semua? Bersediakah kita?....

PS:
ISLAM ADALAH MY WAY OF LIFE
MELAYU ITU BANGSAKU
MALAYSIA ITU NEGARAKU


Saturday 12 May 2012

1,000 mahasiswa wakili 18 universiti tunjuk sokongan kepada PM

Sebahagian 1,000 Kumpulan Rakan Siswa Malaysia (KARISMA) dari 18 Universiti seluruh Malaysia berhimpun pada Program Seminar Keamanan Untuk Negara 'Suara Mahasiswa 1Malaysia' dan menyerahkan Deklarasi Aman kepada Perdana Menteri di Dataran Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia di Putrajaya, semalam.

PUTRAJAYA 10 Mei - Seramai 1,000 mahasiswa daripada Kumpulan Rakan Siswa Malaysia (Karisma) mewakili 18 universiti seluruh negara hari ini menyerahkan deklarasi aman kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menunjukkan sokongan penuh mahasiswa terhadap kerajaan.

Penyelaras Deklarasi Aman Karisma, Muhamad Mukhlis Maghribi berkata, deklarasi itu bagi menepis dakwaan pelbagai pihak yang melabelkan mahasiswa propembangkang.

Beliau menegaskan, majoriti mahasiswa tidak menyokong pembangkang sebaliknya berdiri teguh bersama kepimpinan Perdana Menteri.

Katanya, lima perkara diketengahkan dalam deklarasi itu iaitu menyokong dan bersama kepimpinan Perdana Menteri, menolak segala bentuk kekacauan, provokasi dan demonstrasi yang menggugat keamanan negara dan menjadikan mahasiswa golongan yang bebas.

"Memastikan penyebaran fakta yang tepat dan berasas agar tidak timbul kekeliruan di kalangan rakyat serta memastikan isu moral dan salah laku bebas ditangani secara menyeluruh," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan deklarasi tersebut kepada wakil Perdana Menteri, Datuk Mohamed Suffian Awang.

Terdahulu, kumpulan mahasiswa tersebut menghadiri Seminar Keamanan untuk Negara bertajuk "Suara Mahasiswa 1Malaysia".

Mereka kemudiannya mengadakan perhimpunan aman bagi membantah perhimpunan Bersih 3.0 dan menentang isu Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender (LGBT) di Dataran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di sini hari ini.

Kumpulan tersebut kemudiannya menuju ke bangunan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menyerahkan sijil penghargaan kepada wakil Polis Diraja Malaysia, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Salleh Mat Rasid dan wakil SPR, Timbalan Setiausahanya, Datuk Nordin Che Ngah.

Menurut Muhamad Mukhlis, seluruh mahasiswa yang enyokong perhimpunan tersebut sebenarnya sudah tidak tahan dengan sikap pembangkang yang selalu menggunakan mahasiswa untuk menyebarkan agenda masing-masing.

"Kami datang ke sini kerana sudah jelik, bosan dan marah dengan demonstrasi yang diadakan untuk menggugat keamanan negara di mana mahasiswa dijadikan alat untuk menjayakannya.

"Apa yang mereka lakukan langsung tidak membantu sebaliknya mereka tidur di Dataran Merdeka, merosakkan harta benda awam, kalung bunga pada potret pemimpin dan sebagainya yang menunjukkan rendahnya tahap intelektual mahasiswa kita," katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

VC UiTM; Saya akan jumpa @MPPUiTMShahAlam

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Middle Voices ingin mengulas lanjut berkenaan entri MPP UiTM Gagal Sampaikan Suara Pelajar UiTM yang ditulis oleh rakan penulis Middle Voices; Siswa UiTM sendiri.

Menurut siswa UiTM, entri tersebut ditulis adalah untuk menguji tahap sensitifnya MPP UiTM ketika berhadapan dengan isu-isu sensitif yang melibatkan universiti dan mahasiswa UiTM, mahupun organisasi perwakilan itu sendiri.

"Tujuan penulisan saya tidaklah untuk mengkritik MPP secara membabi buta, tetapi lebih kepada menguji tahap sensitifnya MPP UiTM bila ada isu yang menyentuh imej universiti, dan pelajar UiTM. Termasuk dengan MPP itu sendiri." - Siswa UiTM

Ujarnya lagi,

"MPP sepatutnya menyampaikan suara pelajar UiTM di dalam setiap isu yang melibatkan imej universiti dan sebarang isu-isu sensitif yang menyentuh sensitiviti UiTM sebagai universiti tolong melayu. Namun, tindakan mendiamkan diri atau memberi alasan untuk tidak mengulas lanjut tentang isu berbangkit hanya akan memburukkan lagi imej UiTM."

"Isu Khalid Ismath, sepatutnya MPP harus keluarkan kenyataan bahawa Khalid bukanlah mewakili suara pelajar UiTM, namun kegagalan Farid, YDP MPP berbuat demikian telah mengundang malu kepada pelajar UiTM dan khasnya pelajar Fakulti Undang undang yang sedikit sebanyak terjejas sampai wujudnya Waris Wawasan dan bangkitnya Penuntut Undang-undang untuk menyatakan pendirian mereka sendiri demi untuk menepis malu kerana nama fakulti terpampang di dada akhbar. Jika begitu baik tak perlu ada MPP kalau mahasiswa perlu bercakap demi pihak mereka sendiri."

"Saya tak nafikan MPP juga seorang pelajar dan bukannya saya nak tuding jari tak tentu pasal. Ada yang tanya, kenapa saya tak tuding jari pada HEP? kenapa nak tuding jari pada HEP, come onlah..HEP bukan badan yang dilantik untuk mewakili pelajar. Takkanlah HEP pulak yang nak buat press conference menyampaikan suara pelajar UiTM? Apa tugas MPP jika HEP yang akan sampaikan suara pelajar? jadi itulah rasionalnya saya persoalkan kegagalan MPP berbuat demikian."

"Kalau ikutkan, malu MPP dengan entri saya hanya sedikit atas kesilapan mereka sendiri berbanding malu pelajar UiTM, staff UiTM, serta penuntut undang undang UiTM yang terbeban akibat MPP yang diam membisu. Kalau betul MPP sudah berbincang dengan VC tentang pendirian mereka, kenapa VC boleh kata "saya akan berjumpa dengan wakil @MPPUitmShahAlam untuk mendengar pendirian mereka, Insya-Allah..". Ini bermakna mereka belum berjumpa VC untuk berbincang berkenaan isu kampus yang melibatkan Khalid Ismath. Jadi salah ke jika saya persoal mana kredibiliti MPP yang memegang amanah dan kepercayaan saya dan 50,000 mahasiswa UiTM yang mengundi mereka??"

Sebelum itu, Naib Canselor UiTM, Dato' Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar yang pernah ditanya oleh siswa UiTM melalui laman sosial twitter @siswazontengah akan pendapat beliau terhadap entri tersebut dan beliau menjawab akan mengaturkan satu perjumpaan dengan majlis perwakilan itu untuk mendengar pendirian mereka.

Dato' Sahol yang menjawab pertanyaan siswa UiTM

Prologue: Middle Voices ingin mengajak semua mahasiswa untuk berfikiran lebih matang tanpa sebarang prejudis. Hal ini kerana, mahasiswa yang menentukan untuk menilainya daripada pandangan yang positif ataupun negatif.

Pada pandangan SS sendiri, entri yang ditulis siswa UiTM hanyalah satu teguran atau peringatan mesra sebagai pemilih kepada perwakilan yang diberi mandat untuk menjalankan tugas badan eksekutif pelajar itu.

Jika kita lihat dari aspek yang lain, ianya sama seperti kita, mahasiswa yang mengkritik kepimpinan kerajaan pada hari ini yang mana kita akan mengkritik kerajaan dimana sahaja jika kerajaan mengabaikan tuntutan kita dan tidak mentadbir negara dengan baik. Malah kita bersetuju bahawa mengkritik kerajaan itu hak kita kerana kita yang mengundi mereka.

Secara pulangannya, tidaklah menjadi satu kesalahan jika siswa UiTM mempersoalkan tindakan MPP UiTM yang berdiam diri atau memberi komen 'play safe' seperti yang dinyatakan siswa UiTM sedangkan imej universiti ketika itu tercalar tanpa sesiapapun daripada perwakilan itu bangkit membersihkan nama baik UiTM.

Surat Perlantikan Executive Caretaker
Selain itu, mahasiswa juga boleh merujuk kepada surat perlantikan semula MPP UiTM sebagai Executive Caretaker yang mana dinyatakan pada perenggan empat (4) oleh Naib Canselor UiTM;

"Semoga dengan perlantikan ini, saudara/i akan menjalankan tanggungajawab yang diamanahkan dengan baik dan bersama-sama menjalankan tugas demi kepentingan pelajar dan juga universiti."

Jelas melalui perenggan tersebut bahawa tugas MPP bukan sahaja demi kepentinagn pelajar malah universiti yang sekaligus mewajarkan MPP untuk mewakilkan suara mahasiswa UiTM di dalam menjaga nama baik UiTM untuk kepentingan bersama.

Oleh yang demikian, seharusnya mahasiswa melihat entri tersebut dari sudut yang positif dan tidak menganggap entri tersebut sebagai provokasi sedangkan ianya merupakan suara mahasiswa UiTM sendiri.

Selain itu, mengulas kepada komen entri tersebut;

"kalau saudari rasa mpp gagal menyampaikan isi hati pelajar, saya cadangkan saudari sendiri bertanding untuk menjadi mpp pada penggal hadapan. buktikan kata-kata saudari." - Anonymous

Dari pandangan Safira Safri pula, sangatlah tidak molek jika mahasiswa memberikan cadangan seperti ini seolah MPP itu tidak boleh ditegur ataupun dikritik; atau adakah perlu untuk UiTM membuka kerusi umum agar wujud satu badan yang boleh menegur majlis perwakilan itu secara terus seperti di universiti yang lain? Adakah itu lebih baik daripada teguran itu disampaikan oleh mahasiswa sendiri?

Sebaik itu, Middle Voices ingin mengajak mahasiswa dan mahasiswa UiTM khasnya untuk memberikan pertimbangan yang baik terhadap isu-isu yang diutarakan agar tidak disalah tafsir hanya kerana pencampuran emosi yang menjejaskan pertimbangan yang tertib.

Diharapkan dengan ulasan ini dapat menjernihkan semula pandangan mahasiswa terhadap isu yang dibangkitkan agar mahasiswa dapat berkongsi pendapat secara ilmiah, santun dan berpekerti selain memerli atau menggunakan kata kata kesat yang akhirnya tidak memberikan sebarang keuntungan kepada sesiapapun.

#MPP UiTM sudah cukup bagus dengan penjagaan kebajikan mahasiswa, namun badan eksekutif ini akan lebih berfungsi jika mereka memaksimumkan mandat dan fungsi mereka sebagai wakil kepada mahasiswa. Selamat bermuzakarah...

Demonstrasi Jalanan Petanda Qiamat

Kegananasan BERSIH 3.0, Islam semakin hanyut...

APABILA MUNCULNYA PEJUANG ISLAM BERDEMONSTRASI DI JALANAN PETANDA DUNIA HAMPIR QIAMAT

Terdapat isyarat Hadith menyatakan bahawa salah satu tanda dunia hampir kiamat ialah apabila adanya pejuang Islam yang menyuarakan perjuangan mereka dengan cara tunjuk perasaan atau demonstrasi.

HADITH yang di maksudkan ialah Nabi bersabda yang bermaksud :

"Akan muncul nanti tiga perkara (buruk) sebagai tanda dunia hampir kiamat."

1) Tempat makmur (masjid) telah lengang dan tempat lengang (pasar dan tempat hiburan) telah makmur (di kunjungi ramai).

2) Orang berjuang dan berjihad secara tunjuk perasaan (demonstrasi).

3) Seorang menggesel amanah saperti unta menggesel badannya di pokok kayu. (Riwayat At Tabrani dalam Al Kabir).

Hadis ini menceritakan bahawa pada akhir zaman akan ada di kalangan umat Islam yang berjuang, mereka menyatakan dan menzahirkan tuntutan dan tentangan terhadap pihak tertentu melalui tunjuk perasaan atau demonstrasi.Perkara ini telah dan sedang pun berlaku di merata pelusuk dunia termasok di negara kita.

Allaamah Mufti Brunei ada menyebut dalam himpunan fatwanya bilangan 30 halaman 164 berkata:

“Salah satu perkara yang timbul sekarang ini di kalangan orang Islam ialah mereka mengikut cara Eropah atau cara orang Barat ia itu mereka berarak di jalanan dengan meninggikan suara dan menjerit menzahirkan tuntutan mereka, dengan beriktiqad bahawa cara itu adalah jihad. Sedangkan Nabi S.A.W telah mengkhabarkan bahawa perbuatan berjuang cara berarak di jalanan dan memekik itu sebagai mengikut cara orang jahiliah yang bukan Islam.”

Sabda Nabi S.A.W. lagi yang maksud nya : “Sesungguh nya Allah benci kepada orang yang keji dan membuat perkara yang keji dan memekik mekik di jalanan.” ( Riwayat Ibnu Abi Dunya dari Jabir )

Kita lihat bahawa semangat kebangkitan Islam telah begitu ketara di seluruh dunia.Ini satu perkembangan yang baik. Ini mungkin menandakan bahawa umat Islam sudah mula cinta pada Islam dan tidak rela lagi melihat Islam itu diapa-apakan.

Mungkin juga umat Islam sedunia telah mula memahami akan maksud ayat Al QuranMaksudnya: “Tidak sekali-kali akan redha kaum Yahudi dan Nasrani itu kepada engkau (ya Muhammad ) selagi engkau tidak ikut cara hidup mereka.”(surah Al-Baqarah: 120)

Semangat kebangkitan Islam juga telah mengakibatkan umat Islam sedunia membuat perkara-perkara yang tidak ada dan tidak diajar di dalam Islam.Semangat ini telah mendorong umat Islam berdemonstrasi dan menunjuk perasaan. Silap saja langkah pihak tertentu keluarlah umat Islam dengan sepanduk-sepanduk dan slogan-slogan. Berkumandanglah suara-suara mengutuk pihak yang mereka tidak puas hati dengan.

Demonstrasi dimeriahkan pula dengan sorak-sorai, pekik jerit, kutuk megutuk dan maki hamun. Menyebabkan suasana jadi gawat. Mereka yang mengaku pejuang Islam melakukan demonstrasi jalanan, merusuh, mengganggu orang ramai dan merosakkan harta benda individu dan awam, membakar lilin cara yahudi, mogok lapar ikut yahudi (tetapi berselindung mengatakan mogok puasa), memakai baju hitam atau kuning. Dan bermacam macam bentuk tunjuk perasaan.

Apa yang para ‘demonstrasi’ ini telah lupa ialah, demonstrasi dan tunjuk perasaan yang mereka lagang itu bukanlah dari Islam tetapi adalah dari budaya syaitan (toghut). Islam tidak ada mengajar demonstrasi dalam bentuk yang sebegitu. Kalau ada, apakah garis panduan nya mengikut Islam? Di sinilah lemahnya kita. Dari satu segi kita marahkan perbuatan toghut tetapi dari segi yang lain kita pula yang mengamalkan dan mempopularkan apa yang dianjurkan toghut selama ini.


#Buatlah pertimbangan dengan akal, hati dan iman, Insya Allah kebenaran akan dimiliki anda...

Friday 11 May 2012

KARISMA; Jangan Berjudi

Assalamualaikum dan salam pencinta negara.

KARISMA, Kumpulan Rakan Siswa Malaysia, dekat Bangunan JPA, Putrajaya semalam telah bangkit menyampaikan pandangan dan pendirian mahasiswa berkenaan dengan Demonstrasi BERSIH 3.0 yang jelas bertentangan dengan amalan hidup rakyat Malaysia.

Perhimpunan Aman ini dilaporkan oleh pemberita telah bermula sekitar jam 1.30 petang dengan kejayaan mengumpulkan hampir 900 mahasiswa berbagai universiti termasuk IPTA dan IPTS sekaligus berjaya membuktikan pendirian mereka yang menolak keganasan di dalam berdemonstrasi.

RAMAI, di perkarangan bangunan JPA
Selain itu tertulis di banner-banner peserta perhimpunan aman ini, "Jangan Perjudikan Keamanan Negara" yang jelas menyampaikan idea mahasiswa seluruh negara yang menolak Demonstrasi BERSIH 3.0 dalam masa yang sama menyampaikan sokongan tidak berbelah bagi kepada Polis Di Raja Malaysia, PDRM yang selama ini terpuji di dalam menjalankan tugas sebagai pengaman Malaysia.

Mengikut sumber, satu deklarasi aman telah berjaya diserahkan kepada YAB Dato' Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia yang diterima oleh Dato' Sufian Awang, Setiausaha Politik beliau selain penyerahan sijil penghargaan kepada Dato' Wira Saleh, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA)  di sini semalam yang sedemikiannya menyokong professionalisme polis Malaysia dan tidak terkecuali wakil Suruhanjaya Pilihan Raya, SPR yang turut menerima sijil penghargaan.

Sementara itu, "kami inginkan perhimpunan aman yang nyata menjaga ketenteraman dan keamanan negara yang boleh dicontohi dan bukannya yang merosakkan." ulasan mahasiswa yang turut serta diperkarangan bangunan JPA yang mengulas kepada keganasan BERSIH 3.0 yang lalu.

# Harus jadikan contoh...agar tidak berjudi dengan tebusan keamanan negara!

Wednesday 9 May 2012

Menteri Besar Selangor Ahli UMNO


Ahli UMNO rupanya MB Selangor ni.
Boleh jadi perwakilanlah tahun depan

IC: 461214-10-5273
No Ahli UMNO: 01791393
Cawangan: Pasir Tuntong
Bahagian: Kuala Selangor.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) dicabar agar mendesak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor dan keahliannya daripada parti itu kerana masih berstatus ahli UMNO.

Setiausaha Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan) Selangor, Mohd. Faizal Mohd. Salleh berkata, berdasarkan sebuah laman blog, sahabat-gunung.com, Abdul Khalid yang bernombor kad pengenalan 461214-10-5273 adalah ahli UMNO yang memegang nombor keahlian 01791393 bagi cawangan Pasir Tuntong yang terletak di bawah UMNO Bahagian Kuala Selangor.

‘‘Justeru, kita cabar PKR supaya mendesak Abdul Khalid meletak jawatannya termasuk keahlian dalam parti pembangkang itu.

‘‘Jika sebelum ini PKR mendesak Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletak jawatan atas tuduhan kononnya mereka ahli UMNO, kenapa mereka tidak mempersoalkan kedudukan Abdul Khalid dengan parti pemerintah itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambahnya, pihaknya kesal dengan sikap pemimpin pembangkang yang dikatakan sering menyebarkan fitnah khususnya kepada generasi muda untuk mencapai agenda politik mereka.

Katanya, tidak cukup dengan dakyah yang cuba diserap dalam perhimpunan Bersih 3.0 baru-baru ini, pembangkang juga turut melakukan serangan terhadap SPR yang mengaitkan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan Timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar dengan UMNO.

‘‘Apa yang mereka (pembangkang) lakukan itu adalah sangat tidak bertanggungjawab. Kita lihatlah hari ini bagaimana Bersih 3.0 dicemari dengan insiden keganasan yang telah menyusahkan pelbagai pihak.

‘‘Begitu juga dengan tuduhan mereka kononnya Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR adalah ahli UMNO sebenarnya terbukti adalah fitnah semata-mata," jelasnya.

Ini kerana berdasarkan laporan media, tuduhan mereka terhadap Abdul Aziz dan Wan Ahmad itu disahkan tidak benar sama sekali.


#Picisan dunia politik, "tiada yang benar-benar betul..."

Tuesday 8 May 2012

MPP UiTM Gagal Sampaikan Suara Pelajar UiTM

Assalamualaikum dan Salam 1 UiTM. "UiTM sentiasa di hatiku".

Middle Voices hari ini ingin menyampaikan rasa kecewa Mahasiswa Univerisiti Teknologi MARA akan kesepian dan kegagalan Majlis Perwakilan Pelajar atau MPP UiTM yang telah dilantik semula sebagai pemangku bagi badan eksekutif pelajar itu ataupun yang lebih dikenali sebagai Executive Care Taker.

Secara resminya, badan eksekutif pelajar ini seharusnya berfungsi sebagai pemudah cara, penyampai atau wakil kepada pelajar ataupun dalam bahasa mudahnya, badan ini akan berfungsi sebagai kaki dan tangan pelajar, malah suara pelajar di dalam menyampaikan dan menyelesaikan sebarang isu-isu berbangkit di dalam ataupun luar kampus yang melibatkan penuntut di UiTM.

Dari aspek perundangan, Majlis Perwakilan Pelajar atau ringkasannya MPP merupakan badan perwakilan pelajar yang utama di Universiti Teknologi MARA yang diwujudkan mengikut peruntukan Seksyen 7 Bahagian 3 Undang-Undang Malaysia Akta 174 Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976.

Namun, kebangkitan siswa UiTM hari ini melalui Middle Voices adalah kerana berasa terpanggil untuk mencari jawapan kepada persoalan yang dikemukakan oleh Saudari Safira Safri, rakan penulis Middle Voices yang secara sepontan mengutarakannya di dalam entri Middle Voices: Pelajar UiTM BANGKIT Menentang Khalid Ismath.


"Namun satu persoalan yang wujud di fikiran Safira Safri adalah, dimanakah Majlis Perwakilan Pelajar, MPP UiTM yang merupakan Badan Eksekutif univesiti itu yang seharusnya berperanan mewakili suara pelajar UiTM?." - Safira Safri


Persoalan ini sebenarnya timbul bukan sahaja di fikiran rakan penulis Middle Voices (Safira Safri) tetapi ianya turut bermain di minda Siswa UiTM dan seluruhnya. 

Sudah cukup seminggu isu berkenaan seorang mahasiswa UiTM, Khalid Ismath yang telah mengugut dan bersetuju untuk membunuh semua Polis tersebar luas di Malaysia. Keadaan kampus juga sedikit tergugat apabila berita berkenaan ugutan ini menjadi tajuk dan pebincangan utama media tempatan.

Selang beberapa hari kemudian, bangkit pula sekumpulan mahasiswa daripada Gabungan Persatuan-persatuan dan Kelab Dalaman UiTM yang ingin dikenali sebagai Waris Wawasan menentang Khalid Ismath yang dikatakan memburukkan dan mencalarkan imej universiti itu sekaligus menjatuhkan reputasi UiTM sebagai universiti bumiputra terbesar di Malaysia. Perkara yang sama berlaku ketika ini.

Sekali lagi Siswa UiTM ingin mengulang kepada persoalan sebentar tadi. Mengapa Waris Wawasan? Dimanakah Majlis Perwakilan Pelajar, MPP UiTM yang merupakan Badan Eksekutif universiti yang seharusnya berperanan mewakili suara pelajar UiTM?

Oleh yang demikian, Siswa UiTM telah merujuk ke Laman Sosial Facebook Majlis Perwakilan Pelajar UiTM untuk mendapatkan sedikit maklum balas kepada persoalan ini. Apa yang siswa dapati, seorang mahasiswa UiTM telah pun membangkitkan isu tersebut kepada admin facebook tersebut.

Soalan yang diutarakan oleh seorang mahasiswa UiTM;


"Apa pendirian Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Shah Alam dan Farid Zuhri mengenai isu Khalid Ismath? Wajarkah ia dibuang atas dasar memalukan universiti!"



"apa komen mengenai WARIS yg menghantar memorandum utk mebuang khalid dr uitm?"

Jawapan Yang Di Pertua MPP UiTM;

"maaf saudara haziq, saya tak boleh ulas lanjut berkenaan dia kerana dia masih dibawah siasatan polis. walaubagaimanapun, apa-apa keputusan di peringkat universiti akan ditentukan oleh pihak pengurusan uitm dengan budi bicaranya. secara peribadi saya rasa ada tindakannya tidak wajar dilakukan oleh seorang yang bergelar mahasiswa, namun saya berharap dia dan keluarganya bersabar dengan dugaan yang diterimanya."

"saya berpendapat, setiap orang punyai hak untuk mengutarakan pandangan. jika WARIS merasakan saudara khalid memberikan imej yang tidak baik pada uitm dan ingin kan khalid dibuang atas sebab-sebab tertentu, WARIS punyai hak tersebut. contohnya sama juga seperti saudara tidak setuju dengan tindakan WARIS dan menghantar memorandum untuk tidak bersetuju dengan tindakan WARIS, saudara punyai hak untuk berbuat demikian. wajarkah dia dibuang kerana itu, saya menyerahkannya pada pihak pengurusan uitm untuk bertindak."

Jawapan yang diberikan jelas mempamerkan sifat professionalnya sebagai seorang pemimpin mahasiswa. Namun, adakah dia, YDP MPP UiTM menjawab bagi pihak mahasiswa UiTM sehingga perlunya kebangkitan gabungan lain seperti Waris Wawasan untuk mewakilkan suara pelajar UiTM keseluruhannya?


"Saya perlu buat kenyataan disini bahawa saudara Khalid Ismath yang penuh mukanya di dada-dada akhbar hari ini bukanlah seorang pemimpin pelajar di Fakulti Undang Undang, UiTM. Beliau bertindak atas kapasiti sendiri dan tidak mewakili kami terutama pelajar pelajar Law di UiTM. Diharapkan akhbar-akhbar tidak menyebut nama fakulti dan UiTM ini kerana secara tidak langsung mencalarkan nama kami. Tidak adil kerana dia seorang, kami menanggung MALU." - Sharmaine Fairuz

Adakah pernyataan ini menjelaskan bahawa jawapan Farid Zuhri tidak cukup lengkap untuk mewakili suara mahasiswa Fakulti Undang Undang?

Adakah cukup, Farid Zuhri yang memegang mandat sebagai YDP MPP memberi jawapan 'play safe' atau jawapan yang paling selamat atau dengan memberi pandangan peribadi untuk mengeluarkan dirinya daripada memberi sebarang komen atau pendapat sedangkan dia bertanggungjawab menyampaikan dan mewakilkan suara mahasiswa UiTM.

Adakah sikap professional YDP MPP sudah cukup untuk menjuarai hati mahasiswa UiTM yang kecewa dengan tindakan Khalid Ismath yang mencalarkan imej UiTM?

Apakah sebenarnya yang menjadi medium yang akan menyampaikan suara mahasiswa UiTM?

"Adakah medium itu, merupakan Waris Wawasan yang bangkit menegur kepimpinan pembangkang dan mendesak Naib Canselor untuk kenakan tindakan tatatertib terhadap Khalid Ismath?", 

"Adakah medium itu, Pelajar Undang Undang UiTM yang berseloroh menafikan Khalid Ismath sebagai suara pelajar UiTM?", atau adakah medium itu merupakan Majlis Perwakilan Pelajar UiTM?

Apakah jawapan sebenar Farid Zuhri terhadap tindakan Khalid Ismath yang nyata telah mencalarkan imej UiTM?

Apakah, apakah dan apakah? atau mahasiswa UiTM sebenarnya telah tersalah pilih ketika pilihanraya kampus yang lepas?

Siswa UiTM telah menemui sahabat dan rakan rakan yang lain dan mereka menyuarakan perkara yang sama. "Kecewa dengan MPP yang langsung tidak main peranan dalam menjaga nama baik UiTM" ujar rakan siswa.

Adakah barisan kepimpinan itu lupa akan titik peluh mahasiswa yang turun ke fakulti untuk membuang undi yang hari ini meletakkan mereka ditempat mereka sekarang.

Adakah mereka lupa peranan mereka sebagai kaki, tangan dan mulut kepada mahasiswa UiTM?

Adakalanya mereka memang terlupa. Memang mereka terlupa. Siswa UiTM yakin bahawa siswa tidak berbicara sendiri kerana siswa sendiri merupakan pelajar UiTM.

Oleh yang demikian, Siswa memohon dengan peringatan mesra kepada kumpulan perwakilan pelajar UiTM untuk bangkit atas nama mahasiswa UiTM untuk menjawab segala isu yang diketengahkan oleh media hari ini. Siswa cabar YDP MPP dan keseluruhan barisan kepimpinan itu agar menjalankan tugas dan peranan mereka yang memegang tanggungjawab, amanah dan kepercayaan mahasiswa UiTM untuk menyampaikan suara kami, warga UiTM.

#Tanggungjawab itu satu amanah, jalankanlah tanggungjawab itu agar amanah terpelihara. UiTM sentiasa di hati ku.

Mahasiswa Pengajian Undang Undang UiTM Bangkit Menentang Khalid Ismath

Assalamualaikum dan Salam 1 UiTM. "UiTM sentiasa di hatiku"

Middle Voices berasa terpanggil apabila melihat post rakan rakan siswa di UiTM sekian menyokong penentangan terhadap Khalid Ismath yang dilaporkan telah memburukkan imej Mahasiswa Pengajian Undang-undang di Universiti Teknologi MARA.

Petikan daripada Wall Facebook salah seorang penuntut Pengajian Undang-undang di UiTM;

"Saya perlu buat kenyataan disini bahawa saudara Khalid Ismath yang penuh mukanya di dada-dada akhbar hari ini bukanlah seorang pemimpin pelajar di Fakulti Undang Undang, UiTM. Beliau bertindak atas kapasiti sendiri dan tidak mewakili kami terutama pelajar pelajar Law di UiTM. Diharapkan akhbar-akhbar tidak menyebut nama fakulti dan UiTM ini kerana secara tidak langsung mencalarkan nama kami. Tidak adil kerana dia seorang, kami menanggung MALU." - Sharmaine Fairuz


Siswa UiTM amat bersetuju dengan tindakan penuntut undang-undang di UiTM selain memuji Waris Wawasan yang mengambil anisiatif untuk menggunakan facebook status yang sama sebagai tanda tidak bersetuju dengan tindakan yang dilakukan oleh Khalid Ismath.

Akhir kalam, Siswa UiTM ingin menyeru Mahasiswa UiTM seluruhnya, agar sama-sama bangkit demi untuk menjaga nama baik dan falsafah penubuhan UiTM dan sama-sama berganding bahu mencela mereka yang cuba merosakkan ukhuwah dan hubungan baik dalam kalangan pelajar UiTM selama ini.

#UiTM sentiasa dihatiku...

Sayu; Rintih Tun Dr Mahathir

Assalamualaikum.

Middle Voices ingin kongsikan bersama rakan semua cerita tentang seorang tokoh yang banyak menyumbang tenaga, idea dan keringat demi untuk melihat anak bangsanya berjaya sehinggakan ke akhir hayatnya.

Perkongsian ini Safira Safri dapatkan daripada blog Kulaan Niring hasil perbualan Naushad B. Noor Ali dengan seorang mak cik.

Bacakan untuk diri anda sendiri...

"gua ingin kongsi satu kisah benar seperti yg diceritakan oleh seorang makcik kepada member gua, beberapa hari yang lalu. Cuba teka, siapakah pemimpin Melayu ini? Pemimpin tersebut perlu menjalankan pembedahan jantung. Beliau memilih IJN, Malaysia dan pembedahannya perlu dijalankan oleh seorang Doktor Melayu."

"Doktor yang dipertanggungjawabkan utuk pembedahan tersebut adalah Dr. Hassan (anak saudara makcik ini ), pakar jantung terkemuka di negara pada ketika itu."

"Dr. Hassan memberanikan diri untuk bertanya kepada pemimpin ini, mengapa dan kenapa pemimpin ini memilih IJN dan dia untuk menjalankan pembedahan tersebut walaupun pemimpin tersebut berkemampuan tapi mempunyai pilihan utk memilih sesiapa saja termasuk Doktor yg terbaik di dunia...."

"Inilah jawapan pemimpin tersebut - "Sekiranya saya ditakdirkan mati apabila menjalankan pembedahan ini, saya rela dan biarlah saya mati di tanah air saya sendiri dan biarlah di tangan anak bangsa saya sendiri"."

"Adakah sesiapa yang waras yang sanggup menyoalkan atau mempertikaikan jiwa dan kemelayuan seorang pemimpin macam ini???"

#Sekadar perkongsian, yang baik itu kita jadikan ikutan yang buruk itu sama kita tinggalkan.

Tun Dr Mahathir Saran Rakyat Berhati-hati

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Realiti hari ini, kesejahteraan dan keamanan di Malaysia sedikit demi sedikit merosot dek pertelingkahan barisan pembangkang yang tidak pernah berpuas hati dengan kerajaan dan barisan kerajaan yang sentiasa dipersalahkan walaupun bertungkus lumus memberikan yang terbaik.

Bukannya untuk memuji atau bertindak berat sebelah, namun inilah realitinya yang mana kebaikan daripada pihak kerajaan tidak dijadikan modal perbincangan tetapi keburukan yang sedikit dicela setinggi bukit.

Rakyat Malaysia juga, sedikit demi sedikit terpengaruh dengan permainan individu yang berperanan dan dipertanggungjawabkan untuk menawan Putrajaya menjelang Pilihanraya Umum ke-13 nanti.

Begitu juga dengan mahasiswa, masing-masing dengan ideologi masing-masing. Pelbagai isu yang dibangkitkan demi untuk mempertahankan ideologi sendiri tanpa mengambil kira perpaduan dan kesejahteraan ummah.

Maka, Middle Voices bawakan pesanan ringkas daripada Perdana Menteri Malaysia ke-4 yang sangat berpengalaman di dalam menjaga dan mencapai keserasian kaum dan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Berikut merupakan ucapan beliau,

"Sejak dahulu lagi semua orang tahu bahawa pemimpin pembangkang seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan pemimpin pilihan AS dan hubungannya sangat baik dengan pemimpin negara lain" 

"Suatu ketika dahulu Anwar pernah membawa Naib Presiden AS, Al Gore ke sini untuk menyokong gerakan reformasi beliau. Jadi rakyat kena berhati-hati kalau kita tersilap memilih pemimpin kita akan dijajah semula

"Badan tertentu daripada negara asing ini sanggup membiayai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam mengadakan demonstrasi terbabit. 

"NGO ini memerlukan wang untuk menjayakan agenda mereka tanpa mengetahui bahawa mereka sudah diperalatkan. Begitu juga dengan parti politik pembangkang kerana kemasukan dana dari luar sudah lama berlaku sejak saya menjadi Perdana Menteri lagi," 

"Sudah berkali kali mereka mencuba tetapi tidak pernah menang, jadi mereka sudah bersedia kali ini kalau kalah lagi mereka akan cetuskan huru-hara. Mereka memburukkan imej kerajaan dengan harapan mereka mudah menumbangkan kerajaan yang dipilih rakyat kelak. 

"Namun, saya percaya sebagai rakyat yang sangat bersyukur dan tahu menilai bahawa kesejahteraan yang dicapai hasil perjuangan kerajaan mentadbir dengan baik, jadi tidak perlu kita marah sangat hanya kerana ada pihak cucuk (hasut) kita untuk marahkan kerajaan," 

"Mereka (perusuh) sebarkan berita kononnya polis ganas dan kejam dengan harapan rakyat akan memberontak sedangkan semua tahu apa yang berlaku adalah polis cuba melakukan tugas mereka mengelak rusuhan dan ada di antaranya cuba mempertahankan diri." 

- YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamed

Prologue: Middle Voices melalui Safira Safri ingin mengajak semua sahabat Middle Voices untuk berfikir sejenak. 

Apakah jalan yang terbaik untuk menyelesaikan sebarang masalah pada masa sekarang selain daripada berbincang?

Apakah demonstrasi yang menggugat keamanan boleh menggantikan perbincangan meja bulat yang berlangsung dengan sempurna?

Apakah Kerajaan hanya bersidang, dan menteri kabinet hanya muncul tatkala Pilihanraya Umum?

Apakah kita selama ini terabai dan kerajaan tidak pernah memerhatikan kita atau kita tidak pernah ambil tahu akan usaha kerajaan?

Apakah jasa mereka yang cuba merobekkan hati pejuang tanah air sehingga kita percayakan kata-kata mereka, dan apakah pula rasanya jika kita diletakkan ditempat pejuang yang berhabisan darah demi untuk mendapatkan keamanan dan keharmonian sesama kita?

Fikirkan sejenak...

Setiap jawapan kepada persoalan ini ada pada kita. Tenangkan fikiran, dan tanyakan diri ini. Apakah pernah aku fikirkan dan berterima kasih kepada kerajaan? Fikirkan dengan baik tanpa prejudis. Pesan sahabat Safira, "gunakan hati dan akal dan gunakan juga iman untuk membuat pertimbangan." - Nur Atikah Shaari.

#Alhamdulillah, saya telah menjawabnya dengan baik. Terima kasih Middle Voices.

Monday 7 May 2012

Ibu di Maki kerana Ta'sub Berpolitik

Assalamualaikum dan Selamat Hari Ibu

"Bismillahirrahmanirrahim... Ya Allah, terangkanlah hati hati mereka dan berilah mereka hidayah yakni petunjuk mu. Amin"

Middle Voices kongsikan bersama satu komen yang diambil daripada You Tube berkenaan coretan entri Ibu Tua Yang Sedang Menipu

Salinan daripada Hilal Azman

Apabila Dah Ta' sub

Apabila manusia ta'sub berpolitik, macam macam dia boleh komen.. (KOMEN DARI PENYOKONG PR DAN BALACI ANWAR)

"Inilah manusia paling bodoh. dah lahirkan anak ungkit.habis yg ko beranak buat apa gatal. bila mak tom cakap keluar dari kumpulan tu sah ko ikut arahan betina sial tu dan umno. you think we are stupid mak tom. belajar agam lagi mak tom sebelum mati. belajar nak sumpah laknat apa syaratnya. belajar balik agama mak tom. jgn mati dalam keadaan bodoh mak tom"

Komen dari BBcatlover - Komen diambil dari Youtube

SEDANG HADITH RASULULLAH BERPESAN BEGINI.

Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata:

Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya:

“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ayah kamu.”

Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya – hadis no: 5971 (Kitab al-Adab, Bab siapakah manusia yang paling berhak untuk dilayan dengan baik).

Abi Burdah radhiallahu 'anh pernah melihat Ibn ‘Umar radhiallahu 'anhuma dan seorang lelaki dari Yaman sedang tawaf di sekeliling Ka’bah.

Lelaki tersebut sedang mendukung ibunya lalu mengeluh: “Saya baginya bagaikan tunggangan yang hina.”
Lalu dia bertanya: “Wahai Ibn ‘Umar! Apakah sudah aku balas budinya?”
Ibn ‘Umar menjawab: “Tidak! Walaupun setarik nafasnya (yakni ketika ibunya sedang melahirkannya)

Sanad Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dan sanadnya dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih al-Adab al-Mufrad – hadis no: 9.

Hati IBU hancur. Maka, Apa lagi yang berharga di dunia ini..??
By: Abu Aqif Studio

#Subhanallah, ampunkan dosa ku Ya Allah.

Naluri seorang Ibu; Wan Azizah Dapat Rasakan

Assalamualaikum dan Selamat Hari Ibu.

Tersenyum, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

Middle Voices cuba untuk menjawab kepada soalan yang diajukan oleh Blogger Tinggalkan Satu Peluru, berkenaan dengan apa niat tersirat bila Wan Azizah nasihatkan Azmin Ali melawat ibunya?

Mungkin juga anda semua masih tertanya-tanya, sedangkan Wan Azizah bersekutu dengan suaminya, dan dia juga sedar dengan saranannya ini boleh mengubah pandangan penyokong politik suaminya dan menganggap bahawa tuduhan UMNO membayar Che Tom adalah tidak benar.

Ya... Wan Azizah cuba memberitahu naluri hati keibuannya kerana dia sendiri dapat rasakan apa yang Che Tom rasakan. Jika dilihat pada wajahnya dan identitinya, dia seorang yang kuat, wanita yang berkebolehan, namun kisah anak ini suatu yang serius kerana anak umpama penawar dan racun.

Wan Azizah juga punya anak, jadi dia tidak sampai hati untuk melihat ibu yang dikhianati anak sendiri seperti yang dilakukan Azmin Ali terhadap Che Tom.

"Azmin sebaiknya melawat dan menziarahi ibunya kerana itu salah satu tanggungjawab beliau sebagai anak," kata Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Itulah yang diluahkan oleh Wan Azizah, bukan sebagai ahli politik, tetapi sebagai ibu. Ibu kepada anak yang dikandungkannya sendiri. Dia dapat rasakannya.

Terima kasih Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kerana punya akhlak dan hati yang jernih di dalam mempamerkan ciri ciri keibuan.

#Saya sayang ibu saya..anda?

Sunday 6 May 2012

INGATLAH KITA TERCIPTA DARI AIR YANG AMAT HINA


بسم الله الرحمن الرحيم


Ya Allah, berikanlah ibu balasan yang sebaik-baiknya,
 atas didikan ibu padaku dan pahala yang besar,
atas sayang yang ibu limpahkan padaku,
peliharalah ibu sebagaimana ibu memeliharaku.

Ya Allah, bila maghfirah-Mu telah ibu kecapi sebelumku,
Izinkanlah ibu memberi syafaat untukku,
Tetapi jika maghfirah-Mu kukecapi lebih dahulu,
Maka izinkanlah aku memberi syafaat untuk ibuku,
Sehingga kami semua berkumpul bersama,
Ditempat kediaman yang dinaungi,
Kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu.






1)“Daripada Abdullah bin Amru ibnu ‘asr Radiallahu ‘anhum, seorang lelaki mendatangi nabi solallahu ‘alaihi wasallam kemudian meminta izin baginda untuk turut terlibat berjihad. Baginda bertanya: Adakah ibu bapa kamu masih hidup? Jawabnya: Ya! Kata baginda: Berbaktilah kepada mereka dan ia adalah jihad.” [Hadis Riwayat Imam Bukhari, hadis no. 3004]

2) Mu’awiyah bin Jahimah berkata, Aku bertemu Rasulullah solallahu ‘alaihi wasallam dan berkata, “Wahai Rasulullah, aku ingin mengikuti berjihad bersamamu Rasulullah untuk mencari darinya itu wajah Allah dan negeri Akhirat. Rasulullah lalu bertanya: “Adakah kamu masih mempunyai ibu?” Jahimah menjawab: “Ya.” Lalu Rasulullah bersabda:“Pulanglah kepadanya dan berbaktilah kepadanya.”
[Hasan Sahih; Dikeluarkan oleh Imam an-Nasai , hadis no 3104]

3) Kata Abdullah Ibn ‘Amru radiallahu ‘anhu:

رضا الله في رضا الوالدين سخط الله في سخط الوالدين
Maksudnya: “Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa” —-
Hadis Mauquf, Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dalam Sunannya [hadis no: 1899]

Terlalu banyak hadis yang memberi keutamaan seorang ibu, walaupun jihad dipandang mulia disisi agama, namun berbakti kepada ibu adalah yang lebih utama. Ibu adalah segalanya, tanpa ibu siapa la kita. 
Redanya Allah terletak pada redanya ibu bapa.

Pembangkang DI TEGUR Pelajar UiTM

Sidang Akhbar di Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin,
Universiti Teknologi Mara, Jumaat - 4 Mei 2012
Shah Alam, diperkarangan Bangunan Kerajaan Negeri Selangor, sekumpulan mahasiswa yang merupakan wakil daripada Gabungan Persatuan-persatuan dan Kelab Dalaman UiTM yang ingin dikenali sebagai Waris Wawasan bertindak menegur barisan Kepimpinan Pembangkang jumaat lalu selepas memberitahu pemberita ketika sesi sidang akhbar.

Uzey (Waris Wawasan), memberitahu pemberita akan kekecewaannya
terhadap kepimpinan pembangkang yang tidak menunjukkan contoh
dan tauladan yang baik.
Menurut salah seorang daripada mereka ketika ditemubual oleh pemberita, tindakan menegur pihak pembangkang ini dibuat atas dasar anisiatif mereka sebagai kumpulan pemimpin pelajar yang melihat tindakan kepimpinan pembangkang yang sudah melampau dan tidak boleh dibiarkan sehingga mencabul keharmonian Rukun Negara.

Menurutnya lagi, kebangkitan mereka hari ini juga kerana tidak sanggup melihat rakan kampus mereka (Khalid Ismath) mempergunakan nama Universiti Teknologi MARA untuk berdemonstrasi sekaligus menjatuhkan imej dan reputasi universiti itu.

"Kami, Waris Wawasan ingin memberikan teguran tegas kepada barisan kepimpinan pembangkang kerana menunjukkan contoh dan tauladan yang tidak baik kepada mahasiswa dan memperalatkan mahasiswa UiTM seperti Khalid Ismath." 

"Kami kasihankan Khalid Ismath kerana diperguna oleh anasir luar yang berkepentingan politik individu, malah kepimpinan pembangkang ini telah mencabul keharmonian Rukun Negara, oleh yang demikian, Waris Wawasan hari ini akan menghantar 3 memorandum, iaitu yang pertama kepada Naib Canselor UiTM, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan seterusnya Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong serta Duli Duli Yang Maha Mulia Raja Raja Melayu."

Waris Wawasan memberitahu pemberita sebaik sahaja berjaya menyerahkan Memorandum Bantahan Bantuan Kewangan Kerajaan Negeri Selangor Kepada Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipenden (K.A.M.I) kepada Y. Bhg. Datuk Mohd Khusrin Munawi, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor melalui pegawai khas beliau yang diwakilkan.

Waris Wawasan diperiksa oleh ASP Shahar sebelum Pengerusinya
diberi kebenaran untuk masuk ke Pejabat Penyimpan Mohor Besar

Raja Raja Melayu di Istana Negara
Warisan Wawasan yang juga dipengerusikan oleh Mohd. Noraizat Norazam turut memberikan memorandum saranan kepada Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, agar menitah mengadap pemimpin pembangkang untuk memberi teguran tegas terhadap tindakan mereka yang selama ini jelas bertentangan dengan Kedaulatan Undang-Undang selain menyarankan agar sebuah Suruhanjaya Pencabulan Rukun Negara ditubuhkan.

Selain itu, Memorandum Saranan kepada SPB YDPA dilaporkan telah berjaya diserahkan kepada Datuk Pengelola Bijaya Diraja seawal jam 2.30 petang di Istana Negara pada hari Jumaat, 4 Mei 2012 selain berjaya menghantar 2 memorandum yang lain termasuk kepada DYMM Sultan Selangor.

#Teguran tegas kepada pembangkang yang selama ini jelas bertentangan dengan Kedaulatan Undang Undang...

Ibu Tua Yang Sedang Menipu

Assalamualaikum dan Selamat Hari Ibu Safira Safri ucapkan kepada semua Ibu ibu dan rakan Middle Voices.

"Ibu Tua yang sedang menipu" menjadi pilihan SS kerana pemikiran pendek dan akal tunjang mahasiswa pembangkang gagal berfungsi dengan baik. Kerana sejauh mana pun kebenaran itu, tapi jika ia tidak memihak kepada Anwar, maka UMNO akan dipersalahkan.

Maka mereka katakan "Ibu Azmin Ali dibayar oleh UMNO" sekaligus menjelaskan betapa rendahnya akhlak mahasiswa yang telah dirosakkan mindanya oleh dakyah dakyah pembangkang.

Azmin Ali, dipandang lebih mulia daripada ibunya yang merintih. Berkecil hati wanita tua itu menangis mendengar kata kata wakil rakyat yang berjaya itu tatkala hari raya menjelma.

"Saudara saya ialah Anwar Ibrahim" ujar Azmin Ali kepada Ibunya. Sentap! Tidak bernyawa seketika Ibunya barangkali mendengar suara syaitan yang memutuskan talian persaudaraan tatkala hari baik yang menggalakkan ikatan talian persaudaraan.

Hayatilah..... Makanan di rumah ibu sendiri yang dikatakan makanan haram! Hancur hati ibu itu.. menangis!

Masih UMNO yang dipersalahkan.... mereka doakan kehancuran ibu ini. Nauzubillah...



Prologue: Akhir kata, Middle Voices ingin mengajak mahasiswa untuk terus menyayangi ibu bapa dan keluarga. Mana yang baik itu diambil dan yang tidak baik itu ditinggalkan.

Jangan dibiarkan ibu kita menangis.... Mari bersama katakan kepada ibu kita, "Ibu, Saya sayang ibu". Angkatkan tangan dan lapkan air mata ibu kita jika mereka menangis. Kelak kita akan terima balasannya yang mana jika baik perbuatannya maka baiklah hasilnya dan vice versa.

#Telefon ibu anda sekarang sebelum orang lain menghubungi anda kerana ibu anda tidak lagi boleh berbuat demikian....